Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

18 May 2012

being me.

 "erti hidup, pada memberi"

"lepas ni, fatin pegang pulak usrah ni.."
"aa..aaa..hh....tapi...fatin tak mampu.. ilmu fatin sket sgt, bnyk lg ftn kne buat..."
(pendek kata, saya lebih selesa menjadi anak usrah.duduk dan mendengar)

"ana yakin anti boleh. sampai bila pun kita nak ckp kita belum bersedia? sampai masanya nanti, anti akan rasa sendiri perubahannya, percayalah, ana yakin.."

"lepas ni, korang dah kne bahasakan diri ana-anti lah..huhu"

































Allah,
terima kasih kerana berikan aku jari jemari yang mampu menulis dengan baik
dalam menyampaikan apa yang dirasakan terbaik
tulus ikhlas dari hati
dari kesalahan terdahulu yang tak ingin terulang lagi
dari pengalaman yang tak pernah jemu mendidik hati
dari didikan ibu ayah yang penuh kasih sayang
dari senyuman orang sekeliling yang penuh pengharapan
dari kisah mereka yang jahil
dari hati mereka yang kering

sekurangnya aku belajar untuk "menghargai" kelebihan yang ada pada diri
aku sedang belajar untuk syukur dengan setiap nikmat
sesungguhnya aku ini hanyalah perantara
tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Mu


































Allah,
terima kasih untuk tubuh yang kecil ini
sesungguhnya ia mengajar aku untuk merendah diri
mengajar aku untuk tidak takbur
mengajar aku untuk tidak riak
mendidik hati untuk sentiasa tunduk
walau manusia memandang tinggi pada aku
siapalah aku di sisi Mu Ya Allah
namun aku memohon dengan penuh harap
agar Kau letakkan aku dalam kalangan mereka yang Engkau-redhai





































Allah,
terima kasih untuk lisan ku yang lembut
yang bisa menyentuh hati-hati mereka
yang bisa bertutur perkara-perkara yang baik
walau dulunya aku jahil
kini, Kau berikan aku kekuatan untuk sampaikan yang terbaik
































Allah,
terima kasih untuk sebentuk hati yang bersih
yang Kau amanahkan untuk dijaga dengan baik
yang Kau berikan untuk merasa nikmat Iman, Islam dan Ihsan

Allah, terima kasih
untuk segala nikmat yang telah Kau berikan

untuk mereka yang disayangi dan menyayangi,
simpanlah cita-cita untuk bertemu di Syurga





























Allah,
ujian terbesar yang Kau berikan pada ku
dengan mengambil orang yang amat aku sayangi, ayah
mengajar aku untuk lebih tabah berbanding manusia lain
untuk mengajar aku lebih berdikari dr yang lain
mendidik hati supaya berani dan kuat berbanding yang lain

sesungguhnya hanya Engkau yang tahu "kekuatan" di sebalik tubuh kecil ini Ya Allah
syukur Kau kurniakan orang yang amat menyayangi
Kau gantikan dengan kejayaan yang silih berganti
Kau kurniakan aku kesenangan dan kemudahan yang adakalanya tak pernah ku mohon






























Tuhan,
maafkan aku andai aku leka, lalai dan lupa untuk bersyukur
pada setiap hembusan nafas ku
maafkan aku andai aku tersilap langkah dalam ketidakmatangan ku
maafkan andai aku terlupa mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup
untuk meraih cintamu


































Allah,
sesungguhnya aku malu
terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
tp, masih aku rasakan aku yang terbaik.
seringkali aku lemah Ya Allah.
aku terlalu mengikut hawa nafsu sehingga lupa asal tujuan hidup ku
mohon Kau ampunkan dosa ku Ya Allah
yang nampak, yang tidak












dulu , aku pernah jahil.

love, 
nadia



p/s: amanah ini akan ku pegang dan jalankan dengan baik, inshaAllah. mohon diberi bimbingan untuk ana terus istiqamah.


13 May 2012

futur




Bismillah

Semoga dengan penulisan kali ni, akan menambah kan keceriaan blog ni dengan update terbaru. ohye, walaupun dalam mood busy menyiapkan research paper. doakan saya sempat siapkannya dengan baik ye!

.....

ceritanya bermula begini,

"fatin, kita pergi pukul 1 (a.m.) boleh?"
"boleh, takpe..knape wani?"

" nak kne siapkan jahit jubah ni..submission hari ahad"
"okey. nanti nak siap2 bagitaw ye"

12.54 a.m.

"fatin jom siap2"

Beg, saya isikan telekung, comforter nipis, mathurat, al-Quran kecil, berus gigi, ubat gigi. siap! saya berdiri depan pintu bilik wani. Pagi itu, dua orang sahabat berjalan menuju ke mahallah asiah.Its Grand Qiamullail. weekly Qiamullail terakhir untuk sem ni. Oh! boleh dikira dengan jari, berapa kali je berqiamullail bersama akhawat.

Sambil berjalan kami bercerita. nak tahu topik apa yang kami bicarakan? okey, biar saya kongsikan sesuatu. sebelum tu, wani pesan, 

"fatin, ko kena tulis dalam blog! kne share dgn orang..."

Maka tergerak lah hati saya malam tu untuk post sesuatu. ia tentang, apa yang sedang umat kita hadapi sekarang. saya.. tak tahu perkara ini normal atau tak dipandang serius bagi sstgh pihak. takpe, berhenti menuding jari kepada sesiapa, yang penting, didikan itu penting untuk kita membezakan mana yang betul, mana yang tak.




Malam tu, wani tekun mendengar setiap patah bicara dari mulut ku, seolah kata-kata yang keluar betul-betul lahir dan keluar dari hati yang terpendam selama ni, tentang......kenapa saya kurang gemar menonton movie. penulisan ini cuma biasa sahaja dan terbatas pada ilmu yang ada. cuma nya, bila sesuatu perkara tu salah, kita dapat rasakan yang hati kita tak selesa untuk menerimanya.

Pertamanya, antara sebab saya kurang gemar menonton movie, bukanlah kerana jalan ceritanya, tp disebabkan pendedahan aurat oleh pelakon-pelakon dan adegan-adegan yang kurang 'menyenangkan'. saya yakin anda semua faham kan? tanpa perlu explain lebih ttg ini. walaupun bukan semua movie dan setiap babak mempamerkan adegan ini, tapi, takkan setiap kali terpampang gamabarn ttg itu, kita perlu tutup mata dan cepatkan perjalanan cerita. ada yang konon2 nya, "geli" atau..."eeee....", tp mata masih memandang aksi tertentu. ada yang... tanpa bersalah cuba menghayati nya. dan ada jugak yang...." eh...kena tengok, nt tak faham jalan cerita tu." ada jugak yang...cuba sedaya upaya elak untuk tengok, kalau agak-agak aksi "tertentu" akan berlaku.

Persoalannya, perlu ke kita buat semua tu? sejauh mana hati dan mata kita akan terjaga walau cuba menutup mata dengan tangan untuk cuba mengelak daripada "tertonton". dan selepas itu, ia memberi kita gambaran serta bayangan-bayangan yang tidak baik. nauzubillah. (maaf jika berbicara tentang ini) tp inilah hakikatnya zaman kita.

Sedikit-sedikit, lama-lama perkara maksiat ini akan melemahkan iman. percayalah.
Futur itu bermaksud, lemahnya iman kerana maksiat.




"fatin...aku pun dah kurang tengok movie.."

"erm. baguslah wani, bukannya apa. mungkin... banyak "pengajaran" yang kita boleh amek dr movie tu. tapi... ada "something" yang lebih penting untuk menjadi penyebab kenapa benda ni tak berapa elok sangat untuk di layan. berapa ramai orang yang ada hard disk yang beratus-ratus GB just untuk buat simpanan movie? tak cukup dr tu, siap share and bagi-bagi pada orang lain...agak-agak berdosa tak orang yang share benda tu?"

"aku pernah terbaca orang share dalam facebook. berdosa kalau kita share gambar-gambar wanita yang mendedahkan aurat, even...dia non-muslim.err..lebih kurang mcm tu lah... belum termasuk mata yang memandang. uhh.nauzubillah. kalau ikutkan banyak benda yang kita tak jaga kan... sebab tu lah iman kita lemah...lemah sangat2"

"aaa...fatin...."




"wani, sebab tu lah aku tak layan sangat movie2 ni. kalau orang ckp cerita ni best sangat2, aku akan tanya dlu, based on true story ke? atau... berkenaan dengan family life ke? etc?...dan apa pengajaran yang betul2 boleh bagi manfaat kalau tengok movie ni?...then, baru aku akan usaha cari and dapatkan"

"tapi kan wani, kalau kita tengok skrg, setakat adegan-adegan yang kurang menyenangkan tu kita usaha untuk "tutup mata" , elak dripada tengok.... tp....dulu, kalau ada perempuan pakai skirt pendek, pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan and.*&^^%$#, dah cukup malu untuk tengok. cepat2 tukar channel kalau kat tv... kalau dekat rumah dengan adik beradik..cepat-cepat suruh tukar, biar benda tu nampak salaaaah sangat!....mcm tu la ktrg dididik..."

"then, dari situ, maka tayangan2 lain yang lebih tak elok tu, lagi lah rasa tak baik, n timbul rasa bersalah. nak wujudkan rasa bersalah untuk buat bnda tak baik dalam diri tu yang penting.dari kecik lagi...tapi tak semua orang faham kan wani..  ?"




"dunia skrg ni, media banyak pampang kan iklan2, artis2, sedutan2 drama, movie, dalam dan luar negara, orang kiss, perempuan separuh *&^%$, aksi-aksi yang menggoda dan merangsang hawa nafsu tu, free-free je. sedih la wani....  kadang, kita syukur sebab kita faham dan sedar, mcm mana dengan orang yang kurang sensitiviti? di suap dan dilalaikan dengan hiburan yang buat diorang hanyut... tak hairanlah banyak gejala sosial yang kadang tak boleh diterima akal sekali pun... (nauzubillah)"

" benda yang..... kita cuba elakkan sebaik mungkin selama ni, sekarang.. dah semakin berleluasa dlm kalangan umat kita hari ini. tak termasuk dengan unsur2 lucah dalam politik. menghighlight kan khalwat sipolan. jadi muka utama akhbar, jadi berita utama kat tv... bnda mcm ni , pada pendapat aku, tak elok untuk generasi muda, budak2 sekolah rendah, sek menengah.. apa yang diorang nampak, boleh bagi "idea" pada mereka untuk cuba buat benda yang sama... diorang tak kan peduli berita ni palsu, benar atau fitnah.."

"apa yang ditonjolkan pemimpin, itulah yang akan mempengaruhi rakyat. kalau pemimpin meng"halal" kan hiburan yang melalaikan jiwa dari mendidik jiwa, maka rosaklah jiwa-jiwa rakyatnya... dari situ, senang lah dia nak memperkotak katikkan rakyat nya, yang secara tak langsung lebih mementingkan hal duniawi berbanding ukhrawi..."


Kesimpulannya, perkara yang seharusnya kita "jaga" dengan baik. dah tiada apa pada pandangan masyarakat kita. sedih kan? cukup lah untuk kita nilai pada persekitaran terhampir kita.tp, jangan pernah mengabaikan hal dunia, isu semasa yang lebih besar. kita lah yang akan mencorakkan masa depan anak-anak kita, generasi akan datang, berilah makanan jiwa yang mendidik pada mereka. apa yang dirasakan baik untuk diri kita dan Islam, berusahalah untuk mencapai ke arahnya, dan menyediakan alternatif yang terbaik untuk itu. Umat Islam harus lebih ke depan, dan mendominasi semua medium dalam menyampaikan dakwah kerana masyarakat kita sekarang tengah "kering" dan dahagakan tarbiyyah yang mampu membasahkan jiwa.


Akhirnya, kami sampai di musolla asiah. Menyediakan tempat tidur beralaskan lantai musolla dan melelapkan mata untuk qiamullail esok pagi. Dan, mendengar tazkirah subuh dr kak sumayyah yang best!

[tonton lah video di bawah ni, kita akan sedar dan semakin faham dengan apa yang sedang menyerang fikiran kita hari ini, apa sajian2 yang sedang dihidangkan pada kita hari ini. Mohon Allah terima taubat-taubat kita sebagai hambanya yang hina, tapi amat mendambakan syurga-Nya!]



Wallahualam
Till next-time! inshaAllah.


28 April 2012

nasihat yang tersirat



"      nak berubah,
harus menyeluruh
bukan dalaman saje, tapi luaran juga

nak berubah
bukan amalan saje, tapi perbuatan, pandangan, pergaulan juga

nak berubah
tak boleh malu, tak boleh segan
tapi perlu mengajak orang lain juga

nak berubah
biar sikit-sikit, tapi konsisten  "


when she came to my room, she always share her new story with me. it's a kind of tazkirah. i love to hear a new thing from her. when she tell the story it comes from her heart. she's trying to tell me something. and i know..she loves me for the sake of Allah.

nak berubah. harus mencari, dan bukan menunggu.terlalu banyak yang perlu dibaiki. dan adakalanya kita sering terlupa untuk men"jaga". sebab itu, aku perlukan teman yang senantiasa mengingatkan. kerna aku lahir dalam dua dunia. dunia yang melalaikan, dan dunia yang mengingatkan.


love,
nadia

16 April 2012

umur kita,untuk 'apa' dihabiskan?




Bismillah


Hari jumaat lalu. genap umur saya 23. malam yang sukar untuk lelap. terasa seperti esok takkan lagi saya temui. entah kenapa, terasa ajal semakin hampir. alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang medoakan, tak lupa juga doa dan ucapan selamat hari lahir dari ibu dan abang tercinta lagi jauh di mata. ecece... terima kasih semua. secara jujurnya, saya benar-benar terharu..

























"salam,

selamat hari lahir buat kakak yang ke-23.

selamat menempuh alam dewasa.
semoga terus solehah dan punya visi dan misi yang lebih cantik dan jitu!
ibu sayang kakak!"

ibu























entah kenapa. tarikh 13 april 2012 ini terlalu signifikan bagi ku. seolah macam....peningkatan usia kali ini, benar-benar 'merubah' sesuatu dalam hidup. ada satu sentuhan di sudut hati, yang seolah memanggil-manggil untuk....
















ya.
























pergi mukhayyam!
MUDAH'12.




























Allah telah memilih aku untuk pergi majlis ilmu. aku ingin duduk di bawah naungan para malaikat! hati berbisik.setiap masa saya tekan-tekan keypad handset, berulang kali membaca message dr naqibah akan mukhayyam. pergi? tak? pergi? assignment? erm...presentation?! wait. saya nak celebrate usia saya. saya nak mulakan dengan moment yang paling baik!paling cantik! paling indah dalam sejarah permulaan usia saya! boleh kan? wink


akhirnya saya tinggal kan assignment. put aside . jussst for a while. erm. what's next? yeah. packing! telekung, selimut, al-Quran comel, note book, ubat gigi and berus gigi, tuala..etc..etc. done! skrg saya dah ready. a 23 years old girl...no..no...woman...is ready to go for mukhayyam!alone? aah. (nt sampai sana mesti ada kawan punye!) err..dah besar2 ni, kawan mana2 pun boleh buat kawan ..hehe.kan?


belum sampai sana, dah jumpa kawan baru. yang lama pun tak kurangnya,majority ada yang kenal, tp..mcm rmi jugak muka-muka baru. actually, mereka semua junior2. alhamdulillahhhh...junior2 dah terdedah. erm, saya je lewat sket. dah lama terdedah cuma....banyak sgt alasan, dan....masa tu belum rasa "manis" berukhuwwah.(<----alasan jugak ni)


banyak pengisian yang dikongsikan oleh kak sumayyah, bro. aiman, najib, marwan, qiamullail, MAKAN!! mrgreen haha. abaikan.


















Yusul al-Qardhawi kata,








"sebelum beramal, belajarlah berniat.
sebelum berniat, belajarlah untuk ikhlas"





















Mukhayyam kali ni, objektifnya ialah lebih kepada nak menyedarkan kepada kita kepentingan usrah dalam kehidupan seharian kita. serta kefahaman ttg asal usul usrah. sedikit sebanyak dikupaskan ttg sejarah usrah, sejak zaman Rasulullah lagi, dan ia antara salah satu sunnah nabi kita, S.A.W. tazkirah dari bro aiman pulak, mengupas ttg syeikh ahmad yassin. seorang "pemilik kerusi roda yang bergelora jiwanya" . pasti semua dah mengenali beliau. beliau membawa usrah and always tried to make it fun. seorang yang sgt pengasih dan caring terhadap kanak-kanak. dan suka meraikan tetamu.

salah satu objektif pgram juga ialah memberi kefahaman kpd kita ttg apa yang perlu dilaksanakan dalam usrah, dan mmberi penekanan ttg apa yang perlu dicapai dalam usrah. selain mengeratkan ukhuwwah kami untuk menjadi satu kekuatan jamai'e, memantapkan dan menyempurnakan kefahaman amal jamaie dan yg terakhir, meminimakan keciciran dalam dakwah.



tarbiyyah = pendidikan+pembentukan




kepentingan tarbiyah, "kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah melalui tarbiyyah Individu". tarbiyyah ini merupakan pembangunan aspek2 peribadi menuju kesempurnaan (sedikit demi sedikit) dari satu keadaan kepda keadaan yang lebih baik. razz

ayat kak sumayyah yang plg terkesan masa slot ni, masa kak sumayyah ckp,


"Rasulullah boleh bersama-sama ajak sahabat dalam tarbiyah, tp..kenapa sahabat2 kita skrg tak nak ikut kita sama-sama dalam tarbiyyah? sedangkan kita berkongsi segala masalah, rahsia....dgn dia.. . ."


Allahurabbi. saya tersentap! bukan mudah kn nak mengajak orang ke arah kebaikan?hurm (muhasabah)



















dan... . .
























USRAH adalah mekanisme terbaik tarbiyah :h:















kata mereka,


















USRAH itu CINTA



dalam usrah ada iman + taqwa, ukhuwwah + kasih sayang
kita duduk bersama, dan beriman sebentar! wink:f:


3 rukun USRAH :

:84:Ta'aruf : perkenalan (tahu) peribadi
:83:Tafahum : memahami
:82:Takaful : kebajikan ahli

nak kenal dengan seseorang atau ahli usrah, kita perlu "hidup" dengan dia. bermusafir antara salah satu cara kita dapat mengenali ahli2 usrah. kata kak sumayyah, "contohnya...bila kita keluar dengan ahli usrah kita, bila kita tengok diorang drive waktu jalan jam..mcm mana cara mereka berdepan? ada yang mengurangkan tekanan dengan membaca al-Quran....mcm2...maki hamun ke? dr situ kita boleh lihat tahap kesabarannya....dan mcm2 lagi...."






Peranan kita?

so, apa peranan kita sebagai pemuda?

pemuda adalah asset kepada ummah. Yusuf al-Qardhawi kata, "Generasi muda bagaikan mentari, yang sedang berada di tengah-tengah langit dunia pada awal pagi". seorang pemuda perlulah beriman, semangat, dan menjaga amalan-amalan nya.



"tegakkanlah Islam dalam hati mu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak pada Daulah mu".

Hassan al-Hudaibiy




dan harus diingat, kita perlulah bermanfaat kepada orang lain.contribute untuk Islam! apa saja skill yang kita ada, sumbangkan!" pertolongan Allah akan datang kalau kita buat segala usaha dan berkorban segalanya" (Muhammad:7) 'aslih nafsak wad'u ghairak'







akhirnya, kami berpisah. sementara. sebabnya, ada rezki boleh jumpa di uia lagi! hehe. lepas ni, masing-masing nak tumpukan pada assignment, exam. fuhhh.. qawwiy betul diorang. esok pagi nak exam, masih mampu menyumbang untuk Islam! smgt saya dtg dr smgt mereka. pengorbanan masa saya dipelajari dr mereka. saya cuba untuk memperhabiskan masa saya sebaiknya.


be the best in everyhthing! buktikan, bahawasanya, walau kita berkorban masa untuk ini, pelajaran tak akan pernah tinggal. ingat, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita. doa, doa dan doa! Don't underestimate the 'power' of doa!

wallahualam






















tarbiyyah sampai mati





31 March 2012

jawapan untuk kamu


Teringat waktu zaman sekolah dulu, ustaz pernah tayangkan video tentang palestine. kekejaman tentera zionist terhadap rakyat palestine di bumi palestine. lantas, tertera satu part di mana seorang kanak-kanak kecil hanya membaling batu ke arah kereta kebal besar di hadapannya. subhanallah! jika mahu dibandingkan size kedua-duanya, mmg terlalu kecil kanak-kanak itu.

jika kita lihat sendiri, di media massa, merata-rata gambar mereka diseksa dengan kejam, dikasari. Allahuakbar. tak dapat bayangkan jika kita berada di tempat mereka. jika Allah letakkan diri kita di situ. kanak-kanak, pemuda2 sekdar membaling selipar, botol, batu atau apa sahaja yang ada pada mereka ke arah tentera yang bersenjata lengkap. agaknya, kita pun begitu juga kah?

mampu ke pemimpin kita nak hulurkan senjata seorang satu atau sekurang2 nya satu keluarga satu senjata berserta bekalan peluru untuk sebulan. fikir-fikirkan?

pada cerita tayangan tadi, ustaz berkongsi bahawa dia pernah sampaikan satu kuliah di sebuah tempat dan video yang sama ditayngkan, lalu berkata seorang pak cik "...apalah!baling batu nak lawan dengan kereta kebal???!! haha..." logik? tak logik? masuk akal? Allah knows best!

"Ibarat burung pipit yg bantu Nabi Ibrahim apb dibakar. Paruh mereka kecil, tp krn kasih pd Nabi..dia nk juga guna paruh kecil nye isi air & padamkan api. Kita tidak melihat pd result tp kita lihat pd usaha..."


"At least bila Allah tanye, amalan blh jwbkn di dlm kubur. drpd ditanye 'kosong jek - xde ape"- S Aminah

hari ini,

kata mereka, Global March To Jerusalem hanya acara bulanan, takkan membawa apa-apa perubahan. kita perlukan, kedudukan ekonomi yang lengkap, senjata yang betul2 mantap.yang boleh lawan 'kereta kebal'. ohh...tak sama sekali. hari ini, sebenarnya mereka bukan nak lihat dr jauh, tp mereka ingin memasuki bumi Palestine!

"GMJ ialah satu usaha yg SERIUS utk masuk ke Jerusalem. mrk bkn datang utk menjerit2 di sempadan, mrk dtg utk masuk ke tanah suci yg sebenarnya milik kita semua, bkn milik Zionis. lebih 50 ribu org berkumpul di sempadan Jordan, menunjukkan bahawa masyarakat dunia menyokong perjuangan Palestin. kalau Israel tak rasa terancam dan bimbang dgn perkembangan ini, masakan 50 ribu org itu dihalang dgn kereta kebal dan askar2 hingga terpaksa pulang dlm kehampaan? "

"ya, mungkin thn ni kita tak berjaya masuk ke jerusalem, tp sbhgn dr objektif dr GMJ berjaya dicapai. yakni: masyarakat dunia dah mula buka mata dan sedar dgn apa yg berlaku di palestin. ada kalangan org yg tak pernah tau apa2 ttg palestin pun dah mula dpt info sikit2 disebabkan besarnya promo yg disuluhkn oleh media seluruh dunia kpd pergerakan global ni.dlm program myGMJ di stadium melawati smlm pun, kira2 lapan ribu rakyat malaysia sanggup turun dr seluruh negara, (serius, bus banyakk) utk ke 1 program yg durasinya hanya berberapa jam, sampai la after 11pm mrk masih setia di stadium."

"itu menunjukkan tahap seriusnya kita dlm menyokong prog ini. dan kalau ada 1 benda yg israel patut takut, itu ialah meluasnya kesedaran dan bangkitnya dunia menentang segala kezaliman yg selama ni mrk sorok dan didiamkan. maka, altho of course tak semudah tu utk kita terus berjaya, tp ni adalah antara langkah2 ke arah kejayaan.betul kita perlu kekuatan ekonomi dll. tp lebih ramai org sedar, lebih ramai org sokong, keadaan akan lebih menyukarkan pd zionis. dlm masa sama, kita kuatkan juga aspek ekonomi dll. wallahu'alam
" - Fatimah Muhammad

dan..
ini jawapan untuk kamu, untuk diri ku juga.

"Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muh...ammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman."

(Al-Anfaal , 19)


Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; (4)

(Surah Ar-Rum: 1-4)


Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

(A-li 'Imraan , 166)




“Atau apakah kamu sangka bahwa kamu akan masuk ke syurga, padahal belum datang kepada kamu seperti yang datang kepada yang sebelum kamu, mereka itu dikenai oleh kesusahan (harta-benda) dan kecelakaan (pada badan diri) dan digoncangkan merek...a (oleh ancaman-ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman besertanya, ’Bilakah akan datang pertolongan Allah itu?, ‘Ketahuilah bahwa pertolongan Allah itu telah dekat.’”

(2:214)



"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang s...erta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun"."

(An-Nisaa' , 77)



sebab kite tak nak jadi macam

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda... dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."

(At-Taubah , 81)



"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (b...erdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)"."

(An-Nisaa' , 75)


beritahukan padanya

"Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar"."

(A-li 'Imraan , 168)



sebab kita orang beriman jadi kita percaya

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana memperta...hankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)."

(A-li 'Imraan , 13)

"Kesimpulannya. amal dan pahala manusia terletak pada usaha. kerana natijahnya hak mutlaq Allah swt. jangan jadikan alasan lemah macam orang musyrik sebagai alasan untuk tidak berjihad (bersungguh-sungguh dalam beramal) kerana orang beriman,... yakin SEMUA PERKARA ADALAH TIDAK MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. hatta dengan usaha-usaha kecil yang tidak efektif sekali pun. :) kalau dengan usaha kita, kemenangan belum datang, maka mungkin belum rezeki kita untuk mendapat kemenangan itu. tapi semoga amal usaha kita, mampu menjadi mahar penebus syurga." - Nadhirah Abd Rahman


"orang mukmin ni ada benda yang ajaib sekali iaitu iman. ibrah perang badar, logik ke nak serang army 1000 vs 313 je? siapa yang sanggup percaya rom yang ibarat AS sekarang boleh dikalahkan? siapa yang sanggup percaya terkorbannya ghulam men...yebabkan seluruh penduduk memeluk Islam dan dihumban dalam parit mendidih? history will repeat itself again. believe Allah's word my friend! semua orang boleh bagi alasan, tapi takutlah untuk memberi semua alasan itu di depan Allah pada hari pembalasan.." - Kak Maryam



Wallahualam
"from the river to the sea, Palestine will be free!":f:

28 March 2012

kau yang berpurdah


"Kalau kau berpurdah kerana Allah SWT,
Untuk penyucian hati,MasyaAllah,
tabarakallah!Aku kagum dgn kekuatan
dan langkah yg kau ambil."




kakak tu dulu, tak seperti sekarang. perubahan pada dirinya sangat ketara. dia berubah sebelum melangkah ke tahun akhirnya. siapa tahu , hidayah akan datang pada bila-bila masa sahaja. saya tak pernah kenal dia. saya tak pernah bertegur sapa, tapi bila diceritakan tentang nya seolah kami pernah bersua.

sebab itu, bila lihat kawan-kawan yang kurang menjaga pemakaiannya, kadang-kadang selalu didoakan supaya dia berubah. berubah kepada yang lebih baik. supaya dia boleh menilai mana yang lebih baik. adakalanya, mereka akan berubah lebih baik dari kita. lepas sorang, sorang kenalan saya berniqab. kekuatan apa yang mendatangi mereka? saya kagum. saya juga bercita-cita. tapi bila?



dia pula, berubah dari tudung 3 segi kepada tudung labuh. happy-go-lucky. suka bercerita. mengenalinya cuma dari kawan kepada kawan. tapi kerana keramahannya kami senang bersama. ceritanya, takut bertudung labuh sebab bimbang lelaki takut untuk mendekatinya. tapi, sebaliknya, lelaki yang baik mendatanginya.

pendek kata, pemakaian kita mungkin tidak 100% menentukan siapa kita. tp percayalah, luaran kita sedikit sebanyak memberi ruang untuk orang lain ingin mendekati kita dengan cara paling terhormat. supaya dihargai dan dipelihara maruahnya.

ada sebab kenapa Islam meletakkan garis panduan dalam pemakaian. pakaian kita melambangkan diri kita. aurat harus dijaga sebaiknya. bila kita menjaga, pasti orang lebih menghormati kita. percayalah.


wallahualam.

entah angin apa yang datang. saya teringat saat2 sebelum saya berangkat ke bumi syria. 2-3 lipatan niqab saya tersusun kemas dalam beg. tapi, saya tak menyentuhnya langsung. saya belum kuat. cry


22 March 2012

learn to love it


pernah kita terbaca atau menonton mana-mana kisah berkenaan orang-orang yang hidupnya susah. tp pernah kah antara kita yang pernah melalui kesusahan2 itu? atau..pernah kah kawan-kawan atau masyarakat sekeliling kita yang mengalaminya?


tak pernah saya memikirkan situasi yang saya lalui, sehinggakan kebelakangan ini, banyak pula kawan-kawan yang berkongsi cerita ttg hidup mereka, waktu kecil,zaman persekolahan. kadang, kita rasakan, hidup kita dah ckup susah..rupanya,tak. sedang ku rasakan zaman kecil ku seolah terlalu mewah.neutral

saya bukan dilahirkan dalam keluarga kaya. miskin pun tidak. sederhana cuma. alhamdulillah. tapi, bila mendengar kisah mereka yang pada satu masa dulu pernah hidup dalam kemiskinan, rupanya, kesenangan mereka hari ini, bukan semudahnya dikecapi sedari mereka dilahirkan.


"dulu..kita kecik2 mak ayah kita beli mainan dr pasar je.."

mendengar kan perbualan mereka, saya terdiam untuk mencelah. saya teringat masa arwah ayah sambung blaja di perancis dlu, lepas balik kuliah, mesti ayah belikan mainan. at least anak patung barbie yang berpasang-pasangan. bukannya ayah belikan satu kotak, tp dua, malah tiga kadang-kadang. tak ckup dgn sekadar patung ayah tambah lg dengan aksesori Barbie. bila tiba cuti krismas, ayah pasti bawak kami ke GIANT, sebuah kompleks permainan yang sgt besar. subhanallah! memang mainan nya tersusun dr aras lantai hampir ke syiling. rambang mata dibuatnya. itu pun, bagi ku dah terlalu ckup.




"kalau pergi shopping complex, ummi ckp brg sorang satu je..."

saya terbayang ibu dgn ayah. apa-apa yang anak mahu kan,tiada had. lebih-lebih lagikan makanan. jika dirasakan barangan itu terlalu mahal dan bukan keperluan, ibu ayah akan menolak dengan tanpa ada perkataan yang mengguris hati kami, lalu mereka gantikan dan pujuk dengan barangan lain.




"ayah aku dah berhenti kerja, sakit. mak aku tiap-tiap minggu kne hantar ayah aku ke hospital. dah la mak aku tak kerja...pendapatan dia jual kuih hantar sana sini....aku kesian la dgn mak aku...kne jaga nenek lagi....yang lain semua tak nak bertanggungjawab"

sejak ketiadaan ayah, ku sangka kan ibu lah wanita yang paling berdikari dalam dunia. rupanya selain ibu, ramai lagi yang lebih susah dr ibu malah perlu lebih bekerja keras demi keluarga. hasil didikan ibu ayah, abang telah banyak berjasa dalam keluarga bagi ku. saya amati sikap abang yang terlalu prihatin dalam memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. abang tahu mana yang perlu diutamakan. dan seolah kasih sayang abang tak pernah berbelah bagi, dan abang tak pernah hitung penat lelah nya dalam menjaga kami sekeluarga.




"dulu kecik-kecik...mmg abah aku didik ktrg style tali pinggang je..."

saya terdiam. hampir mengalirkan air mata mendengar kisah mereka adakalanya. sedangkan waktu kecil, sepanjang hayat ayah, seingatku, ayah tak pernah memukul saya, ckup sekdar memarahi, dah ckup membuatkan aku menyesal dan mengalirkan air mata. lain dgn abang yang sedikit nakal, ayah hanya rotan di tapak tangan. ckup memberi pengajaran pada diriku juga.




"ayah aku bukan jenis tunjukkan kasih sayang kat anak-anak...tp mungkin dia tunjukkan kasih sayang dgn kerja keras dia....ktrg jarang spend time bercuti sekeluarga.. bukannya aku tak terngin...teringin jugak...tp nak buat mcm mana...aku tak boleh nak sama kan parents aku dgn orang lain..."

saya hnya mampu tersenyum kecil. tak tahu nak ungkapkan apa. mungkin ajarkan dia erti bersyukur. dan betapa besar pahala ayah nya dalam membanting tulang besar kan anak-anak sehingga masuk university. mungkin bila dia dah berjaya, boleh bawa parents nya berjalan-jalan. arwah ayah pula, hujung minggu selalu bawak kami jalan-jalan. seronok memang seronok. memang kami suka melakukan aktiviti luar. barbeque, memancng, berjalan kat taman, cuba masakan restoran-restoran tertentu, dan sekali sekala kami bercuti luar selangor. begitulah bagaimana ayah memberi ruang untuk anak- anak belajar ttg kehidupan luar. supya fikiran lebih terbuka,supya pndai bermasyarakat.



kawan-kawan yang saya kenal hari ini, mereka semua dah membesar matang. boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. adakalanya, jika kita tahu sejarah dan latar belakang mereka, kita tahu hr ini, kenapa mereka bersikap sedemikian. kenapa mereka memberi reaksi tertentu pada situasi2 tertentu. kenapa adakalanya mereka lebih agresif, lebih sensitif, lebih cepat bertindak atau mungkin juga mereka tidak memberi respon.

sesungguhnya, kehidupan yang lampau sedikit sebanyak telah banyak memberi kesan terhadap setiap individu. cuma kita, yang tidak tahu, dan tidak kenal kisah mereka dan diri mereka. maka, kita mudah judge orang lain, yang sebenarnya diri mereka dan situasi yang banyak memberi influence.

didikan ibu ayah amatlah penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. mengajar anak memahami hidup susah, hidup berdikari, bg rewards atas kebaikan dan kejayaan mereka. kasihi dan sayangi mereka dan didik serta memberi pesan pada mereka selagi nyawa dikandung badan. dengan harapan mereka boleh berfikir bila mereka dewasa.

jangan sesekali kita fikirkan, kita yang paling susah dalam hidup. dan, even kita tak mampu nak kecapi hidup seperti yang lain, lantas kita jadi hipokrit. sesuatu yang kita tak mampu, jangan lagak seperti kita mampu. be yourself. treat yourself sepertimana kehidupan yang sdg kita lalui ini. ingatlah , hanya nilaian Allah yang perlu kita utamakan. adakalanya, kita hidup tak mewah, tp buat-buat mewah. sedangkan mereka yang hidupnya mewah pula, pandai berjimat2 dan menyimpan demi masa depan. ingatlah, setiap dr kita, pernah merasakan kesusahan. jangan malu bila keluarga kita orang susah. susah itu lah yang sebenarnya menjadikan kita manusia andai kita benar-benar belajar dan redha dengan ketentuanNya.





“As I grow to understand life less and less, I learn to love it more and more”,Jules Renard




terima kasih ayah :h: ibu,
kalian telah mengajar erti hidup yang sebenar untuk jadikan aku manusia


10 March 2012

saya.awak.kita






pernah tak, sekali sekala dalam hidup ni kita terlalu cepat menilai orang pada pandangan pertama kita? pernah tak terdetik di hati kita..." subhanallah....cantik nya wanita ini, untung sesiapa yang memilki nya..?"....."bergaya nya lelaki ni, siapa yang bakal menjadi isteri dia pasti bahagia..."
kadang-kadang kita pernah jumpa dengan orang yang nampak sgt berkarisma. nampak sangat sopan santun. nampak sangat kemas penampilannya. boleh kata, everything's perfect on him/her. teringin nak jadi macam tu. nak juga jadi mcam dia.:g:

pernah tak, kita cuba kenal betul2 orang yang macam tu? adakah tanggapan kita pada pertama kali kita memandang sama seperti kita dah kenal lama? dan...sekrang, adakah sama? adakah kita ingin jadi seperti mereka lagi?

sesetengah orang, mungkin mereka nampak berkarisma. sangat tekun bersociety. nampak aktif, tp, adakalnya pelajaran entah ke mana. kehadiran ke kelas pun, tak konsisten. ada orang pulak, sgt rajin ke kelas, sgt pandai, tp tak mahu bersosial. kehidupan aku,hal aku. hal orang lain tidak diambil peduli. setengah orang pulak, sgt pandai,baik. rajin. tekun. kemas. menghormati dan menghargai orang lain. cuba untuk memenuhi dan mengambil hati semua pihak, tp nilaian pertama manusia yang belum benar2 kenal, ternyata sekali bukan seperti itu.

manusia , pastinya berbeza. warna rambut mungkin sama. tp hati kita lain-lain. kan best, kalau apa yang boleh dinilai pada raut wajah, itu lah yang tergambar pada character nya? mungkin juga ini menunjukkan Allah itu Maha Adil. raut wajah yang cantik sempurna, belum tentu hatinya baik sempurna. dan hati yang baik, belum tentu memilki wajah yang cantik rupawan. tp, percayalah, hati yang baik akan tetap terpancar pada wajah. wink

saya nak berkongsi sesuatu, untuk saya, awak dan kita semua. mungkin kita boleh bina sifat yang baik dalam diri kita. supaya apa yang dinilai manusia pada zahir, tp batinnya dalam keadaan baik.:h:






Tips to becoming a stronger Muslim : source


  1. Accept that Allah (God) exists and that his attributes are beyond our imagination.
  2. Pray sincerely.
  3. Pray in the middle of the night.
  4. Recite His name every time.
  5. Be grateful for everything you have, be it spiritual, mental, or physical.
  6. Protect your chastity.
  7. Keep to your promises.
  8. Respect the opinion of others.
  9. Fast for the right reasons.
  10. Never lie.
  11. Be good to your family
  12. Struggle towards good will.
  13. Practice felicity towards everything.
  14. Be gracious towards your parents.
  15. Don’t sough over your loved one’s death.
  16. Never waste your time on useless things.
  17. Try a lot to seek out knowledge, even if it is to be in your enemy’s hands.
  18. Always think right.
  19. Keep your body, clothes, housewares, and everything you own clean.
  20. Always help the poor and orphans by any means possible.
  21. Repent if you have committed a sin every time.

Just a few general tips on becoming a stronger Muslim. In my opinion, Islam is really a way of life, not just a religion. It’s the life of peace. When researching Islam, always pick your sources wisely because there are many that mislead people into believing false claims in Islam.


biar kita cantik dalaman dan luaran. dan biarlah apa pun nilaian manusia, nilaian Allah tetap paling satu! kita pun kenalah nilai diri kita satu per satu, banyakkan bercampur dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik akhlak nya.dengan golongan dewasa yang bnyk pengalaman dan matang fikirannya. tak salah jika kita memerhati dan mencontohi mana yang baik. dalam hidup kita, pasti ada dalam kalangan teman-teman rapat yang kita kagumi kan? rapat lah dengan mereka, bentuk diri anda dan ubah lah ke arah yang lebih baik. wink inshaAllah anda pun akan jd seperti mereka, malah mungkin lebih baik.siapa tahu?

untuk saya,awak dan kita. jom sama-sama baiki diri. demi kesejahteraan umat. untuk sama-sama kita hidup berlandaskan nilai-nilai Islam, supaya tiada yang tersakiti. tiada yang tertipu. tiada yang tertindas. tiada yang didiskriminasi. kita semua sama. yang lain cuma hati kita. dan keikhlasan kita dalam membina hidup, berdepan dengan manusia.

jadilah diri kita sendiri.





mencari sumber inspirasi :90:
membaiki diri
mencari cinta hakiki.

uiam.gombak

08 March 2012

heal


“A wise woman has much to say and yet remains silent.”


bila rasa sibuk-sibuk macam ni barulah terasa pandang langit yang sekejap pun dah cukup menenangkan. mujur Allah ciptakan langit yang luas. kepulan-kepulan awan putih yang seakan kapas. subhanallah.smile terkadang, bila sendirian dalam kereta, duduk di belakang, cuba baringkan badan dan tengok pergerakan awan...terasa macam......sedang perhatikan laut!

sibuk-sibuk mcm ni, bila pandang ke depan, kiri, kanan, depan, belakang perkara yang sama kita lihat, kita bersua, kita bekerjasama, kita senyum, kita bersalaman, tp... seringkali kita lupa yang "di atas". tanpa Dia, kita tak mampu melangkah sejauh ini, kita tak mungkin sekuat ini.:85:
:85:
melangkah ke kelas, muka penuh ceria bersemangat. sebaliknya bila kita pulang ke bilik, kelesuan jelas terpancar. setiap hari pergi ke kelas, jalan sama yang kita lalui, tempuhi.. kita boleh lihat muka mereka-mereka yang sama.wink mungkin ada yang kita kenal, mungkin tak kenal. ada yang membalas senyuman. ada yang memberi kan senyuman. ada yang sedang bergegas kerana terlewat, ada yang 'cool' even terlewat.

kenapa manusia tu berbeza kan?:85:
:85:
sikap. reaksi. respon. reproduktif. pemikiran. macam-macam.. sebab tu, karekter manusia yang berbeza ni, adakalanya mampu mengubat hari yang tersangat lah meletihkan. ada masa nya, mereka-mereka yang 'cool' ini sgt2 diperlukan. ada masanya mereka yang 'gopoh' ni, juga teramat diperlukan.

begitulah cerita nya.

langit yang diam membisu adalah penawar.:85:
manusia yang banyak karakter juga penawar.


maka,
aku diantara nya.razz:74:
cuba untuk remain silent.

:85:

05 March 2012

perubahan


saya selalu mengharapkan bulan akan kelihatan dr jendela bilik saya. sepanjang malam. sengaja saya alihkan kedudukan meja,supaya pagi-pagi saya boleh buka tingkap dan hirup udara segar mcam dulu. masa saya first year. tapi, kedudukan nya dah lain. building orientation dah berubah. pemandangan dulu, tak kan ada lagi.

begitu jugalah hidup kita. sedar tak sedar. banyak perkara dah berubah. hidup kita semakin hari semakin sibuk. penuh dengan aktiviti. penuh dengan cita-cita yang kadang-kadang mungkin tak kesampaian.

apa yang ada pada orang lain, itu yang kita mahukan. apa kelebihan yang ada pada diri sendiri sering tak kelihatan. tp percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. cuma, kita harus ada masa untuk selalu muhasabah.

"hari ni, kita cek mutabaah amal secara lisan lah? okey tak? ana nak tny sorang2...mcm mana dgn mutabaah amal antunna semua...kalau tak tercapai takpe, mungkin kita boleh tengok balik mcm mana...tp, sebaik-baiknya..seboleh-bolehnya biarlah amalan kita semakin meningkat..."

"boleh ana nak tny sorang-sorang, sepanjang sebulan ni...ini dah nak masuk minggu kelima...apa yang antunna dah capai, atau ada perubahan dalam hidup sepanjang berada di uia..?


"boleh tak nak share dulu?":face26:
"boleh.boleh...silakan"


"erm..sebenarnya...


sem ni terasa sangat tough..stress la jugak. tp, ibu pernah ckp, 'susah tu sifatnya sementara'. teringat lagi sem lepas, even cuti2 pun kne siapkan report, bukak sem kalau boleh mcm dah kne bnyk siap..tp, lepas habis sem tu, alhamdulillah, semua rasa ok. tp...Ya Allah, tym nak laksanakan tu..tym nak buat tu...rasa susah sgt..tertekan..tak suka....tp betulah ckp ibu, susah tu sementara. bila dah selesai, mcm takde apa. seronok.

dan...

sem ni lg skali. saya rasa benda yang sama. tp nak tak nak, kita terpaksa lalui. kena hadapi jugak. saya tahu, nt bnda ni after dah settle semua,akan kembali seperti sediakala..tak susah dah. tp kelainannya, ntuk sem ni setiap masa, bila berjalan, nak ke kelas, bila sendirian...selalu berzikir, igt Allah....mmg betul lah...bila ingat Allah...hati tu...tenang sangat. rasa mcm ada angin sejuk masuk dalam hati...subhanallah!

selalu tengok foreigner2 pegang tasbih kan? saya pun buatlah, masukkan tasbih dalam poket, sambil bertasbih memegang butiran2 biji tasbih....bila kita pegang tasbih n tasbih selalu ada dalam poket...automatically lidah kita akan terbasah menyebut dan memuji2 namanya...

ini salah satunya untuk mencari ketenangan dalam setiap kesusahan yang kita lalui, biar dalam sibu-sibuk pun...hati kita masih ingat Allah. biar yg susah susah tu...tak terasa pun...





part yg klaka..bila....lalu sebelah ikhwah...masukkan tgn dlm poket..istighfar banyak2....hehe":face64:




sebenarnya, memang setiap dr kita merasa kan susah. ye kan? setiap yg bergelar pelajar, mmg terasa sgt tough. tp bayangkan kalau kita dah pegang segulung ijazah, berjalan atas pentas yang semua dr kita idam-idamkan....mesti masa tu, kita tak igt dah penat lelah kita. bila mengadu pada manusia, semua ada kisah yang sama. penat belajar...

hmm...nak menuntut ilmu bukan senang kan? belum masuk unsur2 luar lagi. baru fokus pada pelajaran, nak jd excellent, perlukan istiqamah, perlukan kekuatan yg sgt tinggi. maka, mengadulah pada Allah bila kita rasa lelah. fikirkan ada orang yg lebih susah dr kita.:face29:


sem ni memang sibuk. perlu kan skill multi-tasking. nak tak nak, kena harungi. mohon moga Allah mudahkan segala.

ameen



mahallah asma
1:10 a.m

still working on my topical studies.
may Allah ease everything.

inshaAllah.till next time!

"Biar ALLAH menjadi tempat pertama kita tujui sebelum hambaNya yg lain!":135:






21 February 2012

tanah




"ada orang hidupnya susah, tapi lagaknya..mcm orang berada"
"ada orang hidupnya senang, tapi...selalu berusaha"

"ada orang hartanya banyak... tp sukar menghulur"
"ada orang hartanya sedikit... tp hatinya pemurah"

"ada orang, wajahnya cantik... tp dia pandai menjaga"
"ada orang wajahnya cantik, tp terlalu murahan"

"ada orang hatinya baik, tapi niat nya lain.."
"ada orang hatinya baik, manusia lain pulak ambil kesempatan..."

"ada orang suka berhutang...tp buat2 lupa"
"ada orang sedaya upaya elak berhutang... dan dia selalu peka"

"ada orang dia cemburu, tp dengan cara yang sihat.ingin jd lebih baik"
"ada orang cemburu, tp meranakan hidup orang lain"

"ada orang yang suka bercakap, sgt peramah"
"ada orang yang terlalu pendiam, buat orang segan.."

"ada orang suka memberi, hatinya ikhlas"
"ada orang yang suka diberi, tp suka mengungkit"

"ada orang yang suka buat kebajikan,suka menolong orang lain"
"ada orang yang pentingkan diri, tak peduli orang lain"

"ada orang yang suka menegur, baiki diri sendiri"
"ada orang yang suka benda maksiat, pengaruhi kawan sendiri"

"ada orang yang suka menyendiri, dalam dunia sendiri, tak fikirkan hati orang lain"
"ada orang yang suka bergaul, suka dunia luar, dan mengambil tahu hal orang sekeliling"

"ada orang yang disayangi, tp tak mahu menghargai"
"ada orang yang tak disayangi, tp dahagakan kasih sayang"


yang mana satu kita? setiap apa yang kita lalui, kita ada, kita miliki. perhatian yang kita dapat, rezeki yang kita perolehi, kasih sayang yang melimpah ruah, harta yang menggunung, rumah yang kecil, sempit. kereta mewah, kad kredit. keputusan cemerlang. kawan yg prihatin. kita dianiaya. kita dikhianati...siapa kita? dunia sementara yang kita diami ni....adakah semuanya akan kekal? sama? tak kan?

kenapa....kita tak nilai dan pandang satu per satu dengan mata hati kita? sukar ke untuk manfaat kan setiap nikmat? sukar ke untuk sabar dengan setiap ujian? ya. sgt sukar. sebab itu ia dinamakan ujian.






“Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka itu akan dibiarkan mereka berkata: Kami telah beriman. sedangkan mereka tidak lagi diuji.”
- Surah al-Ankabut: ayat 2.






berlari di tepi tasik uia, lalu hujan senyap menitiskan air dari awan mendung-cerah. mengeluh? ohh..tak. belum sampai satu pusingan pun lagi. tp Allah datang kan pelangi :86:petang tu. subhanallah! penat-stress-tertekan dengan kerja yang entah tak tersusun-mana satu yang nak dibuat dulu. celaru ? ahah.... sekelip mata. resah gelisah tu hilang, bila kita cuba cari ketenangan dan kedamaian yang sebenarnya ada di sekitar kita.

Allahu Rabbi.

saya duduk di bawah gazebo bersama sahabat saya,
:60:peneman setia di hari petang saya.bumi uia seakan terdiam membisu. mendengar sayu titisan hujan. subhanallah! tak boleh digambarkan dengan lens kamera. hanya mata mampu menangkap scenery yang sungguh indah petang itu. hati saya tersentuh.

lalu hujan pun berhenti. awan mendung pergi meninggalkan kami. kaki pun melangkah pergi. hari ini yang indah? mungkinkah esok masih lagi indah seperti hari ini? eheh







"suara alam yang mengalun kan hari ini,
jatuhnya hujan membasahi bumi...
mengingatkan aku tentang asal kejadian ku...
tanah"

-nadiarusli
:19:



siapalah aku untuk menilai? aku hanya-lah tanah.
iium,gombak



hati yang bersih


Memiliki hati yang bersih:t:
Sebaik-baik orang adalah yang memiliki hati yang bersih dan lisan yang jujur. Ciri hati yang bersih adalah hati yang taqwa, bersih, jauh dari rasa iri, dengki, hasad. Sedangkan lisan yang jujur adalah jika hitam dikatakan hitam, putih dikatakan putih.



Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah::88:
Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.


Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.


source



i had a conversation with my friend at musolla,k aed yesterday. she told me something about me from someone that i didn't know. and she said about "hati bersih".

subhanallah.


aha.just wanna share something before i go to the class smile this is my fav post satu ketika dahulu,bila ada yang bertanya. just click here.:o: seems like ada sedikit persamaan dengan perkongsian di atas.

wallahualam






"ada sesuatu yang kita tak perlu bercakap dengan manusia, tp cukup sekadar Allah yang tahu"-umy wink


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.