Showing posts with label la tahzan. Show all posts
Showing posts with label la tahzan. Show all posts

22 September 2012

alhamdulillah-bila kita diuji



Alhamdulillah for whatever Allah has given to us. Dia kawan saya dari matrik lagi. kami satu studio sampai sekarang, alhamdulillah. banyak perkara yang kami lalui..dan...sekarang dah final year. seems like 'susahnya' belajar tak sama macam dlu. Allahurabbi...permudahkan urusan kami.

Hari ini usrah pertama kami berlangsung. Rindu sangat pada usrah bila hampir 3 bulan praktikal, terasa dahaga kan jiwa yang ditarbiyyah. tapi, kak sumayyah kata, bila kita ditarbiyyah, kita dicampak ke mana-mana pun, kita mampu untuk mentarbiyyah. dan tarbiyyah itu 'mengajar' kita tanpa kita sedar sebenarnya.

Banyak perkara dalam diri yang telah mengalami perubahan. even, belum cukup baik tapi harus sentiasa berniat untuk jadi yang terbaik. itulah keinginan semua orang. tadi, kak sumayyah tanya, kalau orang tanya kita apa khabar iman kita hari ini? kita nak jawab apa?hmm.

Macam mana nak tahu tahap iman kita? 

Lihat bila kita diuji, apa respon kita? mengeluh atau masih mampu mengucap alhamdulillah?bagaimana tawakkal kita pada Allah? cara menujunya terletak pada ibadah kita pada Allah. dalam....lima kali sehari kita solat, berapa kali kita khusyuk dalam solat? Allahuakbar. tersentak-

"Bila kita diuji, jangan cepat mengeluh", pesan kak sumayyah

Sebenarnya, untuk sem ni, naqibah bulatan cinta kami telah bertukar. kak sumayyah jadi naqibah kami. entah kenapa, rasa sedih..tapi teruja pada masa yang sama. kak sumayyah adalah seorang daie yang sgt saya kagumi. hanya mengenalinya dari jauh, dari gaya penyampaiannya dalam mukhayyam lantas terasa teringin ingin mengenali dengan lebih rapat pada sosok tubuh ini. dan, hari ini, malam ini, Allah takdirkan kak sumayyah untuk jadi naqibah kami. subhanallah! Allah beri sekadar lebih untuk mengenali. Kak sumayyah berkongsi banyak cerita pada anak-anak usrah nya. dan sungguh, kisahnya sangat menjadi penguat dan sumber inspirasi pada diri.

Bila...

Allah datangkan ujian yang melemahkan, Allah gantikan sesuatu dengan 'hadiah' yang sangat istimewa.... menjadikan lebih jatuh hati pada bulatan cinta.


"apa khabar semua hari ni?"

"penat.."
"sakit perut.."
"sedihh..."


Saya tahu kak sumayyah graduate new zealand. dia memang hebat dari zaman persekolahan. tp, kak sumayyah kata, tarbiyyah lah yang banyak 'mengajar' tanpa dia sedar. 

"...naqibah mak akak masa kat US dlu, nak dtg usrah yang sejam, ambil masa 5 jam pergi n 5 jam balik... tp dia selalu pesan pada anak-anak usrah dia, apa yang menguatkannya, dia berpegang pada firman Allah ( Surah al Baqarah ayat 208) 'masuklah Islam secara keseluruhannya', dan ingatlah lima perkara sebelum lima perkara...   ...sekarang, anak-anak usrahnya dah jadi daie yang hebat2.... ..lihatlah kekuatan dakwah... ... pada setiap naqibah itu, kita akan lihat sifat yang berbeza-beza.. .. ada yang garang, sangat menepati masa, ada yang sangat2 pemurah... .. kitalah qudwah itu... .. anak-anak usrah akan contohi kita, tiru gaya kita, cara percakapan kita... apa yang dia lihat yang terbaik, itu lah yang akan dia contohi... .."

Malam tu, saya share apa yang dah saya lalui seharian dengan kak sumayyah n teman usrah. saya penat. fikiran saya agak serabut sem ni. trying to be good enough for the first stage of design thesis studio for the first proposal, but then.. terasa mcm... 'gagal'.  i lost something. atau... i'm not good enough in delivering and convincing my idea. something missing...atau....i need to change my topic of interest. * saya kurang pergantungan pada Allah agaknya. terlalu busy dengan benda-benda lain. atau.. hilang concentration on... mana satu priority.atau mood belajar belum masuk sepenuhnya.heh

"kak sumayyah... fatin rasa... mcm down sket hari ni. lepas maghrib td, ftn mengaji, cuba tenangkan diri.. akhirnya fatin menangis... memang, bila kita diuji, kita tak nak mengeluh... ibu selalu pesan, takde orang yang perfect, ada jatuh,ada bangun.. tp bila kita tengah lalui ujian tu... terasa mcm.. hmm.... 

sebnarnya kak sumayyah, dr first year... smpi 2nd-3rd year... alhamdulillah... ftn perform dlm study..ada lah jugak stuck2.. but then,bila ada something yang buat kita down... fatin akan terfikir...'eh layak ke aku dpt DL selama ni..' rasa mcm lost sgt2... ...tp ftn taw, at the end, mesti ada something yang Allah bagi.."


kak sumayyah dengar cerita saya. kadang-kadang cerita yang dikongsikan masa kita jatuh, boleh jadi inspirasi pada orang lain, yang bukan selamanya kita di atas. dan bukan selamanya orang yang kita kagumi, tak pernah melalui masa susah. bukan semua cerita yang tertulis akan nampak indah semuanya. ada masanya, kita perlu merasa berada di bawah. hidup ni mcm roda, kata kak sumayyah.kak sumayyah cerita kan pahit manis nya belajar di malaysia sampailah ke nwe zealand. sungguh, dengan berkongsi pengalaman yang beri motivasi, mampu menaikkan semula semangat. bahawa ada orang lain juga yang Allah uji, lagi hebat ujiannya dr kita.

saya suka bila kak sumayyah kongsikan:-

"dlu, masa akak asyik jatuh je dalam subjek ni... akak selalu mengadu kat ayah akak... pastu ayah akak cakap..' Allah nak bagi kita rasa apa yang orang lain rasa apabila berada di bawah...' masa tu..baru lah akak refleks diri. akhirnya, bila final akak lulus dan antara best student n pelajar malaysia muslim yang terpilih... fatin, gagal tu sifatnya sementara je..hidup ni mcm roda. sekarang baru first stage kan? alah... boleh punyer! inilah namanya belajar, kalau dah pandai tak delah kita kat sini..."

Banyak lagi yang kak sumayyah kongsikan. Alhamdulillah bila senang. Alhamdulillah bila diuji.terasa kne 'refresh' sekjap. esok kebetulan ada program tepi sungai. hopefully dpt tenangkan diri sekejap,then continue on my research. moga Allah kurniakan ilham, kesenangan dan kemudahan dalam menghadam ilmu.

*Preparation untuk akademi murabbi. moga Allah beri kesempatan untuk pergi.kemudahan dan kelapangan masa untuk terus berada dalam dunia mencari ilmu, tarbiyyah dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. buat masa ni, ini keutamaan nya.akan bertambah lagi kelak. dan inshaAllah, bila niat kerana Nya, semua benda akan jadi mudah. tetaplah pada jalan Allah.inshaAllah

Kawan-kawan yang baik itu rezki. jagalah silaturrahim. cari lah kenalan seberapa ramai di bumi uia ini. semoga ukhuwwah ni, kekal hingga ke syurga. ameen



Fatin,
Jatuh bangun tu perkara biasa dalam hidup. teruskan bersemangat dalam belajar!




mahallah asma'
22nd September 2012


06 April 2012

kabur


i wish today could be a better day



hari-hari kita mengharap dan berharap hari kita akan berjalan dengan baik. tapi, seringkali kita kecewa dan gagal. kalau...gembira pun, pasti dibuat-buat. saya masih kabur. kabur dengan permasalahan diri. i don't know why. kalau hari ni tak ok. berharap, esok mesti ok. tapi...tak

"it's okay untuk menangis..." yes. i did. entah untuk ke berapa kali. tapi entah kenapa. bila masalah mendatang. hati tak tenang..sering tertanya-tanya

kenapa dengan hari ni?

tadi dah ma'thurat..hmm,kne yakin hari ni mesti berjalan dengan baik.mad

sebab terlupa nak dhuha ke..?

err...solat tak khusyuk?

ada mengumpat psal orang lain?

ada tersakitkan hati sesiapa?

sebab...ada hutang yang belum bayar ke?
sebab apa Ya Allah..



aahhh..apa yang mengikat kesusahan ni?
kenapa terasa sangat letih.
kenapa ya Allah


Allah
kurniakan lah aku kekuatan
lepaskan lah ikatan kesusahan dalam diri
walau aku kabur dengan diri ku sendiri
terangilah aku dengan sedikit hidayah Mu
sesungguhnya aku amat memerlukan sedikit kekuatan dari Mu
untuk aku terus gagah dalam menyusuri liku-liku kehidupan yang sedang aku lalui ini

Ya Allah
bimbinglah hamba Mu yang hina ini
tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Mu


Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR. Bukhari)

Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

sumber


aku ingin memberitahu,

tiada manusia yang sempurna di dunia ini. tiada manusia yang dapat lari dari ujan. maka bertahanlah, pasti ada kemanisan di penghujungnya. Allah itu kan Maha Pengasih dan Penyayang? bersyukurlah dalam setiap ujian.


weekly qiamullail.
mahallah asiah.

moga terus istiqamah
inshaAllah.



:86:

29 March 2012

mid break






"inilah mid
'break' tahun 3 saya. sekadar duduk di bilik, pergi library, siapkan research, makan petang-petang bawah pokok. haha wink cute kan? and bukak cuti ni, mulalah first paper english writing . exam ntuk pertama kalinya sem ni. so wish me luck!

sementara yang lain tengah bercuti bersama keluarga, pulang ke kampung halaman, saya masih disini, menjalani rutin2 harian. cuba ntuk memberi semangat untuk diri sendiri. dan...saya tahu orang lain pun tengah struggle.

buat teman-teman yang sedang bercuti. manfaatkan masa bercuti bersama keluarga. dan jangan lupa assignment2 yang diberi mrgreen hehe. so buat diri yang sedang keseorangan di bilik selama 4 hari berlalu ini, semoga terus kuat bermujahadah, dan dapat buat yang terbaik untuk diri dan keluarga. lillahi ta'ala!"

yosh!!










sendirian.
iium gombak.



with love:t:
nadia.

ibu, kawan-kawan, doakan saya ye.

23 March 2012

“aku yakin Kau akan permudahkan segalanya untukku”




"saya tak mampu nak lakukan semuanya sendirian. kalau saya mampu, dah lama saya buat sendiri. cuma, saya kena selalu2 bersabar dan didik hati untuk belajar melakukan sesuatu tugasan berjemaah, secara berkumpulan....cuma nya....setiap orang itu, lain cara nya,hati nya,fikiran nya....hmmm...mcm mna ni....." sad

"fatin... tak boleh dengar benda-benda mcm ni...fatin cepat rasa 'down'. rasa beban tu terletak kat bahu kita. sebagai ketua, ftn takut ada silap kat mana-mana yang fatin tak sedar. kadang, memang senang nak mengungkapkan maaf, tp kita tak tahu, maaf kita tu ....sebenarnya diterima dgn ikhlas...? atau terbuka kah hatinya?"


"dalam sibuk-sibuk dan masing2 ada komitmen terhadap tugas sendiri, susah nak memahamkan bahwa orang lain pun ada tugasan masing-masing. mcm mana lagi nak kurang kan rasa beban anak-anak buah? macam mana lagi nak bersikap adil? perlu ungkit satu-satu apa yang dah kita korbankan..?"

"Allahuakbar.
saya jadi takut nak jadi pemimpin. memimpin. tapi... "

"harus macam mana lagi? kudrat saya tak kuat. saya tak mampu nak lakukan semua. saya cuma manusia biasa. apalah sgt jika mengaku kesilapan. apalah sgt turunkan ego mohon bantuan. apalah sgt berterus terang sesama sendiri. dunia...oh dunia....apa ada padamu sehingga kami gelisah dan takut dengan mu???!"



mungkin. saya tak pandai nak bertegas. mungkin saya selalu membawa sikap berlemah lembut dalam memberi arahan. mungkin. saya takut nak terlalu mendesak kerana takut memberi tekanan pada anak-anak buah. mungkin. saya kurang keyakinan pada mereka. mungkin juga sebenarnya saya tak boleh jadi pemimpin?

"entah lah fatin, masing-masing dah besar dan sepatutnya boleh berfikir sendiri"

ingat lagi guru kaunseling saya ajar kan, sebenarnya masalah tu, berpunca dr dalam diri kita sendiri.BUKAN orang lain. ada kunci yang belum kita temukan. ada persoalan yang belum terjawab.pasti ada.

dalam pada masalah sendiri belum selesai, masalah lan datang. kawan saya mengadu masalahnya pada saya. sampaikan saya tak macam selalu. tak pandai memberi pandangan. fikiran saya penat.

apa yang boleh,
saya hanya mampu berdoa untuk nya. moga urusannya dipermudahkan.
dan, Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang, urusannya selesai. masalahnya hilang.


dan saya? masih di sini.
mohon kalian doakan, everything will be fine soon:t:



Jangan persoal bila Allah bagi dugaan,ikhlaskanlah sesungguhnya Allah senantiasa menguji hambaNya dengan pelbagai jenis dugaan

Firman ALLAH dalam Hadith Qudsi :
” Wahai hamba-hamba-KU ! Aku telah berikan kurnia kepada kalian dan Aku telah meminta hutang, pinjaman dari kalian. Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu kepadaKU dari apa yang telah AKU kurniakan itu dengan taat, nescaya Kusegerakan(membalasnya) dalam waktu singkat(dunia)dan Kusimpan baginya untuk waktu mendatang(akhirat). Tetapi barangsiapa Kuberikan itu secara paksa, namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana ALLAH, nescaya Kuwajibkan pemberian hadiah dan rahmatKU baginya, dan KUcatatkan bahawa termasuk orang yang dapat petunjuk dan Kuperbolehkan dia mendapat nikmati pandangan kepadaKu. “

(H.R Rafi`i dari Abu Hurairah R.A.)





08 March 2012

heal


“A wise woman has much to say and yet remains silent.”


bila rasa sibuk-sibuk macam ni barulah terasa pandang langit yang sekejap pun dah cukup menenangkan. mujur Allah ciptakan langit yang luas. kepulan-kepulan awan putih yang seakan kapas. subhanallah.smile terkadang, bila sendirian dalam kereta, duduk di belakang, cuba baringkan badan dan tengok pergerakan awan...terasa macam......sedang perhatikan laut!

sibuk-sibuk mcm ni, bila pandang ke depan, kiri, kanan, depan, belakang perkara yang sama kita lihat, kita bersua, kita bekerjasama, kita senyum, kita bersalaman, tp... seringkali kita lupa yang "di atas". tanpa Dia, kita tak mampu melangkah sejauh ini, kita tak mungkin sekuat ini.:85:
:85:
melangkah ke kelas, muka penuh ceria bersemangat. sebaliknya bila kita pulang ke bilik, kelesuan jelas terpancar. setiap hari pergi ke kelas, jalan sama yang kita lalui, tempuhi.. kita boleh lihat muka mereka-mereka yang sama.wink mungkin ada yang kita kenal, mungkin tak kenal. ada yang membalas senyuman. ada yang memberi kan senyuman. ada yang sedang bergegas kerana terlewat, ada yang 'cool' even terlewat.

kenapa manusia tu berbeza kan?:85:
:85:
sikap. reaksi. respon. reproduktif. pemikiran. macam-macam.. sebab tu, karekter manusia yang berbeza ni, adakalanya mampu mengubat hari yang tersangat lah meletihkan. ada masa nya, mereka-mereka yang 'cool' ini sgt2 diperlukan. ada masanya mereka yang 'gopoh' ni, juga teramat diperlukan.

begitulah cerita nya.

langit yang diam membisu adalah penawar.:85:
manusia yang banyak karakter juga penawar.


maka,
aku diantara nya.razz:74:
cuba untuk remain silent.

:85:

06 March 2012

melihatkan mereka




saya cemburu melihatkan teman-teman saya yang mudah untuk menangis.





29 February 2012

Dia lebih tahu


petang tu,kami dipanggil ke bilik meeting.

"you have to proceed with the exhibition...ini arahan kulliyyah"

hah. sesak nafas. banyak kerja lain lagi yang perlu saya fokus. sedangkan, subjek ni subjek yang dah lepas. memang kami berhajat sgt2 nak adakan exhibition. tp bukan dalam masa 2 minggu ni. bukan. kami dan lelah.

ada seminar yang perlu dijalankan. bukan event kecil. tp, melibatkan semua university, firm, consultant, vvip,vip. dengan kudrat yang hanya beberapa orang dalam batch kami, kami perlu aturkan everything! ya. everything. hanya dengan izin Allah, hanya dengan kekuatan yang Allah berikan sahaja yang dapat meneruskan seminar ni.

Allahu Allah.

bermula dr batch kami , everything's change. saya tak tahu mcm mana pensyarah menilai kami. kekuatan apa yang ada pada kami sehingga mereka meletakkan kepercayaan yg sgt tinggi. entah la...saya fikir, sem ni terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan.





"tp mdm....saya risau dengan seminar ni..."
"fatin....that course is only 2 credit hour...."


"...tp...kami kne berurusan dengan pihak luar...benda nya kne seiring..."




saya teringat kata Dr. dalam kelas pagi td.


"fine!if you tak succeed dalam seminar ni, i bg u all fail!"



Ya Allah. even 2 credit hour,it doesn't mean kita tak perlu score atau buat bersungguh2. kita manusia, yang berdepan dengan manusia? takkan....tak boleh deal dengan sesama manusia? ingat lagi dalam usrah, naqibah saya pesan, akhir kan kata-kata kita dengan perkataan yang positif, katakan,


"saya tak mampu, tp saya akan cuba"



selesai meeting. conclusionnya. we have to proceed with the exhibition. May Allah ease everything!mad keluar dr bilik meeting. saya harap sgt pensyarah saya boleh pertimbangkan semula. mohon Allah lembutkan hatinya. untuk fikir semula workload yang dibebani anak-anak muridnya.

akhirnya air mata saya jatuh. saya....lemah kot. kata sahabat saya, kita akan diuji pada titik kelemahan kita yang paling rendah. tp ingat, Allah tidak akan bagi beban pada kita kalau kita tak mampu nak menanggungnya kan? still remember?


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.



yup. sungguh. bila diperdengarkan ayat ni, hati menjadi lebih tenang. dan lebih yakin, yang....inshaAllah saya, kami, kita semua mampu sebenarnya..wink malam tu, saya terima mesej dr sahabat saya,


"kak fatin....bila Allah bagi ujian, tu tandanya Allah sayang kan kita":t:


Allahuakbar!
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Engkau lebih mengetahui apa yang ada dalam hati-hati kami. Mohon Kau berikan kami kekuatan, kesungguhan, kesenangan, dalam setiap langkah kami Ya Allah, jadikanlah setiap hari-hari yang kami lalui sumber kekuatan kami untuk menempuh masa-masa akan datang.


ameen Ya Rabb.


:65:

22 February 2012

sifatnya sementara

















"inshaAllah ibu doakan..kakak jangan stress sangat.
cuba cabar diri sendiri.
kalau tak mampu buat lebih , buat ikut mampu je.

inshaAllah,
susah tu sifatnya sementara .."






:h:..ibu


22022012 | iium.gombak





























14 February 2012

actually,i can.


bismillah
alhamdulillah 'ala kulli hal.

hari ni agak terlewat untuk ke kelas english. disebabkan pertukaran masa untuk kelas landscape seminar. baik. bunyinya mcm senang. cuma kelas. tapi tak. mcm tough je. :face21: okey.okey. be strong. cool. jangan cepat gelabah dan jangan cepat buat konklusi yang melemahkan semangat. kelas landscape seminar ni , akan diconduct mcm meeting, disebabkan ktrg perlu conduct seminar. like previous batch, BUT the difference is bilangan batch kami yang sedikit. tp if ktrg dpt buat yang terbaik, syabas untuk semua.haha.(sedapkan hati) inshaAllah yea.

apa yang diharapkan moga semuanya dipermudahkan. dengan izin Nya. inshaAllah ameen.wink


dan,kelas english td. haha. serius. lecturer kami sangat kelakar. kuat kelentong pun ya jugak. first time, susah nak tangkap apa dia ckp, but then, lama2 mcm dah boleh masuk sket. okey, ni first klas kami. and....... tough nya lagi, sebab...again, kne buat research lagi.:face27: fuh!

Rabbuna Yusahhil!

usai kelas, duduk masjid. dengar kuliah. okey, before ni selalu dengar ceramah after zuhur prayer, but this time before solat pun ada. hurm. interesting. siap ada slide show lagi. dah lama tak duduk masjid, rindu pun ada jugak. nothing's change, except ada la beberapa penghawa dingin. yang lain-lain, still da same.smile

kali ni, mcm ada perubahan besar. mcm semakin ramai yang solat berjemaah. that's cool! ada improvement setiap sem. lagipun, setahu saya library kali ni ditutup every time masuk waktu solat. sebabnya mereka nak semua orang solat berjemaah kat masjid. itu initiative yang bagus bagi saya. sebab selalu nya yg akan berpusu2 ke masjid bila azan kedengaran di library, majoriti foreigner yang akan terkejar2 ke masjid. dan tinggal lah beberapa orang lelaki melayu terakhir dan gadis2 melayu terakhir.:i: haha



hari ni ke library, kononnya nak stay till maghrib. almaklumlah, cuaca skrg ni sgt lah panas, so 'kononnya' nak stay dalam air cond. sambil2 minum coffee. eh. sambil2 buat research. then, saya top up kad matric saya untuk wireless printing, and....betapa baiknya kakak library ni, dia siap terangkan kat saya step2 nak print, copy n all that like i'm a first year student. yeah...! mrgreen so apa lagi dgr dgn baik, dan last skali "thanks akak! saya dah pernah guna...tp....dah lupa2...haha" ....akak tu kenyitkan mata kat saya. then she said..."hah!okey!" cool huh?


haha. then, dapatlah borrow buku, cari journal sket. bla..bla...bla...dan uia hari ni sgt lah meriah. ada bnyk booth merata2,kat centre, kat mosque foyer, kat riverfront iium, everywhere...mcm ada jualan2 dr universiti yang berlainan. ohhh. i'm sooo interested. tp nak elakkan dr duit mengalir mcm air, saya jalan sepantas kilat melepasi semua booth. tahan. dan terus bertahan. nafsu je tu. bukan keperluan sgt pun. nt bila promoter tu 'ayat' sket, mula lah dompet saya ringan. hahaha. (pandai sungguh uia ni, taw2 aje awal2 sem student bnyk duit) evil haishhh.

so, langit pun dah mendung. td awan sangat cantik. tak boleh nak gambarkan.


this sem. kne bnyk membaca sbnyk 80%. moga Allah permudahkan. saya nak tengok kekuatan saya di mana,adakah pada mendesign? atau.....menulis?harap, sifat rajin membaca semakin terpupuk lah dalam diri ni.inshaAllah.


seorang nadia dah berjanji nak jadi a Muslim Designer. dia kena realisasikan!


18 January 2012

i wish ..i could




Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love
when I'm afraid To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow.

a thousand years-CP



26 December 2011

nilai tangisan


banyak sangat perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni. lebih-lebih lagi dah hampir hujung-hujung sem macam ni. memang akan ada ujian yang datang bertimpa-timpa. sejauh mana kekuatan diri tu, bergantung kepada keimanan dan kepercayaan kepada qada dan qadarNya. lemah iman kita, senang lah kita tersungkur.

namun, alhamdulillah. saya yakin, bila ujian datang, Allah takkan bebankan kita kalau kita tak mampu kan? Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi. Maha Penyanyang nya Dia.:face37: kita yang selalu berburuk sangka.

tahu kan? bila Allah bagi ujian, tandanya Dia sayang kan kita? :t:Dia rindu kan rintihan kita? dan percaya kan? setiap ujian itu, disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. pahit ke nak telan semua ujian dan cabaran? aah. memang pahit. tapi percayalah, hidup kita cuma sekali. tp masih banyak langkah yang boleh diatur, disusun dengan baik. kita masih ada banyak peluang, pilihan...perjalanan kita masih panjang.

kita masih ada orang sekeliling yang sayang kan kita. kita masih ada keluarga yang masih beri perhatian pada kita. kita masih ada teman-teman yang selalu mendoakan kita. pendek kata, kita semacam ada satu bulatan cinta dan gembira.

maka, bersabar lah dengan ujian yang sebenarnya sangat kecil.wink yakin lah bahawa, “Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Al Baqarah : 153). kalau kita bersabar dengan ujian, Allah akan beri ganjaran yang lebih baik.


buat diri,

exam dah nak dekat. fokus kan pada exam dan study smart! jangan sia-sia kan peluang yang ada. dan berilah harapan pada masa depan yang belum pasti. hari ini, mungkin akan menentukan hari esok kita.



...

"kak fatin, it's okey to cry.."
"eheh...tak. kak fatin takkan menangis...!"
wink

ada banyak lagi perkara lain yang memerlukan tangisan ini.
ketahuilah, air mata ini sangat bernilai.
p/s: saya selalu 'menantikan' pelangi selepas hujan turun.:86:




25 December 2011

terus



bila
Allah hadirkan dia
memberitahu kan aku
tentang kebenaran.

aku di sini
diam membisu
tak berkata.

aku hanya
seorang manusia
yang lemah

bila tak menangis
bukan bererti aku kuat
bukan bererti aku gembira

aku..

sedang berfikir
langkah apa
yang seterusnya
harus aku pilih?

hadirnya dia
untuk beritahukan aku
'sesuatu'

"bahawa hidup, harus diteruskan"

begin with a new chapter.
life is like an open book.


‘YA MUQALLIBAL-QULUBI, THABBIT QALBI `ALA DINIKA’ WA`ALA TA`ATIKA’
(Wahai Zat yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agama-MU dan atas ketaatan kepada-MU)


21 December 2011

02 December 2011

mana





fatin.



mana perginya..
al-Quran kecil biru
yang selalu duduk dalam beg kuliah kamu?


mana perginya
tasbih yang selalu kamu genggam
sebelum tidur mu?


mana hilangnya
rasa malu yang selalu
membaluti dirimu?


mana perginya zikir
yang selalu membasahi
lidahmu?


ke mana perginya
semua janji dan azam
yang telah kau
kotakan?




mana pergi semuanya?
what happened to me? cry







“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.


Ali-Imran 3:182






iman naik turun.
maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.