31 October 2011

One life can make a difference


Just One
Unknown

One song can spark a moment,
One flower can wake the dream
One tree can start a forest,
One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,
One handclasp lifts a soul.
One star can guide a ship at sea,
One word can frame the goal

One vote can change a nation,
One sunbeam lights a room
One candle wipes out darkness,
One laugh will conquer gloom.

One step must start each journey.
One word must start each prayer.
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

One voice can speak with wisdom,
One heart can know what's true,

One life can make a difference,
You see, it's up to you!
wink

aku bukan wanita biasa



dia.
membuat aku terfikir.
langkah demi langkah ku atur.
membuat aku terus berfikir.
dan
fikir.


entah rasa apa yang hadir pada hari itu. keyakinan yang hadir seakan 'bukan' aku. benar kah keputusan itu? untuk mengatakan apa yang selama ini ku pendam. tp, sungguh.. ketenangan itu bermula sejak hari itu... namun, perasaan 'malu' semakin kuat mencengkam, kerna aku bukan 'wanita biasa'.


aku semakin diam.
aku semakin menjauh.

selebihnya,kuserahkan hanya pada Allah.




"kak fatin, kita nak tny something boleh?"

sambil saya khusyuk membuat kerja. satu soalan menyapa. lantas membuat saya terfikir.
"boleh, apa dia...?"

"kak fatin dah tak suka .... ke?

saya terdiam.confused
"emhh...?"
"kenapa tanya..?"

"xde lah, lately kak ftn xde plak cerita psal dia"
"ouh..hemm... entah la,kak fatin malu.."




bagi ku, aku harus tangani perasaan ini dengan bijak.
sesuatu yang...bukan boleh di pandang enteng.
selepas apa yang berlaku, aku mengambil keputusan untuk diam.
tapi, seperti nya.. aku masih menunggu...

namun aku yakin, apa jua kemungkinan yang bakal hadir, aku harus terima dengan penuh redha. cause Allah knows best!









-monolog-

30 October 2011

be apart




this is the second time i join the ISK(ini sejarah kita). untuk yg pertama kalinya saya dapat full version. but it is only half day. mungkin tak merangkumi semua zaman dengan detail, but dr. eva boleh menceritakan semuanya dengan jelas dan menyentuh.

sebelum ni , saya tak berpeluang untuk join sehari suntuk. maka saya dapat input yang sedikit. very interesting. membuat saya berfikir.

alhamdulillah.




:103:

honestly.

saya bukan lah insan sempurna. yang terlalu baik. saya mengaku. saya juga punya nafsu. saya juga pernah tewas. saya juga pernah lakukan dosa. kata orang 'no one's perfect', right? tp, kdg2 saya cuba nak buang pemikiran yang tak de siapa sempurna, kerna pada saya, selagi saya pegang pada kata-kata tu, saya cenderung kepada "takpelah, stakat ni sahaja. tak ade ape yg sempurna".

akhirnya,usaha saya kurang. saya cenderung ntuk ambil sesuatu tu, atau jadikan sesuatu tu 'on surface' je. tak mendalam. tak betul2 istiqamah. cukup sekadar terima apa adanya. maka, hari ini lepas menghadiri ISK kali ke-2 ni, saya rasa, saya harus tukar satu paradigma baru dalam diri.

dan, saya harus bermula pada diri sendiri.


pemikiran yang selalu melemahkan. terlalu merendah diri sehingga tenggelam keyakinan dan ability.hurm!kata kak eva @ dr. eva mahirah, she's a doctor actually. hebat kan? saya kagum dengan kak eva, she's intelligent dan pandai menyampaikan dengan bahasa yang tersusun n cukup tenang.kata nya, usrah, daurah, jaulah, dakwah, bukan untuk orang yang tertentu sahaja. ia untuk sesiapa sahaja. ini antara wasilah kita ,pada zaman skrg ini untuk membina semula kefahaman ttg kalimah 'lailahaillallah' pada setiap individu. dan ia perlu dimulakan semula dengan individu.





tiba-tiba saya terfikir. "mungkin apa yang Allah beri pada aku ini satu peluang untuk aku tunjukkan contoh yang terbaik". ini 'rezki' yang Allah beri. bakat yang Allah kurniakan ini, sebenarnya telah menyebabkan segelintir pelajar dalam kulliyyah senibina cukup kenal dgn nama 'fatin nadia rusli'. even, abang saya sendiri pernah bgtaw, budak practical di tempatnya pun knal saya. cuma nya saya belum mengenali mereka kesemuanya.

alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan Allah beri. itu semua berkat doa dr ibu. saya selalu minta ibu doakan. dan ibu sememangnya selalu mendoakan anak-anak nya. malah abang sendiri selalu pesan, dalam tiap-tiap doa kita, sebuat kan nama penuh adik beradik , supaya berjaya menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.


cuma apa yang hendak saya relatekan di sini, dengan bermulanya individu muslim, mungkin satu perubahan harus ada dalam diri. kata orang, kalau nak tunggu diri sempurna, sampai bila-bila pun kita takkan mula sampai kita rasa sempurna.ye kan?

dan, td saya terfikir. saya perlu bangkit. mungkin perlu letakkan rasa 'rendah diri' yang bertempat. dalam situasi saya sekrang ni, saya harus cuba sentiasa perbaiki diri. dan PERLU tunjukkan contoh yang terbaik. tanggungjawab yang besar dan berat, bila Allah 'beri' sesuatu, saya harus lihat hikmah di sebaliknya, dan cuba manfaatkannya untuk agama.

bila semua orang mengenali kita, knal kita, siapa kita, people will keep an eye on us. bukan lecturer sahaja, malah orang sekeliling kita , kawan2 kita, mak guard, mak cik cafe...penjual baju, bunga, computer , buku...sesiapa sahaja... dan bila kita dilihat, kita harus menjadi qudwah yang baik buat orang sekeliling kita. dan di situ lah bermulanya satu tanggungjawab yang besar. tapi, sambil kita buat kebaikan, pahala kita berjalan bila semuanya demi REDHA ALLAH.

(kadang-kadang benda ni, senang di mulut, tp susah untuk diamalkan)
astaghfirullah.mohon Allah bimbing.


mcm kak eva cakap, kalau kita pakai tudung 'kerana' lelaki. mcm2 yang berlegar di fikiran.

"kenapa aku perlu tutup? diorang la yg sepatutnya menutup pandangan.."
"kenapa aku plak, diorang tu kne la kawal nafsu.."
"kenapa...kenapa..?"

mcm2 persoalan yang akan timbul kan? TAPI, bila kita buat kerana Allah , "aku buat ini kerana Allah", apa lagi yang akan kita persoalkan? sebab, bila kita ikut agama Allah, segala jawapannya telah tersedia.



zaman ini, no one respect Islam. so sebenrnya kita dah kembali pada zaman Makkah. di mana Islam mula di bawa, mula diperkenalkan. cuma bezanya hari ini, golongan kita adalah golongan yang sudah berilmu. sudah faham ttg Islam. tp masih belum mengamalkan Islam. Islam hanya pada nama. hukum Allah tidak dijalankan. ada ke tamadun islam skrg?

tak ada.

bila bercakap ttg tamadun, gambar2 lama yang ditonjolkan. zaman di mana ISLAM MENGUASAI 2/3 DUNIA. subhanallah. terketar hati saya bila kak eva menyebut ttg zaman kegemilangan Islam. sirah adalah sesuatu yang sgt menarik jika kita kupas dan baca dengan mata hati.


3 golongan zaman makkah,

1. golongan yang benar2 menegakkan Islam
2. golongan yang menentang Islam
3. golongan yang wait & see

"di mana kita?",tanya dr. eva


saya tersentak.

saya adalah golongan yang wait n see.

saya hadir usrah sekadar mencari ketenangan.
saya hadir usrah sekadar nak menambah ilmu.
saya hadir ISK sekadar nak ingat sejarah.
saya hadir itu ini sekadar nak....itu ini....


tapi,
kenapa saya tak MOVE FORWARD untuk DO SOMETHING untuk agama?
kalau bukan kita yang dipilih Allah, Allah akan meletakkan orang lain sebagai pengganti. it's not about quantity... tp satu hari nt ISLAM tetap akan menang! PASTI!


dan...



jangan nanti.. bila Islam mula bangkit, kita akan kata " kenapa dulu aku tak sama-sama bangunkan Islam???! kenapa!!???..." jangan bila nanti Islam bangun, baru kita menerima Islam keseluruhannya.

kita semua tahu, Islam mula jatuh pada tahun 1924. bila mana kamal attartuk memodernise kan Islam kononnya, jadikan Islam secular. pada waktu tu, tiada yang perasan. then, pada saat itu, lenyaplah Khilafah Islamiyyah. it is a BIG CHANGE! kata kak eva. dan dek kerana situasi inilah, kita harus bina semula golongan yang menegakkan Islam seperti zaman Makkah dahulu.

jadikan Islam cara hidup kita.
inshaAllah, semoga kita semua, sama2 termasuk dalam golongan yang pertama.





wallahualam.
till next time, Insha-Allah.:60:



ISK.
mahallah hafsa,iium gombak.

"be apart"


bila exam


bila exam
sekadar nak lulus
soalan yang dirasakan tak masuk
skip pembacaan

mana-mana yang dirasakan
soalan bakal keluar
hafal bagai nak rak

akhirnya
ilmu apa yang kita dapat?

kalau sekadar
timba ilmu
untuk exam?

kita hafal, dan terus menghafal
adakalanya
kita tak faham pun
susah nak hadam

masa semakin suntuk
dalam kelas, masa mula-mula tak faham
malas bertanya.
sifat suka bertangguh.
lepas kelas berkeliaran
makan. berborak.

menunggu petang.
malam,pagi.

dan bermula rutin seperti biasa.
credit hour yang banyak.
otak serabut.
assignment bertimbun.
submission bertindih.

buku?
tak sempat nak dibuka.
project menanti.
ilham dinanti.

hari silih berganti.
tubuh masih kaku di sini.

mengeluh.
masa suntuk.
sistem pembelajaran
ada yang tak kena

kenapa di overseas lebih mudah
credit hour sedikit
satu sem satu project?

sdgkan kita,
satu sem 3 project
university requirement.
kalau tak lulus
tak boleg grad.

tension.




akhirnya?
apa yang aku dapat?

muhasabah.
lillahi ta'ala.


*amalkan surah al-fatihah,doa penerang hati, ayat seribu dinar, selawat.
mohon Allah terangkan hati.

28 October 2011

kering


bila jiwa kering
gersang
siramilah ia dengan air keimanan

bilamana lidah mu kering
bibir mu pucat lesu
basahkanlah ia dengan zikrullah

bila angin lalu mengeringkan
doa kan semoga hujan
bisa membasahi

tiada jalan semudah itu
tiada waktu selama itu

semua
ada peraturan hidupnya
tersendiri

ingat
Allah itu yang memberi

jangan biarkan jiwa mu
kering.


siramilah.
hanya dengan
MENGINGATI ALLAH.:67:


remember Allah much, that you may be successful.

3 weeks left..


"saya nak tunjuk kat prof lah gambar ni.."
"madaaaam.....jgn laa...malu laa saya"

prof menghampiri,
"haha..i've read this since this morning"
"ouh...redface mdam ni..malu la saya"

sambil tgn saya cuba mencapai surat khabar di tangan madam. saya lipat dan tutup.

"apa yang nak dimalukan? saya masuk paper rileks je...hahaha..."
"alaa...prof lain..."


dan ,
hari ni telah pun berlalu. the picture is quite big. n kat mana2 orang 'menyakat' saya. uhh...malu.rolleyes tp yang kelakarnya saya tak baca lagi overall cerita nya ttg apa sehinggalah saya duduk di bilik dan baca sendirian.haha.

it's all about the sister's night waktu KAEDfest'11 hari tu. it was awesome n cool! and the way the reporter tried to deliver the story was soo good! terasa macam, rindu kan saat tu smula.huhu. since that event, as an executive director, i' ve learnt so many things! bila hanya melibatkan sisters, everything from A-Z we have to master about it. termasuk la PA system, spotlight, lighting, etc. I think, this is a new and good experience ntuk blaja bnyk benda selain drpd menjadikan majlis tu berjaya.

at the first place, i thought that event tak berjaya. mcm disappointed jugak. but then, we tried to delay sket. it's quite late that time. last2, kami decide ntuk proceed je. and once majlis tu berjalan, everyhthing seems like on the right track. n semakin lma semakin fun. rasa terharu n tercapai matlamat. alhamdulillah.razz

n now, i was thinking that, this might be my new achievement for this tenure in Archimic society. there's three weeks left. then, will pass the tenure to the new main committee members. wink hope they'll do great in the future for KAED's betterment.inshaAllah.






"fatin! jd artis sehari!.."
"aish..! "





i was there once..
ARCHIMIC mainboard


kenangan di hari tua
:face45:

melakar


lakar dan terus melakar
sebuah kehidupan yang engkau idamkan

tanpa perlunya sebuah "jealousy"
tanpa "show off"

lakukan sehabis baik
with excellence!



"indeed, Allah loves when one of you does anything that he/she does it excellently"
hadith


ethics.fiqh in everyday life
ungs2050
dr. spahic omer class
18 oct 2011
2.00pm


malu ku


dan..

aku menjadi malu
malu..
bila Allah itu terlalu banyak memberi.

di saat diri tersalut dosa
masih,
Yang Maha Pemurah
terus memberi.

syukur.
aku masih diberi nafas
untuk terus hidup di bumi ini.
untuk aku perbaiki.
segala kekurangan dan kelemahan diri.
yang masih di sini.
tergapai-gapai,
dan
masih mencari.

sebuah ilham.
penentu masa depan.
moga Allah permudah kan.

malam ku ini,
tahajjud ku ini,
tasbih dan tahmid ku.

bersujud
dan terus bersujud
menghadap Mu.

Ya Allah.
ampuni dosa hamba Mu.




iium,gombak.
sahur 1 zulhijjah 1432H

:face37:

27 October 2011

aku umat akhir zaman


perlu ada yang selalu mengingatkan,
menegur, dan
memberi nasihat.


baru terasa diri banyak dosa.
baru terasa lemahnya iman.

kalau asyik rasa diri tu betul.

sampai bila-bila pun kita tidak akan sedar
yang kita banyak dosa.


terlalu lemah.
terlalu leka.

dunia ini.

akhir zaman ini.


godaan,
segala macam "bahaya"

bermula saat pertama aku melangkah keluar.


fitnah dunia yang terlalu berleluasa.

hati dan iman yang lemah.
terlalu mudah goyah.
aku di antaranya.

tarbiyyah,
dapat membina benteng yang nipis dalam diri.
aku masih merangkak.

ketinggalan.

sesat.

mundar mandir.


belum istiqamah.

aku masih jahil
tentang ilmu agama.
masih terlalu banyak ruang kosong yang perlu diisi.


aku masih belajar.

belajar merangkak
dalam keramaian yang sudah bisa berlari.

dua 'dunia' ini berbeza.

aku diantara nya.


namun hatiku tetap berbisik "aku mahu syurga itu"

26 October 2011

suka


"kak fatin, obvious la kak fatin suka kat dia.."
"huh...suka kat siapa ni..?"


"elleh..buat2 tak tahu pulak..."

"heyy..... astaghfirullahal'azim...yeke.....?!"
neutral



Ya Rabb,
andai ada "sesuatu" yang aku lakukan dengan tanpa ku sedar mahupun tidak,
izinkan aku untuk selalu dalam sentuhan dan bimbingan Mu,
andai aku tak jauh terpesong dari landasan redha Mu,
lantas menimbulkan satu "perasaan" dalam hati.

jika aku cinta kan nya kerana agama yang ada pada Nya,
mohon Kau bimbinglah aku
berikan aku petunjuk
dan pimpinlah hati ini, agar tak salah memilih.
agar aku terus dibimbing dan ditarbiyah dalam suasana yang cinta kan Islam.

hati saya dah mula resah. mula tidak senang. adakah ini ujian hati lagi? setelah lama ia membisu. kini kembali bertaut di hati. astaghfirullah.

perjalanan ku masih panjang.

aku harus pandai merancang.





"ya Allah, ya Tuhan ku... kurniakanlah aku seorang suami yang baik yang bisa menjadi sahabatku dalam urusan agamaku di dunia dan di akhirat kelak...."

ameen.

25 October 2011

dhuha




"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.



:86:

24 October 2011

"ya Allah, ampuni dosaku"


sebelum masuk tidur, saya belek2 helaian muka surat nota-nota lama saya. barangkali ilham masih belum berkunjung. jam sudah menunjukkan pkul 1:29 pagi. saya masih belum tidur. lantas, terbuka muka surat yang tertera kata-kata di atas. sepertinya saya pernah berjanji pada diri. tapi...adakah janji itu saya kota kan?




hurm. masa terasa begitu pantas berlalu. tp entah kenapa terasa diri terlalu 'kurang'. terlalu banyak dosa, sehingga terasa tak selayaknya aku berpijak di bumi Tuhan ini. "Ya Rabb, aku tahu.. tp aku terlalu lemah, terlalu hina.aku terasa seperti aku tidak layak untuk berterusan menerima nikmat Mu.."

ampuni dosaku Ya Allah!

ampuni semua dosa2 lalu ku ya Rahman!

ampuni dosaku yang sedar dan tidak Ya Raheem!cry











sebab itu saya memilih jalan lain. untuk tetap istiqamah dalam usrah. supaya hati ini benar2 terpelihara. terdidik dan terjaga dengan sempurna. tp...kenapa begitu mudah untuk tersasar di kala berada di 'dunia' yang lain?

adakah kerana lemahnya iman! betapa kurang nya amalan. lantaran, bila melakukan kesalahn, terasa..terasa....diri begitu berdosa. arghhh! "ya Rabb, Engkau bimbinglah aku, pimpinlah aku....sesungguhnya aku benar2 merindukan syurga Mu...."











"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu...":63:








mood: black & white
saya masih mencari ilham.
bersedia untuk di crit esok.



"pimpinlah aku, dan terus memimpin, agar aku tidak pergi jauh dari Mu":135:

19 October 2011

the juniors

batch landscape



assalamualaikum everyone!

huhu.banyak posts ni seems like there's a lot of free time kan? actually, this week most of my classes r cancel. soo...i don't have to come to the class, BUT. still we have lots of assignment to be done since our lecturers dah tinggalkan wasiat siap2. mrgreen hurm.

assignment kali ni kne merayau sket within uia.best jugak. dan tempat yang sekali sekala kami suka pergi, ke studio adik2 junior yang sgt2 memerlukan sokongan.wink and there we are. datang untuk sharing2 our student's life.

is it hard to be a design student?
ya.tak.ya.tak...

the reason is in ur heart. if we say yes, then, that's what we 'll feel. dan bukanlah niat saya untuk berkata yang tidak benar kepada adik2, cumanya, saya tak mahu mereka menjalani kehidupan yang tak enjoy n tak seronok bila belajar. kebanyakan mentaliti design students ni...

" tidur x cukup,kne stay up smpi pagi.....n so on"

sometimes true. sometimes not.hurm.thinking:57:








:s:"kak fatin, kak fatin!...mcm mana kak fatin bahagi masa ya? akak x stay up kat studio ke?"

:133: erm, mcm mana akak bahagi masa? (kemudian saya menjawab dengan jujur) honestly, akak ni jenis buat kerja yang ikut mood. akak lebih suka buat jadual yang tersusun n ikut keselesaan n kesesuaian masa kita. kadang-kadang suka jugak melengahkan masa, but everything dah ada dalam kepala sebelum start keje.so, bila dah start buat kerja tu, sekejap je lah jadinya. kadang-kadang tym tidur pun termimpi2 apa yang nak dibuat. plus, doa-doa lah selalu, moga Allah kurniakan kita ilham tiap kali dapat task project, etc.

stay up kat studio tu jarang la. akak selalu lepak blik je. lebih selesa. nak rehat bila2 pun boleh guling2.hahah.mrgreen tp, kalau ada kerja group tu, x dapat nak elak lah. tp apa-apa pun abang akak selalu pesan, jangan sesekali lawan hukum alam. buat je kerja sehabis baik, yang penting kita ada effort ke arah "nak siap". kadang-kadang lecturer judge dr situ. effort n disiplin. mereka tak lah sekejam tu terus nak bg fail kat student. kadang-kadang, ada rezeki dpt lecturer baik, dia bagi masa untuk kita siapkan. n doa2 lah selalu minta Allah lembutkan hati lecturer kita.wink

akak pernah je stay up smpi pagi. takut x sempat siap kerja. buat kerja smpi naik atas meja kat bilik. drawing besar punye pasal. n kdg2 akak stay up untuk tolong kwn2 yg x siap. tp, stay up "sampi tak tidur" ni jarang2 akak buat. erm, sepanjang belajar ni, ada la dalam 2-3 kali. akak jenis gamble je, siap kerja, maka siap lah. tak siap nak buat mcm mana?kan? tawakal je lah. tp sebaik-baiknya, siapkanlah.



:s:"akak jenis dapat project terus buat ya?"

:133: hurm..tak jugak. tengok keadaan jugak. yang penting bila semangat nak buat, bila2 pun kerja jalan. tp sebaik2 nya terus start. mulakan dengan pembacaan stdy dulu brief, n tgk contoh kerja2 yang mantap untuk cr ilham. n tak tahu tanya lecturer.

hm, korang first year nii...tny je mcm2 soalan,bodoh2 pun x pe. sebab nt dah naik upper year lecturer akan expect kita tahu bnda2 basic.

"takutnya.."

tak delah. akak bukan nak menakutkan . and xde apa yang nak ditakutkan. once korang dah lalui semua ni..korang tak rasa apa. enjoy je masa belajar, follow the flow. belajar memang mcm tu. jangan berat kan fikiran sgt. korang akan belajar skit2..:50:



:120:"akak punya kerja mesti kemas kan?"

:133:haha.itu akak tak boleh nak komen. kne tny kawan2 akak. kne tny diorang mcm mana akak buat kerja. akak tak particular sgt bnda2 detail n kecik2 ni. but people see me like that.eek kerja akak la paling sempoi. touch sini sket, sna sket. but then, people still cakap..."woaaa!"...haha.no komen on this.

alhamdulillah. mungkin bakat yang Allah kurniakan akak jadi mcm ni. but actually, bakat tu sgt2 boleh di asah. yang penting kita ada usaha ke arah tu.


:120:"mcm mana akak dpt pointer 3.*** ? share laa akak..."

haha.mana taw ni...?

"tuan presiden yang bgtaw.."

(amboi2.akrammmm!)

hurm. alhamdulillah tu semua rezeki. razzakak pun, tak tahu lah nak ckp mcm mana. haha. just attend kelas, buat assignment yang disuruh. akak bukan nya dilahirkan terus pandai. since sekolah lagi akak ni, biasa2 je. bukan budak2 kelas first. but then, akak realise since abang akak ckp, kat U nt, semua start dr zero. bukan ikut result sekolah lg.

so, dr kata-kata tu akak blaja untuk compete secara sihat. kat university lebih banyak berdikari. mungkin akak suka sistem pembelajaran yang tak terlalu bersistem dan 'bersuap'. so dr situ akak bebas nak blaja ilmu apa. akak suka duduk library. selain buka buku landskap, akak suka buka buku-buku lain.

akak memang tak minat membaca, tp akak jenis "pantang" kalau dalam kelas, bila di soal akak tak dapat jawab. rasa mcm "Ya Allah! bodohnya aku". kan bila kita belajar, kita akan rasa semakin bodoh. semakin banyak benda yang kita tak tahu.kan? dr situ akak cuba bawa diri. baiki kelemahan diri.tp otak akak bukanlah otak yang kuat mengingat, akak bukan jenis menghafal punya student. akak jenis baca>faham> dan jawab ikut akal logic, hati,firasat dan apa yang akak rasa yakin dengannya.

mcm tu jugak kuiz. n exam atau apa2 sahaja. akak ada prinsip sendiri. akak suka bersikap "jujur". even nak dapat markah, akak tak suka tabiat meniru. semata2 takut fail subject. akak just letak keyakinan bahawa belajar tu perlukan keberkatan. kalau kita dapat A sekali pun, kalau dengan cara yang tak berkat, akak rasa malu nak tunjuk result tu pada ibu akak.

tp ingatlah, belajar tu bukan untuk dapat kerja semata2. tp niatkan kerana Allah. everytime akak study something, akak selalu niatkan dalam hati, kalau ada something yang akak boleh relatekan dengan Islam. seronok taw.kalau kita boleh buat project then masukkan unsur2 Islam,etc.

alhamdulillah, kat uia ni hari-hari pun lecturer bercakap ttg Islam, sejarah, tamadun, taman Islam, ethics, fiqh, code ethics, Islamic worldview semua relate ttg Islam! dr situ jugak akak sedar, selalu betulkan niat, belajar kerana apa? lillahi ta'ala.

tp sebagai manusia biasa, akak pun akur, kdg2 kita alpa leka dan selalu lalai. so akak cuba cr hubungan dengan dunia "luar KAED". akak mula join usrah, yang mana kat situ akak jumpe satu lagi kaedah belajar. buat bekalan untuk akhirat pulak. akak fikir, hidup ni, kne seimbang dunia akhirat. sebab akak lemah, akak mudah terpengaruh dengan persekitaran, so akak kena cr persekitaran yang mampu mendekatkan akak dengan Pencipta akak. yang selalu mengingatkan aka tentang akhirat. kematian. aurat. adab. fiqh. fardhu ain. fardhu kifayah.

akak buat semua ni, bila kejayaan demi kejayaan akak kecapi. sangat bersyukur! tp, apa lah sgt erti kejayaan yang cuma smentara ni. dan akak terifkir, kalau bukan Allah yang bagi, mungkin smua ni bukan milik akak. dan, akak malu kalau A itu Allah yang bagi, but tak de apa yang akak return balik pada Dia. maka, kne selalu lah ingat Allah. dia bagi kita mcm2! jadi nak dpt 3.*** kne banyak lah berdoa. usaha. tawakkal.wink

belajar perlu berkongsi. abang akak selalu pesan. dan akak selalu pegang prinsip. IF nak berjaya, tak boleh berjaya sorang2. tak seronok.redface apa yang kita tahu, kita pandai tentang nya, kita kne ajar yang lain, supaya ilmu tu berkembang. dan bila kita sma2 grad nt, batch kita batch yang terbaik!

so, kne pandai sma2 lah. kwn2 yg lemah kita bantu. kalau divide group jgn yang pandai geng yang pndai je. kne bg seimbang. supaya semua group pun mantap. dlm studio tak boleh ada assabiyah. kne hidup bersama. jangan cepat makan hati n terasa. hidup as a family. biar orang luar tgk kita bagus. bagus dalam, bagus luar jugak!



:120:"akak, batch akak yang pegi london n paris tu ye? best taak..."

:133: aah.razz alhamdulillah. best. itu kira mcm reward setelah kita berpenat lelah. korang pun inshaAllah akan pergi jugak. proposed lah nak pegi mana from now. nt senang. susun ahli main board. buat meeting once a week. start collecting money from now on. nt if ade masa free, but la meeting, ktrg bleh advice. inshaAllah, ada usaha, Allah akan permudahkan jalan.


"ehh..akak nak pegi mkn ni..dah makan dah? kalau tak boleh kita sambung borak2 kat bawah..?"
"eh takpe2 ktrg dah makan :) akak, terima kasih banyak taw! akak dpt 3.*** lg taw! bangga kan nama landscape!"

"huhu. inshaAllah! awak pun sma jugak. akak yakin korang boleh. kalau lecturer dah percaya n bagi yang terbaik tu, korang kne buktikan! taw!"
"huhu...inshaAllah"

"terima kasih kak!"
"sma2..ada apa2 masalah dtg je studio akak.."



the conversation ends.






know what, saya lihat pada adik2 ni, mereka ada semngat nak cemerlang. moga Allah permudahkan jalan mereka untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi.wink i can see they have a bright future! ameen Ya Rabb!



"akak, doakanlah kitorang"
"inshaAllah, doakan akak juga ya"



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.