30 May 2011

professional mukmin : training II


rukun berjemaah


suka saya kongsikan satu perkara yang ustaz terangkan kepada kami tentang "duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol". ustaz membuat perbandingan dengan struktur bangunan.

"ingat lagi tak saya kata ilmu seperti apa?"...."seperti air"
"okey,dalam bangunan ni..apa yang mengukuhkan strukturnya?"..."batu bata"
"tapi apa yang ada pada lapisan terluar..? cat kan?"
"kita nampak tak bata di dalam?"..."tak"
"apa yang mencantumkan semua bata?simen kan? dan apa yang berperanan?tentulah air..kan?"
"tapi..kita nampak tak air?"...."tak"
"dan...sifat air itu lembut kan?"


"begitu juga badan kita...siapa yang bekerja paling banyak?"..."jantung.."
"tapi ada jantung kita keluar..?"

"apa akan jadi kalau jantung kita keluar?...apa akan jadi kalau bata2 ini semua keluar?"


ustaz membuatkan semua berfikir. sungguh perumpamaan ustaz sungguh mendalam. lihat ye, jantung kita plg kuat bekerja, tapi ada kita nampak dia dari luar?dan simen yang mencantumkan semua menjadi sebuah bangunan, ada kita nampak dia keluar?

begitu jugalah manusia. bila kita bekerja, duduk dalam posisi kita dan berperanan lah dengan baik. sebaik baiknya! tanpa perlu menonjol. kerana apa? "GOD SEE". ok, ade satu kisah ttg ini, anda semua pasti kenal michaelangelo. seorang pelukis terkenal sebuah gereja di zaman rome. sepanjang beberapa tahun dia menghabiskan masanya untuk membuat sebuah lukisan di atas syiling bangunan. lukisan nya terlalu detail, sehingga dia perlu mendongak memandang ke atas hampir setiap hari.sampai satu masa, matanya menjadi kabur. itulah dia, berkorban demi agamanya.

dan tercatat dalam sebuah buku, ramai orang yang mempertikaikan, "kenapa beliau melukis sehingga terlalu detail! padahal orang di bawah bukan boleh melihat sehingga ke lukisan yang terlalu terperinci dan kecil..." .."lalu apa jawapan beliau....?" ,ustaz bertanya. kami semua diam. kata ustaz.." michaelangelo menjawab...."GOD SEE!"..." begitulah seharusnya kita, bekerja, menjadi pemimpin, bukan demi mengejar nama dan kemasyhuran tetapi kerana Allah,agama,rakyat,masyarakat.


"jangan bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita tidak berharga....faham maksud saya?"


rukun berjemaah:

1. rela & terbuka menghadapi perbezaan,perbezaan ini fitrah
(berbeza pandangan tak salah, tetapi 'sikap' kita dalam berbeza pandangan itu yang salah)

2.duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol
3.jangan ada takbur yang merendah kan diri orang lain
(nabi tak pernah menggunakan panggilan 'pengikut' untuk orang bawahannya, tetapi nabi menggunakan perkataan 'sahabat'....cuba fikirkan,indah bukan?)

4.mesti lembut hati
(dalam bangunan ada satu benda yang kita x nampak, yang menyatukan semua,iaitu air...dan sifat air itu lembut)

5.manfaatkan persamaan, uruskan perbezaan
6.God-centered
(tawhidic-mencari keredhaan Allah.sebagai contoh kalau bergaduh,takkan lebih dr 3 hari dan mudah berdamai.tetapi kalau bekerja kerana harta dan pangkat, bergaduh selama2 nya pun tak ambil kesah)-berkaitan dengan 'ego'. sebab apa ego? sebab dia rasa dia yang paling besar -> siapa lebih besar? -> ALLAH SWT <- leburkan ego dengan Tawhidwink


mata adalah jendela bagi hati

zaman dahulu sewaktu rasulullah menyampaikan sesuatu di hadapan, orang akan berkata "aku rasa rasulullah pandang aku paling banyak tadi"....masing2 berasa begitu. kerana apa? kerana rasulullah sewaktu baginda berbicara baginda akan memandang ke setiap wajah pendengarnya satu per satu. lantas mereka merasakan rasulullah memandang mereka paling banyak!wink


kata ustaz lagi, "mata adalah jendela bagi hati". dan eye contact sgt penting dalam berkomunikasi. ada 3 unsur komunikasi, word, intonasi, dan body languange. "berapa percent untuk setiap satu?"....masing2 menjawab dengan percentage yang berbeza2. lalu jawab ustaz, dalam sebuah buku yang ustaz baca,(saya tak ingat buku apa,tetapi seorang penulis barat)..katanya, word hanya memainkan peranan 7%, intonasi 30% dan body language 63%. kata ustaz, kita boleh belajar tapi kalau kita ikhlas Allah akan tolong kita. maknanya semua orang boleh belajar cara berkomunikasi dengan baik, tetapi andai ucapan kita ikhlas, Allah pasti bantu kita untuk berikan yg terbaik dalam pengucapan kita sebagai pemimpin.

kepimpinan adalah influence. "good influence". Rasulullah adalah seorang yang dipercayai. "dipercayai lebih bahagia daripada dicintai"."walk your talk"."manusia lebih percaya dengan mata berbanding telinga. "kita boleh menyayangi tanpa memimpin,tetapi kita tak boleh memimpin tanpa menyayangi"..."boleh faham maksud saya?"


zaman sekarang,

R(rules)+R(regulation)-R(relationship)=R(rebellion)

kepimpinan Rasulullah,

komunikasi(dakwah/ziarah) -> pengiktirafan -> pengaruh (5R)[right/relationship/result(mendatangkan hasil kepimpinan)/reproduction(pemimpin yang melahrkan pemimpin)/respect]




"sifat guru yang baik sentiasa mahukan anak muridnya berjaya daripadanya"


bersambung...


professional mukmin : training II



penjenamaan semula

tanya ustaz, "kenapa perlu letak 'professional' ...?"..."bukan kah mukmin itu sememangnya professional?.." ..."haa...sebab, kita nak sesuaikan dengan keadaan semasa...kenapa harus ada 'protaz'?...(professional ustaz)...seorang ustaz seharusnya professional...tak perlu letak dah word professional ni....tapi disebabkan nak sesuaikan dengan zaman sekarang ini,zaman yang manusia menggunakan bahasa yang tinggi sesuai mengikut peredaran zaman, maka ia dijenamakan semula...supaya masyarakat tertarik dan memandang tinggi...oh! mukmin professional!"

leaders are learners

kata ustaz, "when we stop leading we stop learning" dan budaya seorang pemimpin adalah suka membaca. "today reader,tomorrow leader"...ustaz mmg ske gunakan kata-kata sebegini. saya suka.wink kata ustaz lagi...siapa kita hari ini ditentukan oleh dua perkara : 1. dengan siapa kita bergaul 2. buku apa yang kita baca orang yang berjaya akan mengahsilkan 'result' dan orang yang gagal akan menghasilkan 'reason'. ustaz kata, kita semua warga akhirat, kita datang dari syurga dan kita nak balik semula ke sana...maka sebab itulah kita perlu buat yang terbaik untuk masuk ke dalam syurga.


ilmu seperti air

"ingat ini, saya ulang semula...ilmu itu seperti air,dan sifat air itu sentiasa mengalir, dan akan terus mengalir dari tempat yang tinggi ke?....rendah.....dan bertakung di tempat yang paling rendah, maka begitu jugalah manusia...bila kita berilmu, kita haruslah menjadi orang yang selalu merendah diri.be humble!tawadhu'!"...



kelemahan Islam sekarang

"Islam dari segi ilmiyah memang cantik! tetapi dari segi 'amaliyah dah ada sedikit kekotoran" content (/) tetapi container (X)....content itu adalah wahyu,al-Qur'an...tetapi container nye ialah pendekatan kita, professional nya kita. inilah kelemahan Islam sekarang. berapa ramai orang yang ditarbiyyah, tetapi berapa ramai orang yang didakwah? kamu harus ingat, tarbiyyah dan dakwah itu berbeza. dakwah itu ialah kita datang kepada masyarakat, dan kita menasihati mereka dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.sebagai contoh kita trun ke chow kit, dan kita berdakwah pada mereka.." "...harus diingat, buat apa yang kita mampu sahaja, sebab Allah akan tolong apa yang kita tak mampu"



jiwa khalifah

"sebagai hamba Allah kita perlu jadi baik, sebagai sesama manusia kita perlu beri kebaikan (khalifatul fil 'ardh) sebagai pemimpin kita perlu rapat dengan manusia untuk tahu masalah, dan kita perlu rapat dengan Allah untuk selesai masalah. sebagai student, kita perlu cerdik dan baik akhlak.." tambah ustaz lagi.


masalah budaya

sebenarnya part ni ustaz ade tunjukkan graph dan quadrant. di quadrant yang pertama adalah 'buruk kelakuan,dan pekerjaan'...(maksudnya di sini kelakuan itu digambarkan akhlak kita,hubungan kita dengan Pencipta(perilaku kita: ikhlas/syukur/amanah/jujur/beradab), dan pekerjaan itu lebih kepada hasil kerja kita(cekap/berkesan/produktif/berkualiti). di quadrant yang pertama ini, ustaz bertanya, "kenapa jadi seperti ini..?"...jawapannya ialah masalah budaya.budaya ini ialah apabila sesuatu amalan ini telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat kita. sebagai contoh nya, 'rasuah'. ustaz menceritakan ada satu tempat yang ustaz pergi dan rakannya di saman, dan terus dia memberi wang kepada polis tersebut,lalu ustaz bertanya..."kenapa kamu beri rasuah pada polis itu?"....rakannya menjawab.."itu bukan rasuah, itu sedekah"..."lalu,mengapa kamu tak bersedekah sahaja sepanjang perjalanan kita tadi?" begitulah bila rasuah itu menjadi perkara biasa(budaya) dalam kalangan masyarakat.dan banyak lagi contoh lain yang ustaz berikan.

lagi satu contoh, tentang budaya bercouple yang dah sinonim dalam kalangan remaja dan masyarakat kita hari ini. sehingga kan orang yang tidak bercouple merasakan dirinya bakal menjadi andartu dan dikatakan tiada yang mahukan dirinya.siapalah yang nakkan nya. lihat? pemikiran seperti ini mula timbul dalam diri anak2 muda kini. kerana, couple itu bukan dilihat sebagai satu kesilapan lagi, tetapi sebagai satu budaya yang diterima umum. (sesuatu yang 'salah' tetapi menjadi 'betul' dalam sesebuah masyarakat.sehinggakan yang betul itu dirasakan salah)

dengar baik2 ya. hari ini, jangan ingat kita hidup dalam keadaan selesa. jangan ingat kita boleh terus leka dengan perkara2 seperti ini. kita harus ada ilmu,harus ada kepakaran, harus pandai menjadi pemimpin!murabbi! harus menjadi mukmin professional! apa aje yang negara kita ada?kita pakar dari segi apa? kita bukan bumi anbiya'.kita hanyalah sebuah negara kecil.

memang kita lihat sekarang negara2 arab diserang. jangan ingat malaysia TAK AKAN diserang! jangan FIKIR kita selamat. lihat negara baghdad! negeri mereka merupakan pusat cendiakawan!melahirkan ramai ulama'!bumi mereka bumi anbiya'! mereka bukan tak berilmu! mereka ada segalanya...tetapi mengapa mereka juga diserang? dulu, mereka juga fikir seperti kita.

kita selalu berada dalam keadaan selesa. terbiasa bergelumang dengan dosa2. di sekeliling kita! kita sekadar membiarkan saje. tiada dakwah! kita masih belum sedar. kita selalu lalai dan leka...hati saya tergetar mendengar ustaz berkata..."dulu,mereka juga berfikir seperti kita" (tak mungkin kita diserang) "jangan ingat macm tu...." ustaz tegaskan lagi sekali.

selain kita belajar dari kemenangan (salahuddin al ayubi) kita juga harus belajar dari kekalahan (qataluki ya baghdad:video)maka mulai sekrang kita perlu bina "culture builder". kita perlu ubah dr akar umbi. ustaz ada menulisnya secara terperinci dalam buku nya 'genta rasa'




bersambung..




nantikan training III inshaAllah long sem nantiwink
moga-moga diberikan kelapangan oleh Allah SWT






29 May 2011

professional mukmin : training II



saya suka duduk dalam kelompok mereka yang cintakan agama. yang bila duduk bersama, hati-hati ini akan selalu ditarbiyyah. seolah terasa lapang dada, terasa seperti berada di bawah sayap para malaikat. hari semalam, biarkan ia terus berlalu, wink dan, hari ini, bermula dari bangun pagi, saya dah tanamkan azam, saya nak mula berubah. dan saya cuba.saya nak belajar melupakan 'dia'. saya lihat cermin dan terus tersenyum!

hari ni saya berpakaian kemas. saya memilih satu set warna baju yang ceria. seawal 7.30 pg saya dah melangkah keluar bilik. kemas bilik, buka tingkap, selak langsir dan sengaja membiarkan sedikit cahaya masuk tatkala saya tiada di bilik.smile hari ini nak jumpe sahabat2 baru. yang saya belum pernah kenal dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang sma kulliyyah dgn saya. tapi percayalah, di mana2 saje bumi uia ni saya pijak, saya pasti akan bertemu dengan kenalan saya.huhu...teringat seorang teman pernah berkata..."ish....dia ni famous betul la!"

haha.mcm2. hmm..alhamdulillah program professional mukmin : training II td berakhir dengan baik. saya suka. dan saya sangat suka. siapa tak teruja dan tertarik mendengar seorang ustaz berbicara di hadapan yang selama ini penulisan beliau sekdar menjadi bahan bacaan saya, tapi kali ini beliau benar2 memberi kan ilmunya secara live.subhanallah!

setiap bait kata yang keluar dr bibirnya mampu menggetar kan hati saya. yang masih dan sgt2 perlu pada kata2 semangat. beliau ialah dr Pahrol Juoi..dan, sudah tentunya sesiapa yang pernah membaca "nota hati seorang lelaki" atau..majalah solusi akan biasa mendengar nama beliau.

beliau sangat rendah diri orang nya. bersederhana dan sangat tenang. dr gaya penyampaiaannya, beliau sangat berilmu. beliau banyak pengalaman. saya yakin, apa sahaja yang beliau sampaikan, datangnya dari hati. dari pengalaman yang beliau dah kutip sehingga ummurnya mencecah 50 tahun. dan kini beliau berkongsi dengan pelajar2 uia, bagaimana untuk menjadi professional mukmin.

saya rasa bangga menjadi pelajar uia. masyarakat luar memandang tinggi dan meletakkan harapan yang tinggi, sehingga ada perbandingan antara keluaran pelajar universiti biasa dan uia. kerana apa, kerana adanya "Islamic"..memang pada awalnya saya rasa uia biasa pada pandangan saya. bila mendgr cerita2 teman dari university lain. saya rasa uia istimewa. istimewanya uia terletak pada sistem dan sukatan pelajaran nya. memang lah tak semua kelihatan Islamic, sejak uia dibuka untuk semua jenis sekolah dan aliran. tapi pada pandangan saya, ia bukanlah masalah utama dan pengaruh2 yang tak baik dibawa masuk, kerana saya percaya dengan aktifnya persatuan2 agama dan dakwah dalam uia, mereka yang dari sekolah biasa ini kadang2 lebih berpeluang dan lebih terarah kepada agama. mereka mungkin tiada pendedahan dulu, mereka mungkin tidak dibiasakan dulu, tapi bila mula memasuki uia, sahabat2 yang baik sgt penting. dan mereka ini mula berubah.

ustaz kata, kami ni dah dapat pendidikan yang tinggi, dan dah ditarbiyyah dengan baik. sebagai student, kita perlu cerdik dan perlu baik akhlak. itulah kelainan kita. "AKU NAK JADI ORANG YANG ADA KEPAKARAN, DAN TINGGI KEIMANAN!"...ustaz berkata dengan nada yang agak tegas tetapi masih lembut. hati saya tergetar. saya merenung diri sendiri (mampukah aku menjadi seorang arkitek landskap seumpama itu..?) kata ustaz, "jadilah engineer,tetapi biarlah engineer yang tinggi tahap keimanannya, bukan sekadar tahu ttg membina jambatan, kekuatan sesuatu struktur, tetapi mampu menjadi murabbi! faham ttg manusia!faham ttg sifat manusia.mampu berdakwah!" subhanallah..Allahuakbar.


"faham maksud saya..?"
soalan yang ustaz pahrol suka gunakan.saya tersenyum tiap kali mendengarkan nya....tanda saya faham dan mengangguk




bersambung...





28 May 2011

i can be tough | i can be strong



Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

hingga kita terduduk dan menangis,
peritnya terasa tetapi ketahuilah,
dan renungilah dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah – langkah yang tersasar,
Semoga Tabah dan tetapkan IMAN.
Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam,
Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur,
Tanpa dihiasi mimpi indah.
tapi….
jangan biarkan hatimu sunyi, tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL – QURAN….







"ye lah fatin....no one's perfect....."

"hmmmm...."
saya tarik nafas panjang







merenung jauh. melihat orang memancing di tasik uia. entah bila ikan nak kne umpan? dari permukaan air, kelihatan seperti banyak ikan. saya terfikir... bumi Allah ni luas. masih 'banyak' lagi di luar sana. pilihan bukan terhad pada 'satu' je.

huh....hampir saje air mata ini mengalir. mulanya, saya fikir, saya terlalu 'jauh' untuknya. saya rasa masih banyak yang saya perlu perbaiki, bersihkan hati. banyak lagi perubahan yang saya perlu buat untuk memenangi hatinya.

tapi,saya rasa, saya silap.silap sangat2. sungguh. hari ini, 'seakan ada satu petunjuk'. saya selalu fikir untuk mengejar kesempurnaan. saya nak semuanya baik ttg agama. tapi adakah saya silap? saya dah meletakkan niat pada yang salah. saya rasa, saya lakukan ini bukan kerana -Nya, tp mungkin kerana dia. saya silap.

belum terlambat lagi untuk saya berpatah balik. pergi kepada diri saya yang dulu. ya,diri saya yang dulu. di mana hati saya masih bersih. masih belum ada sedikit kekotoran. sungguh. kadang-kadang saya rasa 'lost', sebab.........saya dah letakkan matlamat pada tempat yang salah.

ya, pada mulanya....mungkin ia sebagai satu suntikan. tapi....saya dapat rasakan, bila sesuatu tu BUKAN kerana Allah, kita akan rasa tak senang. seperti mengaharapkan sesuatu yang nampak pada zahirnya supaya kita berterusan mempertingkatkan amal. uhh!!saya silap!










astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...mad










manusia yang lemah lagi hina seperti saya, memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. usia saya dah 22 tahun skrg. dah mcm2 yg saya belajar. tp, itu belum cukup lagi. belum cukup untuk betul-betul memperbaiki diri...untuk...betul-betul melatih diri mengenal 'ikhlas'. mengenal semuanya!


...

pertemuan hari ini, sungguh, 'mengajar' saya sesuatu. walau pahit untuk ditelan. tapi saya yakin. manusia bukan lah sesiapa, ia makhluk hidup seperti kita juga. tapi Allah, Dia kekal. cintaNya hakiki. Allah takkan pernah mengecewakan hambaNya. Dia akan selalu berada bersama kita. setiap masa dan setiap ketika. Allahuakbar!



berdosakah aku ya Allah?rolleyes



saya menyesal sungguh2. atas apa yang dah saya lalui. saya fikir ini mungkin cara yang terbaik. tapi, saya lupa untuk selidik sedalam-dalamnya. adakah hati saya cukup bersih untuk menilai? saya tewas dengan nafsu, sehingga saya membiarkan cinta makhluk mendahului cinta-Nya...astaghfirullah.saya bukan lah sesiapa. saya mengaku saya silap kali ini, memang patut cepat2 disedarkan. saya malu. malu pada Nya.







...


terima kasih sahabat lamaku kerana menyedarkan aku

pada mulanya , saya rasa terlalu pedih untuk terima. tapi, saya muhasabah semula dan mujahadah semula, mungkin Allah 'takdir'kan hari ini, untuk saya ber'fikir'. untuk saya merenung semula. dan 'ini' lah yang terdetik di hati......."saya dah mendahulukan cinta lain selain cintaNya"redface








ampuni aku ya Allah...


fatin, jangan bersedih. setiap apa yang terjadi ada hikmah tersembunyi. ujian yang Allah berikan, itu tandanya Dia masih sayang kan kita. Dia takkan pernah biarkan kita terus berselimut dengan dosa.....mujahadah, perjalanannya pahit, tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah.




sense of 'the end'


ustaz kata, kita harus pupuk dalam diri kita "sense of the end". lakukan sesuatu kerana kita percaya adanya hari akhirat. kata ustaz, ramai je org di luar sna buat perkara jahat masih 'terlepas'...masih disanjung tinggi...masih mendapat sanjungan orang ramai....tetapi mengapa org yang selalu melakukan kebaikan ditindas? memang benar dunia tak pernah adil. tetapi, bagi sesiapa yang mempercayai adanya hari akhirat, dia takkan pernah melakukan sesuatu itu dengan mengharap balasan dari manusia lain, kerana dia yakin, di akhirat kelak, Allah akan beri balasan mahupun ganjaran yang setimpal!

wallahualam



hanya sedikit yang dapat dikongsikan. hari ini, saya dah belajar sesuatu. setiap apa yang diperdengarkan di telinga ini...ada kesinambungannya. dan sungguh! saya rasa Allah itu ada bersama hamba2 Nya....
razz buat diri, semoga terus kuat!



tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganNya....wink
saya harus buka buku baru.mulakan semua nya!dari mula.inshaAllah!






it's better for me to avoid him for awhile
the end


27 May 2011

fear no one but ALLAH!












images source:Activists around the world for Palestine


Valley Of The Wolves Palestine 2011
saya baru lepas tgk cerita ni beberapa hari lepas...n saya tgk berulang2 kali.hmm...memang 'terasa' dekat hati.dan mengalir air mata.and i ask one of my friends from palestine who studied in iium(uia) she said...

  • ya like this and worst....no words ...no video can describe....
    14 hours ago ·
  • Qater Alnada this nothing ....
    14 hours ago ·
  • Qater Alnada the Israli violence and every thing in video is real ,,,, like the one in palestine .bt real one worst .. but the way that they showed the palestinian mujahdin pray and doa'a to Allah ...itsnt real its sufi way ..and we dt have this in palestine ,,



....




Oh Allah... thank you
for giving us the strength to hold on








24 May 2011

anak bongsu?



"fatin anak bongsu ye..?" tanya salah seorang dr teman qiamullail saya mlm itu..bila berjumpa kawan2 yang tak sama kos,dan jarang2 sekali jumpe,hanya apabila ade prgram sahaja, menyebabkan perbualan semakin rancak usai mendgar tazkirah dan membaca al-Mulk bersama sebelum melelapkan mata malam itu.

"ha?fatin mcm anak bongsu ke?"...

"eh xde la...sy tgk fatin selalu nampak mcm anak bongsu bila fatin bercakap,tapi bila fatin tgh buat kerja , nampak kepimpinan fatin, waktu tu saya nampak fatin mcm anak sulung..."smile
"haha..yekee..." "aah...tp bila fatin ckp2 mcm ni,nampak mcm anak bongsu"

"huhu...erm....mungkin sebab...

hmm..sebab apa ye?haha. saya fikir balik. ya, mungkin ade kebenarannya jugak. tapi saya tak perasan sehinggalah ade yang menegur. sebenarnya saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam keluarga saya. mempunyai dua org adik lelaki dan seorang abang. dan ditakdirkan juga saya lambat dapat adik. dah 6 tahun menjadi 'anak bongsu'razz baru lah lahir adik saya yang pertama. maka, bila mereka mula membesar, saya berperanan pula sbgai kakak. dan sbg seorang kakak mestilah ade ciri2 kepimpinan, untuk menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik2. inshaAllah.wink

dari situ lah saya terfikir juga. kenapa kadang2 saya matang,kadg2 tak. kadang2 saya serius, kdg2 tak. kadang2 saya mcm 'ayu', kdg2 tak. haha. surprised dan, saya ade dua personaliti yang membuat kan saya mudah berkawan dengan mana2 orang. saya mudah 'masuk'. i guess?

bila balik ke rumah je, mostly barang2 lelaki yang 'menguasai'. 3 skateboard tersusun kemas, kasut-kasut lelaki, basikal2 adik, batang pancing, kerete remote,and...mcm2 lagi...tukul...screwdriver...model kerete mini....tayar skateboard...wayar2 kabel computer...cd2....almost every single thing dalam rumah tu..adalah barang2 lelaki...hmm..bila balik, saya tersenyum sendiri.smile ini lah keluarga saya.and this is my lovely home. welcome back!


through my window

















photographer : nadiarusli

It's my new room, currently stayin' at level 3 smile.There's not much different than before. now, i can easily get the wireless connection in my room better than the past two years. so, i can access the internet anytime and updated the latest news of my favourite place in uia-my library.wink hm, forgot to tell you, there's a nice frame on my desk.it's a birthday present from my palestinian friend, naqa'.biggrin i think the pictures will explain everything :P


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.