bismillahhari sabtu ni, niat nya nak rancang macam2 benda. even...baru ada 2 assignment...tp,klu bertangguh kemungkinan boleh jadi 10. haha.

masa tu, barulah kelam kabut. tidur tak cukup. semua terkejar2. so, hari sabtu yang moga2 cuaca indah2 ni, dapatlah concentrate buat kerja sekolah.

but sebelum tu, rasa mcm nak update 'sesuatu' dalam blog ni.
sebenarnya, saya dapat tawaran yayasan bank rakyat. alhamdulillah rezeki. tapi, sebenarnya dah dua tahun saya mohon, 3rd year baru dapat. itulah, ibu selalu pesan ,
"kakak dah give up ke? ibu tak pernah give up....kita kne selalu berdoa..." ... "aah bu, kakak mmg dah lupa terus..." ..."kita, dalam apa2 perkara pun tak boleh cepat putus asa"saya ingat lg, nak tahu update ttg yayasan bank rakyat ni, ibu selalu kol bank rakyat. rupanya dikhabarkan borang yang saya hantar tak dijumpai. sebabnya, orang atasan nya dah bertukar. saya fikir, mcm mana mereka buat kerja? saya hampa, dan berhenti mengharap. tapi ibu tak.
dan inshaAllah borang saya masih dalam proses. menunggu duit masuk, dan bolehla kurangkan beban ibu. ibu tak benarkan saya amek ptptn. so sepanjang saya belajar hampir 6 sem ni, semua yuran , perbelanjaan ditanggung oleh ibu. betapa besarnya jasa seorang ibu. saya cuma berharap, rezki kami kelak murah, demi membalas jasa ibu tercinta!
dan..
lepas pulang ke rumah, bercuti hampir sebulan, disebabkan saya hanya ada dua paper,(maka bolehla bercuti awal)

tiba-tiba ibu tunjukkan surat bersampul kan 'yayasan bank rakyat'. kata ibu,
"kakak...kakak kne hadiri kursus modal insan ni.."...."ha? yeke...haaa...bu...malasnyeeee..."...." sebab tu la ibu tak bagi kakak pergi mukhayyam tu, selain faktor cuaca...kakak kne hadir kursus ni..."..."yeke.....hmmmm..."saya memang malas betul kalau cuti saya terganggu. but then, bila saya baca satu persatu kursus yang bakal saya hadiri...saya tengok flow kursus, alhamdulillah tertulis kat situ
peserta perempuan harus memakai pakaian sopan dan menutup aurat, wajib solat jemaah tiap waktu untuk menunjukkan kekuatan umat Islam...dsb. saya excited tiba-tiba. tapi masih. malas nak pergi. sebab tarikhnya hampir dengan tarikh masuk kuliah.
akhirnya, kerana 'keterpaksaan' saya pergi jugak. mujur dekat upm-mardi je. sgt lah dekat bg orang yg tinggal di selangor mcm saya. bila cek list nama, mana taw ade kenalan. ternyata takde. tp alhamdulillah, bila sampai kat sana, tiba masanya untuk perkenalkan diri masing2 dan belajar di universiti mana, rupanya ramai student uia dalam plbagai jurusan. n budak kulliyyah saya 2 orang. haha. cool!

dan, termasuk lah geng usrah saya sorang. hihi
then, mula lah semua sesi. pgram modal insan bermula. dan alhamdulillah bnyk yg saya pelajari. coach dr consultant kami jugak sgt bagus bagi saya. sebab pendekatannya baik. harapannya untuk mentarbiyyah anak bangsa. menyuntik semangat cintakan bangsa melayu, negara kita. selain kami diberi tazkirah. dan, perkara yang semakin menyentuh hati saya ialah,
pertemuan dengan teman-teman yang saya lihat mereka berpegang teguh dan cintakan Islam. nasihat menasihati dan sesungguhnya melalui pemerhatian saya, mereka bukan seperti pelajar 'luar' biasa-biasa seperti yang saya sangkakan...mereka ada banyak knowledge ttg agama. they willling to share. dan setiap pertemuan tu, mcm....
.'takdir' kenapa Allah letakkan kami di
'sini'.
sejuk hati saya. masing2 faham. memahami. dan suka ingat mengingati. bila ada yang mengingatkan , itu tandanya Allah sayangkan kita. dan masih ada yang sayang. bila tiba majlis penutupan, kami tahu menghormati majlis. saya suka situasi waktu tu. berbeza bila kita didik dengan acuan yang berbeza. dan alhamdulillah, syukur yang teramat sebab saya diberikan peluang , dan diberi kursus dan dipertemukan dengan consultant yang bagus. at least, segala ilmu yang mengalir memang seiring dengan kehendak saya. dan teman-teman satu group, mereka memang terbaik!
dan,setiap aturanNya itu. itulah yang terbaik. belajarlah untuk mencari hikmah atas tiap sesuatu. bila kita memohon, bukan cepat atau lambat yang perlu kita risaukan. kerana Allah Maha Mengetahui apa yang 'terbaik' untuk hambaNya.wallahualam.