Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

10 August 2012

mad'u


Allahurabbi, menitis air mata tatkala baca message di tumblr. Terasa...ya Allah, di mana tempatku di sisi Mu? terasa..terlalu jauh sangat, walau berkali-kali cuba untuk mendekati. kadangkala terasa, di mana keikhlasan dalam beramal? riak kah diri ini? kenapa aku di sini? untuk ape aku ke sana?

astaghfirullah.

Jari jemari ini, yang Allah satukan dengan hati, dilhamkan oleh Nya untuk menulis, apa yang sekadar mampu di tafsir oleh akal yang masih cetek ilmunya, dan hati yang mungkin pernah tergores dengan bintik-bintik hitam, yang seringkali cuba dicuci, digilap, namun...pernah juga tersungkur.

kerna



aku juga manusia seperti kalian.

naqibah ku pernah mengatakan, pandanglah setiap orang itu seperti mad'u kita. mad'u  adalah orang yang didakwahkan. kadang terdetik dan terniat dalam hati, aku sampaikan untuk mengajak ke arah kebaikan,namun, tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.




buat adik,

akak pun, sebenarnya masih cuba koreksi diri, masih banyak yang perlu akak perbaiki. salah satu yang menguatkan akak, ialah ukhuwwah dalam berusrah. di situ akan diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal, untuk sentiasa cuba menjaga mutabaah amal, dan selalu mempertingkatkan diri dengan ilmu yang kadang kala kita tak dapat dalam pembelajaran formal.suasana tarbiyyah sebegitu yang menguatkan..kadang2 surrounding kita berubah, kita pula cuba mentarbiyyah kan suasana kita sedaya upaya dengan apa cara..

kekuatan itu, ada...bila mana 'doa rabitah' dibacakan,(itu yang akak dpt rasakan) dan wajah2 sahabat kita yang solehah sentiasa dipancarkan dalam doa. buatkan akak, selalu teringat walau berjauhan dengan mereka. inilah yang dikatakan, ukhuwwah kerana Allah...kita tak pernah berpisah, tp akan bertemu semula di jannah. inshaAllah!



sahabat alam-maya
semoga kita berukhuwwah kerana Allah.



regards
kak fatin 


p/s: bangun tahajjud + berautoCAD #heh
salam ramadhan ke-22


26 July 2012

2 tahun mencari ayah






 "H belajar lah al-Quran, dlu ayah kamu masa jadi imam sedap bacaannya...jadilah mcm ayah.."
"pak cik kenal ayah saya?"

"pak cik pernah jumpe dia sekali je... masa pak cik blum pindah ke sini.."
"ohyeke...mcm mane pak cik dgr bacaan ayah saya?"

"penduduk kat sini pernah cerita pada pak cik, sedap bacaan ayah kamu..rugi kalau kamu tak mengaji..pak cik teringin nak dengar bacaan dia"


"dlu, masa pak cik dtg sini..pak cik tgh cari rumah kawan pak cik, kebetulan ayah kamu kenal dengan kawan pak cik, terus dia bawak pak cik ke rumah kawan pak cik. ayah kamu orang nya ramah sgt..baik orgnya..pak cik tak pernah lupa. itu pertama kali pak cik jumpa dia..

tak lama lepas tu, pak cik pindah sini. pak cik mencari-cari balik ayah kamu. tp pak cik tak ingat  namanya. seingat pak cik, rumahnya depan surau..2 tahun pak cik mencari. sampailah pak cik dapat berita...

"cikgu Rusli? orangnya dah arwah dah... 2 tahun lepas.."
berjujuran air mata pak cik. subhanallah..tp cerita ttg kebaikan ayah kamu tak pernah terhenti.

Subuh itu, air mata terus mengalir." Itu ayah... yg disebut itu, ayah ku"

... 

Hari pertama Ramadhan, ketika bacaan tahlil, nama pertama yang disebut, nama ayah.  Andai ada sahaja bacaan tahlil, pasti ada sahaja teman-teman ayah yang akan sedekahkan bacaan tahlil buat ayah. Rupanya, walau dah bertahun ayah 'pergi' tapi... ingatan mereka terhadap ayah tak pernah pudar. Ramadhan pertama, air mata ini terus mengalir.


"kawan-kawan ayah, bila terkenang semula ayah...pasti mereka sebut.... "Allah...cikgu Rusli" pastu diorang mesti sebak. kalau boleh, ibu nak anak-anak ibu ikut jejak ayah. ikut mana yg baik..", ibu


catatan Ramadhan #7

till next-time inshaAllah!

23 June 2012

sekian lama.

Bismillah
Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memberi ruang dan nafas yang cukup untuk terus menulis dalam blog ini, walaupun hari demi hari ada sahaja halangan yang menagguhkan jari jemari ini untuk terus menaip, inshaAllah saya akan menulis.. . hingga ke nafas yang terakhir 

Hari demi hari yang berlalu, terlalu banyak perkara berlaku yang mendidik hati ini. sekali sekala terasa rebah, namun sentiasa meyakinkan diri Allah itu sentiasa bersama kita. and ...yes! He is near. Exam, semester tahun 3, research paper, semua kepayahan, kesusahan... akhirnya berakhir. ooh! tak, ujian baru pula tiba. nikmat pun ujian bukan? selagi namanya hidup di dunia, sebagai hamba, memang kita akan sentiasa diuji. sebab itu nak naikkan iman, bukan dengan angan-angan, tp perbuatan dan amal yang berterusan. wallahualam.

Alhamdulillah, result dah pun keluar. baru seminggu berlalu. wahai masa... cepatnya berlalu. walaupun jatuh sedikit, tp kata-kata ibu terasa semua nya ada hikmah. apa yang saya bimbangkan semester lepas, apa yang saya rasakan saya tak mampu hingga terfikir untuk drop subject, akhirnya saya dapat keputusan yang baik. sederhanalah dengan usaha yang diberikan sepanjang semester lalu.

Sekarang, dah 2 minggu masuk practical. Alhamdulillah, walau penat sedikit, tapi banyak yang saya belajar. abang saya jadi supervisor saya. katanya, abang ajar semua ni, penting untuk final year. know what? ini nikmat yang paling berharga sepanjang practical training. yang, mungkin tak dirasai teman-teman lain, jadi, saya berazam, untuk kongsikan ilmu ni selepas tamat practical. setiap dr kami melalui pengalaman yang berbeza. ada yang belajar lebih, ada yang belajar benda lain..apa pun, teruskan belajar dan mendalami ilmu yang bermanfaat. inshaAllah


rindu uia.

Cuti-cuti mcm ni, even dalam waktu practical..entah kenapa, uia sentiasa dirindui. environment, teman-teman, everything!
buatkan hati saya tertaut pada sebuah ma'thurat kecil. buku kumpulan2 doa ni, diberi masa taaruf week, tahun pertama di uia. ingat lagi dulu, saya tak pernah tahu jika bacaan ni bagus diamalkan pada waktu pagi dan petang. sampailah join halaqah anjuran universiti, dan kami perlu menghafal, baru saya tahu fadhilat nya. Alhamdulillah. di bumi uia ni, banyak yang saya pelajari.

Lantas, waktu2 merindukan suasana di uia begini, mathurat dan pengakhiran doa rabitah menjadi pengubat rindu. Allahuakbar. bila Allah tautkan hati-hati kita kerana-Nya, walau di mana kita berada, ukhuwwah ini lah yang menjadi penguat diri kita untuk terus berada dalam dakapanNya, dan berada di jalan yang benar.- iman itu naik dan turun- Kadang-kala, kita bimbang, diri kita hanyut. mutabaah 'amal entah ke mana, kerja pun tak produktif. tp, sekali sekala kita terasa lemah, baru terasa Allah sangat2 merindukan tangisan kita. indahnya nikmat Islam dan iman.


hadiah sebuah buku

ohye :) sebelum bermula praktikal. sebuah sampul comel berbalut kemas sampai di peti surat rumah. subhanallah! rupanya hadiah buku dr seorang teman, kakak. yang sekadar mengenalinya di alam maya. saya teringin nak jumpa akak, one day.. .  inshaAllah. di dalamnya terselit sebuah surat, sebagai permulaan perkenalan kami.

akak,
terima kasih untuk bukunya. sangat suka dan inshaAllah, lepas habiskan buku tu dan hadam betul2, saya akan share dalam blog saya. semoga bermanfaat untuk akak dan semua.


hmm. rasanya sampai sini dulu lah.
inshaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi. cuma sekarang, agak busy.

maklumlah nak pilihan raya-ohoh!


till next-time! inshaAllah

nadia-

21 May 2012

ukhuwwah fillah


Dulu, seringkali menggunakan istilah "ukhuwwah fillah". sehingga disalah gunakan untuk golongan bercouple yang "konon" nya Islamik. Okay, abaikan, saya bukan nak bercerita ttg bercouple, dah tentu ramai yang membicarakan isu ini dah harapnya dah jelas dan masing2 dah faham dengan baik. Alhamdulillah.

Catatan kali ni, sekadar ingin berkongsi, perubahan yang telah saya lalui, dan bila semakin membesar dan fikiran makin matang serta memahami hidup pada pandangan yang berbeza dan lebih luas, now, saya faham apa itu 'ukhuwwah fillah'.

Kalau dulu, saya faham pada bahasanya saje. bersahabat atau berkawan kerana Allah. Tapi, belum cukup menghayati maksudnya yang "tersirat". Belum menjiwai istilah ini. Mungkin...sebab berlatar belakangkan sekolah agama, jadi... macam terbiasa guna. Sekarang, saya dapat rasakan nya, dan faham sedalam-dalam nya maksud 'ukhuwwah fillah' di sini (hati).

Bila berukhuwwah kerana Allah, demi mencapai redha Allah, pasti kita akan tanam azam untuk bertemu semula di syurga. kata mereka "reunion semula di syurga". Bila selalu disebut2, rasa mcam... kata-kata biasa yang berlalu seperti angin. Tp, sebenarnya kata-kata tu membawa maksud yang sgt mendalam dan ..erm... syahdu bg saya.Saya selalu terfkir, mcm mana kalau reunion nt saya terlewat sampai ke syurga? (nauzubillah)...mcm mana...n macm mna??!.. 

Mcm 2 yang bermain di fikiran saya. dan..saya tertunduk sedih memikirkan. then, saya fikir, sebab tu ada mutabaah amal, cek amalan mingguan sorang2. dr situ kita dpt tahu 'level' amalan kita tahap apa. berbanding sahabt2 yang lain. Tp, belum cukup setakat tu, keikhlasan kita, kesungguhan dan buangkan segala rasa riak tu paling penting bila kita beribadah. Kalau diikutkan, banyaaaak lagi perkara yang perlu diteliti dalam amalan seharian kita. Tak pernah rasa cukup. Allahuakabar!

Dan manisnya nak berjumpa semula di syurga tu sampai rasa sayang pada teman-teman, tak kira dalam usrah mahupun luar, rasa mcam... bila lihat wajah masing-masing, dah ada niat dalam hati, kita nak ajak dia berubah. kalau boleh nak semua sekali berubah! selalu saya berazam mcm tu. Tp... hati selalu rasa tak mampu. rasa.... erm.... ya, susah. sebab kadang2 kita cukup kenal kawan-kawan kita kan? 

"dia ni mmg 'hardcore' punya free hair"
"erm.. family dia mmg mcm tu.."
"dia ni..."
"dia ni....

semua bisikan2 yang bermain dalam hati. Tp, selalu percaya, kalau bukan kita yang menjadi pemangkin untuk mereka berubah, mungkin ada orang lain yang boleh "sentuh" hati mereka. Berkawan, kalau sekadar suka-suka tanpa ada batasan, lelaki atau perempuan, terlalu bersuka ria sampai tak ingat dunia... (harapnya ingat akhirat..hehe) atau sekadar memenuhi kepentingan masing-masing, belum cukup syarat untuk berjumpa di syurga. Lepas ditarbiyyah, saya pandang wajah kawan-kawan, sahabat2 saya dengan penuh harapan. Terdetik di hati berkali-kali, "aku ingin mengajak mereka bersama-sama dalam 'jalan ini'". Mereka kata, semua orang ada potensi.


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman -inteam
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.
Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!- copied


[Kata mereka, "bersahabat biarlah sampai ke syurga" :')]

Love ♥
 
nadia rusli



19 April 2012

persediaan ku



ayah

subuh itu, ayah pergi meninggalkan kami. panggilan terkahir buat ayah. kucupan terakhir buat ayah. sentuhan terakhir untuk ayah. dan, ayah pergi buat selamanya. meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah remaja. kini, usia ku 23. aku bakal menjadi seorang anak yang berdikari tanpa seorang murabbi, ayah di sepanjang perjalanan usiaku. di saat aku perlukan belaian dan jagaan seorang ayah. penjaga yang gagah untuk aku. seorang penasihat yang bakal memilih imamku. yang bakal memberi nasihat untukku.  di saat itulah Allah telah membawa ayah pergi. namun, ini jalan takdirku. akhirnya, aku perlu belajar memilih jalan ku. aku harus belajar membuat keputusan terbaik untukku.

hampir, 11 tahun jam pemberian ayah semasa UPSR ku, masih ku pakaikan di pergelangan ku hingga ke hari ini. tanda ingatan kasih dan rindu ku pada ayah. tiada ganti. hanya ini. walau orang sangkakan aku ketinggalan zaman, walau orang katakan aku perlu ganti yang baru, bagi ku jam ini adalah pemberian terindah dari seorang insan yang amat aku sayangi!

ayah pergi tanpa sebarang pesan. namun,ayah pergi dengan senyuman. ayah pergi dengan melengkapkan pakaian terindah pada anak-anak. ayah didik kami untuk bekalan sewaktu ketiadaan ayah. nasihat ayah, akan kami ingati sampai bila-bila. jasa ayah, pemberian ayah, material, kasih sayang, semuanya tak berbelah bagi untuk kami. dengan kasihnya seorang ayah, ayah menanam sifat pemurah dalam hati kami .sejujurnya, aku ingin katakan bahawa aku bangga dengan ayah, kerna ayah berjaya mendidik kami.

buat ayah, moga ayah tenang di 'sana'. moga Allah merahmati roh ayah. jauh kan ayah dari azab kubur. terangi dan lapangkan lah kubur ayah, Ya Allah....ameen






ibu


cincin di jari ini pemberian ibu. meningkatnya usia remaja ku, ibu membelikan aku sebentuk cincin. ibu dan ayah sangat faham, aku adalah seorang anak perempuan yang paling tak suka dengan hiasan dan barang kemas. namun, bila usia ku mula meningkat, ibu melatih aku menjadi wanita. banyak yang telah ibu ajarkan pada aku tentang hidup. ibu ajarkan aku untuk bersopan, untuk punya adab yang paling cantik! untuk punyai akhlak yang paling indah! ibu ajarkan aku untuk punya hati, belas kasihan dan berbuat baik pada orang lain.

ibu ajarkan aku untuk berdikari. tahu mengemas, memasak, membasuh, menguruskan rumah, adik-adik dan diri sendiri. dari kecil aku di didik. untuk menjadi seorang perempuan yang miliki sifat sempurna seorang perempuan harus ada. ibu ajarkan aku tentang melayan seorang ayah dengan baik, adab terhadap adik beradik lelaki ku. ibu ajarkan aku tentang confidence. dari pakaian yang kemas , bersih dan langkah kaki yang betul sewaktu berjalan. 

pilihan, minat dan kesukaan aku dan ibu sangat berbeza, tp ibu tahu apa yang aku suka. ibu tahu apa yang terbaik untukku. ibu cuba penuhi hampir kesemua keinginan ku. ibu cuba sedaya upaya bertanya jika aku punya apa-apa masalah, kerna cuma aku satu2 nya teman perempuan ibu di rumah. kami masak bersama, shopping bersama, menguruskan hal dalam rumah bersama. 

meningkat nya usia ini, menjadi kan aku semakin rapat dengan ibu. ibu banyak bertanya tentang diriku. hal-hal 'dewasa' yang adakalanya malu untuk ku berkongsi. yang kadang-kadang aku sangat lah blurr...tp, jauh di sudut hati aku, ibu dah semakin memandang aku sebagai seorang dewasa. mungkin.... ibu dah bersedia untuk 'melepaskan' aku.

di raut wajah ibu, tergambar betapa bahagia nya ibu jika aku punyai seorang...... erm...seorang suami yang bisa mengambil alih peranan seorang ayah (abang) yang mana mungkin ibu lebih senang melihat diri ku lebih terpelihara, dan lebih terjaga. aku tahu, sejak kecil, mmg ayah tatang aku seperti minyak yang penuh. bila ayah pergi, abang pula yang mengambil alih. hidup ku, jauh berbeza seperti perempuan2 di luar sana. aku bukan jenis wanita yang mudah untuk keluar sini sana. aku bukan jenis perempuan yang mudah untuk berdamping dengan lelaki. kerna aku terdidik dengan perasaan malu yang sangat tinggi. dan aku punya prinsip yang teguh.

namun, aku berani. boleh bercakap dan bekerja bersama mereka. kerna aku tahu, suatu hari nanti aku pasti menjadi penggerak dan pendokong seorang 'lelaki' dari belakang. aku perlu bersedia dalam banyak perkara. aku tak boleh menjadi seorang perempuan yang lemah. aku harus tahu banyak perkara. dan, semuanya aku belajar dari ibu, untuk seorang perempuan belajar berdikari.

dan..
























inilah aku pada hari ini. tak lagi cemburu pada mereka yang masih punya ayah. kerna aku tahu, kisah hidup yang berbeda, menjadi kan kita manusia yang berbeza kekuatan dan didikan. aku dah bersedia untuk menjadi bidadri dunia seorang lelaki. inshaAllah syurga juga


























sambil aku cuba untuk perbaiki diri, aku harap kau di sana juga sedang mempersiapkan diri mu untuk menuntun aku dalam hidup ini.menjadi permaisuri terbaik dalam hidup mu, selepas ibu mu dan adik perempuan mu.





sincerely,
me




















18 April 2012

cinta ku, kerna Allah.




mereka kata, mereka malu



satu masa dulu
aku juga seperti mereka
malu bila buat kebaikan
seolah manusia lihat kita asing
asing!

depan siapa pun
dengan apa pun
di mana pun!

tp kenapa harus ada rasa malu?


aku mula belajar tentang hidup
bila ada rasa berTuhan
malu ku hilang
lenyap

sedikit. sedikit.


sekarang
aku bangga
bila buat kebaikan
manusia di sekeliling kita tersentuh
mereka tertarik pada kebaikan
mereka sedar
hidup ini cuma sementara
kita perlukan "tujuan" yang jelas
kita perlukan matlamat yang terang
kita perlukan jalan yang lurus

dan

untuk itu,
kita perlu bersama
kita perlu bina satu bulatan
yang semakin hari semakin besar
ya
besar!

barulah terukir senyuman
pada mereka yang awal dahulu
berjuang, berkorban, bersungguh
menerangkan jalan mereka-mereka yang sesat
jahil

kawan,

semoga ini pilihan yang terbaik untuk kamu
untuk aku
mereka

aku terharu
kerna engkau punya keinginan untuk berubah
ingatlah,
hidup kita cuma sementara
buka lah hatimu
seluas-luasnya
untuk bersama dengan ku.

kawan,

tegakkanlah Islam dalam hatimu terlebih dahulu
nescaya Islam akan tertega
pada daulah mu
(Hassan al-Hudaibiy)

buat teman ku
maaf andai lidah ini terkelu
untuk sama-sama membawa kamu, kamu dan kamu
ke jalan tarbiyyah ini
aku mahu
aku ingin
aku berhajat
aku berangan

namun,
lidah ku kelu.
di saat kekuatan mulai datang
air mata ku tak henti menitis

di saat
kau hulurkan tangan mu
aku tahu,
Allah itu Maha Pengasih
kerna kasihnya pada kamu
kamu lah insan terpilih

kawan

dakwah dan tarbiyyah itu cinta
ayuh
duduk bersama, dan kita beriman sebentar.


petitenadia





hi

































hi, saya nadia

































ada yang panggil saya
blogger
:o:






















petite
:88:


























nadia






















erm, majoriti
panggil saya, fatin















my best friend call me,
kechik






















taaruf

16 April 2012

umur kita,untuk 'apa' dihabiskan?




Bismillah


Hari jumaat lalu. genap umur saya 23. malam yang sukar untuk lelap. terasa seperti esok takkan lagi saya temui. entah kenapa, terasa ajal semakin hampir. alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang medoakan, tak lupa juga doa dan ucapan selamat hari lahir dari ibu dan abang tercinta lagi jauh di mata. ecece... terima kasih semua. secara jujurnya, saya benar-benar terharu..

























"salam,

selamat hari lahir buat kakak yang ke-23.

selamat menempuh alam dewasa.
semoga terus solehah dan punya visi dan misi yang lebih cantik dan jitu!
ibu sayang kakak!"

ibu























entah kenapa. tarikh 13 april 2012 ini terlalu signifikan bagi ku. seolah macam....peningkatan usia kali ini, benar-benar 'merubah' sesuatu dalam hidup. ada satu sentuhan di sudut hati, yang seolah memanggil-manggil untuk....
















ya.
























pergi mukhayyam!
MUDAH'12.




























Allah telah memilih aku untuk pergi majlis ilmu. aku ingin duduk di bawah naungan para malaikat! hati berbisik.setiap masa saya tekan-tekan keypad handset, berulang kali membaca message dr naqibah akan mukhayyam. pergi? tak? pergi? assignment? erm...presentation?! wait. saya nak celebrate usia saya. saya nak mulakan dengan moment yang paling baik!paling cantik! paling indah dalam sejarah permulaan usia saya! boleh kan? wink


akhirnya saya tinggal kan assignment. put aside . jussst for a while. erm. what's next? yeah. packing! telekung, selimut, al-Quran comel, note book, ubat gigi and berus gigi, tuala..etc..etc. done! skrg saya dah ready. a 23 years old girl...no..no...woman...is ready to go for mukhayyam!alone? aah. (nt sampai sana mesti ada kawan punye!) err..dah besar2 ni, kawan mana2 pun boleh buat kawan ..hehe.kan?


belum sampai sana, dah jumpa kawan baru. yang lama pun tak kurangnya,majority ada yang kenal, tp..mcm rmi jugak muka-muka baru. actually, mereka semua junior2. alhamdulillahhhh...junior2 dah terdedah. erm, saya je lewat sket. dah lama terdedah cuma....banyak sgt alasan, dan....masa tu belum rasa "manis" berukhuwwah.(<----alasan jugak ni)


banyak pengisian yang dikongsikan oleh kak sumayyah, bro. aiman, najib, marwan, qiamullail, MAKAN!! mrgreen haha. abaikan.


















Yusul al-Qardhawi kata,








"sebelum beramal, belajarlah berniat.
sebelum berniat, belajarlah untuk ikhlas"





















Mukhayyam kali ni, objektifnya ialah lebih kepada nak menyedarkan kepada kita kepentingan usrah dalam kehidupan seharian kita. serta kefahaman ttg asal usul usrah. sedikit sebanyak dikupaskan ttg sejarah usrah, sejak zaman Rasulullah lagi, dan ia antara salah satu sunnah nabi kita, S.A.W. tazkirah dari bro aiman pulak, mengupas ttg syeikh ahmad yassin. seorang "pemilik kerusi roda yang bergelora jiwanya" . pasti semua dah mengenali beliau. beliau membawa usrah and always tried to make it fun. seorang yang sgt pengasih dan caring terhadap kanak-kanak. dan suka meraikan tetamu.

salah satu objektif pgram juga ialah memberi kefahaman kpd kita ttg apa yang perlu dilaksanakan dalam usrah, dan mmberi penekanan ttg apa yang perlu dicapai dalam usrah. selain mengeratkan ukhuwwah kami untuk menjadi satu kekuatan jamai'e, memantapkan dan menyempurnakan kefahaman amal jamaie dan yg terakhir, meminimakan keciciran dalam dakwah.



tarbiyyah = pendidikan+pembentukan




kepentingan tarbiyah, "kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah melalui tarbiyyah Individu". tarbiyyah ini merupakan pembangunan aspek2 peribadi menuju kesempurnaan (sedikit demi sedikit) dari satu keadaan kepda keadaan yang lebih baik. razz

ayat kak sumayyah yang plg terkesan masa slot ni, masa kak sumayyah ckp,


"Rasulullah boleh bersama-sama ajak sahabat dalam tarbiyah, tp..kenapa sahabat2 kita skrg tak nak ikut kita sama-sama dalam tarbiyyah? sedangkan kita berkongsi segala masalah, rahsia....dgn dia.. . ."


Allahurabbi. saya tersentap! bukan mudah kn nak mengajak orang ke arah kebaikan?hurm (muhasabah)



















dan... . .
























USRAH adalah mekanisme terbaik tarbiyah :h:















kata mereka,


















USRAH itu CINTA



dalam usrah ada iman + taqwa, ukhuwwah + kasih sayang
kita duduk bersama, dan beriman sebentar! wink:f:


3 rukun USRAH :

:84:Ta'aruf : perkenalan (tahu) peribadi
:83:Tafahum : memahami
:82:Takaful : kebajikan ahli

nak kenal dengan seseorang atau ahli usrah, kita perlu "hidup" dengan dia. bermusafir antara salah satu cara kita dapat mengenali ahli2 usrah. kata kak sumayyah, "contohnya...bila kita keluar dengan ahli usrah kita, bila kita tengok diorang drive waktu jalan jam..mcm mana cara mereka berdepan? ada yang mengurangkan tekanan dengan membaca al-Quran....mcm2...maki hamun ke? dr situ kita boleh lihat tahap kesabarannya....dan mcm2 lagi...."






Peranan kita?

so, apa peranan kita sebagai pemuda?

pemuda adalah asset kepada ummah. Yusuf al-Qardhawi kata, "Generasi muda bagaikan mentari, yang sedang berada di tengah-tengah langit dunia pada awal pagi". seorang pemuda perlulah beriman, semangat, dan menjaga amalan-amalan nya.



"tegakkanlah Islam dalam hati mu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak pada Daulah mu".

Hassan al-Hudaibiy




dan harus diingat, kita perlulah bermanfaat kepada orang lain.contribute untuk Islam! apa saja skill yang kita ada, sumbangkan!" pertolongan Allah akan datang kalau kita buat segala usaha dan berkorban segalanya" (Muhammad:7) 'aslih nafsak wad'u ghairak'







akhirnya, kami berpisah. sementara. sebabnya, ada rezki boleh jumpa di uia lagi! hehe. lepas ni, masing-masing nak tumpukan pada assignment, exam. fuhhh.. qawwiy betul diorang. esok pagi nak exam, masih mampu menyumbang untuk Islam! smgt saya dtg dr smgt mereka. pengorbanan masa saya dipelajari dr mereka. saya cuba untuk memperhabiskan masa saya sebaiknya.


be the best in everyhthing! buktikan, bahawasanya, walau kita berkorban masa untuk ini, pelajaran tak akan pernah tinggal. ingat, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita. doa, doa dan doa! Don't underestimate the 'power' of doa!

wallahualam






















tarbiyyah sampai mati





07 April 2012

pain makes people change.



alhamdulillah.


hajat tercapai. dapat berkumpul bersama akhawat. surah al-mulk menutup tirai malam yang siang harinya tadi penuh dengan pancaroba, ketegangan, keletihan, kecelaruan, kesedihan, kekeliruan...heh

duniawi. erm.

semua merehatkan tubuh yang lelah. ada yang masih bertemankan cahaya malap menyiapkan assignment. ada yang sudah lena menanti sepertiga malam esok hari. dan, saya di sini, masih memikirkan apa yang telah melanda diri siang td.

Allahuakbar. penat? aah. saya mula berfikir. bila kakak di sebelah saya dah lelap, juga sahabat baik saya di sebelah kanan. hm.


sebenarnya, apa yang menyebabkan diri ini terbeban?
oh ya.

"..akhirnya aku ketemu jawapan yang selama ini aku cari. ianya kerna, aku takut pada manusia. ya manusia. kerna terlalu memikirkan. sedangkan sepatutnya aku perlu lebih takut pada Allah, harus lebih meletakkan kepercayaan pada Allah. dan menyerahkan segala-galanya pada Allah.."

*apa yang memberi kita kekuatan ialah, solat yang khusyuk. amalan-amalan sunat yang berterusan. dan solat tahajjud. - tazkirah subuh pagi tadi, kak mun ajarkan tentang rendahkan hati dan diri di hadapan Allah. - saya tengah belajar. untuk selalu dan cuba merendahkan hati di hadapan Allah. cuba sedaya upaya untuk khusyuk dalam solat. yang bagi saya , inilah antara cabaran setiap hari yang lebih penting untuk diperbaiki.

mata saya terlelap. 3 kali terjaga dari tidur. ah..jam masih awal. saya tidur semula. malam terasa makin sejuk. ada yang dah berselubung berselimut. sejuk sangat barangkali. saya dikejutkan. jam lima. ambil wudhuk, kami tahajjud bersama. kali ni 2 baris saf. alhamdulillah.

'kesakitan' semalam benar-benar merubah diri. senyuman mereka benar-benar mengubat hati. keperihatinan mereka membuat tersentuh hati. dan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi, merebahkan diri untuk sujud lagi. Allahuakbar.

rasa apa yang Kau berikan pada ku?

..

pengakhiran pertemuan kami, disudahi dengan ma'thurat dan tazkirah. dan, 'bertebaranlah' masing-masing dengan urusan mereka.

"nak balik dah ke..?"
"aah, ana nak pergi airport. kakak ana dah balik malaysia. back for good..hehe"

..

"balik dah?"
"aah..lepas ni nak pegi canopy walk kat frim.."

..

"balik naik apa..?"
"balik dgn kak...diorang nak study islamic finance kat rumah akak.."

..


"ok, ana balik dulu.."
"ok,jumpa lagi.."


bagi kita. seolah macam, kita punya beribu urusan ingin dilakukan. oh tak sempat itu, tak sempat ini. tp bg mereka, pengisian jiwa, makanan rohani, itu lebih utama. selebihnya, urusan duniawi kita, moga Allah permudahkan jalan nya.

Yang membuatkan kita jadi Terbaik adalah dengan mengakrabkan diri dengan keheningan jiwa dan memperbanyakkan Sujud.


Jagalah Allah, dan Allah akan menjagaMu.



petitenadia
mahallah asma,iium




26 March 2012

pensyarah


"i'm very dissappointed guys!...this is the works that you have submitted to me!??"


"fatin!..i thought u're matured enough?!!.."



"your teammates are all good. you all have ability to do..but....this is all what you've gave to me??!!"


pensyarah saya buka satu-per-satu gulungan kertas bersize a1. kelihatan di wajahnya sangat kecewa. is it my fault? ya. jauh di sudut hati, mmg 'ada' perasaan bersalah sebab tak bersungguh dalam melakukan assignment. sejujurnya, mmg ada niat dalam hati "aahh..asalkan siap dulu..." sikit pun saya tak rasa nak berpaling wajah saya dari kedudukan pensyarah saya saat itu. saya akur, memang salah saya. bukan salah ahli kumpulan atau sesiapa.

"out of 20...i'll give you only 5...or 0!!"

nada nya marah sungguh. dalam hati saya. "aaaahhh..habislah pointer saya jatuh. .." kawan-kawan saya yang lain semua tertunduk ketakutan. saya tahu itu silap kami. dalam menyiapkan kerja pada waktu yang singkat berserta komitmen dan 'alasan' kelas ni cuma 2 credit hour, maka....kami sambil lewa. dan, atas sebab pensyarah yang disangkakan baik dan kelakar, kami 'ter'ambil kesempatan atas kebaikannya.

kasihan.


saya teringat pesan ibu, selalu amalkan "ya latif..ya latif...". mohon lembutkn hati pensyarah. sambil merenung wajah pensyarah yang terlalu marah dan kecewa, saya bacakan ya latif dalam hati. harapan saya moga kerja-kerja kami tak dikoyakkan. akhirnya, dia pulangkan semula sebelum kelas berakhir.

"i don't mind. if u deserve C for this subject, i'll give you C..."

tertelan air liur. "aahhh..lagi skali C? nightmare!dush!" mood berubah dalam satu hari. kami terasa sngat kasihan pada pensyarah kami, atas sikap kami yang dah '3rd year' tp .....urghh....tp....tp.....banyak nya tapi, tp....mcm alasan pulak. hmm


saya teringat peristiwa sem lepas. gred C yg saya dapat. sejujurnya saya bukanlah pelajar yang suka membodek lecturer. saya suka jadi diri sy sendiri. terima apa adanya. even,kawan-kawan pun takde yg jenis kaki bodek. cerita-cerita yg sy dgr sebelum masuk U adalah mitos semata...yeke?heh..cuma, bila kita perform well, people will put their eyes on us.honestly, saya tak suka bila pensyarah terlalu 'suka' saya atau membandingkan saya dengan pelajar lain. saya rasa kami semua sama. sedang dan masih belajar.

akhirnya, satu hari, bila dia kecewa dengan kelas kami. lagi sekali, saya jadi aim. urghh! saya teringat peristiwa tu sampai ke hari ini. and i still remember one of my friends told me, "aku tak suka jadi tumpuan orang lain ni...once kita buat silap...once kita perform..ada je yg tak kena". and what he said is true. sooooo true.

tp, nk buat mcm mana. kita tak minta. untuk situasi tu jadi mcm ni. untuk redha, dengan takdir,ujian cabaran dugaan atau...apa saja namanya, kita kenalah sentiasa positive dan berlapang dada. dulu, saya sukar nak faham dengan situasi ni. saya terlalu negative. mudah makan dengan kata-kata orang. mudah terpengaruh fikiran dengan khabar-khabar angin. sebabnya, nak tak nak, situasi mcm ni...rasanya akan berlaku di mana-mana. cuma, kita yang melaluinya, atau tak, dan cara kita menghadapinya dan jalan yang kita pilih.

bila positive, belajar pun jadi best.wink

haaah...tinggal setahun lagi. sem depan practical. terasa cepatnya masa berlalu. lepas ni, samada nak sambung belajar, atauuu.......nak travel?


hmmm.
jom kita berjalan-jalan sambil belajar!mrgreen
saya nak pergi ke satu tempat yang takde orang kenal saya.



ohye,akhir cerita ni, akhirnya, memang Allah lembutkan hati pensyarah saya. dia suruh kami redo kerja kami semula. kami diberi peluang selama seminggu. dan kami melakukannya dengan bersungguh-sungguh. apakah kesudahannya? adakah beliau berpuas hati? adakah ada peluang untuk kami dinaikkan gred? let us pray for the BEST!

apa yang Allah dah aturkan, itulah yang terbaik!
till next time. inshaAllah!wink

22 March 2012

learn to love it


pernah kita terbaca atau menonton mana-mana kisah berkenaan orang-orang yang hidupnya susah. tp pernah kah antara kita yang pernah melalui kesusahan2 itu? atau..pernah kah kawan-kawan atau masyarakat sekeliling kita yang mengalaminya?


tak pernah saya memikirkan situasi yang saya lalui, sehinggakan kebelakangan ini, banyak pula kawan-kawan yang berkongsi cerita ttg hidup mereka, waktu kecil,zaman persekolahan. kadang, kita rasakan, hidup kita dah ckup susah..rupanya,tak. sedang ku rasakan zaman kecil ku seolah terlalu mewah.neutral

saya bukan dilahirkan dalam keluarga kaya. miskin pun tidak. sederhana cuma. alhamdulillah. tapi, bila mendengar kisah mereka yang pada satu masa dulu pernah hidup dalam kemiskinan, rupanya, kesenangan mereka hari ini, bukan semudahnya dikecapi sedari mereka dilahirkan.


"dulu..kita kecik2 mak ayah kita beli mainan dr pasar je.."

mendengar kan perbualan mereka, saya terdiam untuk mencelah. saya teringat masa arwah ayah sambung blaja di perancis dlu, lepas balik kuliah, mesti ayah belikan mainan. at least anak patung barbie yang berpasang-pasangan. bukannya ayah belikan satu kotak, tp dua, malah tiga kadang-kadang. tak ckup dgn sekadar patung ayah tambah lg dengan aksesori Barbie. bila tiba cuti krismas, ayah pasti bawak kami ke GIANT, sebuah kompleks permainan yang sgt besar. subhanallah! memang mainan nya tersusun dr aras lantai hampir ke syiling. rambang mata dibuatnya. itu pun, bagi ku dah terlalu ckup.




"kalau pergi shopping complex, ummi ckp brg sorang satu je..."

saya terbayang ibu dgn ayah. apa-apa yang anak mahu kan,tiada had. lebih-lebih lagikan makanan. jika dirasakan barangan itu terlalu mahal dan bukan keperluan, ibu ayah akan menolak dengan tanpa ada perkataan yang mengguris hati kami, lalu mereka gantikan dan pujuk dengan barangan lain.




"ayah aku dah berhenti kerja, sakit. mak aku tiap-tiap minggu kne hantar ayah aku ke hospital. dah la mak aku tak kerja...pendapatan dia jual kuih hantar sana sini....aku kesian la dgn mak aku...kne jaga nenek lagi....yang lain semua tak nak bertanggungjawab"

sejak ketiadaan ayah, ku sangka kan ibu lah wanita yang paling berdikari dalam dunia. rupanya selain ibu, ramai lagi yang lebih susah dr ibu malah perlu lebih bekerja keras demi keluarga. hasil didikan ibu ayah, abang telah banyak berjasa dalam keluarga bagi ku. saya amati sikap abang yang terlalu prihatin dalam memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. abang tahu mana yang perlu diutamakan. dan seolah kasih sayang abang tak pernah berbelah bagi, dan abang tak pernah hitung penat lelah nya dalam menjaga kami sekeluarga.




"dulu kecik-kecik...mmg abah aku didik ktrg style tali pinggang je..."

saya terdiam. hampir mengalirkan air mata mendengar kisah mereka adakalanya. sedangkan waktu kecil, sepanjang hayat ayah, seingatku, ayah tak pernah memukul saya, ckup sekdar memarahi, dah ckup membuatkan aku menyesal dan mengalirkan air mata. lain dgn abang yang sedikit nakal, ayah hanya rotan di tapak tangan. ckup memberi pengajaran pada diriku juga.




"ayah aku bukan jenis tunjukkan kasih sayang kat anak-anak...tp mungkin dia tunjukkan kasih sayang dgn kerja keras dia....ktrg jarang spend time bercuti sekeluarga.. bukannya aku tak terngin...teringin jugak...tp nak buat mcm mana...aku tak boleh nak sama kan parents aku dgn orang lain..."

saya hnya mampu tersenyum kecil. tak tahu nak ungkapkan apa. mungkin ajarkan dia erti bersyukur. dan betapa besar pahala ayah nya dalam membanting tulang besar kan anak-anak sehingga masuk university. mungkin bila dia dah berjaya, boleh bawa parents nya berjalan-jalan. arwah ayah pula, hujung minggu selalu bawak kami jalan-jalan. seronok memang seronok. memang kami suka melakukan aktiviti luar. barbeque, memancng, berjalan kat taman, cuba masakan restoran-restoran tertentu, dan sekali sekala kami bercuti luar selangor. begitulah bagaimana ayah memberi ruang untuk anak- anak belajar ttg kehidupan luar. supya fikiran lebih terbuka,supya pndai bermasyarakat.



kawan-kawan yang saya kenal hari ini, mereka semua dah membesar matang. boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. adakalanya, jika kita tahu sejarah dan latar belakang mereka, kita tahu hr ini, kenapa mereka bersikap sedemikian. kenapa mereka memberi reaksi tertentu pada situasi2 tertentu. kenapa adakalanya mereka lebih agresif, lebih sensitif, lebih cepat bertindak atau mungkin juga mereka tidak memberi respon.

sesungguhnya, kehidupan yang lampau sedikit sebanyak telah banyak memberi kesan terhadap setiap individu. cuma kita, yang tidak tahu, dan tidak kenal kisah mereka dan diri mereka. maka, kita mudah judge orang lain, yang sebenarnya diri mereka dan situasi yang banyak memberi influence.

didikan ibu ayah amatlah penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. mengajar anak memahami hidup susah, hidup berdikari, bg rewards atas kebaikan dan kejayaan mereka. kasihi dan sayangi mereka dan didik serta memberi pesan pada mereka selagi nyawa dikandung badan. dengan harapan mereka boleh berfikir bila mereka dewasa.

jangan sesekali kita fikirkan, kita yang paling susah dalam hidup. dan, even kita tak mampu nak kecapi hidup seperti yang lain, lantas kita jadi hipokrit. sesuatu yang kita tak mampu, jangan lagak seperti kita mampu. be yourself. treat yourself sepertimana kehidupan yang sdg kita lalui ini. ingatlah , hanya nilaian Allah yang perlu kita utamakan. adakalanya, kita hidup tak mewah, tp buat-buat mewah. sedangkan mereka yang hidupnya mewah pula, pandai berjimat2 dan menyimpan demi masa depan. ingatlah, setiap dr kita, pernah merasakan kesusahan. jangan malu bila keluarga kita orang susah. susah itu lah yang sebenarnya menjadikan kita manusia andai kita benar-benar belajar dan redha dengan ketentuanNya.





“As I grow to understand life less and less, I learn to love it more and more”,Jules Renard




terima kasih ayah :h: ibu,
kalian telah mengajar erti hidup yang sebenar untuk jadikan aku manusia


12 March 2012

"penting"kan diri



"ouh!seminggu saje lagi exhibition..."
, detik hati.


saya ponteng usrah buat pertama kalinya untuk sem ni. saya rasa kusut. mana satu mahu didahulukan? tp kali ni saya betul2 yakin dengan keputusan saya. concentrate sekejap pada kerja. seminggu saje lagi. emh. ni baru exhbition belum assignment lain. mahu tak mahu, terpaksa juga.

saya tekun memotong board. sampai jari jemari saya kebas. melecet sedikit sebelahnya. saya tak boleh biarkan kawan saya sendirian. itu saje yang menguatkan hati saya untuk terus stay di studio siang td. bila petang berlalu, malam menjelma, masih sedikit yang datang, tolong apa yang patut. yang sepatutnya tugasan 'mereka'. tp...emh.tak. masih 'penghuni' yang sama. maka, setelah selesai tugas saya, saya hulurkan bantuan pada gerak kerja lain.

saya cuma berniat, semua pengorbanan ni, moga Allah sahaja yang membalasnya. akhirnya saya pulang. kerja masih bertimbun. saya perlu plan dan sacrifice masa ntuk esok. harap tiada gangguan buat seketika untuk konsentrasi. dan moga-moga Allah mudahkan segala urusan saya, dan perancangan saya.

apa yang terbaik sesungguhnya dari Allah. saya hanya perancang yang lemah.cry


kan seronok,kalau saya jadi orang yang penting kan diri tu. tak payah susah2 fikirkan kesusahan yang orang lain lalui. tak perlu sibuk-sibuk bertanya tentang tugasan apa yang perlu dilakukan. tak payah ambil tahu jawatan kita dalam organisasi.

Allahuakbar....nauzubillah.nauzubillah.... jauh kan hati dr perasaan ini ya Allah mad Allahuakbar. saat jiwa lemah mcm ni, saat lesu mcm ni...senang saja syaitan2 ni membisikkan suara-suara yang semakin 'membara' kan api dalam diri.

Ya Rabb.
mohon agar Engkau pelihara hati-hati ini, untuk senantiasa ikhlas melakukan kerja-kerja. sentiasa mempunyai perasaan kasih sesama manusia, kawan-kawan. sentiasa ada perasaan prihatin dalam diri. dan semoga untuk mereka yang ambil peduli, untuk mereka yang telah banyak berkorban, teruskan untuk mempunyai sifat sedemikian. kerana jika bukan manusia yang membalas jasa anda, Allah itu sentiasa ada untuk mu.:t:


sayangi lah saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri.

kawan, kita semua bersama,
jangan khuatir , jangan risau.
masih ada kami bersama mu.
teruskan semangat kita-kita sampai ke detik terakhir kita!wink




"no act of kindness ever wasted"



08 March 2012

heal


“A wise woman has much to say and yet remains silent.”


bila rasa sibuk-sibuk macam ni barulah terasa pandang langit yang sekejap pun dah cukup menenangkan. mujur Allah ciptakan langit yang luas. kepulan-kepulan awan putih yang seakan kapas. subhanallah.smile terkadang, bila sendirian dalam kereta, duduk di belakang, cuba baringkan badan dan tengok pergerakan awan...terasa macam......sedang perhatikan laut!

sibuk-sibuk mcm ni, bila pandang ke depan, kiri, kanan, depan, belakang perkara yang sama kita lihat, kita bersua, kita bekerjasama, kita senyum, kita bersalaman, tp... seringkali kita lupa yang "di atas". tanpa Dia, kita tak mampu melangkah sejauh ini, kita tak mungkin sekuat ini.:85:
:85:
melangkah ke kelas, muka penuh ceria bersemangat. sebaliknya bila kita pulang ke bilik, kelesuan jelas terpancar. setiap hari pergi ke kelas, jalan sama yang kita lalui, tempuhi.. kita boleh lihat muka mereka-mereka yang sama.wink mungkin ada yang kita kenal, mungkin tak kenal. ada yang membalas senyuman. ada yang memberi kan senyuman. ada yang sedang bergegas kerana terlewat, ada yang 'cool' even terlewat.

kenapa manusia tu berbeza kan?:85:
:85:
sikap. reaksi. respon. reproduktif. pemikiran. macam-macam.. sebab tu, karekter manusia yang berbeza ni, adakalanya mampu mengubat hari yang tersangat lah meletihkan. ada masa nya, mereka-mereka yang 'cool' ini sgt2 diperlukan. ada masanya mereka yang 'gopoh' ni, juga teramat diperlukan.

begitulah cerita nya.

langit yang diam membisu adalah penawar.:85:
manusia yang banyak karakter juga penawar.


maka,
aku diantara nya.razz:74:
cuba untuk remain silent.

:85:

24 February 2012

cerita takdir


haahh... it's already 2:02 a.m.
quite late not to sleep yet. but still tak boleh nak lelap kan mata.


hmm.
lain orang, lain kisahnya kan?:face57: dengar khabarnya, sahabat saya yang seorang ni pregnant. Allahuakbar, how sweet she is. since dr sekolah menengah lg. no boyfriend, no coupling, but then..she's the one yg married dlu. i'm happy for her.

setiap manusia cerita takdirnya berbeza. dalam sibuk mengejar itu ini nak menghabiskan degree. kawan yang di perantauan dah mengandung. kawan sekulliyyah dah ada anak satu. ada yang dah bertunang. dah bernikah. know what? i'm soo happy for them



jodoh, pertemuan. semua di tangan Tuhan.kan?

bila dihitung semula, usia sebegini sememang nya dah perlukan kematangan dalam berfikir dan berfikir "lebih" dr sekadar membina kerjaya dan merancang perjalanan hidup. masing-masing ada perancangan masing-masing. tapi kadang-kadang ada perkara yang kita abaikan mahupun terlepas pandang, iaitu membina keluarga.

saya bukanlah pandai sangat dalam mengupas tentang hal ini. tp sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit sebanyak pendapat yang saya kutip dr pengalaman sendiri. masih ingat lagi sewaktu saya mengikuti program modal insan di serdang cuti semester lepas, malam terakhir tu, kami perlu bentang kan "road map" atau perjalanan hidup masing-masing atau perancangan kita dari usia kini hingga 50 tahun akan datang. dan rata-ratanya yang perempuan , perancangan ingin berkahwin dalam lingkungan usia 27 tahun.

kemudian, seorang peserta lelaki bangun dan meluahkan pendapat. dia juga pelajar uia. jurusan ilmu wahyu. smile dia berkongsi pendapatnya yang mengatakan, sebaik-baiknya wanita ini berkahwin lah di usia muda. tp kebanyakannya lebih mengutamakan perancangan lain dan ada matlamat masing-masing sebelum plan ntuk bina rumahtangga.

mungkin ada banyak artikel lain yang menulis ttg kenapa kahwin awal itu bagus. heh..teringat dulu-dulu, bila ckp soal kahwin, nanti dulu. belajar biar habis dulu. berbeza dgn generasi skrg yang sgt mengutamakan cita-cita dalam kerjaya, lantas ada satu perkara yang mereka terlupa atau abaikan. iaitu mencari pasangan untuk membina sebuah keluarga.

satu hari, saya makan di meja makan bersama seorang kakak yang baru saya kenal. saya tanya kan pada dia, bila dia rancang nak berkahwin, memandangkan dia sudah ber'punya'. rupanya relationship dia selama 6 tahun bersama teman lelakinya tak pernah diketahui keluarga. dan bila saya bertanya bila dia rancang nak berkahwin, katanya, dia belum puas untuk bangun lewat waktu pagi. Allahuakbar. saya sekadar tergelak mendengar jawapnnya. mungkin dia cuma bergurau.mrgreen

tp sungguh, rata-rata teman-teman yang saya pernah bertanya, mereka semua ingin menikmati zaman muda remaja dengan sesuatu yang mereka belum puas ntuk lakukan. kata mereka, bila dah berkahwin, susah, perlu minta keizinan n so on. but for me, kita masih boleh teruskan keinginan kita, dan bila dah bersuami, lagi lah enjoy, ada yang menemani, dan menjaga kita.

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

tp sungguh, lain orang, lain pemikirannya. lain pembawakannya. ada pula yang ingin berkahwin tp belum direstui keluarga. ada pula yang belum bertemu jodohnya. ada pula yang belum puas merasa 'bebas' dgn usia muda. padahal, bila dah berkahwin lah lebih bebas, sentiasa ada yg menemani. lebih selamat. lebih terjaga. inshaAllah

cuma,dalam apa2 jua keputusan pun, harus selari dgn syariat. dan restu ibu bapa adalah syarat utama untuk bahagia. dan kita haruslah memandang urusan perkahwinan sebagai ibadah kepada Allah.






“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.”
(Ar-Rum: 21)




wallahualam



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.