29 July 2010

CCLM 2051

Leadership and management course.ini week pertama.khas untuk pelajar tahun dua.setiap rabu,malam.kalau sebelum ni,ktrg kne amek study circle,lebih kurg mcm usrah’s style,but for this semester,berlainan sedikit.it is under CCAC and of course university requirement.mcm biasa students KAED(kuliyyah senibina)akan bergabung dengan engineering students.but kali ini satu group bersama lelaki dan perempuan.mix.under one trainer n every 5 group under one ‘head trainer’.


Tujuan course ni ialah untuk melatih kita bekerjasama as a team,organize event,di mana kami kne hasilkan paper work dan final presentation akan ada viva-defence our idea in front of professional judges,n so on.no final exam.hehe.


Dalam kelas,saya sorang je student landscape.studiomate kebanyakannya dalam kelas 4.hoho.majoriti student architecture.not bad.boleh la saya ‘tenggelam’ kan diri sedikit..even dah biasa dgn organize event semua,saya x nak lead group kali ni.bersara-


And uia sedang buat survey untuk menambah lagi course for university requirement,yang sepatutnya after leadership n management ni,kitorg wajib amek course parenting pulak..but then,CCAC bercadang nak add more courses like landscaping,amature radio,baking class,and boxing class.so,in the future,mungkin semakin bertambah university requirement..ahaha…nasib lah..tapi kebaikannya,bila kita keluar nt,at least kita ada ‘ilmu’ ttg ini semua..seronok jugak walaupun it’s quite tough for me..n now assignment dah mula menggunung…


selamat berjaya ‘diri’.semoga baik2 sahaja..^_^.buat sekadar yang termampu.do ur best!!insha-Allah..

28 July 2010

i.n.s.p.i.r.e.d.

Saya baru lepas jumpe azim.azim ialah classmate saya sewaktu saya masih dalam ict.kami berbincang tentang design baju infomedia secretariat.sementara menunggu azim habis kelas,saya lunch di kyros kebab.begitu juga azim.hari ini saya tidak ditemani sesiapa.oleh sebab kelas pada waktu petang cancel,masing2 bergegas pulang,dan ada urusan di studio.mcm biasa, centre waktu tengahari sangat padat dengan students.baik local or foreigner.


Selesai lunch,kami ke src office.kelihatan beberapa jawatankuasa tertinggi src.belum pernah bersua melainkan di kaca tv.masing-masing kelihatan sibuk dengan tugas masing-masing.ternyata mereka sangat komited dgn tugas sebagai ‘wakil’ kepada seluruh mahasiswa uiam.kagum.


Selesai megedit dan berbincang ttg design t-shirt secretariat,masing-masing bergegas pulang.ada kelas mungkin?dalam suasana sebegitu,saya terasa sungguh asing.terlalu kerdil rasanya untuk bekerja bersama src.namun apakan daya,Allah telah meletakkan saya dalam kalangan sebegini.supaya saya banyak belajar,supaya minda lebih terbuka,bukan setakat dlm kulliyyah..tapi,lebih dr itu.


Dalam kekhusyukan mereka menjalankan tugas, sempat lagi mereka menegur azim,


“eh azim,x kenalkan lagi subcom tu..”sambil memandang ke arah saya..

“oh..ni…?ni fatin. tgh minta tolong dia design baju ni..haha”

Saya sekadar tertunduk malu.


“..oh…kos apa?ict?..”sorang lagi bertanya.sambil matanya memandang kearah ku.

“..eh x.saya kaed.”

“..dulu ict…”sampuk azim


“oh..kaed??QS ke..?”

Saya dah agak.kalau dr kaed,pastinya majoring QS yg akan ditanya.


“eh x..saya amek landscape…”saya terus menjawab pertanyaan nya..

“oh ye??!..waaa…”


****


“ok lah azim , fatin ktrg minta diri dulu..”

“oh ok.ok..ktrg pun nak balik dah”


Mujur azim jawab mcm tu. tak manis kalau berdua shj dalam src office.saya senang hati dengan mereka yang faham agama.kami pun bersiap2 untuk balik.saya terfikir.masa lunch,saya tanya azim,”azim amek berapa contact hour..?”..azim jawab,..”15..ingt nak amek 18..x terdaya lah..”…”ow..fatin 21.5.tu pun dah kira sket.klu x bdk2 ni amek sampai maximum..”…”waah..banyaknya..”..”haa..tu lah.terasa gak banyk bila dicompare..klu ch berbelas2 tu mcm pelik je bg ktrg..”…”yeke??mesti fatin penat kan?klu xlarat,x pyh la join sgt..”..”huhu..xpe,mana yg sempat boleh la.cari experience..”..saya senyum.pengubat segala keletihan yang terpancar di wajah.


No wonder why diorg mcm terkejut klu students kaed masuk src.sebelum ni saya x tahu pun src tu apa.sekarng baru saya tahu.kami lah wakil pelajar2 yang mendengar luahan,masalah dr mereka.yg menjadi perantara kepada pihak atasan,ntuk menyuarakan permasalahan yg melibatkan pelajar dsb.oleh sebab itu,tugas ni teramat berat.tapi inshaAllah,ganjaran nya besar bila kita saling membantu..


Saya terasa kagum dengan brothers td.jarang skali saya jumpe lelaki yang ramah,sopan dan baik tutur katanya.berbeza dengan lelaki kebiasaan yg kita jumpa,x tahu menjaga pandangan,usha perempuan sini sana..bercakap perkara yg melalaikan.tetapi,lelaki yg ku kenal hari ini,sangat aku kagumi.sangat berketrampilan dan tahu batas agama.tak hairan lah mengapa mereka adalah wakil pelajar uiam..


Jadi,untuk meletakkan diri setanding dgn mereka,saya harus kembali semangt menuntut ilmu!jadi yg terbaik.banykkan bercampur dgn mereka yg memberi pengaruh baik pada kita.yang mampu beri inspirasi pd kita.inshaAllah..sedikit demi sedikit,kita mampu menjadi lebih baik!


Teringat kata bro Jo semasa taaruf landscape;


“..kita sebenarnya di beri cuti oleh masyarakat selama 4 tahun(tempoh pengajian kita),dan selepas itu,kita perlu kembali kepada masyarakat dan berkhidmat pada mereka..”


Sungguh.saya tertarik dgn kata-kata itu.banyak perkara yg saya perlu ‘master’ kan sebelum keluar university.supaya saya mampu menjadi produk yg terbaik.menjadi contoh yg terbaik kpd masyarakat kelak.ameen..

3:25 a.m.


Kata ustaz,

separuh drpd penyelesaian masalah ialah mengetahui “punca” masalah..tapi,saya tak tahu apa masalah yang sedang menyulubungi diri skrg…

[saya mencari artikel yang mampu memulihkan kembali semangat saya.supaya saya tahu,saya tidak keseorangan di dunia ini.saya ada Allah.tempat terbaik untuk saya mengadu di sepertiga malam ini….- Astaghfirullahal’azim...x tahu apa yang telah terjadi pada diri ini.apa yang dah ‘merasuk’ jasad ini sehingga saya terasa semakin malas untuk menuntut ilmu..semakin sambil lewa dan endah x endah sewaktu belajar.saya cuba melupakan perasaan ‘malas’ .. but, I lie to myself.- dan…saya tahu,malas bukan puncanya,ia hanya alasan semata…punca nya?hanya Allah yang Maha Tahu..}


Alhamdulillah segala pujian itu selayaknya hanya pada Allah.

Hanya Allahlah yang memahami dan mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya.
Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah kepada diriku...

tetapi bagaimanakah kasih sayang dan cintaku kepadaMu Rabbi...

hanya Engkau Maha Mengetahui

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melayari kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini,

Ya Allah, golongkanlah hambaMu ini didalam golongan orang-orang yang sentiasa sabar menempuh segala cabaran, ujian dan dugaanMu

Ya Rabb, sesungguhnya aku lemah, maka jadikanlah aku kuat...,

sesungguhnya aku hina, muliakanlah aku disisi-Mu ya Rabb....

Allah memperkenankan permintaan ku ini.
Walaupun bukan sekali ini sahaja malah sudah berkali-kali, samada secara sedar atau tidak,
Pemilikku pasti menjawab dan memperkenankan permintaan-permintaanku....

cuma seringkali aku masih tidak menyedarinya dan seringkali juga diri ini terlupa.

Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta untuk menjadi kuat,

nescaya Allah akan turunkan ujian untuk menguatkan kita.

Sesuatu yang jarang difahami dalam seni tarbiyah Ilahi.

Dan ketika ujian, kesusahan, cabaran dan detik-detik getir menjengah dalam rutin kehidupan,

seringkali istilah SABAR menjadi tanda tanya.

SABARkah aku dalam menjalani ujian dariNya...

SABARkah aku diuji dengan ujian sebegini....

dan secara fitrah diriku seorang wanita,

terkadang air mata pasti akan mengalir laju dipipiku ketika ku lemah dan kutak daya menghadapi ujian-Nya.

Bukan, tangisanku ini bukan bermakna ku tak redha Ya Allah....

air mata yang mengalir laju ini bukanlah kerana mengingkari ketentuan-Mu...bukan...

tapi menunjukkan betapa kerdilnya diriku...

betapa lemahnya IMAN ku dalam menghadapi ujianMu ini.

Betapa diriku ini sedang berusaha agar tidak kalah dalam pertarunganMu ini...

pertarungan antara keIMANan dan keKUFURan

pertarungan diantara pertimbangan aqal dan hawa nafsuku.

Setiap peristiwa yang dilalui itu ada hikmah disebaliknya.....

setiap ujian itu adalah tanda ingatan dan kasih sayang Ilahi keatas diri,

agar tak lalai dan lupa, bahawa diri ini adalah kerdil berbanding dari-Nya.

SABAR itu adalah yang pertama......selepas itu..

bukanlah SABAR namanya.

Hanya tinggal sedikit sahaja lagi, untukmu raih kejayaan.......

hanya sedikit sahaja lagi untuk ku mengecap kebahagiaan.,

itu ungkapanmu teman....

tetapi yang sedikit itulah yang benar-benar menguji kesabaran dan juga keimananku.

Sabarkah aku dalam diuji?

Sabarkah aku menerima ketentuan Ilahi?

Sabarkah aku ketika Allah meminta bukti dari ikrar keIMAN yang aku lafazkan?.

Terima kasih ya Rabb,

kerana sentiasa membasahkan bumi ini dengan menurunkan hujan demi membersihkan udara yang penuh dengan debu kekotoran,

juga menurunkan ujian dalam membersihkan diriku...

agar aku mengadapmu dalam keadaan bersih dari noda-noda dosa...

semoga ujian-ujianMu dapat kutempuh dengan penuh keSABARan,

dan jangan biarkan ku terkapai-kapai dalam mencari redha dan cintaMu Ilahi....

redhailah kehidupanku ya Rabbi
dan golongkanlah diriku ini dikalangan mereka yang bersyukur dan berbakti.....amin.


4.08a.m.

Compartment C

Mahallah asma,uiam

27 July 2010


bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan








26 July 2010

down to earth

Fuh..sangat letih.saya dapat message,malam ni SRC mengadakan ‘down to earth’ buat kali ke 3.but..yang pertama buat diri saya..huhu.mujur group discussion x jadi.klu x dr mahallah asiah,saya terpaksa bergegas ke studio.penat.mahallah asiah sgt jauh bagi saya…sangat..maka nya,saya dapat concentrate pada satu tugasan dahulu untuk malam ni..


Dr 8.30 pg sampai jam 7ptg baru saya balik bilik.n then x sempat berehat-rehat,saya kne jalankan tugas ntuk src.xpe,cari pengalaman..^_^jam 8.15mlm saya bertolak dr bilik.terlewat.sepatutnya jam 8 perlu ada kat sna.saya x tahu menahu ttg ‘DTE’.rupa-rupanya,kita wakil src, kene ziarah dr bilik ke bilik, bertanyakan masalah students n terima complains or any good feedback from students.mohon kerjasama diorang untuk isikan forms.n src under secretariat welfare,diorg ada sediakn sedikit cenderahati for each rooms.


Happy masing2 bila dapat goodies.hehe.n complain pun bleh tahan.x puas hati kat pak guard la.x puas hati ttg pre registration subjects la.huuhu.teringat saya sewaktu dipanggil ntuk APA session dgn org luar yg dtg ke uia,so far xde complain yg nak dibuat.bila kita ikut peraturan n x langgar rules,x sangkut subjects,everything will going smoothly inshaAllah..harap2 nya sampai dah grad lah.ameen.


Dan malam ni saya dapat pengalaman baru…keberanian ntuk berkomunikasi dengan orang secara x langsung.budi bicara kita mcm mana.beri penghargaan pada setiap students yang beri kerjasama.alhamdulillah semua beri kerjasama.terbaik!saya dapat kenalan baru.bekerjasama dengan kawan2 yg kebanyakannya students LAW and BEN…n mereka x expect pun saya budak KAED..hahha..nvm..


Alang-alang dah kat asiah,saya ingat nak jumpe dayah.bukan selalu boleh sampi asiah,jauh kot.dayah x-rumate saya sewaktu foundation dulu.satu studio.kami makan bersama.berborak.n sebelum jam 11 saya balik bilik.takut kelewatan.sbb saya keseorangan malam ni.sekadar di temani kasut ‘everlast’ ..huhu..dah banyak berjasa kasut ni..dr belajar memandu,jungle trekking taaruf,night walk..pergi kuliah..ni je lah satu2 nya kasut yg saya bwk ke uia.hm,saya x suka tumit tinggi.so pakai snickers lg santai..selesa n tahan lasak..


Dalam perjalanan balik..saya teringat balik tentang ‘hari ini’.sedar x sedar saya jumpa ramai kawan.break tghri td saya ke centre ntuk keluarkan duit di muamalat.x berapa jauh dari kaed.dan cadangnya nak lunch skali kat situ.tapi..malangnya ramai sgt org.so,saya niat nak tggu lepas zuhur lah..jadi,saya terus ke masjid.aaah..rindunya dgn masjid.lgpun masjid dekat je dgn centre…


Dalam perjalanan hari ini,saya jumpa:


Kak sufi

Kak sufi pernah mengajar saya ngaji sewaktu foundation di pj.every night after maghrib,saya berguru dengan kak sufi.perwatakannya sgt menarik..orgnya sgt lemah lembut…saya gembira dapat berkenalan dengan kak sufi..


Umairah

Inilah umy,kwn yg bnyk beri nasihat pd saya.juga seorang penulis blog.saya jumpa umy di masjid td =)


Diyana

Diyana kwn lamaaaa saya.hehe.kwn sek ren saya.sek agama.die tgh jaga booth di centre.n die promote satu club pada saya..malangnya saya sgt sibuk.cukup lah setakat src..haha


Kak norsya

Kak norsya,teman yg sma2 pergi syria dgn saya.mengambil jurusan engineering.bab2 engine2 kereta ni..masuk bwh kereta semua tu mmg kak norsya pakar lah..she’s very smart.kak norsya ajak pergi dinner al-aqsa 6 august ni.malangnya saya clash dgn program lain..


saya jumpa anum,kak tikah tarmizi,kak aimi,suha,mahirah..hmm..rmi lagi…ade yg saya x igt namanya.mashaAllah..teruknya saya ni…saya lebih mudah cam wajah teman2.kdg2,mereka adalah kawan kepada kwan kita.sekadar kenal muka,tp nama sukar ntuk mengingat..huhu.xpe..yg penting,kita hulurkan ‘senyuman’ sebagai tanda kenal..


alhamdulillah,dpat saya berjemaah di masjid.sgt rmi hari ini..ntah kenapa,saya rasa uia sekarang sgt ramai dgn pelajar baru..mungkin kemasukan junior lebih ramai berbanding batch saya..wallhualam.apa-apa pun niat dtg sni untuk kutip ilmu…=)..


baiklah,setakat ni je penulisan ku untuk malam ni.^_^.oh ye,malam ni malam nisfu syaaban ,banyak2kan berdoa..n beribadah.sebab lebih 360 pintu syurga terbuka..semoga Allah kabulkan doa kita..ameen.inshaAllah..

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.