Showing posts with label families. Show all posts
Showing posts with label families. Show all posts

26 July 2012

2 tahun mencari ayah






 "H belajar lah al-Quran, dlu ayah kamu masa jadi imam sedap bacaannya...jadilah mcm ayah.."
"pak cik kenal ayah saya?"

"pak cik pernah jumpe dia sekali je... masa pak cik blum pindah ke sini.."
"ohyeke...mcm mane pak cik dgr bacaan ayah saya?"

"penduduk kat sini pernah cerita pada pak cik, sedap bacaan ayah kamu..rugi kalau kamu tak mengaji..pak cik teringin nak dengar bacaan dia"


"dlu, masa pak cik dtg sini..pak cik tgh cari rumah kawan pak cik, kebetulan ayah kamu kenal dengan kawan pak cik, terus dia bawak pak cik ke rumah kawan pak cik. ayah kamu orang nya ramah sgt..baik orgnya..pak cik tak pernah lupa. itu pertama kali pak cik jumpa dia..

tak lama lepas tu, pak cik pindah sini. pak cik mencari-cari balik ayah kamu. tp pak cik tak ingat  namanya. seingat pak cik, rumahnya depan surau..2 tahun pak cik mencari. sampailah pak cik dapat berita...

"cikgu Rusli? orangnya dah arwah dah... 2 tahun lepas.."
berjujuran air mata pak cik. subhanallah..tp cerita ttg kebaikan ayah kamu tak pernah terhenti.

Subuh itu, air mata terus mengalir." Itu ayah... yg disebut itu, ayah ku"

... 

Hari pertama Ramadhan, ketika bacaan tahlil, nama pertama yang disebut, nama ayah.  Andai ada sahaja bacaan tahlil, pasti ada sahaja teman-teman ayah yang akan sedekahkan bacaan tahlil buat ayah. Rupanya, walau dah bertahun ayah 'pergi' tapi... ingatan mereka terhadap ayah tak pernah pudar. Ramadhan pertama, air mata ini terus mengalir.


"kawan-kawan ayah, bila terkenang semula ayah...pasti mereka sebut.... "Allah...cikgu Rusli" pastu diorang mesti sebak. kalau boleh, ibu nak anak-anak ibu ikut jejak ayah. ikut mana yg baik..", ibu


catatan Ramadhan #7

till next-time inshaAllah!

30 June 2012

aisyah humaira




Alhamdulillah,
 abang dah pun bergelar ayah 3 bulan yang lalu.Anak buah pertama saya , namanya aisyah humaira. cita-cita abang untuk aisyah membesar dan menjadi seperti isteri nabi , 'A'isyah'.

Sekarang humaira menjadi penyeri keluarga kami. Oh! dah lama tak mendengar tangisan bayi dalam rumah. sekarang humaira dah 3 bulan. Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ayah dan ummi!



p/s: ini catatan yang tertangguh selama 3 bulan..

Terima kasih kepada mereka yang selalu tanya khabar humaira even dia masih dalam perut ummi nya! know what? orang yang sayang dia masa dia masih dalam kandungan, bila bertemu dengan humaira, mereka seakan sangat serasi ! zahidah, it's youuu.....huhu!

 

27 June 2012

apa lagi yang kakak mahu?




Sementara praktikal dan duduk di rumah, hujung-hujung minggu selalu menghabiskan waktu bersama ibu di dapur. masak memasak mengikut lauk yang di request, (hihi) so, secara tak langsung dpt beri idea pada ibu nak masak apa...heeehhehe...

...

"ibu, senior kakak 6 orang dapat further study kat aussie..."
"yeke...ramai.."

"hhaah, satu studio. tajaan mara...seronok kan bu?"
"ohye...rezeki masing-masing..kan?"


...

"ibu..... emmm...kalau kakak nk blaja kat oversea... .. .err..."
"kakak... . kakak dah pergi mcm2 buah negara dah kan? kakak dah rasa apa yang orang lain belum rasa... . .syukuuuurrr..."

"erm, yelah..
tp bu, ni blaja... . ."

"kakak...syukuuurrr.."


kakak tak faham maksud ibu. er, saya. dulu abang dpt further study kat UK, pun ibu berat hati. tapi, waktu tu, ayah baru saje pergi. jadi, sebab tak mahu biarkan ibu keseorangan, abang melepaskan peluang nya. tapi.... mungkin ada ganjaran yang lebih besar untuk dia. Kalau... abang akur pada ibu, takkan aku mahu berdegil... heh

"kakak taw...? ibu dulu, kawan2 baik ibu ramai yang sambung blaja luar negara...tinggal ibu sorang2 kat malaysia. akhirnya ibu masuk maktab, kenal dengan ayah....

.. ...lepas ibu kahwin dengan ayah, ayah dapat tawaran sambung belajar kat perancis. masa itu, ibu fikir, Allah nak bagi sesuatu pada ibu, tp 'lebih' baik, sebab ibu berteman. sebab ibu redha, sabar... . .Allah bagi ibu 'fly' laaagi jauh, dengan seseorang yang boleh menjaga ibu... .. ."

saya tersenyum

dalam hati, tentu ibu terkenang kisah ibu dengan ayah. membawa dua orang cahaya mata, dan yang ketiganya anak kelahiran negara Eropah itu. Bahagia nya ibu... . tapi, terpaksa tinggalkan keluarga di tanah air.


...

Dan..

saya punya cita-cita. 
ingin menjadi seorang pendidik... . pensyarah mungkin, atau... apa sahaja kerjaya yang boleh menyampaikan. sebab.. .  dalam setiap penyampaian, saya ingin ....



berdakwah



ya.
dakwah
saya mahu itu. mahu semahunya. saya mahu menjadi seorang pensyarah yang boleh memberi inspirasi dan contoh yang baik pada anak didik. ini cita-cita saya. berbeza mungkin? sebab... masa mula-mula ditanya ingin jadi apa? saya memilih untuk menjadi doktor. itu... waktu usia saya 9 tahun. namun, Allah tak memberi itu pada saya. mungkin saya boleh score biologi , tapi... fizik dan kimia saya....err...hemmph..tp jari jemari saya berseni...eh!



haha.
itu cerita dulu. sekarang, segalanya berbeza. ya,saya ada..impian yang lebih bermakna. saya lebih jelas dengan tujuan hidup dan erti hidup ini pada memberi. HOYEAH!! alhamdulillah, syukur lillah...Allahuakbar... . 

terima kasih pada nikmat akal dan kematangan.
nikmat ilmu, tempat belajar dan kawan-kawan..
dan semuanya!

semuanya lah!



err... cita-cita nak sambung blaja di luar negaraaa?
we'll wait n see. ada rezeki, inshaAllah
apa yang Allah beri n aturkan, pastilah itu yang terbaik!
apa pun, redha Allah terletak pada redha ibu bapa.


perbaharui niat setiap masa,
pastikan ia lillahita'ala!

till next-time!
inshaAllah


love,
nadia





23 June 2012

sekian lama.

Bismillah
Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memberi ruang dan nafas yang cukup untuk terus menulis dalam blog ini, walaupun hari demi hari ada sahaja halangan yang menagguhkan jari jemari ini untuk terus menaip, inshaAllah saya akan menulis.. . hingga ke nafas yang terakhir 

Hari demi hari yang berlalu, terlalu banyak perkara berlaku yang mendidik hati ini. sekali sekala terasa rebah, namun sentiasa meyakinkan diri Allah itu sentiasa bersama kita. and ...yes! He is near. Exam, semester tahun 3, research paper, semua kepayahan, kesusahan... akhirnya berakhir. ooh! tak, ujian baru pula tiba. nikmat pun ujian bukan? selagi namanya hidup di dunia, sebagai hamba, memang kita akan sentiasa diuji. sebab itu nak naikkan iman, bukan dengan angan-angan, tp perbuatan dan amal yang berterusan. wallahualam.

Alhamdulillah, result dah pun keluar. baru seminggu berlalu. wahai masa... cepatnya berlalu. walaupun jatuh sedikit, tp kata-kata ibu terasa semua nya ada hikmah. apa yang saya bimbangkan semester lepas, apa yang saya rasakan saya tak mampu hingga terfikir untuk drop subject, akhirnya saya dapat keputusan yang baik. sederhanalah dengan usaha yang diberikan sepanjang semester lalu.

Sekarang, dah 2 minggu masuk practical. Alhamdulillah, walau penat sedikit, tapi banyak yang saya belajar. abang saya jadi supervisor saya. katanya, abang ajar semua ni, penting untuk final year. know what? ini nikmat yang paling berharga sepanjang practical training. yang, mungkin tak dirasai teman-teman lain, jadi, saya berazam, untuk kongsikan ilmu ni selepas tamat practical. setiap dr kami melalui pengalaman yang berbeza. ada yang belajar lebih, ada yang belajar benda lain..apa pun, teruskan belajar dan mendalami ilmu yang bermanfaat. inshaAllah


rindu uia.

Cuti-cuti mcm ni, even dalam waktu practical..entah kenapa, uia sentiasa dirindui. environment, teman-teman, everything!
buatkan hati saya tertaut pada sebuah ma'thurat kecil. buku kumpulan2 doa ni, diberi masa taaruf week, tahun pertama di uia. ingat lagi dulu, saya tak pernah tahu jika bacaan ni bagus diamalkan pada waktu pagi dan petang. sampailah join halaqah anjuran universiti, dan kami perlu menghafal, baru saya tahu fadhilat nya. Alhamdulillah. di bumi uia ni, banyak yang saya pelajari.

Lantas, waktu2 merindukan suasana di uia begini, mathurat dan pengakhiran doa rabitah menjadi pengubat rindu. Allahuakbar. bila Allah tautkan hati-hati kita kerana-Nya, walau di mana kita berada, ukhuwwah ini lah yang menjadi penguat diri kita untuk terus berada dalam dakapanNya, dan berada di jalan yang benar.- iman itu naik dan turun- Kadang-kala, kita bimbang, diri kita hanyut. mutabaah 'amal entah ke mana, kerja pun tak produktif. tp, sekali sekala kita terasa lemah, baru terasa Allah sangat2 merindukan tangisan kita. indahnya nikmat Islam dan iman.


hadiah sebuah buku

ohye :) sebelum bermula praktikal. sebuah sampul comel berbalut kemas sampai di peti surat rumah. subhanallah! rupanya hadiah buku dr seorang teman, kakak. yang sekadar mengenalinya di alam maya. saya teringin nak jumpa akak, one day.. .  inshaAllah. di dalamnya terselit sebuah surat, sebagai permulaan perkenalan kami.

akak,
terima kasih untuk bukunya. sangat suka dan inshaAllah, lepas habiskan buku tu dan hadam betul2, saya akan share dalam blog saya. semoga bermanfaat untuk akak dan semua.


hmm. rasanya sampai sini dulu lah.
inshaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi. cuma sekarang, agak busy.

maklumlah nak pilihan raya-ohoh!


till next-time! inshaAllah

nadia-

14 May 2012

janji ku


waktu kecil, zaman tadika dulu, nak ke sekolah pasti ibu dukung. walau kne lalu jalan berbukit sedikit. tapi, ibu tak pernah mengeluh.sebelum ke sekolah, pasti ibu sisir dulu rambut puterinya. ibu akan pakaikan pakaian terbaik. dan menyediakan bekal sebelum ke sekolah. serba serbi, semua keperluan ibu sediakan.

sekarang,
bila makin dewasa, "taste" dah tak sama macam ibu. minat pun lain-lain. ibu suka ini, saya suka itu. warna kesukaan kami lain. makanan kegemaran kami pun lain. ibu suka makanan bersup, sedangkan saya tak. tapi, saya tahu, satu hari nanti, ada satu saat, 'masa' ini akan kembali. ibu akan sediakan segalanya untukku. 

sekarang, ibulah insan yang paling semangat dan bahagia. cuma kadang-kadang ibu pasti sedih. sebab ibu rasa, puterinya akan mula berjauhan dengan nya. bila bercerita dengan ibu tentang masa depan, ibu seolah memandang wajah ku dengan wajah seorang 'dewasa'.

aku bukan lagi gadis kecil yang dulu. tak lagi didukung ibu. masa akan tetap berlalu. keadaan pasti akan berubah. tapi kasih ku terhadap ibu, sedikit pun takkan berubah. ini janji ku.


nadia
[1989-2012]



19 April 2012

persediaan ku



ayah

subuh itu, ayah pergi meninggalkan kami. panggilan terkahir buat ayah. kucupan terakhir buat ayah. sentuhan terakhir untuk ayah. dan, ayah pergi buat selamanya. meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah remaja. kini, usia ku 23. aku bakal menjadi seorang anak yang berdikari tanpa seorang murabbi, ayah di sepanjang perjalanan usiaku. di saat aku perlukan belaian dan jagaan seorang ayah. penjaga yang gagah untuk aku. seorang penasihat yang bakal memilih imamku. yang bakal memberi nasihat untukku.  di saat itulah Allah telah membawa ayah pergi. namun, ini jalan takdirku. akhirnya, aku perlu belajar memilih jalan ku. aku harus belajar membuat keputusan terbaik untukku.

hampir, 11 tahun jam pemberian ayah semasa UPSR ku, masih ku pakaikan di pergelangan ku hingga ke hari ini. tanda ingatan kasih dan rindu ku pada ayah. tiada ganti. hanya ini. walau orang sangkakan aku ketinggalan zaman, walau orang katakan aku perlu ganti yang baru, bagi ku jam ini adalah pemberian terindah dari seorang insan yang amat aku sayangi!

ayah pergi tanpa sebarang pesan. namun,ayah pergi dengan senyuman. ayah pergi dengan melengkapkan pakaian terindah pada anak-anak. ayah didik kami untuk bekalan sewaktu ketiadaan ayah. nasihat ayah, akan kami ingati sampai bila-bila. jasa ayah, pemberian ayah, material, kasih sayang, semuanya tak berbelah bagi untuk kami. dengan kasihnya seorang ayah, ayah menanam sifat pemurah dalam hati kami .sejujurnya, aku ingin katakan bahawa aku bangga dengan ayah, kerna ayah berjaya mendidik kami.

buat ayah, moga ayah tenang di 'sana'. moga Allah merahmati roh ayah. jauh kan ayah dari azab kubur. terangi dan lapangkan lah kubur ayah, Ya Allah....ameen






ibu


cincin di jari ini pemberian ibu. meningkatnya usia remaja ku, ibu membelikan aku sebentuk cincin. ibu dan ayah sangat faham, aku adalah seorang anak perempuan yang paling tak suka dengan hiasan dan barang kemas. namun, bila usia ku mula meningkat, ibu melatih aku menjadi wanita. banyak yang telah ibu ajarkan pada aku tentang hidup. ibu ajarkan aku untuk bersopan, untuk punya adab yang paling cantik! untuk punyai akhlak yang paling indah! ibu ajarkan aku untuk punya hati, belas kasihan dan berbuat baik pada orang lain.

ibu ajarkan aku untuk berdikari. tahu mengemas, memasak, membasuh, menguruskan rumah, adik-adik dan diri sendiri. dari kecil aku di didik. untuk menjadi seorang perempuan yang miliki sifat sempurna seorang perempuan harus ada. ibu ajarkan aku tentang melayan seorang ayah dengan baik, adab terhadap adik beradik lelaki ku. ibu ajarkan aku tentang confidence. dari pakaian yang kemas , bersih dan langkah kaki yang betul sewaktu berjalan. 

pilihan, minat dan kesukaan aku dan ibu sangat berbeza, tp ibu tahu apa yang aku suka. ibu tahu apa yang terbaik untukku. ibu cuba penuhi hampir kesemua keinginan ku. ibu cuba sedaya upaya bertanya jika aku punya apa-apa masalah, kerna cuma aku satu2 nya teman perempuan ibu di rumah. kami masak bersama, shopping bersama, menguruskan hal dalam rumah bersama. 

meningkat nya usia ini, menjadi kan aku semakin rapat dengan ibu. ibu banyak bertanya tentang diriku. hal-hal 'dewasa' yang adakalanya malu untuk ku berkongsi. yang kadang-kadang aku sangat lah blurr...tp, jauh di sudut hati aku, ibu dah semakin memandang aku sebagai seorang dewasa. mungkin.... ibu dah bersedia untuk 'melepaskan' aku.

di raut wajah ibu, tergambar betapa bahagia nya ibu jika aku punyai seorang...... erm...seorang suami yang bisa mengambil alih peranan seorang ayah (abang) yang mana mungkin ibu lebih senang melihat diri ku lebih terpelihara, dan lebih terjaga. aku tahu, sejak kecil, mmg ayah tatang aku seperti minyak yang penuh. bila ayah pergi, abang pula yang mengambil alih. hidup ku, jauh berbeza seperti perempuan2 di luar sana. aku bukan jenis wanita yang mudah untuk keluar sini sana. aku bukan jenis perempuan yang mudah untuk berdamping dengan lelaki. kerna aku terdidik dengan perasaan malu yang sangat tinggi. dan aku punya prinsip yang teguh.

namun, aku berani. boleh bercakap dan bekerja bersama mereka. kerna aku tahu, suatu hari nanti aku pasti menjadi penggerak dan pendokong seorang 'lelaki' dari belakang. aku perlu bersedia dalam banyak perkara. aku tak boleh menjadi seorang perempuan yang lemah. aku harus tahu banyak perkara. dan, semuanya aku belajar dari ibu, untuk seorang perempuan belajar berdikari.

dan..
























inilah aku pada hari ini. tak lagi cemburu pada mereka yang masih punya ayah. kerna aku tahu, kisah hidup yang berbeda, menjadi kan kita manusia yang berbeza kekuatan dan didikan. aku dah bersedia untuk menjadi bidadri dunia seorang lelaki. inshaAllah syurga juga


























sambil aku cuba untuk perbaiki diri, aku harap kau di sana juga sedang mempersiapkan diri mu untuk menuntun aku dalam hidup ini.menjadi permaisuri terbaik dalam hidup mu, selepas ibu mu dan adik perempuan mu.





sincerely,
me




















11 April 2012

kami


saya anak kedua daripada empat adik beradik. tak banyak perbezaan dr segi minat dan perwatakan kami. perbezaan terbesarnya cuma, saya perempuan, mereka lelaki. awesome kan! haha




abang

saya perhatikan, abang saya memang minat main skateboard sejak dr sekolah menengah lagi. dulu-dulu, kalau abang balik dlm keadaan injured, mesti dia suruh senyap2 tak bgtaw ibu dengan ayah. haha..abang..abang... selain minat bermain papan selaju, smpi lah sekarang even dah kahwin pun.. abang memang aktif sukan kat sekolah, sampai ibu ayah tak bagi abang masuk bola dah. hew..hew...kesian. lari nak laju je..bola memang tak boleh dipisahkan. kecik2 dlu, basikal saya selalu takde sebab abang suka pegi bawak memancing. haihh.. balik basikal habis kotor berlumpur. geram tak geram. minat memancing memang dtg dr ayah. abang juga terer melukis,hmm...jeles mmg jeles...gifted agaknya. sbb ayah pun hebat melukis.









saya

saya pulak. erm. baik je. solehah dari kecik. hewhew... mrgreen aktif sukan. erm. tak, lari sket wakil rumah sukan dah pengsan. masuk lompat jauh pun, mcm tak berapa jauh. saya mmg tak boleh bersukan. tp benda yang plg mewah dr kecik ialah ...apa ye? hmm..saya suka barbie masa kecik. tp tak suka teddy bear. koleksi barbie mmg banyak,dulu lah. lepas tu, maen lawan-lawan dengn abang... kaki barbie tu boleh pusing 360 darjah. (kalau yang mahal punye). tu dulu, skrg, rasanya saya mewah dengan gadget. sy mmg suka berjimat, kumpul duit, n beli gadget. kamera, laptop, pc..palg mewah dgn kamera..hmm..sayalah.:51: tp handset saya kurang layan sket, asal boleh kol, message,ok je. abang yang suka belikan hp baru ntuk saya. saya okey je. haha. dan skrg, saya mewah degn warna-warna, berus warna, canvas, watercolor paper..dan yg seangkatan dengannya, sebab saya suka melukis.







adik pertama

hurm. adik saya yang ni, memang terlalu mewah dengan kasut bola. rasanya almari kasut kat rumah tu mmg penuh dengan kasut bola yang 'branded'. jeles? erm, not really, sbb dia mmg perform well dlm bola, semua lah! anak tgh2 mmg mcm tu kot. ibu pun bnyk support. pak cik2 pulak selalu bg galakan, tp bila dah nak start spm ni, kne kurangkan, kata mereka. ibu pun dah risau. skate pun layan jugak. boleh katakan sorang satu lah. bergaya pun ye jugak. saya perhatikan adik saya ni, dia berkawan dgn semua orang, tp dia ada pendirian dia sendiri n dia tak mudah terpengaruh. ibu pun selalu support minat dia dalam masa yg sama bg nasihat. so, give and take lah kat situ. ibu dah cukupkan keperluan n kehendak dia, so, kne dgr ckp ibu. hehe.










adik bongsu
haha. si kecik ni mmg cool je. kartun masih layan. hafal lagu kartun kat disney channel, cartoon network mmg no 1. bila nak hafal surah, esok nak kne tasmi' esok jugak lah suruh kakak semak bacaan. coool...mmg coool...haih... kami ada persamaan, suka kumpul duit sendiri ntuk beli keperluan n kehendak sendiri. dlm senyap2, dia buat simpanan sendiri, and dia mampu ntuk memiliki fixie dan hand set sendiri seawal usia 13tahun. yaa...me too. dlu beli hp pertama duit sendiri je. dan, dia ada geng2 sendiri, geng fixie dia. minat skate...erm...entah la...tp saya perhatikan dia mcm minat basikal,bmx. berlmbak dah basikal kat rumah tu. hew..hew...si kecik ni ada binatang peliharaan dia sendiri. kura-kura. dulu pernah bela, lepas tu hilang...bila terjumpa rupanya mati tersangkut dalam stokin sekolah dia yang dia letak merata--rataaaa....evil skrg ada kura-kura baru, semakin membesar dan semakin sihat!




ibu pulak, mmg selalu support kehendak, minat, keperluan dan kecenderungan anak-anak. inshaAllah, anak-anak perlu buktikan dengan berjaya dan taat pada ibu.

terima kasih ibu, ayah..
rindu rumah kembali lagi.


16 January 2012

teguran


kadang-kadang , saya tak tahu mcm mana nak tegur adik-adik. ada yang kalau ditegur, baran plak die. adakalanya andai ditegur, diam tanpa respon. tp, bila lihat cara ibu mendidik dengan penuh kesabaran, saya tahu, hati anak2 sebenarnya sedang mendengar dan menerima, cuma bila dalam usia remaja, mereka cepat memberontak.

bila ibu balik, saya akan kongsikan kerenah adik-adik semasa ibu tiada. ya lah, kakak ni dianggap kawan-kawan saje. lain bila ibu ada. bila bercerita dengan ibu, ibu akan cakap, "lain kali kakak tegur je adik-adik tu..."...."tapi bu, dalam keadaan macam tu..nanti lagi die jadi celaru.."

"kakak..semak kan hafazan ammar?"
"adik? kenapa baru sekarang..?"

saya tegur dengan nada lembut. tak mahu mengganggu emosi nya yang sekejap lagi akan ditasmi' kat sekolah. dan...dengan harapan, dia sedar sepatutnya dia tak boleh buat last2 minute. kalau ikut kan hati, memang rasa nak tinggikan suara je. nak marah-marah masa tu. nak leter memanjang. tp...saya bagi ruang untuk dia menghafal tanpa emosinya terganggu.

"takpelah...."

dia masuk ke bilik. menghafal dengan laju.haih..adik ni. saya sedikit marah dengan sikapnya. saya sabar dan menahan. tak mahu prestasinya jatuh di kelas gara-gara dimarahi kakak nya di rumah. tapi saya tak tahu apa tindakan saya ni, betul atau tak? patutkah aku mengurnya waktu ini? atau...serahkan nya pada ibu? nt malam-malam pandai lah ibu nasihat dan tegur?

"takpe. meh sini. kakak dengar..."

subhanallah. sukarnya mendidik. mcm mna ye? kita..mesti mahukan yang terbaik buat adik-adik kita. mahupun anak-anak kita kelak. dan...pendekatan dan cara mana yang terbaik? sedangkan setiap dari kita, mereka, engkau dan aku...semuanya lain-lain.

Allahuakbar.


17 December 2011

inna ma'al 'usri yusra


"ibu, pak lang, cik sah...
hari ni ...nadia ada final presentation...doakan nadia dapat buat dengan baik!" wink



" inshaAllah ibu doakan, kakak buat yang terbaik..." - ibu

"pak lang doakan nadia dikuatkan semangat dan dipermudahkan dalam presentation hari ini. amin!" - pak lang

"ok.. good luck.....cik sah doakan...do the best...doa and selawat jgn lupa ..." - cik sah

"salam, sori lambat bls!huhu. baru sampai bilik. innama'al 'usri yusra. Allah lihat usaha n akn bg natijah berdasarkan usaha kita. make sure u're doing ur best!like allways! tawakkal n make lots of du'a.i'll pray for u my dear. moga dippermudahkan segalanya! ^_^ " - syaimaa bulatan cinta

"...selamat berjuang ye. sma la kita...hohoho" - n.m


thanks for the wish and the du'a. wink


...

result dah tertampal. walaupun studiomate tak ramai, saya masih tercari-cari kedudukan nama saya. haha. that's funny. takut. nervous...semua perasaan ada. walau belum final,tp rasa mcm...ouhh...takde semangat dah. eh..eh kenapa?




saya selalu berpegang pada prinsip : result bukan segalanya! yang penting keberkatan dalam setiap usaha dan langkah yang kita ambil. bukan manusia yang nilaiannya terbaik, TAPI Allah swt. sepanjang belajar, banyak mana dah kita tolong and kongsi ilmu dengan kawan kita? banyak mana dah kita faham apa yang kita belajar. banyak mana dah kita ponteng atau lewat datang kelas? kot..kot..ada terguris hati pensyarah? dah minta maaf cepat2 bila buat salah? dah bertanya baik-baik bila nak tanyakan something yang memerlukan kita kefahaman yang mendalam?.....dan sebagainya. (kalau nak tulis panjang...)

and..alhamdulillah i'm very satisfied with my result. walau pun ada teman yang quite disagree with my result....suddenly, one of my friends,"kak fatin......." neutral..... " eh knapeee...?it's okeyyyy...itu rezeki dia kan?"...sambil saya usap2 bahu kawan saya. dan senyum.

haha. ya, manusia biasa, 'macam' saya. to be honest, kita mesti ada "rasa" aku dah banyak buat kerja....bla..bla......but. WAIT!! i'm doing all this for the sake of Allah kan??! YES! it's HIM!! so why should i "pertikaikan" all this thing? dan berbalik kepada my intention, everything would be fine.wink yaahh! just fine! and i'm smiling to my friends and i'm happy for that. hati tenang. it's all about rezeki "masing-masing" kan? although i have done sooo many thing, but perhaps we have learn something. ya, bukan ttg pelajaran semata, tp tentang 'hidup'.


inna ma'al 'usri yusra
Verily, along with every hardship is relief.


ayat yang selalu dibacakan dalam solat. dan..saya yakin...di setiap kesulitan, tu.. akan datang kesenangan. yup, terbukti! Allahurabbi! Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan kuasa Nya, dengan rahmat dan kasih sayang Nya, ditakdirkan, pada hari presentation...last friday, i don't have to present. secara jujurnya, orang pertama yang terlintas dalam fikiran saya, adalah ibu saya. doa ibu....ya...doa seorang ibu!

"bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum wrt......to our honourable guest........my lect........."
"stop fatin. can you just explain where is the national park........ . . . ?"

"a?....oh.sure"
"ok.that's it"

am so surprised that time.eek am i taking too much time? am i? ... kebetulan HOD pun turun n some other lecturers came to our presentation last time and alhamdulillah, they said that my work is v.impressive and presentable. alhamdulillah (astaghfirullah) what more can i say? he's a prof. my head of our department. and some lecturers and practitioner. tapi, ini bukan point utamanya....apa yang penting, Allah sememangnya menilai manusia itu dengan adil.

we dont have to worry about people's judgment. hasil usaha kita, bila kita betul2 letakkan niat..(walau susah nak betulkan niat setiap kali diuji mad but believe me, Allah knows best!) barulah belajar dengan seronok, without hasad dengki, tak perlu rasa kita sorang je yang perlu berjaya, n i always remind myself that, kalau nak berjaya, semua kene berjaya sma2. forget about perkara2 remeh.



"ibu! alhamdulillah, syukur sangat2. i did well in my presentation. prof kata very good!...ibu, terima kasih untuk doanya....":face59:


"yeke kak..menitis air mata ibu. syukur sgt2 pd Allah. bnyk dia bg kat kita na..tahniah buat kakak usaha yang tak pernah kenal jemu...inshaAllah sbagai pembakar smgt adik2! GO MY DEAR YOU CAN DO THE BEST!"-ibu




dan satu perkataan yang saya suka main-main dalam studio is "duniawi". if i'm stress..or...mcm buat sesuatu just nak impress lecturer. (yess i did. when i was in my second year) = i hate that semester MUCH!......(astaghfirullah) suddenly, i will stop doin' my work , and say..."ouh....duniawi je semua ni!" haha...my studiomates laa....orang yang paling annoying skali dlm dunia kalau saya kacau2 diorang..."heyyy....buat apa ni....?? dah..dah.....duniawi je ni..." hahahamrgreen. jahat tak? actually, tu "gurauan" je.

gurauan yang macam...."heyy... ko buat ni untuk tunjuk(impress) kat bro (lect) atau...apa?" . haha. saje. nak ingat mengingat. but my studiomates tahu perangai saya. selalu nya diorang dah TERsangat lah faham kata-kata yang keluar dr mulut nih. haha. nakal "sebelum" kahwin. ehem. nt dah berumahtangga, dah tak boleh cakap mcm tu. kne ckp style "mak-mak"..ngehe. mrgreen wuteva.

wait. suddenly mcm terbanyak sgt dah menulis ni. one day, saya akan rindu zaman belajar ni. redface hehe. terlalu lah banyak kenangan manis yang kalau nak dikongsikan mmg tak cukup satu malam! ehem. apa yang penting, ilmu yang dikutip tu...dah penuh satu guni belum?? ah..ah! cek balik...kalau tak, waktu ni lah nak kutip banyak2!!:face54:

haaah~~~tangan dah letih menaip. maen badminton banyak sgt! sampai rasa nak cabut atap. tak puas. kalau boleh nak pukul sampai ke langit...weeee~:face58: maen softball ke?pukul bola tu..tgk kiri kanan.

oops!dah lari tajuk.okeyy...apa yang penting.selalu betulkan niat kita. wink dan jangan cepat mengeluh bila kita menghadapi kesulitan. just keep smiling and take a break dengan beriadhah dsb......ikut citarasa masing-masing. dan sesibuk mana pun kita, solat, mengaji..jangan tinggal. inshaAllah, aim untuk capai keberkatan dalam hidup! anda akan BAHAGIA ever after....


p/s:
post ni tergantung,sebab terlalu banyak perkataan dan huruf-huruf yang menari di fikiran sambil kerja yang masih berbaki. fikiran agak celaru. jadi saya tangguhkan penulisan ini buat sementara.


syukur saya masih ada ibu. bila ayah pergi...ibu lah satu-satunya teman saya berkongsi kejayaan. mungkin, atas pemergian ayah, pak cik dan mak cik saya adalah penyumbang semangat saya! i love them so sooo much! doakan arwah ayah saya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, dan gembira dengan kejayaan anak-anaknya. dan blog ni, tempat saya meluahkan isi hati saya! maaf andai ada kata-kata yang mengguris sesiapa!

cuma satu pesan saya, selagi anda masih ada ayah&ibu, bahagia kan lah mereka. berikanlah mereka senyuman yang paling bahagia!:h:



mood: rindu ayah
terlalu banyak yang nak dikongsikan dengan ayah!
but......i can't.







to fatin: "Allah sedang memelukmu. dan Dia tak pernah pun jemu!",umy.

:86:


-the end-



03 December 2011

skateboarding is not a crime.




mengisi masa lapang for the boys. yeah. just share several pictures. (sbb malas nak upload bnyk2) haha. i just found this pics in my folder.and rinduuuu!:face22: smlm ibu kol, "kakak, abang ajak pegi putrajaya, kakak nak ikut tak? nt abang amek kakak kat uia..."....."alaa ibu, kakak nak kne pegi kl esok,ada site visit....alaaa....nak ikuuuuuttt!!"...."yeke...takpelah lain kali lah.. kakak buat n siapkan kerja tu dulu " wink

actually, kakak ade permintaan nak pegi rock climbing for the last midbreak. but masa tak mengizinkan.sad and now, bila school holidays! kakak pulak yg sibuk tgh struggle ntuk final. final!!!??? yaaaaargghhhhhh!!! sounds scaryyyy.....booooo~~

tp, ibu ada. dia selalu mendoakan. so,duduk uia sini diam2. buat kerja. stop facebooking after this coz dah turun takhta dah pun, and.....nothing has to be done with facebook except nak tahu update psal library opening hours, isu semasa ttg uia, final xm, financial, pre reg subject, n so on so forth...

ganbatte! :face64:






putrajaya challenge park.
the boys | abang.wafiy.ammar

yes! i missed the three of them!


girls? shopping!:face54:
heyy. i love my family!:h:



parut,dahi,papan selaju.
since 1997

26 November 2011

learn what they live


If a child lives with tolerance,
He learns to be patient.

If a child lives with praise,
He learns to appreciate.

If a child lives with encouragement,
He learns confidence.

If a child lives with fairness,
He learns justice.

If a child lives with security,
He learns to have faith.

If a child lives with approval,
He learns to like himself.

If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.
:57:

Dorothy Law Nolte Ph.D.

22 November 2011

permata hati




bismillah.
assalamualaikum everyone!

hihi.talking about children?? nak anak-anak yang comel dan sihat membesar? amalkan pemakanan yang sihat, amalkan gaya hidup yang sihat dari sekarang! nanti, kita kena ajar anak-anak kita makan makanan yang sihat dan pastinya bersih dan halal. maka, biarlah yang mengalir dalam badan anak-anak kita nanti dari sumber yang bersih!






mahukan anak-anak yang cerdik akalnya?amalkan sifat ingin tahu dan banyakkan menuntut ilmu serta membaca. kukuhkan perkara-perkara asas ttg agama, supaya nanti, kalau anak-anak bertanya, senang lah kita menjawab nya. :face64: ada masa, boleh blaja sama-sama dengan anak kita.

"mama, ni apa ni..?"






nak anak2 yang patuh perintah agama? dari kecil, kena lah didik mereka. supaya bertudung mcm ni? kekal sampai ke besar razz . untuk anak-anak perempuan , pupuk sifat malu dalam diri mereka. untuk anak-anak lelaki pupuk lah sifat kepimpinan dan berani!didik dan terus lah mendidik, diri, suami, isteri dan anak-anak!





selalu lah berdoa agar keturunan kita kelak sukakan agama. dan sentiasa mendekatkan diri dengan orang alim. rajin beribadah dan mudah tersentuh hatinya. rajin mengaji, rajin solat, boleh jadi imam, boleh azan...perfect!


"mama, ajarkan saya mengaji....wink"
"baik sayang..."

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"









"ooo....jadi mama kena jadi baik dulu, baru lah nanti anak-anak mama soleh & solehah!"


ya, mama kne taat perintah Allah,perintah Rasul dan taat kpd ibu bapa. jangan sesekali jadi anak yang derhaka taw. selalu lah minta maaf dengan ibu bapa kita. berbakti kpd mereka bila mereka semakin tua dan tak berdaya. mulai dr saat ini, apa yang kita mahukan yang terbaik untuk keluarga kita, anak-anak kita, harus bermula dari diri kita!

kemudian, bertemu dengan pasangan hidup yang soleh..cara pertemuan kita , akan menentukan akhlak anak-anak kita kelak!


"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"






okeyy! it's time to sleep! good night everyone!
jangan lupa, amalkan 4 qul. dan bertasbih. seperti mana yang telah nabi ajarkan kpd puterinya sebelum tidur.


Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x...



jom doa sama-sama:face57:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128"


ameen.

wallahualam
till next time, insha-Allah!
maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.