Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

26 July 2012

2 tahun mencari ayah






 "H belajar lah al-Quran, dlu ayah kamu masa jadi imam sedap bacaannya...jadilah mcm ayah.."
"pak cik kenal ayah saya?"

"pak cik pernah jumpe dia sekali je... masa pak cik blum pindah ke sini.."
"ohyeke...mcm mane pak cik dgr bacaan ayah saya?"

"penduduk kat sini pernah cerita pada pak cik, sedap bacaan ayah kamu..rugi kalau kamu tak mengaji..pak cik teringin nak dengar bacaan dia"


"dlu, masa pak cik dtg sini..pak cik tgh cari rumah kawan pak cik, kebetulan ayah kamu kenal dengan kawan pak cik, terus dia bawak pak cik ke rumah kawan pak cik. ayah kamu orang nya ramah sgt..baik orgnya..pak cik tak pernah lupa. itu pertama kali pak cik jumpa dia..

tak lama lepas tu, pak cik pindah sini. pak cik mencari-cari balik ayah kamu. tp pak cik tak ingat  namanya. seingat pak cik, rumahnya depan surau..2 tahun pak cik mencari. sampailah pak cik dapat berita...

"cikgu Rusli? orangnya dah arwah dah... 2 tahun lepas.."
berjujuran air mata pak cik. subhanallah..tp cerita ttg kebaikan ayah kamu tak pernah terhenti.

Subuh itu, air mata terus mengalir." Itu ayah... yg disebut itu, ayah ku"

... 

Hari pertama Ramadhan, ketika bacaan tahlil, nama pertama yang disebut, nama ayah.  Andai ada sahaja bacaan tahlil, pasti ada sahaja teman-teman ayah yang akan sedekahkan bacaan tahlil buat ayah. Rupanya, walau dah bertahun ayah 'pergi' tapi... ingatan mereka terhadap ayah tak pernah pudar. Ramadhan pertama, air mata ini terus mengalir.


"kawan-kawan ayah, bila terkenang semula ayah...pasti mereka sebut.... "Allah...cikgu Rusli" pastu diorang mesti sebak. kalau boleh, ibu nak anak-anak ibu ikut jejak ayah. ikut mana yg baik..", ibu


catatan Ramadhan #7

till next-time inshaAllah!

19 April 2012

persediaan ku



ayah

subuh itu, ayah pergi meninggalkan kami. panggilan terkahir buat ayah. kucupan terakhir buat ayah. sentuhan terakhir untuk ayah. dan, ayah pergi buat selamanya. meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah remaja. kini, usia ku 23. aku bakal menjadi seorang anak yang berdikari tanpa seorang murabbi, ayah di sepanjang perjalanan usiaku. di saat aku perlukan belaian dan jagaan seorang ayah. penjaga yang gagah untuk aku. seorang penasihat yang bakal memilih imamku. yang bakal memberi nasihat untukku.  di saat itulah Allah telah membawa ayah pergi. namun, ini jalan takdirku. akhirnya, aku perlu belajar memilih jalan ku. aku harus belajar membuat keputusan terbaik untukku.

hampir, 11 tahun jam pemberian ayah semasa UPSR ku, masih ku pakaikan di pergelangan ku hingga ke hari ini. tanda ingatan kasih dan rindu ku pada ayah. tiada ganti. hanya ini. walau orang sangkakan aku ketinggalan zaman, walau orang katakan aku perlu ganti yang baru, bagi ku jam ini adalah pemberian terindah dari seorang insan yang amat aku sayangi!

ayah pergi tanpa sebarang pesan. namun,ayah pergi dengan senyuman. ayah pergi dengan melengkapkan pakaian terindah pada anak-anak. ayah didik kami untuk bekalan sewaktu ketiadaan ayah. nasihat ayah, akan kami ingati sampai bila-bila. jasa ayah, pemberian ayah, material, kasih sayang, semuanya tak berbelah bagi untuk kami. dengan kasihnya seorang ayah, ayah menanam sifat pemurah dalam hati kami .sejujurnya, aku ingin katakan bahawa aku bangga dengan ayah, kerna ayah berjaya mendidik kami.

buat ayah, moga ayah tenang di 'sana'. moga Allah merahmati roh ayah. jauh kan ayah dari azab kubur. terangi dan lapangkan lah kubur ayah, Ya Allah....ameen






ibu


cincin di jari ini pemberian ibu. meningkatnya usia remaja ku, ibu membelikan aku sebentuk cincin. ibu dan ayah sangat faham, aku adalah seorang anak perempuan yang paling tak suka dengan hiasan dan barang kemas. namun, bila usia ku mula meningkat, ibu melatih aku menjadi wanita. banyak yang telah ibu ajarkan pada aku tentang hidup. ibu ajarkan aku untuk bersopan, untuk punya adab yang paling cantik! untuk punyai akhlak yang paling indah! ibu ajarkan aku untuk punya hati, belas kasihan dan berbuat baik pada orang lain.

ibu ajarkan aku untuk berdikari. tahu mengemas, memasak, membasuh, menguruskan rumah, adik-adik dan diri sendiri. dari kecil aku di didik. untuk menjadi seorang perempuan yang miliki sifat sempurna seorang perempuan harus ada. ibu ajarkan aku tentang melayan seorang ayah dengan baik, adab terhadap adik beradik lelaki ku. ibu ajarkan aku tentang confidence. dari pakaian yang kemas , bersih dan langkah kaki yang betul sewaktu berjalan. 

pilihan, minat dan kesukaan aku dan ibu sangat berbeza, tp ibu tahu apa yang aku suka. ibu tahu apa yang terbaik untukku. ibu cuba penuhi hampir kesemua keinginan ku. ibu cuba sedaya upaya bertanya jika aku punya apa-apa masalah, kerna cuma aku satu2 nya teman perempuan ibu di rumah. kami masak bersama, shopping bersama, menguruskan hal dalam rumah bersama. 

meningkat nya usia ini, menjadi kan aku semakin rapat dengan ibu. ibu banyak bertanya tentang diriku. hal-hal 'dewasa' yang adakalanya malu untuk ku berkongsi. yang kadang-kadang aku sangat lah blurr...tp, jauh di sudut hati aku, ibu dah semakin memandang aku sebagai seorang dewasa. mungkin.... ibu dah bersedia untuk 'melepaskan' aku.

di raut wajah ibu, tergambar betapa bahagia nya ibu jika aku punyai seorang...... erm...seorang suami yang bisa mengambil alih peranan seorang ayah (abang) yang mana mungkin ibu lebih senang melihat diri ku lebih terpelihara, dan lebih terjaga. aku tahu, sejak kecil, mmg ayah tatang aku seperti minyak yang penuh. bila ayah pergi, abang pula yang mengambil alih. hidup ku, jauh berbeza seperti perempuan2 di luar sana. aku bukan jenis wanita yang mudah untuk keluar sini sana. aku bukan jenis perempuan yang mudah untuk berdamping dengan lelaki. kerna aku terdidik dengan perasaan malu yang sangat tinggi. dan aku punya prinsip yang teguh.

namun, aku berani. boleh bercakap dan bekerja bersama mereka. kerna aku tahu, suatu hari nanti aku pasti menjadi penggerak dan pendokong seorang 'lelaki' dari belakang. aku perlu bersedia dalam banyak perkara. aku tak boleh menjadi seorang perempuan yang lemah. aku harus tahu banyak perkara. dan, semuanya aku belajar dari ibu, untuk seorang perempuan belajar berdikari.

dan..
























inilah aku pada hari ini. tak lagi cemburu pada mereka yang masih punya ayah. kerna aku tahu, kisah hidup yang berbeda, menjadi kan kita manusia yang berbeza kekuatan dan didikan. aku dah bersedia untuk menjadi bidadri dunia seorang lelaki. inshaAllah syurga juga


























sambil aku cuba untuk perbaiki diri, aku harap kau di sana juga sedang mempersiapkan diri mu untuk menuntun aku dalam hidup ini.menjadi permaisuri terbaik dalam hidup mu, selepas ibu mu dan adik perempuan mu.





sincerely,
me




















11 December 2011

the day


masih teringat kali pertama saya belajar mengayuh basikal. saya lebih memilih untuk berbasikal atas rumput berbanding atas jalan biasa. sebabnya, saya takut sakit bila jatuh. rumput lebih lembut, kalau jatuh, kemungkinan untuk lutut luka mungkin sedikit.

ayah akan pegang dari belakang, sampai saya boleh mengayuh sendiri. dan bila ayah lepas, saya tak sedar saya boleh kayuh dengan sendirinya. masih ingat, basikal yang berwarna merah jambu dan putih berbakul plastik di belakang. saya excited bila pertama kali dapat basikal.

mainan pertama yang ayah belikan adalah kasut roda. satu untuk abang, dan satu untuk saya. kami selalu menghabiskan masa practice bermain kasut roda pada cuti musim panas. disebabkan kami ada kelas ice skating di sekolah, kasut roda yang ayah belikan, melatih kami untk mengimbangi badan dengan lebih cepat.

pertama kali masuk kelas ice skating, terasa sangat asing. teringat lagi kasut2 tersusun rapi di atas rak. cikgu akan pilihkan kasut yang sesuai. kemudian, mengikat tali kasut saya dengan kemas. waktu itu jugalah kali pertma saya diajar untuk mengikat tali kasut luncur ais. bilah pisau yang berkedudukan di bawah kasut ini, sebentar lagi akan meluncur di atas ais.

kaki melecet pada pengalaman pertama.:face60:

saya tak ingat bagaimana saya mula melangkah. saya tak ingat mcm mana cikgu mula2 mengajar kami. waktu tu, usia kami lebih kurang 7 tahun. bila dah meningkat kelas, kami akan di ajar berenang pulak. namun, saya tak sempat mengikuti kelas renang. hanya abang yang sempat. sebab dah tiba masa nya kami pulang ke tanah air. bila ayah dah selesai menamatkan pengajiannya.

begitulah bagaimana kita menguasai sesuatu bidang ilmu, atau sukan. semuanya bermula dr bawah. namun pengalaman2 ini lah yang menjadikan saya lebih kuat untuk meneruskan hidup. lebih banyak cabaran yang kita harungi dalam hidup, inshaAllah lebih kuat kita untuk menghadapi hari-hari akan datang.

terima kasih buat ayah, kerana mengajar saya dan mendidik saya.:t:
al-fatihah buat ayah.

n i miss him sooo much!sad
maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.