30 November 2010

rindukannya





saya rindukan uia.betul2 rindukannya.saya rindukan usrah saya.saya rindukan kawan2 saya.teman sebilik saya.studio saya.masjid uia.cafe mamma mia.semua!










29 November 2010

Luar dan dalam,berbeza





Sukar.terlalu sukar nak meluahkan dgn kata-kata.apatah lagi suara,langsung tak kedengaran.luar memang tak sama dengan yang dalam.hati kata lain.mulut terjemah nya lain.kenapa saya tak mampu?tak seberani yang lain.hah..mereka boleh katakannya dengan mudah,tapi…jauh di sudut hati,kita sebenarnya serupa..cuma ujiannya berbeza.

Kalau kata susah,memang akan jadi susah.dan..senang nak kata senang,tapi kalau fikiran tetap memikirkan yang susah..luar dan dalam tetap tak serupa.Cuma menjadi yang luar,tapi yang benar-benar memahami akan kenal yang dalam.dari dalam,akan terjemahkan yang luar.dari luar,jawapan akan tergambar jelas.jelas untuk yang tulus hatinya.pandangan mata yang tak pernah pejam.betul kata orang,dari mata turun ke hati.

Kadang-kadang kita seringkali memberi kata semangat pada yang lain.tp bila ujian melanda diri.saya diam membisu.saya blank.saya perlukan seseorang untuk berkongsi.sungguh.adakalanya kita memerlukan yang lain.ada kalanya kita memberi pada yang lain…maaf andai saya semakin menjauh.kadangkala tangan terlalu berat untuk menulis..akal dah tak mampu berfikir..termenung seketika.tanpa sedar.

Bukan ini yang saya mahu.tapi ini yang Allah mahukan.untuk kebaikan.saya tahu,hikmahnya adalah yang terbaik untuk saya.tapi nak menapak ke ‘hikmah’..perjalanannya sangat berduri.andai nak yang terbaik,saya sanggup meredah jalan yang jauh..jangan lah sampai terkandas..jangan menurutkan nafsu.tapi adakalanya saya keliru,mana satu nafsu?mana satu keperluan???

Pada Allah jua tempat saya kembali.tempat mengadu terbaik buat saya.adakalanya kita akan cuba sebaiknya untuk menutupi kegelisahan di hati…yang di luar,semuanya indah.semuanya sempurna.tapi ketahuilah yang di dalam,masih memerlukan kekuatan…doa semoga urusan dipermudah..semuanya akan baik-baik sahaja.inshaAllah…ameen.


sahabat


Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.



28 November 2010

adik kuat!

alhamdulillah,semalam ammar selamat dikhatankan^_^..di klinik al-haj bangi bersama sepupu2 nya.."adik kuat!!..."..."semua orang lalui benda yang sama.."..."baca selawat banyak2..."...ok!

say cheese!menceriakan adik yang sedang dalam kegelisahan..

pegang ibu kuat2...>_<" kami semua menyaksikan proses berkhatan dijalankan dgn menggunakan laser..


yeah!selesai sudah!lega ek..? =P


baju nike sponsored by pak cik



salah satu cara melupakan kesakitan..cool!..dan sekarang,dekat rumah kena lah jaga si kecik... : )

26 November 2010

please LIKE!


link sini

thank you^_^

Dari hati seorang yang bergelar ‘kakak’

Bismillah

Dah lama rasanya tak berblog dan menulis di sini.disebabkan kekangan masa dan badan yang x berapa sihat,so,jarang lah dapat on9.Allah telah menguji kesabaran saya,dan..saya terasa sangat teruji.lebih2 lagi bila bergelar seorang kakak yang dikurniakan dua orang adik lelaki.jarak usia kami ialah 6 tahun dan 9 tahun dengan yang bongsu menjadikan saya seorang kakak yang mempunyai tanggungjawab yang besar.

Mereka bukan lah nakal.alhamdulillah,baik-baik belaka.dan…biasalah dalam usia yang ingin meningkat remaja,masing2 mempunyai kerenah tersendiri.dan,sebagai seorang kakak yang terlalu menyayangi adik-adiknya,tentulah saya mahukan yang terbaik buat adik2 saya.tanggungjawab kakak mungkin berbeza drpda seorang ibu,tetapi peranan yang dimainkan harus seperti mendidik seorang anak.tutur kata yang baik perlu dijaga,teguran harus berhikmah,harus pandai menjaga hati,dsb.

Sungguh.bukan mudah menjadi seorang kakak.kadang2 ibu meletakkan sepenuh kepercayaannya kepadaku untuk menasihati adik2.berbeza dengan dahulu,di mana ibu akan menyuruh saya diam bila ibu sedang menasihati mereka.begitu teliti sekali ibu menangani anak2nya.saya lihat bagaimana ibu membesarkan adik2.bukan pilih kasih,tetapi harus adil kerana setiap anak itu,sifat nya berbeza walau banyak persamaan.

****

“wafiy…ammar…dah pegi mandi siap2..!!”

“okey!roger that!!”

“cepat!kat surau dah mengaji tu…nanti dah azan baru nak pegi mandi!”

“ok..ok”

Itu lah adik2.bila disuruh,cepat aje ‘ok’nya.tapi,pergerakannya kaku.sibuk menghadap comp berjam-jam.saya boleh katakan mereka dah jadi mangsa kepada dunia ‘game’.saya tak tahu mcm mana nak bagi kesedaran yang terbaik buat mereka.ibu bercadang nak hantar adik2 ke program tahfiz cuti sekolah ni.teringat masa abang tingkatan 3,ibu dan ayah menghantar abang ke kampung baru.program tahfiz di sana.sepanjang cuti sekolah.harapan ibu ayah nak anak2 sekolah tahfiz tak kesampaian,jadi mereka mengambil peluang bila cuti sekolah bermula.abang berjubah putih,berserban kemas…round2 klcc..masjid india..dan..bermacam2 kenalan dari latar belakang berbeza..semua abang kongsikan dengan kami.

“dah masuk waktu..cepat trun..pergi surau!!”

“ya..ya..”

“wafiy,ammar kalau nak pahala lebih kenalah solat berjemaah…kalau boleh kakak x nak lah bersuruh lagi…kalau suruh wafiy ,kata ammar.kalau suruh ammar kata wafiy….kalau sayang diri sendiri,adik pegi je..jangan berkira..”

Cakap sekali.mungkin dalam sehari je berkesan.perlu diingatkan berkali-kali.yang kecil masih boleh dinasihati,yang besar sket tu,kne cari masa yang sesuai.nak memberontak pun memberontak lah,asalkan kakak dah lepas tanggungjawab untuk nasihat adik-adik.”ayah cari rumah depan surau,untuk kita senang pergi ke surau,sayanglah kalau tak pergi.orang lain tu jalan kaki jauh2 lagi nak ke surau.”…”jangan samakan kakak dengan korang,kakak perempuan..nanti berselisih dengan lelaki2…..”hmm..mesti ayah gembira kalau tengok anak-anaknya rajin ke surau.anak-anak yang soleh lah yang akan membahagiakan ibu dan ayah..

****

“wafiy,dah…pukul 10 dah.uruskan diri dulu…game tu stop!”

“ya..”

“kakak ckp stop..stop!basuh kain kat bawah tu…”

“ya..sabar lah..”

“dah tak sabar dah ni…dr semalam lagi menahan sabar.tutup comp tu!”

Dengan keadaan tak puas hati.adik saya yang satu ini tutup comp.terus dia pergi mandi,dan uruskan pakain sehingga lah menyidainya di jemuran.kalau suruh yang sorang ni,yang sorang lagi pun harus diberi tugas.kalau tak,nanti masing2 akan berkira.otak saya ligat memikirkan,tugas apa yang nak diberi pada yang bongsu.tugas nya kecil tapi banyak sket.yang mudah2 tapi jangka masanya sama seprti abangnya.supaya masing2 dalam mode sedang bekerja.

Sebagai anak,memang ibu takkan suruh kita buat kerja rumah melainkan ibu keluar bekerja atau ibu dah penat seharian menguruskan rumah.maka,kita sebagai anak,harus pandai berdikari,menolong apa yang patut.kalau boleh jangan sampai di suruh.pakaian yang dipakai sehari-harian,yang ibu basuh selama ni,itu juga merupakan pakaian kita.dah la ibu yang belikan..takkan basuh pun kita tak terbuat.rumah,tempat tinggal bersama,harus sma2 kemaskan.makan,pinggan mangkuk harus dicuci bersama.bila waktu makan,harus trun awal ntuk sama2 menghidang.selagi ada daya,tolonglah ibu ayah kita.

“beban ibu berat.ibu lah ibu,dan ibu lah ayah kita.segala tugas ayah dulu,ibu kne ambil alih..maknanya tugas ibu berlipat kali ganda.sebagai anak,kita kne sentiasa ringankan tulang.tolong ibu apa yang patut.game pun game jugak,tugas kita pun tugas jugak,tapi,jangan lah nak jadi raja atau permaisuri kat rumah ni.kita,sebagai satu keluarga,harus saling bantu membantu…dan bila buat kerja jangan asyik nak berkira…kita kne sayang ibu kita..jangan sampai disuruh”

Bila meluahkan pada ibu,air mata saya,mengalir tanpa dipinta.saya terasa kasihan dengan ibu.apa lagi yang dapat saya bantu.selagi saya masih belum bergelar isteri yang nantinya akan beralih ketaatan saya terhadap suami.terasa berat untuk biarkan ibu sendirian bekerja.apa yang saya inginkan nanti,semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dan Allah berikan kemudahan untuk saya mendapatkan pekerjaan yang halal yang nantinya dapat sedikit sebanyak beri kesenangan pada ibu tercinta.

****

“kakak suka bila tengok adik-adik kakak berkopiah,berpakaian cantik ke surau..kan seronok kalau tak payah disuruh? : ) “

Saya faham.dalam usia sebegini,mereka masih dalam proses nak memahami ‘erti hidup’.saya dulu pun mcm tu jugak.saya pula membesar dengan abang.beza usia kami 3 tahun.berkira bila bekerja,itu perkara biasa.bergaduh pun biasa.ketagihan bermain game pun,biasa.malas sembahyang…degil..tak suka dengar nasihat.mcm2 yang dah saya lalui masa zaman kanak-kanak saya.dan,bila kita semakin dewasa,kita semakin memahami erti hidup.sensitiviti semakin bertambah.dah ada common sense.semakin memahami kasih sayang,tanggungjawab,amanah,hormat,ikhlas,dosa,pahala..dan dah pandai persiapkan ‘bekal’ untuk di bawa pulang ke ‘kampung’(akhirat)…..wallahualam.

:Dari hati seorang kakak

21 November 2010

kasih seorang ibu




ditakdirkan Allah,saya jatuh sakit pada pagi raya aidiladha.hanya terbaring di kamar bertemankan cahaya pagi yang tenang.takbir raya kedengaran sayu,sebentar lagi,lembu2 yang di padang tu bakal disembelih.sejak malam td kedengaran bunyi lembu menantikan saat untuk disembelih.sebanyak 6 ekor lembu terikat kemas di padang bersebelahan surau al-kauthar.menunjukkan jumlah penduduk sudah semakin bertambah.

saya gagahkan diri.keluar dr selimut,beralaskan stoking di kaki saya melangkah ke kamar ibu.langsir bilik itu ku selak,sekadar memuatkan anak mata untuk melihat suasana korban.alangkah indahnya andai dapat turun bersama.tapi hari itu saya diuji Allah dengan keadaan saya yang demam.di uia, saya hampir demam masa exam week,tapi mungkin Allah tangguhkan dulu supaya saya dapat jawab exam dengan baik.akhirnya,selesai kenduri kesyukuran moyang dtg ke malaysia..selesai segala-galanya..baru Allah datangkan demam itu pada saya.indah kan?

sakit itu satu ujian.sangat teruji kesabaran.saya belajar untuk tidak mengeluh.walau sakit,saya cuba tabahkan hati.kuatkan diri.mungkin di rumah saya akan jadi sedikit 'manja'.entah kenapa.semulajadi.bermanja dengan ibu mungkin,perlukan perhatian kadang2.berbeza bila sakit di uia,teman-teman yang banyak ambil berat tentang saya.di rumah,ibu lah yang menyuap saya,tuamkan kain sejuk di dahi saya yang panas,urutkan saya bila sakit...ibu yang akan pastikan suhu badan tidak terlalu tinggi.suatu petang,tiba-tiba perut saya mengidamkan donut.

hari berikutnya demam semakin kebah.saya luahkan hasrat saya pada ibu untuk makan donut.petang itu juga kami keluar mencari donut,jika ada gerai kuih di tepi jalan sekitar kawasan rumah saya.malangnya,ditakdirkan Allah,tiada satu gerai pun yang menjual kuih.semuanya lemang dan rendang.saya kata pada ibu,kalau takde x apalah.saya bimbang ibu akan balik buatkan donut untuk saya.pasti ibu keletihan.

hari khamis.ada pasar di sini.tapi..disebabkan raya aidiladha,x ramai yang berniaga pada hari tersebut.nampaknya,gerai kuih pun x kelihatan.dan donut masih tak ada.malam jumaat di surau,ada kenduri tahlil.maka,ramai lah mak cik2 berkumpul masak2 di surau.mcm biasa ibu pun akan turun sekali.kata ibu,semua bertanyakan saya.dan..saya masih belum sihat.baru hari ini,saat saya menulis ini,baru ada daya dan kekuatan untuk berblog semula^_^..ibu bercerita ,petang td ibu ke pasar,kata ibu.."nadia teringin nak makan donut"...ditakdirkan Allah,cik norli,jiran sy menghulurkan donut frozen dr rumahnya.^_^

"ibu..kenapa cerita dengan orang?kakak malu.."...
"xde lah..saja ibu cerita.semua bertanyakan kakak.."....

"mana ibu dapat donut ni..?"...
"cik norli bagi..katanya kat rumah ada sebungkus donut..nt bagi kat nadia.."....

"laaa..ibu...kakak segan la.."..
."apa salahnya,jiran kita semua baik2.."

saya tersenyum.x sabar nak tunggu donut digoreng.saya terhutang budi dengan cik norli.semoga rezekinya murah.=)..buat ibu,terima kasih banyak kerana jaga kakak selama ini.tiba masanya untuk kakak balas jasa ibu walau takkan terbalas sekali pun.demi anak,ibu sanggup drive petang2 cari donut...saya rasa menyesal bagitaw ibu psal keinginan saya.tapi saya tahu,bila hajat anak2 tercapai,ibu pasti bahagia.terima kasih ibu...



15 November 2010

moyang saya


alhamdulillah,Allah memberi kesempatan ini untuk saya berjumpa dengan moyang tercinta.kira kira sudah 25 tahun moyang tidak datang ke m'sia.syukur alhamdulillah Allah masih beri umur yang panjang kepadanya.kini usianya sudah menjangkau 86tahun.dengan izinNya dapat moyang berjumpa dengan anak-anak,cucu serta cicitnya yang berada di malaysia.

moyang sekarang menetap di arab saudi,begitu juga dengan atuk-atuk saudara saya.mereka menetap dan berkahwin dengan orang sana.sekali sekala mereka datang ziarah keluarga di m'sia.tapi,berbeza untuk kali ini,mereka datang bersama moyang.kata nek su,undang-undang arab saudi tidak akan membenarkan mereka travel tanpa lelaki,mahram.

hari pertama mereka sampai di KL,saya masih di uia.dan kata ibu,mereka semua bertanyakan saya.subhanallah!mereka masih ingat saya.jerit tok teh di dapur memanggil isterinya.."subhanallah!aishah!hiya fatin nadia....mashaAllah...sudah besar!dulu lain..kaif haluki?"..."alhamdulillah..wa anta ya 'ammu?"..."alhamdulillah..alhamdulillah..mashaAllah...!"...sambil matanya seperti tidak percaya...mungkin dr kecil hingga sekarang,muka saya dah banyak berubah...membuatkan tok teh,seperti tidak mengecam saya...huhu..

atuk saudara saya yang satu ini sangat menyerupai orang arab,dan beliau berkahwin dengan nek teh, 'aishah..kacukan yaman dan msia.nek teh boleh berbahsa melayu sikit-sikit.kadang-kadang bila berborak bersmanya ada certain words yang sukar untuk diterjemahkan...namun nek teh takkan berputus asa untuk menjelaskan maksudnya..sambil2 tu,saya boleh refresh bahasa arab saya yang tak seberapa.ya Allah,sungguh saya rasa nak kuasai bahasa al-Qur'an ini.sungguh indah.

buat nek su,ini kali pertamanya menjejakkan kaki ke msia.sungguh,dia tertarik dengan kebaikan orang melayu yang sangat memuliakan tetamu.suasana di sini berbeza katanya.di sana,nek su lah yang menjaga moyang.makan,minum dan pakaian moyang semua diuruskan oleh nek su.

dan semalam,saya baru pulang dr kampung.di negeri sembilan,nenek buat sedikit kenduri tahlil dan doa selamat.dan menjemput orang kampung serta sanak saudara kami ke kampung.alhamdulillah,saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat akrab,walau sesama atuk saudara.memang sejak dulu,kami diajak menziarahi dan saling mengenal antara satu sama lain.walau di hulu sekali pun....Allahuakbar,indahnya ukhuwwah bila berkumpul bersama.andai ayah dapat bersama,pasti lebih indah!^_^



as the time passed by


Ketahuilah setiap detik yang berlalu akan dihitung dihadapan Allah .Firman Allah bermaksud :" Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu mengenai kenikmatan yang kamu megah-megahkan didunia ." (Surah Al Takatsur ayat 8 ) . Rasulullah besabda bermaksud : tidak akan melangkah dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya empat perkara : Usianya untuk apa dia habiskan masa mudanya,Bagaimana ia habiskan hartanya darimana ia dapat dan pada jalan apa dikeluarkan , Serta ilmunya apa yang dilakukan dengannya ." Hadis riwayat Al Bazzar dan Thabarani.


Oleh: Mujahid Fathi Yakan

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya,

Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.


Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata.Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak.Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah.Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Maka tidaklah kamu memahaminya.”- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya.Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran)diarahkan kepada Jalan Allah SWT.


Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:

1. Mengetahui matlamat hidup.Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat:ayat 56

2. Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalahsedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”- Surah Ali ‘Imran: ayat 185

4. Mengetahui benar-benar akan hakikat Dinal-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5. Mengetahui hakikat jahiliyyah,iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Disamping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahamiJahiliyyah barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum,ia terselamat dari tipu daya mereka.”





12 November 2010

selamat


12 nov 2010
mahallah asma,iium.gombak
bilik tercinta


selamat tinggal uia,selamat tinggal bilikku.alhamdulillah,akhirnya selesai jugak mengemas n trun ofis amek sampul untuk pulangkan kunci.betapa banyaknya kertas2 untuk dibuang..n semuanya telah disusun rapi.perfect!malas nak bawa balik banyak barang.sbab nya malas nak naik trun 2 kali.haha.

selesai mengemas,misi terakhir bersihkan kipas.ok,secara jujurnya sepanjang sem ni memang x pernah bersihkan kipas.urghh...patut la kipas x laju...haha.(padan muka)..so,sarung mask kat muka,then mula bermain dengan habuk tebal!!mcam abu volcano berterbangan....kenapa bukan salji??abaikan-

apa pun mujur x kne compound sebab kipas berhabuk.principal x cek.yahoooo!kalau mahallah lain,bilik bersepah pun kne compound,kasut bersepah pun kne compound.aish..memang cr duit betul lah uia nih...tp,bagus sebenarnya...dapat melatih kita berdisiplin dalam menjaga kebersihan.good2.

so,sementara tunggu abang dtg,saya nak bersiap2.inshaAllah sebulan lagi saya akan kembali ke uia..kalau dipanjangkan umur=)see ya!






tak berjadual

entah kenapa hari ini terasa sangat malas.saya sedang menghabiskan waktu terakhir saya di uia untuk semester ni.paper habis semalam,dan saya sendiri yang memilih untuk balik hari ini,memandangkan saya malas hendak bawa balik kerja.jadi saya target untuk menyiapkannya.dan, dah siap pun..barang-barang satu pun saya belum kemas.beg masih di atas almari..

saya tak teringat semalam result upsr ammar keluar,n saya lupa moyang akan sampai malaysia semalam.dengar khabarnya sudah ada di rumah atuk sedara di kajang.moyang yang sangat berusia masih mampu untuk travel sejauh dari arab saudi.saya kagum.teringin berjumpa dengannya...mujur moyang masih fasih berbahsa melayu.kali terakhir saya jumpa moyang sewaktu berusia 10 tahun,sewaktu mengikut nenek ke arab saudi.

semester dah berakhir.saya harap saya dapat result yang cemerlang.inshaAllah.dapat gembirakan hati ibu pun jadilah.tiada hadiah yang bernilai buat ibu melainkan pulang dengan kejayaan.saya masih belum berduit untuk menghadiahkan ibu sesuatu yang sangat bernilai..biggrin

sepanjang semester ni,saya menjalankan rutin harian tidak seperti biasa.sebenarnya saya sedang bereksperimen dengan diri saya sendiri.saya memang seorang yang menjalankan rutin harian dengan berjadual.semuanya tersusun dan saya senang dengan jadual yang diatur sendiri.tapi,berbeza untuk kali ini,hanya jadual kelas tertampal di board,jadual harian,saya tak sediakan.memang saya berazam untuk ikut 'flow' saja.dan hasilnya..kita tengok result akhir nt.apakah berjaya?harap2 nya...winkinshaAllah.ameen!

tp,rasanya saya lebih selesa dan lebih berdisiplin dengan adanya jadual.masa saya akan lebih terisi.temujanji lebih mudah nak dibuat,sebab kita dah atur apa yang nak dibuat esok.smileuntuk sem ni,suka hati saya nak buat kerja bila,ikut mood dan saya lebih banyak merayau(dalam kampus) mencari mood.lebih2 lagi di masjid.dan saya perasan,komitmen sem ni sekadar dengan usrah,saya x berkesempatan pergi ke bicara wanita.betapa rugi rasanya.sad

perubahan untuk sem ni,saya lebih jaga tidur dan makan.alhamdulillah,sekurang-kurangnya ada perubahan yang baik.mrgreendan sungguh,sem ni sangat tertekan.tp yang best,paper x bnyk n gap boleh tahan jugak.so,masih sempat nak study.berbeza dgn sem lepas,saya duduk di library menelaah mcm 'robot'.sbb jarak masa yang singkat memerlukan tumpuan yang lebih.

alhamdulillah,sem ni berkahir dengan lancar.walau ada sedikit masalah.itu cuma lah 'perasa tambahan' dalam perjalanan hidup...ambil nya sebagai pengalaman,pengajaran dan ujian dalam hidup.buat diri,semoga cuti yang bakal tiba ini dimanfaatkan sepenuhnya!rancang sebaik mungkin...owh ya,saya berhutang dengan diri sendiri untuk pergi skate...

baiklah,saya nak mula mengemas sekarang...adios!wink


kenal erti hidup


saat entri ini ditulis,sebenarnya saya sedang menghadapi masalah dengan teman saya.saya tak pandai nak berkongsi nya dengan orang lain.bimbang tersalah kata.apa pun saya selalu saja menyalahkan diri sendiri andai terasa ada kekurangan dalam sesuatu yang saya cuba usahakan.tapi,bila difikir semula,sebenarnya,bukan semuanya berpunca dr diri sendiri,cumanya,saya sering bertanya pada diri.."apa silap saya,dan jangan terus mencari kesalahan orang lain.."

susah.bila dah lama tak berhadapan dengan masalah sebegini.sesungguhnya ujian yang paling berat adalah menjaga hati orang lain.dan saya mengaku,kali ini saya gagal.saya senyum seperti biasa,tapi saya yakin jelas terpancar bahawa senyuman itu senyuman yang terpaksa...saya cuba mengasingkan dalam kelompok saya yang biasa...astaghfirullah..saya tak tahu sejak bila saya berubah dan mula bersikap kebudak-budakan.saya dah tak pandai nak berfikir secara baik.mungkin ujian ini hadir tatkala final exam berlangsung,fikiran saya kacau.

message yang masuk ke dalam inbox benar-benar menyentuh hati saya.saya tersentak saat membaca.kebetulan saat itu,kak farah ada di sisi.kak farah cuba membuat kesimpulan apa yang berlaku.menurut rentetan cerita-cerita saat2 belajar saya di studio,kak farah yang lebih berusia dr saya,memberi sedikit pandangannya.saya akur,keputusan saya untuk berdiam diri ini bukan atas pengaruh dr ucapan kak farah.tapi,mungkin saya perlukan masa untuk baiki hati.

kadang2 diam itu lebih baik.tapi kata orang,masalah takkan selesai.hati akan keluh kesah.tapi saya masih perlu diam untuk berfikir.saya tak mahu mengeluarkan hujah dalam keadaan marah atau diri sedang dikuasai syaitan yang tak henti-henti berbisik.nota yang sedang saya baca,terhenti.saya gusar.hati tak tenteram.

saya beralih arah keesokan malam.mencari semngat bru di bilik teman lain.saya cuba melupakan.buat2 seperti biasa..tapi kerisauan itu tak dapat ditutup oleh kegembiraan yang dibuat-buat.akhirnya,terluah juga apa yang terbuku di hati.rupanya,apa yang mereka rasakan sama dengan apa yang saya rasakan...message itu ku delete.terasa sakit andai terlihat di hp saya.saya.....buntu.masih belum ada kekuatan untuk mengatasi masalah ini.

saya selalu berazam,tak mahu sakitkan hati sesiapa,tak mahu memberi kesan buruk pada orang,maka saya selalu berusaha menjaga perasaan orang lain.tp,seandainya hati saya disakiti,kadang2 saya tak mampu nak senyum lagi.kadang2 saya rasa penat nak menyusun kata-kata yang baik buat orang lain,semata2 nak menjaga hati...tp,saya tahu,manusia,x semuanya sama.x semuanya memiliki 'hati' dan 'akal fikiran' yang sama.andai kita kenal erti hidup,jangan berhenti untuk memberi walau disakiti.dan saya tak mengaharapkan balasan,dan...mungkin ini lah permulaan ujianNya untuk menilai sejauh mana keikhlasan kita sepanjang menjaga hati manusia.

cinta itu sebenarnya...


"haih..sorang lagi clash.."
(saya agak mengeluh hari itu)
"siapa?"

"member..kesian tengok"

"kak farah,orang yang bercinta ni kan...susah la nak ckp.kdg2 sakit hati pun ada jugak.lepaskan tanggungjawab..ignore orang sekeliling..."
"orang bercinta ni duduk dalam dunia dia je.."

"cinta tu buta!"
(nada marah)
"x fatin..cinta tu sebenarnya indah..suci..."

(saya tersentak)


astaghfirullah...ya lah...kenapa 'cinta' yang dipersalahkan?hnya mereka yang tak pandai manage cinta yang mampu memberi tanggapan negatif pada orang lain.dan saya lah tu orangnya..nauzubillah...semoga kita dapat salurkan rasa CINTA kepada jalan yang betul..!wink

sebaik-baiknya,sebelum memilih,fikir sedalam-dalamnya.mohon restu dr ibu ayah.biar memakan masa..biar lama,asalkan dia lah yang terbaik!jangan terburu-buru mencari pasangan hidup..smile

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan
penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan
pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun
bayangkan.
Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu,
karena alasan yang penting.-tambahkan cinta,kurangkan benci
credit buat umy yang berkongsi e-book 'tambahkan cinta,kurangkan benci'

bila di rumah..



"kakak.....jom la main.."
"alaaa...kakak x nak..."



penutup botol digenggam di jari jemarinya..sambil bermain,sambil mengajak kakaknya bermain...uuhh!kakak dah besar laa...kakak x rasa nak main."adek...kakak kan perempuan,kakak x main mainan2 lelaki..",kata ibu.ammar diam,terus ralit bermain dengan penutup botol.

jarak paper selama seminggu hari itu,memaksa saya untuk balik,walaupun cuti dah hampir.mengikut rancangan asal,memang x nak balik,kononnya nak study sbb kalau kat rumah,memang x study lah jawabnya.loldan memang betul,saya study skit je...heehee

selesai buat kerja kat bawah, masa lapang saya on9 kat ruang tengah tingkat dua atas..dua komputer bersebelahan.streamyx yang 24 jam terpasang.saya cuba buka emel kalau2 nota sudah diemail kan,dan saya boleh download.cepat sket.malangnya,hari kedua masih belum ada yang mengemelkan..

game ni main on9,so...bila sedara mara semua on9,permainan akan jadi semakin rancak!


"kakak...jom main SA"
(sambil jari telunjuknya rancak meng'klik'...bunyi tembakan bertubi)
"kakak ada keje la dik..."

"alaa...sekejap je.."
"x nak...nt akak ketagih kalau start main..."

"ok,nt main PS.."
"CD yang adik baru beli td mana?"
(saya malas nak kata ya atau tidak,cuba mnegalih topic-mata masih ralit memandang skrin komputer)

"x boleh gne pn...kne tipu ngn cina"
"hmm..."-no komen-

petang tu,ibu ajak keluar makan.sambil-sambil beli barang dapur...

"ibu,nak RM5!"
(ammar berdiri di sebelah ibu...dengan senyuman luar biasa)

dia terus berlari mendapatkan kedai game di sebelah sana.saya memerhati.baru semalam beli CD game,hari ni beli lagi??urghhh..kenapa semudah itu ibu menghulurkan duit?tak puas hati muncul.tapi,saya malas nak mengadu pada ibu,selalunya saya yang report ttg permasalahn adik-adik.sebab kami,abang dan kakak yang rapat dengan hal adik2...budak muda kan?mrgreen

saya tak faham.CD bola dah berapa banyak???every year keluar version baru ke?tambahan pemain baru yang lagi power??urgh..tension2...x ckup lagi game bola kat komputer yang boleh edit muka kita sebagai pemain??nak apa lagi??mad(ya la..sbgai perempuan,mungkin saya x faham)tu baru game bola..tak termasuk tony hawk pro skate,gran turismo...n game2 adventure yang lain...urgh..game barbie satu pun takde...eek(heeheehee)


"ok..nt cuti panjang kita main ya.."
"ok..tp bila akak cuti lagi?"

"alaa..sekejap je lagi..akak ade satu paper je lagi.."
"ok..."

akhirnya,hari terakhir sebelum balik ke uia,saya layan jugak si ammar main penutup botol.ala-ala main carom la..i guess??not bad...bleh tahan jugak.best!huhu..ralit2 main,sampai lah nak dekat maghrib...haha...dengan ammar ni main kne ala kadar je,once kita menang nt dia tak puas hati...kuikuikui...lagi2 winning eleven...mrgreenorang yang paling sukar nak dikalahkan,adalah adik pertama saya,wafiy...huh,dia tu,dunia realiti pun hebat main bola...

hm..abang ngn adik2 aktif bola,kakanya aktif apa?(haha)

08 November 2010

bila berkata soal kematangan..


"matangkah aku?bila pergi supermarket masih bergayut pada trolley?"

terbayang zaman kanak-kanak.memang selalu bergayut pada trolley.seolah-olah terbang laju bagai kan superman..huh..imaginasi semata..hinggakan suatu hari,trolley itu terbalik,dan kami dimarahi ayah......*(hari ini hari jadi ayah yang ke-49)selamat hari lahir ayah!

****


dulu,zaman-zaman sekolah suka ckp mcm ni.."lagi 70%aku nak matang!"semngat nak jadi matang?sbb apa ya?ntah la..sbb kalau matang ni...fikiran lebih dewasa..maksudnya,bila berkawan..x dela ber'geng-geng' bagai.pastu,boleh menyelit bila orang dewasa bercakap...masa tu dh pndai jaga hati orang...dah boleh segala-galanya!

tp...kalau matang...saya selalu terfikir "serius".sbb saya bukan lah seorang yang serius n pendiam melainkan pada orang yang saya belum kenal.pada mereka yang saya belum kenal dgn baik,saya akan lebih mendiamkan diri,x terlalu hyperaktif.sbb saya suka knal seseorang dengan perlahan-lahan bukan terus masuk.mungkin itu juga sebabnya orang kata saya sombong.(mereka yang jujur mengatakan sebegitu)dan..saya tak suka dengar keburukan ttg seseorang yang saya belum kenal hati budinya.kerana ia akan menjejaskan pandangan saya terhadapnya.

berbalik kpd soal kematangan.saya terbaca di blog iluvislam.com. dalam postnya "anda semakin matang bila?"jom kita cek sma2..matangkah kita sebenarnya?

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
-erm...most of the time.tengok hajat tu mcm mana jugak laa...hehe
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
-yup.sbb saya akan anggap sesuatu perkara yang tersinggung itu hanya salah faham mungkin?dan saya takkan semudahnya melupakan,tp saya cuma x nak persekitaran atau hubungan yang keruh...jadi saya sembunyikan..dan mengharap orang itu sedar=)
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
-secara jujurnya mestilah ada.tp itu normal.tiada hasad dengki dan sebagainya...inshaAllah
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
-erm..kadang2 ya.kadang2 tak.tapi saya selalu paksa diri untuk think positif dan memikirkannya sebagai lumrah hidup..no one's perfect right?^_^
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
-itu semestinya..malu lah nak gelojoh2.rileks2 sudah~haha
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
-alhamdulillah..tiada rasa sebegitu buat masa ini.saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini..semuanya serba sederhana...apa-apa yang Allah bagi pun rezeki...
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
-erm..yang tu saya cuba,tp saya tak tahu sejauh mana orang lain dapat rasakannya...kene tny pendpat yang lain yang pernah bekerja bawah saya...=)
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
-alhamdulillah setakat ni saya dapat menerimanya dengan baik.walaupun kdg2 pahit tp lebih baik ada kritikan drpd tiada kan?saya tak suka memperbesar2 sesuatu yang belum pasti atau yang pasti.sbb hanya Allah yang Maha Mengetahui
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
-alhamdulillah,ya=)
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
-so far,tak de masalah lg ttg ini..
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
-hehe..yup.itu normal.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
-itu semestinya.lebih baik ckp tak tahu dr buat-buat tahu dan sudah jelas salah..
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
-alhamdulillah...orang2 tua bg saya golongan yang snsitif..tak perlu pandang negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
-saya sukakan yang sederhana...takut nak berlebih2an dalam sesuatu..sempurna atau tidak bergantung kepada hasilnya..itu terpulang pada yang lain untuk menilai=)
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
-most of the time..sbb nak kne jaga hati orang.perkara yang selalu saya titikberatkan dalam hidup
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
-haha...tengok mood.(x baiknya)=(..tp saya sedang belajar untuk positif dgn semua...
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
-wallahualam..tp itu yang saya dambakan dalam hidup bersahabat
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
-haha..tanyalah mereka.tp ...saya akan lakukan perkara yang sma pada lelaki mahupun perempuan..

matang pun matang juga, sesekali kne "rock" jugak..haha.jangan terkejut,ramai yang anggap saya gadis sopan santun...tp sebenarnya saya lebih dr itu...haha.x knal makan x cinta..sopan pun kne lah jaga,tp pastikan kita mampu buat lebih dr apa yang orang tak terjangkau kita mampu buat..baru lah EXTRAordinary..=P..

post ini merapu.sekian

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.