"fatin, rasa lain la dengan dunia luar..kosong.."
"knape..?"
"x sama mcm dalam uia.."
"hmm, itulah cabaran dunia luar. tp, kita kena letakkan kita dalam posisi yang terbaik, anggap org sekeliling kita sebagai mad'u"
"ye lah kan.."
"be positive dgn semua orang even kita tahu orang sekeliling kita teruk.dsb.."
"mcm mana nak positif..tak boleh laa..hmm"
"boleh, anggap semua orang ada potensi untuk ditarbiyyah..just be yourself, jadi qudwah terbaik! but don't be too skema..huhu.."
"fatin...aku rasa teruk la..."
"kenapa pulak?"
"kalau nak pg tmpat keje..naik train yg sma..mesti ktrg perasan ade lelaki2 hensem..cute...pastu usha2.."
"serius?heyy... istighfar bnyk2.. hm, mcm mana ye. fikir mcm ni je... ko nak ke bakal suami ko buat mcm tu? usha2 pmpuan lain?"
"haaa!! aah la kannn... mesti la tak nak! ya Allah fatin, thanks sgt sedarkan aku.."
"hmm..bukannya apa.. mungkin kita tak rasa bnde tu salah..sebab bukan suka pun, just cuci2 mata kan?"
"haah...arghh"
"tp, kita dah ditarbiyyah kat uia, takkan dekat luar kita nak ikut rentak dunia skrg?"
"kalau tak kita siapa lagi?"
"ye lahh..."
"mcm mana ftn jaga pandangan fatin yea..?"
"hmm.. aku biasa2 je.. dekat luar kaed mmg tunduk 90 darjah..haha...tp dlm kaed, sebab ramai kenalan, so jalan biasa je lah.. nnt kawan2 yg kita knal tu, perlu bertegur sape, sebagai tanda kenal n hormat sbg kawan..apa2 pun tengok niat... "
"satu masa dlu, sebenarnya, aku pernah terfikir nak berpurdah... semangat n dah berazam... but then, fikir2 balik.. aku lebih selesa dgn character aku yg mcm ni. lebih mudah untuk berdakwah.. sempoi n senang nak sampaikan..even.....ilmu tak berapa nak cukup... tp akhlak yang baik tu penting... yang buat semua orang rasa selesa dgn kita..."
"hmm.."
"just be yourself"
"aku tak boleh nak jd mcm ko..."
"tak..tak... setiap orang ability die berbeza. prinsip aku, doa banyak2..even dalm situasi kecil"
"mashaAllah fatin..."
"tak ***.. aku biasa je. aku fikir, dalam biasa2 ni, jika kita buat amalan yg luar biasa, org lebih tersentuh.. mcm ..'ohh...mak cik ni sempoi je.. tp dhuha tak pernah tinggal...'...'sis ni cool je...tp tegas dgn lelaki'... aku nak kita jd org yg mcm ni... erm.. aku cerita ni, bukan nak 'show off''.. just nak share... tghri td, ak singgah bank muamalat kejap, ramai sgt orang. hr ni kan hari jumaat, sunat baca surah al-kahfi, kebetulan bawak al-Qur'an dalam beg, so, sambil tunggu tu... baca lah.. alhamdulillah, tak rasa segan pun, atau perasaan riak tak terdetik pun... cuma niatkan dalam hati, kita nak bawak 'trend' tu dlm masyarakat. tp imej kita biasa2 je kan? aku pki skirt jeans je td"
"fuh!..alhamdulillah..subhanallah... aku harap aku kuat mcm ko... pg2 dlm train pun, aku selalu bawa n baca ma;thurat"
"see! boleh pun..takpe...kita skit2, lama2 konsisten inshaAllah"
"aku cuba... tolong bg aku kekuatan ftn..ada pape talk ajak lah aku..."
"inshaAllah... aku selalu gerak sorang2 je... tkut orang lain penat"
"eh tak..takpe...tolong bg aku semangat fatin"
"inshaAllah, ada pape bgtaw je. ingat kita ni dai'e"
"inshaAllah...huh..lega sket rasa..."
"huhu... selalu ingat, jd yg terbaik, untuk dpt pendamping yg baik jugak, n just be urself"
"ameen3...inshaAllah,selamat pergi seminar BM esok!"
"yea, thank you...bye!"
"okay bye fatin...assalamualaikum.."
"wslm wrt.."