
seorang ibu terlalu banyak berjasa dan terlalu banyak pengorbanannya pada seorang anak. dikandungkannya selama 9 bulan dengan penuh kasih sayang. dalam liku2 membesarkan seorang anak, bukannya mudah. perlukan kesabaran yang tinggi,harus mempunyai ilmu yang tinggi. dan , dialah ibu saya.
selama saya membesar dengan ibu. mcm2 yang saya dah belajar dari ibu. dr perkara yang mudah2 hinggalah yang rumit. mungkin sewaktu kecil kita cepat memberontak. ada satu patah dua perkataan yang masih belum boleh dihadam. kita belum mengerti nilai nasihat seorang ibu. tapi, bila semakin mendewasa, saya mula sedar, nasihat ibu lah yang paling terkesan dalam diri.
waktu kecil, kami dididik. dengan cara yang berbeza. kerna abang lelaki, dan saya perempuan. mungkin abang lebih nakal, maka caranya berbeza. tapi, sebagai anak perempuan, saya juga tak terlepas dari ditegur drpd melakukan kesilapan.
siapa yang sukakan teguran? siapa yang sanggup menerima kesalahannya? pasti ia memberi kesan sepanjang hidup kita kan? tapi percayalah, teguran2 dan nasihat itulah yang membuatkan kita sedar. terima kasih untuk ibu dan ayah! kalian lah yang mengajar erti sebenar hidup ini, demi melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.
dulu, seawal usia 7-8 tahun, kami diajar, jika ada tetamu yang datang ke rumah, duduk bersama di ruang tamu. jangan duduk di dalam bilik. kata ibu, kita perlu kenal, siapa saudara mara kita, siapa ahli keluarga kita, dan siapa sahabat handai ayah dan ibu. bila dah dewasa, ibu ajar, bila ade tetamu hidangkan air dan makanan. ajaran ibu adalah secara tidak langsung. saya belajar dengan memerhatikan ibu, satu set pinggan mangkuk yang cantik dihidangkan pada tetamu. makanan yang terhidang kelihatan lazat dan menyelerakan. ibu pandai melayan tetamu, dan ibu suka meraikan tetamu dengan masakan istimewa ibu.
dan ibu tak pernah melarang anak-anak untuk makan bersama. begitulah bagaimana kami dididik. dan bila dan mula mendewasa, sebagai anak permpuan ibu, pada mulanya saya agak malu untuk menghidangkan air pada tetamu. tp atas hasil didikan ibu, lma kelamaan ia nya menjadi biasa. saya tahu, banyak yang saya perlu belajar sebelum ibu 'melepaskan' saya.
bila pulang ke kampung, ibu ajar kami untuk salam peluk dan cium saudara mara , nenek dan atuk. ayah mengajar kami untuk menjaga batas2 aurat. mereka mengajar kami untuk kenal siapa yang bukan mahram sepanjang perjalanan ke kampung. saya diajar untuk menutup aurat sebaik tiba di kampung bila bersama dengan pak cik2, begitu juga bila sedara mara lelaki yang semakin baligh, aurat harus dititkberat kan sebaik mungkin.
bila pulang ke kampung, saya melihat ibu melayan ibu kandung dan ibu mertuanya sama sahaja. ibu sangat mengasihi kedua2 nya. ibu pandai menjaga hati mereka. ibu pandai mengambil hati ayah.agar ayah rasa bahagia. saya belajar dr ibu, adakalnya kita tak boleh mudah terasa hati dngn org2 tua. ibu mengajar saya untuk banyak bersabar. walaumcmnapun, mereka tetap org tua kita.
saya ada dua kmpung. memang kampung yang kadang2 kemudahannya sangat sedikit. tp alhamdulillah dengan murahnya rezki pak cik mak cik, mereka berpakat untuk menambah baik rumah nenek. saya belajar susah di kampung. apabila tiada air, menahan cuaca panas, nyamuk di tengah malam. sekarang, saya mula berfikir, belajar susah itu adalah sesuatu yang sgt bernilai. bila kita bermula dr kesusahan, apa sahaja kesusahan yang bakal dtg, kita dah cukup bersedia untuk itu.
saya selalu terfikir, andaikata keluarga bakal suami saya org yang susah, mungkin saya tak rasa janggal untuk itu. inshaAllah saya mampu menghadapinya. even keluarga sesiapun. walau kita hidup di bandar dan selalu merasai kesenangan, ibu mengajar saya untuk tak cepat mengeluh. adakalanya hidup dalam kesusahan ni mengajar kita untuk jadi seorang yang fleksible.
drpd kecil mmg saya suka tdur di rumah kwn2, mungkin itu bagimana saya di didik menjadi berdikari. saya boleh travel dengan org lain berbatu2 jauhnya. mungkin ibu sanggup melepaskan dengan org yg dipercayai demi mendidik diri ini berdikari. adkalanya bila berjauhan dengan keluarga hati akan terasa berani dgn sendiri nya. sy belajar untuk survive sendiri.
ibu ajar kan saya tentang perfectionist. bukannya ibu tak sukakan kekemasan, kebersihan, dsb, tetapi ibu pernah nasihatkan tak semua perkara kita perlu kelihatan sempurna. cukup seadanya. bila dah besar, ibu ajar saya bersederhana. perlu bijak memilih mana yang baik dan tidak. akhirnya dengan meletakkan prinsip 'tak terlalu perfectionist' keyakinan saya bertambah. sebab bukan semua orang sempurna. adkalanya kita kelihatan sempurna pada mata orang lain,tp tidak yang lain2.
dulu, ibu menangis melihat kejayaan anak2. even saya mengaji di atas pentas, ibu akan mengalirkan air mata. walau saya bersajak di depan, ibu akan cepat sebak. mengalirkan air mata gembira. kini, saya tahu. hati ibu paling gembira bila anak2 meraih kejayaan dan membahagiakan ibu. demi air mata ibu, inshaAllah saya berdoa moga Allah permudahkan perjalanan kami adik beradik dalam mencapai kejayaan dan mudah mendapat rezki yang halal kelak. semoga dapat memberi kemudahan dan kesenangan buat ibu.
ibu tak pernah cakap "tak boleh bercouple". tapi ibu ajar untuk rasa malu pada lelaki. untuk menghormati lelaki. bila dah besar, ibu nasihatkan supaya utama kan apa yang utama. ibu tak cakap jgn berkawan dengan lelaki, tetapi ibu selalu nasihatkan "perempuan lah punca utama lelaki rosak". saya telan kata-kata ibu satu per satu. dengan tarbiyyah yang diberi dr sekolah hingga ke university saya mula faham maksud ibu.
saya mula membuka mata apa yang berlaku di luar sna. saya belajar memilih kawan yang mendorong ke arah kebaikan. lantaran abang menjadi pendorong buat adiknya. abang tak pernah bercouple dr sekolah sehingga lah abang benar2 mempunyai seorang isteri. abang lah sumber inspirasi saya. dan kisah cinta ibu, itulah penguat saya.
saat saya dilanda persoalan ttg 'cinta' ibu lah yang ajarkan saya ttg jangan terlalu memberi harapan pada lelaki. andai kata ingin 'menolak' gunakan kata-kata yang baik. andai kata suka, diamkan saje. memang ibu telah mendidik saya untuk menjaga hati dan perasaan seorng lelaki. skrg baru saya sedar, kata-kata ibu ada benarnya. bila satu per satu pengalaman yang saya lalui, nasihat ibu lah yang pertama sekali menjengah di fikiran saya.
ibu tak pernah tegur direct pada anak2. tapi ibu akan betul2 mencari masa yang sesuai untuk menegur saya. kadang2 ibu tegur dalm nada gurau nya. saya faham maksud tersirat ibu. yang terkadang ibu tak mahu mengguris hati anak nya. ibu mempunyai hati yang lembut. nama kami selalu disebut2 dalam doanya. jika kami ada masalah ibu lah org pertama yang saya minta doakan,agar urusan dipermudah...Allahuakbar. ibu, she's a great person!
bukan mudah menjadi seorang ibu. besar tanggungjawab nya .
mampukan saya menjadi seorang ibu yang hebat seperti 'ibu'?