31 May 2010
bersanding
Assalamualaikum,=)
Masih igt pada si kecil ammar?huhu..sekrg dia dah besar.sdg bertungkus lumus ntuk menghadapi peperiksaan UPSR.tp,ya Allah,tiap kali nak belajar..nak kne suruh…doakan ammar dipermudahkan exam nya nt.abg nya jugak,yg bakal menduduki PMR.semoga adik2 ku cemerlang dlm peperiksaan mereka.ameen=)
Apa pulak yg nak dikongsikan kali ni?huhu…saya nak cerita kan semula dialog antara saya dgn ammar.sungguh x sangka pemikiran ammar sgt matang.dia tahu mana yg baik,dan mana yg tak.alhamdulillah…
Satu petang….
“tuk…tuk…tuk…” pintu diketuk…
“assalamualaikum….”
“waalaikumussalam…”
“ammar!banyak dpt ikan hari ni?”
Semalam ammar bru lepas menjala bersama ustaz nya.kat tasik.kata ibu,ammar ke rumah ustaz,tlg basuh kereta ustaz bersama kawan2.(haih…rajin nya..kereta ibu x de pulak nak basuh…huhu)
“eh,ammar x pegi la hari ni…ustaz nak kahwin esok..”
“oyeke?ustaz dh nak kahwin dah?”
“aah..ustaz kata ustaz x nak bersanding..”
“yeke…bagusnya..”
“kenapa yek?”
Soalan yang saje2 ditanya…
“ye la sbb x elok…”
“macam sape bersanding tu dik?”
“macam siti ********…artis2”
Haha…tergelak kecil seketika…budak kecil mmg kuat memerhati dan cepat tgkap.mujur dia tahu benda tu salah.=)
“bersanding tu sebenarnya org melayu terikut2 dgn budaya org india…”
“renjis2 lah…”
Ammar menyambung..
“hmm..betul.menayang kan kecntikan isteri dia…x elok kan?”
“kak,nt abg kahwin abg sanding ke?”
“x lah…abg x nak bersanding…dah adik,pergi mandi siap2.nt maghrib pergi surau pulak,ok”
ibu ayah dlu pn x bersanding.kata ayah,perkara2 mcm tu kita perlu jaga dr mula2 nak bina keluarga.ramai org yg abaikan.ayah percaya,bila kita jaga bnde2 yg dianggap ‘remeh’ mcm ni,zuriat dan keturunan seterusnya akan terpelihara.klu perkara tu bertentangan dgn syara’ jauhi nya…

30 May 2010
you are sooo -ve!
Semalam.sy keluar bersama teman2.teman ini lain.teman ini teman yg sgt bnyk perubahannya.kenapa?sbb mereka dah semakin dewasa!haha…sebenarnya mereka adalah sahabat saya masa kecil.sahabat sek ren yg berjuang habis2an semata mata nak dapatkan 5A UPSR…ok,itu kisah lama.walau apa pun resultnya,Alhamdulillah kami dah berjaya masuk ke university…lma dah x berjumpa.cntact apatah lagi.masing2 sibuk dgn aktiviti yg sgt sibuk di university.masing2 sdg mengutip ilmu.saya yakin mereka bukan pelajar biasa.mereka adalah orang2 yg hebat.itu lah sahabat sek ren saya.
Meluangkan masa bersama di PWTC.klu dah tahu pkmbgn terbaru di sana,mesti korg taw ada carnival YOUTH ’10.kan?best ke?erm..bg saya biasa2 shj…tp rmi teman2 yg saya jumpe disana,baik teman uia,dr sek maahad,n rasanya dunia ni sgt kecik!haha...tp kebanyakan lelaki...
mcm2 ada kat sna..termasuk la booth2 art...menarik?boleh la...semuanya sdg2 shj...sampi kat satu booth ni..ntah psal ape ntah,travel agak nya..khas ntuk belia2...kononnya lepas dietrgkan,kne lah isi borg n so on...but,3 drpd kami,sy sorg je x interested.yg tergkan tu,org india,badan yg sasa..kulit yg gelap...lelaki.biarla apa pun rupa dia,sy x kisah.tapi...disebabkan sy x berminat nk mengisi borg tu...dia kata pada saya,
"YOU ARE SOOOO NEGATIVE!!"...dgn nada india dia tu...wuteva.![]()
saya diam.pergi ke booth lain.tenangkan hati.ignore.
tp dalam hati:
"awak x berhak berkata begitu!!!"
"saya ada hak nak buat pilihan samada saya nak atau x"
"sebenarnya awak tu yg negative...!&%@#**"
"saya x heran la dgn travel awak tuuuu!!!saya ada usrah sy sendiri..lg best travel dgn diorg!!"
klu ikut kata hati yg rasional.saya mmg x berminat dgn xtiviti yg dianjurkan oleh k******n.sorry to say.hati saya x terpaut pd itu.sy lebih sukakan somthg yg berkait dan memntigkan agama.bukan kebendaan semata2.bukan hiburan semata2.bukan sy nak kata x baik.tp klu dgn usrah dah tentunya mereka memntgkan waktu solat,muamalat...n so on.dan dah tentunya kat uia bnyk lg xtiviti yg best.knape perlu saya isi borang tu??
maaf.emotional sedikit.
dan dah tentunya fitrah manusia itu,cintakan agamanya.klu terasa somthg yg x sedap di hati jgn proceed.saya dah buat pilihan yg betul.i guess?eh x...saya betul2 yakin.sgt yakin!

27 May 2010
istikharoh la..
Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
dipetik dr-muslimdiary
