30 November 2011

setiap yang berlaku


"aaaahhh!! fatin nak kahwin!!...."
"huh?!! ape ni fatin..??"






sedang aku melakar2, mencoret2 idea yang sukar ingin keluar. luahan perasan yang tak disangka-sangka keluar dari bibir ku, mengejut kan teman yang duduk di hadapan ku. setia menemani, hingga bermula kelas seterusnya.


"fatin nak akhirkan semua ni cepat2.cry fatin dah tak tahan dengan ujian ni lagi. kalau dah bersuami, dah tak payah fikir psal semua ni...."



(saya menangis dalam hati)

dalam masa yang sama, fikiran saya berlegar2. apa yang aku cakap kan ni ??
mungkin tak salah. ia bukan lagi perasaan cinta, ingin memilki, atau dimiliki. tapi ia soal ingin dipelihara dan dijaga hati ini sebaik-baiknya. jujur, belum pernah terlintas di fikiran. bahawa ini. jalan penyelesaian terbaik.





soalan yang tiada jawapan.
beberapa bulan lepas. sewaktu kelas material and construction. kelas yang baru bermula pada semester baru, bersama lecturer yang sama. yang pernah mengajar kami dlu. rapat, ramah dan pendorong pelajar nya. sambil bertanya khabar setiap pelajarnya , satu soalan menyapa gegendang telingaku..

"fatin? mcm mana sekrg? dengar cerita dah nak kahwin?"


huh???! jujur. jantung saya hampir gugur saat itu. berita mana yang lecturer saya dengar? atau sekadar gurauan?? yang akhirnya, hari ini, terasa seperti kenyataan? mad lantas, saya menafikan persoalan itu. saya blank. entah kenapa perlu nervous.. gelisah tak tentu pasal?(mungkin soalan tadi hanya satu kebetulan dan gurauan seorang pensyarah. aku terima)






the sadness just flies away?
saya terjaga lewat pagi td.rolleyes salah saya sebab matikan alarm. tp masih bergegas ke kelas. saya masuk, tunduk dan mohon maaf pada pensyarah.

"minta maaf, saya terlewat"

dalam perjalanan ke kelas, dengan seribu langkah, satu mesej masuk ke dalam inbox X6 saya. ohh..dr teman seusrah saya. dia bertanya khabar saya hari ini smile . rindu barangkali? saya skip usrah yang lepas.

a: salam fatin. sehat hari ni? biggrin
me : wslm, hehe..alhamdulillah sihat. ftn ada kelas td.
a: fatin, kalau fatin sedih, fatin buat apa?
me: fatin buat apa? hehe..ftn suka busy kan diri atau bersukan..smile
a: owh..and da sadness just flies away?
me: erm,nope. it takes time....

me: knapa a tanya?
a: takde, sajewink







'dia'
malam tadi, baru selesai majlis makan-makan bersama teman2,juniors and seniors jurusan landskap. niat lecturer kami, ntuk perkukuhkan ukhuwwah sesama kami. beliau belanja separuh drpd belanja makan kami. alhamdulillah,moga beliau terus sihat dan murah rezki.

kami seronok, makan beralaskan tikar. berborak. bertanya khabar. semua serba sederhana. hormat menghormati, tetap ada. bacaan doa dan tazkirah seperti biasa. kata pensyarah kami, niatnya untuk kami mengenang saat-saat yang kami lalui semasa belajar.wink

usai majlis. kami mengadakan sedikit perbincangan. masih beralaskan tikar. tiba-tiba, dia lalu di hadapan studio. dalam keletihan dan menahan kepenatan dari pagi, saya tersentak. hati saya bolak balik.


astaghfirullah.


.....dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi : 28)



i know. i have to be strong. apa pun caranya, hati saya perlu kuat, sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan. dalam mengharungi perjalanan hidup yang penuh ranjau dan onak duri. saya akur, masih terlalu banyak yang perlu dibaiki. hati mungkin. hati yang......... mungkin telah pergi jauh dari Nya.

Ya Rabb!! terus bimbing aku, hingga sampai nya aku di syurga Mu. corakkan langkah hidupku ke jalan lurus Mu. bantu aku Ya Allah. bantu aku...


air mata 5 Muharram
menutup tirai malam ku
mahallah asma
iium gombak.

wallahualam.:h:


28 November 2011

ujian hati 2.0


“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha melihat.” (Al-Furqan: 20)




sukar kan nak hasilkan satu keputusan yang melibatkan masa depan? bukan mudah nak menafsir hati budi seseorang. di sebalik kebaikan itu, aku bimbang, ada maksud tersirat di penghujungnya. aku. masih aku. tetap teguh menunggu. jawapan yang ku pasti apa pun ia, adalah yang terbaik buat ku.

namun, dalam liku-liku menunggu sebuah jawapan, ujian hati melanda lagi. saat ini, aku menjadi lemah. keliru. dan sejujurnya, aku masih mengharap. menunggu. dalam usia sebegini, aku masih tak pandai mencorak masa depan ku. aku masih keliru.

mungkin, aku takut untuk buat keputusan ku sendiri. aku. takut untuk berhadapan dengan situasi yang melibatkan hati. apa pun ia, dari mana pun hadirnya, perasaan ku tetap sama. aku seperti pokok yang ditiup angin, cuba sedaya upaya untuk tak rebah dipukul angin. sekadar menahan dan terus menahan dengan ujian.

ya. pernah satu ketika aku berani. tapi, itu cuma sekali . entah aura apa yang membuat kan aku jadi seperti itu. mungkin kerana ikut kata hati. lantas, berani itu, seperti debu yang berterbangan.

mereka, teman-teman ku. beritahukan aku, apa yang harus aku lakukan? kalau menunggu terlalu lama, buat saja keputusannya. istikharah lah. buat pilihan betul-betul. redface dan. bila susah nak buat keputusan. aku. biarkannya tergantung. kemudian, meneruskan perjalanan kehidupan ku seperti biasa sebagai seorang pelajar.

sehingga, episod ujian hati 2.0 ini berakhir. dan aku. akan kembali normal.mungkin, ramai orang boleh melepasi ujian berbentuk fizikal, namun sejatinya ujian yang lebih berat adalah ujian dan godaan ‘hati’.



"people cry not because they're weak,it's because they've been strong for too long"

26 November 2011

futsal


semalam ade futsal match sempena mahabbah day budak landscape.mcm family day la. batch landscape third year lawan dengan team first and second year.fouth year tak hantr wakil. first year pulak,ade dua team. memandang kan jumlah ktrg yang sket, maka dapat buat satu team je. orang kuat studio kami pegi masum. so, tinggal lah yang kaki-kaki bangku n dah bertahun tinggalkan futsal.but actually, diorang bleh tahan jugak sepak bola.tak de lah kaki bangku sgt, kaki sofa kot.haha

perghh. 2 tahun dah kaki ni tak tendang bola.

kalau kat rumah, si kecik tu..."kakak,jom maen timbang2 bola..."kalau nak menolak, kesian pulak. sekali sekala balik hujung minggu. layan je lah kerenah adik-adik. and...bola yang dimain dalam rumah, akan terhenti bila ada barang yang pecah. then, masing2 tak mengaku. haha. even, kat kampung pun, the same situation will occur.

saya mengaku. dr arwah ayah sampai ke adik-adik,family saya memang hebat main bola. arwah ayah dulu, jd coach ntuk budak-budak smapk. n adik-beradik lelaki saya, masing2 jadi wakil sekolah. sehari tak maen bola, mcm x sah. tgh2 mlm, layan maen futsal dengan jiran-jiran. termasuklah pak cik2 ahli2 jemaah surau yang cool.wink

kalau dulu, setiap petang lepas balik dr sekolah,kalau ayah ade training dgn anak murid ayah, terpaksalah saya tunggu sekejap sebelum pulang ke rumah. dulu memang saya tak minat bola.apatah lagi nak menonton dan bagi sokongan. tp bila, terlalu didedahkan dengan bola.tak kira lah alam maya atau tak.(comp games) so,lama2 mcm dah terpaksa terima.

nak kata minat sgt n taksub,sma sekali tidak. sebab, ibu selalu perhatikan tingkah laku anak perempuannya yang satu ni.mrgreen dah adik beradik semua laki, so, mcm kena pastikan ada satu "tembok" yang seorang gadis ni tak boleh lepasi. so,dr biarkan anak tunggal perempuan terpengaruh dgn adik beradik lelakinya, ibu selalu akan drag attention ke dapur, or jalan-jalan rumah jiran-jiran, bersosial dengn mak cik2..pergi surau, tolong masak dsb.

haha. ingat lagi bila lawan fifa dengan adik lelaki , dia akan bg kita training dulu."okeh,akak practice lu, maen2 penalti dulu..." pergh....panas n tercabar,tp layan je la.cool sudeyh kan?haha. dan semalam, bila maen futsal tu, teringat je, pesan diorang tym tgh maen tu. sebab perempuan ni,kalau maen, bola kat situ, haaa...sepuluh orang la berkerumun kat situ. haha...then, defense ntah ke mana, striker pun ntah ke mana..lapang je padang bola tu.lol

so smlm ktrg maen cool sket. berstrategi. and tak guna bnyk tenaga sgt. alhamdulillah, kemenangan berpihak kpd kami. budak-budak ni letak nama gadis malaya. haha. layan...wink budget harimau malaya..nak dpt aura kunun. but, semalam semua nya sekadar maen suka-suka. tak ada yang terluka, n sekadar nak merapatkan ukhuwwah.so lepas ni, moga-moga ukhuwwah kita, bersama senior n junior bertambah akrab inshaAllah!

ohye,petang sebelum match tu bermula, saya n ika dah practice tendang bola sket2. after joging smlm, ktrg maen sepak2 daun kering. haha. erm,keajaiban dtg dr situ kot! rasanya...lepas ni, someone kne beli bola, n petang2 dr maen kayak, kita maen futsal plak lah!:face26:


iium,gombak
2 Muharram 2011
buku baru-kemenagan futsal sebagai pemangkin.







dewasa


entahla.












i always think of myself.
bila nak jadi dewasa ni?


boleh tak,
nak tinggalkan joystick kejap?
boleh tak,
nak tinggalkan ipad?
angry bird.
fifa.pes.winning eleven.
gran turismo.
tekken.
super sonic.
fatal frame.
crush bandicoot.
super mario.
...

even,


pinball.




erm.
boleh tak kalau jalan baik-baik.
tak melompat-lompat.
tak lari-lari.
(baru lah kasut tak cepat jahannam)rolleyes


nak sopan mcam dia.
ya dia.

yang jalan nya penuh sopan.
anggun.ayu.


hurm.
some people admire me.
the way i am.


pelik?
a.ah.(angguk)

i was asking myself and keep thinking
what are the things that make people feel like they want to be like me?

weird.




erm.
boleh tak kalau jumpe batu jangan rasa nak sepak.
kalau nampak skateboard jangan rasa nak meluncur.
kalau jumpe tembok jangan rasa nak lompat.
kalau jumpe bola jangan rasa nak timbang.



sometimes.
sifat kebudak2-an tu
masih ada.

bila nak 100% hilang ?

supaya aku
boleh jadi
dewasa.
yeahhh
dewasa!





aku.
ingin dewasa.



percentage nak matang..... 68%
loading ||||||||||| | | | | |


salam hijrah
1 Muharram 1433H
azam baru.


elakkan sifat ketidakmatangan, tanamkan sifat matang!



iium.gombak.
change to be a better person.
hard isn't?
inshaAllah.
He'll always be with me.wink

learn what they live


If a child lives with tolerance,
He learns to be patient.

If a child lives with praise,
He learns to appreciate.

If a child lives with encouragement,
He learns confidence.

If a child lives with fairness,
He learns justice.

If a child lives with security,
He learns to have faith.

If a child lives with approval,
He learns to like himself.

If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.
:57:

Dorothy Law Nolte Ph.D.

beautiful people






The most beautiful people we have known are those who have known defeat, known suffering, known struggle, known loss and have found their way out of the depths. These persons have an appreciation, a sensitivity, and an understanding of life that fills them with compassion, gentleness, and a deep loving concern. Beautiful people do not just happen



-elizabeth kubler ros

25 November 2011

hari ku


entah kenapa pagi ini air mata ku mengalir.
tersentuh
barangkali

mendengar berita kematian.

perginya seorang mujahid.
pelajar uia.
perginya
pada sayidatul ayyam

bukan kenalan
bukan orang yang dikenali
tidak ku kenal

peristiwa yang sama
bila perginya seorang mujahid
semasa aku di tahun dua dulu

kenapa...
bila kematian menyapa
diri menjadi diam.
hati menjadi bisu.

dan
seolah-olah
esok

hari aku

hari aku
untuk pergi.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

24 November 2011

..today.






i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins








wink

i know i can make it!
insha-Allah.





22 November 2011

kawan.




kawan,
adakalanya tempat kita gelak bersama
kongsi suka
kongsi duka.

kawan,
adakalanya tempat...
kita berkongsi rahsia
kongsi masalah
kongsi rasa hati

kawan,
adakalanya memberi peringatan pada kita
di kala kita alpa
di kala kita lupa

kawan,
adakalanya hadir di kala kita senang
juga di kala susah..

kawan,
adakalanya sanggup bergadai nyawa
sanggup bergadai harta
apa sahaja

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)




tapi
..
jadilah kawan,
yang apabila kita memandangnya
yang apabila kita dipandang
membuatkan kita sama
ingat Allah.



"Kawan pendamping yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya..."



:95::21::94::22::96::133::67:

"Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya."



ibu kata, kawan yang baik itu rezeki.wink
wallahualam.
till next time,insha-Allah!


tutti-frutti
celebrate
end of presentation.

gombak.









permata hati




bismillah.
assalamualaikum everyone!

hihi.talking about children?? nak anak-anak yang comel dan sihat membesar? amalkan pemakanan yang sihat, amalkan gaya hidup yang sihat dari sekarang! nanti, kita kena ajar anak-anak kita makan makanan yang sihat dan pastinya bersih dan halal. maka, biarlah yang mengalir dalam badan anak-anak kita nanti dari sumber yang bersih!






mahukan anak-anak yang cerdik akalnya?amalkan sifat ingin tahu dan banyakkan menuntut ilmu serta membaca. kukuhkan perkara-perkara asas ttg agama, supaya nanti, kalau anak-anak bertanya, senang lah kita menjawab nya. :face64: ada masa, boleh blaja sama-sama dengan anak kita.

"mama, ni apa ni..?"






nak anak2 yang patuh perintah agama? dari kecil, kena lah didik mereka. supaya bertudung mcm ni? kekal sampai ke besar razz . untuk anak-anak perempuan , pupuk sifat malu dalam diri mereka. untuk anak-anak lelaki pupuk lah sifat kepimpinan dan berani!didik dan terus lah mendidik, diri, suami, isteri dan anak-anak!





selalu lah berdoa agar keturunan kita kelak sukakan agama. dan sentiasa mendekatkan diri dengan orang alim. rajin beribadah dan mudah tersentuh hatinya. rajin mengaji, rajin solat, boleh jadi imam, boleh azan...perfect!


"mama, ajarkan saya mengaji....wink"
"baik sayang..."

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"









"ooo....jadi mama kena jadi baik dulu, baru lah nanti anak-anak mama soleh & solehah!"


ya, mama kne taat perintah Allah,perintah Rasul dan taat kpd ibu bapa. jangan sesekali jadi anak yang derhaka taw. selalu lah minta maaf dengan ibu bapa kita. berbakti kpd mereka bila mereka semakin tua dan tak berdaya. mulai dr saat ini, apa yang kita mahukan yang terbaik untuk keluarga kita, anak-anak kita, harus bermula dari diri kita!

kemudian, bertemu dengan pasangan hidup yang soleh..cara pertemuan kita , akan menentukan akhlak anak-anak kita kelak!


"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"






okeyy! it's time to sleep! good night everyone!
jangan lupa, amalkan 4 qul. dan bertasbih. seperti mana yang telah nabi ajarkan kpd puterinya sebelum tidur.


Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x...



jom doa sama-sama:face57:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128"


ameen.

wallahualam
till next time, insha-Allah!

20 November 2011

standing





it was raining outside
i was standing on a bench
at the post guard, alone.
heavy rain
natural sound.

waiting..
and
still. waiting.

3 years has passed
the shoes..
remain the same.
neutral


bila aku terlalu mencari dan bukan menunggu. aku memerlukan sepasang kasut yang utuh. yang bisa membawa kaki ku sejauh yang mungkin! ke mana yang ingin aku langkahkan kaki ini. jika bisa aku berlari, aku ingin berlari sepantas mungkin. mengejar masa yang singkat. mengisi masa yang pendek.

dan masih.

kasut ini tersarung di kaki kerdil ku.masih. bisa membawa sang badan. menjejak bumi 'taman ilmu dan budi' @ the garden of knowledge of virtue....iium.

kasut ini.
adalah bukti , bahawa, aku mencari dan bukan menunggu.



23:16pm
mahallah asma
iium.gombak



boleh?




kalau creative salurkan kepada Islam.
kalau berilmu salurkan kepada Islam.
kalau berharta salurkan kepada Islam.
kalau berpengaruh salurkan kepada Islam.
kalau sihat salurkan kepada Islam.

boleh?wink
maybe it's time we start giving.

no good deed is a small deed




maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.