31 December 2011

let the pictures speak : azam


selamat tahun baru laaah....orang lain sibuk nak berazam,saya pun azam lah bagai...hahahah..even dah berazam awal2 dlu masa tahun baru hijrah kannn....hehu

clue : matang :74:


haha.ok la.serius.
bercakap ttg azam? sbnrnya, serius atau main2?setiap orang ada azam masing2 bila mnjelang tahun baru.yeah..bagus,tp (err..berckp ttg diri sendiri) sebenarnya sgt susah nak merealisasikan azam tu.benar tak?tak kira lah azam tu boleh diukur atau tak, tp mmg benar, nak merealisasikan satu2 azam tu memakan masa bertahun2.

tp ape pun, berazamlah. tak rugi pun,at least hidup kita lebih terarah. but jgn toooooo skema.nt tak best.haha. okeyyy...merepek dah rasanya. study bnyk sgt kat library siang td,smpi terasa mcm baru kuar dr kotak alam lain. ahah.

p/s:tak payah nak celebrate tahun baru sgt laaahhh.... :face3:
haha.
kbye.


30 December 2011

anugerah


Bismillah..

Persahabatn merupakan satu anugerah dari Allah swt kepada hambanya yang singgah di pulau dunia yang sementara ini..usia persahabatan mula di hitung di kala pertemuan yang pertama

sesungguhnya pertemuan itu tidak sia sia..

tidak kira la sahabat itu seorang yang sempoi,skema,riuh,hottempered,emo,,cool atau sebagainya..ia tetap member I sesuatu dalam kehidupan kita..jika dahulu..kanvas hidup kita hanya ada warna pink dan biru..(contoh)…mungkin setelah Allah anugerahkan sahabat-sahabat yang dari pelbagai karakter..ia membuatkan kehidupan kita menjadi ceria…harmony..variety malah berwarna warni..hem…senyum la dengan anugerah yang Allah kurniAkan ini.kerana mungkin ada di luar sana yang tidak mempunyai kanvas hidup warna warni seperti kita..

Dalam persahabatn ada keajaiban…dimana tidak pernah terfikir…bagaimana sayang itu hadir…rindu itu muncul..kasih itu terpancar apabila bertemu..pernahkah kita terfikir siapa yang mengerak kan hati kita untukmerasai semua itu..??? adakah kerana rupa paras nye yang cantik..karakternyer yang di senangi…dan tutur kata nya yang manis apabia berbicara…??? Kita merasakan sayang,rindu dan kasih dalam bersahabat.. segala anugerah yang dikurniakan ada maknanya..

…sesungguhnya pertemuan itu tidak sia sia..

Namun disebalik anugerah yang Allah kurniakan kepada kita…perlu di ingat…bahawa ada makhluk yang sentiasa mengintai mencari peluang merosakkan warna warni kehidupan yang kita miliki, supaya warnayang ceria itu menjadi suram..yang dulunya sayang menjadi tidak..yang dulu nya kasih menjadi kurang…yangdulunya rindu menjadi langsung tidak kelihatan…tidak kah kita rasa seolah nikmat suci yang di kurnikan telah di cemari oleh anasir2 yang tak sepatutnya..yang tidak bisa melihat warna2 terpamer ceria dalam kehidupan kita

..haruskah kita membiarkan anasir2 itu mengganggu kecerian kanvas hidup kita…?

Jika frame yang tergantung di dinding rumah kitaandai berhabuk kita sapu…andai kotor kita bersihkan ..andai senget..kita betolkan..mengapa mesti kita membiarkan anasir2 yang ingin merosakkan kanvas hidup kita yang berada pada diri sendiri ini di cemari..percayalah ..anugerah itu dikurnikaan dalam pelbagai bentuk..namun kesempurnaann berada ditangan kita yang menjaganya

…sesungguhnya ia tidak di beri melainkan bermanfaat jauh sekali sia sia..

Oleh itu..andai kita diuji dalam persahabtan…jangan mudah memberi maksud negative di sebalik apa yang berlaku…pandanglah segala hikmah yang berada di sebalik ujian itu..andai salah kita di pandang dan dikenang2…kenanglah kebaikan dirinyaandai pengorbanan kita tak di hargai….hargailah pengorbanan yang pernah dia lakukan…andai kurang.. kita tambah..andai kosong.. kita isi dengan sesuatu…andai hati kita di guris sekali pun..rawat lah dengan sentiasa mencari sejadah cinta illahi..kerana di situ terletak segala penawar…jgn sekali kali rosakkan anugerah yang di kurniakan…pelayaran yang sementara ini terlalu singkat untuk kita mengikut perasaan sendiri…

Sesungguhnya..setiap yang hadir itu tidak sia-sia

“ Siapa kamu menentukan cara kamu melihat”. Kesannya pula, “cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat” (hasrizal abdul jamil :2010)

Bersahabatlah kerana Allah…sesungguhnya persahabtn itu tidak sia-sia.. insyaAllah. =)



dari sahabat kepada sahabat,

:h:syibie



“ Sometimes you have to be strong for yourself. You have to know that you are a good person and a good friend. What is meant to be will end up good and what is not won’t. Relationships are worth fighting for, but sometimes you can’t be the only one fighting. At times, people need to fight for you. If they don’t, you must move on and realize what you gave them was more than they were willing to give you. Hopefully, people realize great things when they come around and don’t lose something real. Always fight, until you can’t anymore, and then be fought for. ”

29 December 2011

yang dicari


"abang nak beli skateboard la untuk wafiy.."
"huh?dia mintak abang beli kan ke..?"

"xde lah,abang saje nak belikan..."
"owwh...."

"yg ni ok tak?design die simple...tp mahal sket la.."
"erm,ok je"

"okey...abang nak bayar jap"
"okey."

"nah,tolong bawakkan..."
"ehh..nape adik? segan laah..."

"alaa...tolong je..nk pegi ke kreta dah ni.."
"uhhh...." sad (tak baik mengeluh)

....

"mcm mana ye?"
"knape abang?"

"abang ada meeting..x dpt nak hntr adik"
"oh,takpe.adik boleh pegi sendiri"

"ala...sian adik.boleh ke sorang2"
"alah...inshaAllah boleh!"

...

"adik tolong tengok-tengokkan kejap"
"takut temperature dia naik"

"okey..."

"nt ape2 bgtaw abang..."
"orait"

...

"abang, nk pasang tak desktop ni?"
"aah.pasang la..pasang kat bawah..sambung kat tv"

"oh.ok.adik cuba"
cuba sendiri.belajar sendiri.
tak boleh.
cuba lagi.
ikut logik akal.
ikut permerhatian.
okey!dah boleh!

"boleh tak?"
"kejap.tak siap lagi"

"okeh dah!"
"dah...?"

"aah..."

...

"abang,mcm mana ni?"
"adik takde kwn2 laki yg boleh tlg buatkan?"

"ermm...ade je..tapi....jap,adik fikir..."
"cuba tny kwn2 adik dlu..."

"emm.okey.adik cuba"
"nt tak boleh jugak bgtaw abang..nt abg fikirkan mcm mana.."

"orait.."


"abang!dah boleh...tp adik buat sendiri"
"boleh dah?"

"aah dah."
"adik tny kawan ..."

"ouh ok lah tu. laju tak performance die?"
"laju!"

...

"adik kalau nak apa-apa bgtaw abang..."
"okeyy..."wink




ahah. ini semua conversation2 saya dengan abang yang masih saya ingat. mcm mana saya membesar dengan seorang abang yang sgt penyayang dan prihatin dgn adik perempuannya. saya bukanlah manja, tp abang 'menjaga' saya since arwah ayah pergi meninggalkan kami. mcm ayah jaga saya dulu. sebab perempuan, selagi belum berkahwin,harus sentiasa ada mahram di samping nya. jadi ke mana saja hala tuju saya , abang pasti ada di situ.

semua kawan-kawan ckp, "abg aku tak sama mcm abang kau..." .."eh kenapa pulak?" .."ye lah,dia jaga kau.bagi nasihat...abang aku mana kisah ngn adik2 dia.."..."oooh..aku ingat,semua abang sama"....."tak lah fatin, lain"...."erm,tak pe.keluarga kita mungkin berbeza kan?" wink setiap abang,setiap adik beradik ada kelebihan dan peranan masing2,kan?

dan..bila abang dah mula berumah tangga. sedikit sebanyak ,banyak perkara yang saya cuba untuk berdikari. mula-mula semuanya bergantung pada abang. err..bukan saya.tp abang yang susah nak lepaskan. ini tak boleh,itu tak boleh. tp saya tahu,itu semua untuk kebaikan. dan,sekarang, saya lebih beri peluang pada abang untuk fokus pada rumah tangga nya. ya lah,tahun pertama berkahwin, mesti mcm2 yang perlu distabilkan dulu. saya cuba faham abang. dan seronok tgk abg bahagia bersama kakak.:h: inshaAllah,tak lama lagi bakal dapat anak buah. nampaknya akan penuh la blog ni dgn gambar2 baby. semoga bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat dan kuat!

dan...banyak perkara yang saya cuba buat sendiri. mungkin, kalau nak balik rumah, saya perlu tgk waktu terluang abang. perlu tahu jadual balik kampung abang. sebab saya sgt faham, peranan abang sekrang ialah ayah kpd kami semua, dan pada masa yang sama seorang suami kpd isterinya. dan abang bakal jadi ayah! hihi mrgreen mcm tak percaya masa begitu pantas berlalu.

banyak perkara yang di hadapan abang saya pretend yang "ehh takpe,adik boleh buat"..."abang,takpe2....biar adik buat"..."okey,adik settlekan" ..."oh ok.adik cuba buat.." ..walaupun kadang-kadang rasa macam...urm....saya perlukan pertolongan abang...even abang selalu ckp,adik nak apa-apa bgtaw je abang,nt abang tolong. eheh. kata-kata abang buat saya menangis. saya tahu abang mmg baik dan sanggup tolong, tp kebanyakan benda saya cuba usahakan sendiri dulu, dan bila dah berjaya, saya akan sampaikan berita tu pd abg.

saya nak abang bangga,adik abang yang selama ni abang manjakan sebenarnya dah kuat, mampu berdikari, berani, pandai, cekap, lasak, semuanya! biggrin mcm2 pglmn dgn abang dulu, menjadikan saya bnyk pglmn. orang akan ckp, "ohh..tak sangka gadis pun boleh...pndai....bla..bla..bla...." ahah. sebenarnya terima kasih pd pglmn. saya bnyk memerhati orang sekeliling saya. dan saya bnyk belajar drpd mereka....keluarga saya.

sy cuma tak mahu orang ramai tahu, cukup sekdar suami saya saje yg tahu 'keunikan' yang ada pada wanita kecil ni. wink huhu. supaya saya dapat suami yang juga penyayang dan boleh membimbing saya sepertimana ayah dan abang didik saya.

eh!saya terbayang kalau suami saya ustaz...tgh2 mengaji...

"eh..salah tajwid...ulang balik?"
"uh?...ok"
wink

and boleh tasmi sama2. baca mathurat sma2. jadi makmum dia. eheh. (berangan)

kalau suami saya seorang pensyarah,boleh selalu berkongsi ilmu-ilmu baru.

kalau suami saya engineer,
"abang,td kereta ada problem la....bla..bla..."
"ohh...cube cek dia punye air....bla..bla....nt esok abng tengokkan.."

kalau suami saya arkitek.
"tolong finalise kan drawing ni boleh?esok abang ada meeting dgn client...abg takut tak sempat pulak.."
"boleh..tinggal nak render je kan?"

haha.ok berhenti berangan. apa yang penting. pilih yang beragama. nescaya bahagia sepanjang hayat! inshaAllah ameen. konklusinya, even dah bersuami nt, kne juga belajar skit2 untuk berdikari. supaya suami senang hati. banyak perkara yang boleh belajar dan dibuat bersama-sama, ilmu akan terus dicari, formal mahupun informal.terus belajar dan berusaha gigih untuk tambah skill.



:60:Jika wanita cantik yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita solehah yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita ayu yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita kaya yang yang dicari,ia bukan saya, Jika wanita berpurdah yang dicari,ia bukan saya, Tapi,jika wanita yang ingin dibimbing,ia adalah saya. Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya, siapa pun anda... wink

sumber dr fb


28 December 2011

final exam



teruskan usaha.
tomorrow is my first paper.
doakan saya
wink



good luck untuk semua juga.

kita berjaya

us



"nana....redface fatin lapar. jom breakfast dlu sebelum kelas?"
"okey.jom.."

selesai breakfast kami berlari ke atas.

"kelas prof dah start"

ohh.we're late. salah tgk jam masing-masing. timing lari sket. but still. kami lewat. sambil masuk ke kelas saya tunduk sedikit sebagai tanda 'maaf saya lewat'.neutral we have Islamic garden class. revision class before final. but, before that, prof comment sket2 psal studio.:62: alhamdulillah,good comments.

one word to say, saya "happy" bila prof happy dengan batch kami.wink bagi saya, takde perkara yang lebih menggembirakan drpd menggembirakan hati orang tua. dan prof, saya hormati beliau sama macm saya hormati kedua ibu bapa saya. we have learnt sooo many things from him. bukan saje psal belajar, tp ttg hidup.

dan kpd semua studiomate saya, i'm so proud with all of you. glad to have all of you as my best studiomates ever! semoga kita sukses even dah graduate nt. teruskan dgn kejayaan yang kita kecapi bersama dr tahun satu kita lagi. uhh...this post make me cry...:face36: saya, menangis sebab gembira.eheh... :P

sebab saya selalu nak kami berjaya sama2. saya suka kecapi kejayaan bersama, sebab mcm tu lebih bernilai! dan hari ini, kata-kata prof menjadikan impian saya seumpama satu kenyataan.


"4get to mention that one of the best compliment was a recommendation by external portfolio panelists that the final year students visit your studio to benchmark a very good work"

prof ismaw hj.zen
-by sms-





ahah. teringat mula-mula masuk kelas prof. prof asyik ckp kami ni..."teruk..teruk..". tp kami tak pernah rasa marah dgn prof. mungkin, kami teruk. masih terlalu sikit ilmu. but, saya selalu take that words sebagai satu cabaran.."takpe korang....kita buktikan pada prof kita boleh!.." then, prof takkan cakap, "good" or "very good"...sebab, dulu pensyarah beliau tak pernah ckp mcm tu kat students dia. or..maybe ktrg tak derserve that words pun. ya lah,ilmu seorang prof dgn students, mmg mcm langit dgn bumi.

but lately, prof selalu ckp..."actually.....your studio is good. everyone did well..." ...."you have improve ....."....and know what, bila prof mention kwn2 saya yg lemah dah semakin bagus...saya terharu!


inilah yang dikatakan,
bila berjaya, kena berjaya sama-sama. wink


terima kasih ya Allah.
kerana Engkau telah satukan hati-hati kami.


nadia.
studio16
1st sem/3rd year
kaed,iium.



27 December 2011

sebab langit

luasnya langit ciptaan Nya




sebab...
saya suka pandang langit bila mata penat membuat kerja.
wajah saya akan memandang ke luar tingkap seketika.

sebab...
saya suka pandang ke langit bila jalan sendirian,
bila saya letih seharian.

sebab...
saya suka mendongak ke langit bila terasa titisan hujan pertama.
bila saya rindukan Maha Pencipta,
langit
adalah pandangan pertama saya.

sebab langit, saya rasa tenang.
sebab langit, saya rasa kerdil.
sebab langit, saya rasa luas.
sebab langit, saya rasa lapang.
sebab langit, saya rasa dekat dengan Dia.

sama ke langit yang kita pandang? :85:




#bertafakkur dgn ciptaan Allah.:135:


26 December 2011

nilai tangisan


banyak sangat perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni. lebih-lebih lagi dah hampir hujung-hujung sem macam ni. memang akan ada ujian yang datang bertimpa-timpa. sejauh mana kekuatan diri tu, bergantung kepada keimanan dan kepercayaan kepada qada dan qadarNya. lemah iman kita, senang lah kita tersungkur.

namun, alhamdulillah. saya yakin, bila ujian datang, Allah takkan bebankan kita kalau kita tak mampu kan? Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi. Maha Penyanyang nya Dia.:face37: kita yang selalu berburuk sangka.

tahu kan? bila Allah bagi ujian, tandanya Dia sayang kan kita? :t:Dia rindu kan rintihan kita? dan percaya kan? setiap ujian itu, disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. pahit ke nak telan semua ujian dan cabaran? aah. memang pahit. tapi percayalah, hidup kita cuma sekali. tp masih banyak langkah yang boleh diatur, disusun dengan baik. kita masih ada banyak peluang, pilihan...perjalanan kita masih panjang.

kita masih ada orang sekeliling yang sayang kan kita. kita masih ada keluarga yang masih beri perhatian pada kita. kita masih ada teman-teman yang selalu mendoakan kita. pendek kata, kita semacam ada satu bulatan cinta dan gembira.

maka, bersabar lah dengan ujian yang sebenarnya sangat kecil.wink yakin lah bahawa, “Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Al Baqarah : 153). kalau kita bersabar dengan ujian, Allah akan beri ganjaran yang lebih baik.


buat diri,

exam dah nak dekat. fokus kan pada exam dan study smart! jangan sia-sia kan peluang yang ada. dan berilah harapan pada masa depan yang belum pasti. hari ini, mungkin akan menentukan hari esok kita.



...

"kak fatin, it's okey to cry.."
"eheh...tak. kak fatin takkan menangis...!"
wink

ada banyak lagi perkara lain yang memerlukan tangisan ini.
ketahuilah, air mata ini sangat bernilai.
p/s: saya selalu 'menantikan' pelangi selepas hujan turun.:86:




25 December 2011

terus



bila
Allah hadirkan dia
memberitahu kan aku
tentang kebenaran.

aku di sini
diam membisu
tak berkata.

aku hanya
seorang manusia
yang lemah

bila tak menangis
bukan bererti aku kuat
bukan bererti aku gembira

aku..

sedang berfikir
langkah apa
yang seterusnya
harus aku pilih?

hadirnya dia
untuk beritahukan aku
'sesuatu'

"bahawa hidup, harus diteruskan"

begin with a new chapter.
life is like an open book.


‘YA MUQALLIBAL-QULUBI, THABBIT QALBI `ALA DINIKA’ WA`ALA TA`ATIKA’
(Wahai Zat yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agama-MU dan atas ketaatan kepada-MU)


23 December 2011

friends are..

mereka,adalah studiomates saya. same belajar,same batch, sama studio.err...sama bakat. ehem! kenalkan, dari kiri, anis fatihah, kekek, nana, punch(belakang), aisyatus,eja,maryam,kamal(belakang),arinah, ika,tikashi,umi,saya,anis fadhilah(bawah),kak mas, kak Q ,kak T dan akram (MR. President!!) hehu!


ini muka-muka masa kitorang baru kenal..semua nampak baik,nampak comel,sopan dan satun dan ayu...mcm dlm gmbr passport...kan?!!haha.oh! yea..skema ..

pastu,kitorang semakin kenal each other.kata orang,tak kenal maka tak cinta!

bila dah bercinta..

mcm tak igt dunia!

kitorang mmg suka bersukan. tak kira masa dan tempat. kalau boleh memang satu kulliyyah tu gelanggang permainan kitorang.haha.kitorang mmg kuat main, tp belajar ttp serius n professional! yeaaaah!




tapi,setiap pertemuan.pasti akan ada perpisahan kan? hurm, lagi setahun inshaAllah kami akan bersama, dan..kemudian...akan pergi ke haluan masing-masing.wink belajar...sememangnya menyeronokkan...and..this is my life as a kaed student!



“A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be…”



-the end


p/s: ini semua gmbr bru diambil tadi menggunakan canon 550D dan die dit menggunakan adobe photoshop cs4 + photo filter.gmbr setiap hujung sem adalah wajib. hehe.



21 December 2011

dalam jasadnya, ada 'dia'




dia.


adalah seorang budak perempuan yang kuat. yang tak pernah menangis untuk perkara-perkara kecil. dia sering belajar dari kehidupan sekeliling nya. dia sering berfikir. adakalanya, dia kuat memendam. tp ibunya mengajarnya, untuk bahagia kita perlu belajar meluahkan yang terpendam.

dia masih memendam. untuk perkara tertentu. mungkin juga, dia banyak menyimpan pelbagai rahsia tentang hidupnya. yang tak pernah siapa pun tahu. dia sedih, dia masih gembira di hadapan orang lain. dia penat, dia masih mampu melayan kawannya dengan baik.

dia rela melangkah, dan berjalan jauh, demi kawan yang memerlukannya. dia sering berfikir dan terus berfikir. tapi dia tahu, Allah menilai segalanya.




dia.

dia seorang yang tekun belajar. rajin ke library. dan adakalanya, dia suka mencari tempat asing di kampusnya untuk mencari ilham. basikal nya, adalah sahabat terbaik nya! dia suka berjalan dan mentafsir. adakalanya tubuh yang kecil, membuatkan nya sedikit lincah.

dia suka bercakap. dia juga suka menjadi yang pendiam. dia suka berkongsi buah fikiran. dia juga suka berkongsi pendapat. tp dia tak suka mengkritik. dia juga aktif berpersatuan. dia sememangnya suka menyibukkan diri untuk mengelakkan dirinya dari memikirkan perkara-perkara yang tak penting. sebab dia tahu, hidupnya cuma sekali!





dia.

dia juga ada kisah cinta. dia juga ada peminat di kampusnya. tapi... dia 'pretend' untuk tak tahu dan tak kenal sesiapa. dia sederhana. tak vogue. tak make-up. tak berselendang. dia ..boleh dikatakan sempoi tapi masih kemas berketerampilan. dia mcm budak kecik yang baru habis spm. dan, hampir semua orang ingat, dia...masih junior!

dia tak faham kenapa orang suka kan nya. sebab dia terlalu lah biasa pada pandangannya. tp pandangan Allah, itu yang paling utama! dan sekarang, dia belajar untuk menghargai mereka yang suka kannya. dia belajar untuk menghargai diri nya sendiri.

dan dia yakin. setiap orang ada kelebihan tersendiri. dan setiap orang ada daya tarikannya tersendiri. jadi, dia selalu berterima kasih pada Allah, atas semua nikmat yang diberikan!supaya dia tak kufur dan terus bersyukur.



dia.

sangat mendambakan ilmu agama. dia sering rasa berdosa bila tersilap. dia juga suka berkawan dengan mereka yang cintakan agama. dia ada teman-teman nya sendiri. dia selalu bersama 'bulatan cinta' nya. itu lah nama usrah mereka.

hanya saat itulah mereka berjumpa. berkongsi ttg agama dan isu-isu semasa. indahnya bila mereka mengaji bersama. dia seorang budak perempuan yang suka mengaji. suka bila mengupas ayat2 al-Quran. sebab, dia lah yang paling lemah dalam mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran. tapi dia selalu ada sifat ingin tahu yang tinggi!

dia selalu berpegang pada agama, kerna dia tahu. ini satu-satu nya bekalan dia untuk pulang ke kampung akhirat. dia seorang budak perempuan yang tak kenal erti penat lelah. sanggup menahan mata untuk mendengar tazkirah naqibah.tp, adakalanya, dia juga kuat 'ponteng'.
mrgreentapi...atas sebab-sebab tertentu.




dia.

sememangnya seorang budak perempuan yang panjang kisahnya.dia belajar untuk menerima takdir. ujian yang lebih besar dr ujian kecil pernah dihadapinya. tapi, dia tak pernah menangisi nya, dia belajar untuk bangun. dia belajar untuk menghadapi hari-hari esok. sebab,,dia yakin hidup ini ada tujuan yang lebih penting!



"The most important kind of freedom is to be what you really are."






maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.