"hmm...10 seconds.. jujur"________________________________________________
bismillah.
post kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya tentang 'kejujuran'.betapa pentingnya untuk kita bersikap jujur.tidak kira dalam apa jua situasi pun,jujur itu sangat penting...saat sedang berkata-kata,saat sedang menjawab quiz,test..dsb.
sanggup kan kita menipu untuk dapat apa sahaja yang kita mahu?untuk selamatkan diri kita dalam apa jua keadaan?mudah ke nak menipu?lebih2 lagi depan lecturer?orang yang lebih tua?mudahnya nak putar belit cerita..lebih-lebih lagi yang manis mulutnya...astaghfirullah.minta jauh.
seringkali kita dengar,orang yang selalu buat salah yang sama,akan 'selamat'.tapi,yang sesekali nak buat,pastinya 'tak selamat'..maksudnya,seseorang itu tak berjaya untuk menipu dsb.bayangkan apa-apa situasi yang mungkin pernah berlaku pada anda..atau..pengalaman yang pernah anda lalui.
soal kejujuran bagi saya sangat penting.dan kejujuran itu walaupun terkadang amat pahit untuk ditelan..tapi saya selalu berpegang teguh bahawa Allah Maha Mengetahui.saya akan rasa malu kalau saya menipu,meniru..di hadapan Allah..sungguh.menurut pengalaman saya,saya mengaku,kadang-kadang saat test atau..quiz,terasa sangat ingin meniru..ye lah..kadang-kadang tengok orang lain berbincang..ada yang buka buku...hati siapa yang x 'cemburu'?manusia kan?
kita pun nak juga dapat markah yang baik.tapi,saya selalu istighfar semula.dan sentiasa memujuk hati saya,
"dengan kejujuran yang ada dalam hati ini ya Allah,Engkau berikanlah aku ilham untuk menjawab quiz hari ini"...saya yakin,tanpa perlu meniru,Allah akan berikan ilham pada saya untuk menjawab dengan baik.andai kejayaan itu terukir suatu hari nanti..ia nya adalah hasil usaha saya sendiri.kan seronok?
saya terfikir,kalau satu hari nanti saya naik atas pentas,as the
best student for example..berjaya menamatkan pelajaran..saya mungkin malu kalau kejayaan saya pada hari itu adalah hasil ketidak'jujur'an saya semasa belajar dahulu.ye kan?anda pun mungkin akan rasa begitu...yang dah berlalu biarkan ia berlalu.manusia tak semuanya sempurna...
saya nak..kongsikan satu cerita tentang semalam.
saya mengaku,saya dah buat silap.benda yang saya tak pernah2 suruh orang buat,dan saya tak pernah buat.
kak izan kol smlm,(kak izan trainer saya untuk kelas leadreship)
"assalamualaikum fatin...""waalaikumussalam kak izan..ada apa?""ni..untuk esok ,akak nak awak tolong jaga checkpoint boleh?so awak tak perlu jadi paticipant""oohh..ok2 inshaAllah boleh..so saya nak kena dtg awal dr yang lain ke?""eh..x payah2..awak datang mcm biasa je..""ok..inshaAllah kak izan..so,jumpe esok lah ye""ok..terima kasih fatin,assalamualaikun""waalaikumussalam warahmatullah"itulah dia perbualan saya dengan kak izan.kak izan sangat baik.orangnya comel..dan berdedikasi.saya cuba rapat dengan kak izan.jadikan dia seperti 'kawan'.kemungkinan umurnya sebaya dengan naqibah saya.perbualan saya dengan kak izan santai sahaja,tapi saya amat menghormatinya disebabkan usianya lebih tua dr saya.
maka,semalam saya jalankan tugas saya seperti yang disuruh.enjoy.saya sangkakan sehingga jam 12 shja.rupanya drag sehingga jam 2pm.abang dah on the way ke uia untuk ambil saya balik.dan saya terpaksa minta diri awal.kak izan tak serahkan attendance sheet selagi belum masa untuk bersurai,sebab dia khuatir akan ada yang 'cabut' awal.dan....saya lah orang nya.hampir jam 2pm saya terpaksa balik.
dan....betapa tidak jujurnya saya,saya minta group mate saya,aman untuk 'sign' kan attendance saya.ya..it was my fault..=( ..saya buat isyarat pada aman,untuk sign kan attendance saya sebelum saya beredar dr male sport centre.saya rasa 'kurang' bersalah sebab...saya hadir pada hari itu,...cuma x sempat nak sign.tapi..sebenar-benarnya tetap saya tak jujur,sebabnya saya suruh orang lain tandatangankan untuk saya...ya Allah!!berdosanya saya...
pengajaran buat sayamessage masuk dalam inbox saya.aman hantar ke dua-dua hp saya.celcom dan maxis.katanya,dia minta maaf sangat2 sebab tak dapat sign kan attendnce .sebab kak izan tengok one by one yang sign.and...aman kata,dia rasa bersalah sebab x dapat sign kan.pulak dah...sebaliknya saya yang rasa bersalah ,sebab saya yang suruh aman.
akhirnya saya nekad.dengan kekuatan yang ada pada diri,dan dengan niat nak pulihkan keadaan dan senangkan hati.akhirnya saya ceritakan semula situasi saya pada kak izan...dan dengan rasa rendah dirinya saya mohon pada kak izan,untuk saya sign attendance pada next meeting.subhanallah..sungguh Allah Maha Pengasih.
(saya malu pada Allah sebenarnya..malu sangat2...Dia dah beri macam-macam pada saya..tapi masih saya buat silap dalam hidup..saya berazam tak kan pernah ulanginya lagi....) kak izan balas,"ok no probs.terima kasih banyak sebab bantu kami hari ini.. ^_^"
subhanallah..hati saya sungguh tersentuh..Maha Suci Engkau Ya Allah...kak izan,tak rasa curiga pada saya...sebaliknya kak izan beri ucapan terima kasih sebab bantu trainers siang td..cepat2 saya message aman ,"semuanya dah ok.dun worry..jangan rasa bersalah lagi.fatin minta kak izan untuk sign next meeting..maaf nyusahkan.thanks nway"
sungguh.bila saya buat silap..tersalah langkah..Dia sentiasa ada untuk cepat2 beri kesedaran pada saya.syukur ya Allah.
___________________________________________________
it was my drawing..lect minta lukis apa sahaja dalam masa 3-5 seconds.tapi saya dah ambil masa selama hampir 10 saat.shape bulat..memakan masa lebih cepat untuk dilukis dari bersegi...that time,lukisan saya adalah gabungan dari hasil kedua-dua bentuk itu.itulah sebabnya saya makan masa lebih banyak.tapi,x sangka..masa yang seharusnya ditulis di hujung kotak tersebut,adalah untuk mengukur sejauh mana kejujuran seorang pelajar.unikkan kuiz kami?dan bermulalah kelas kami bersma lecturer yang baru ku kenali itu..."jujur lah di mana-mana..bila-bila masa...Allah maha mengetahui isi hati kita"Orang-orang yang suka berkata jujur
mendapatkan tiga hal:
kepercayaan, cinta, dan rasa hormat
(Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a.)