Showing posts with label religious. Show all posts
Showing posts with label religious. Show all posts

10 August 2012

mad'u


Allahurabbi, menitis air mata tatkala baca message di tumblr. Terasa...ya Allah, di mana tempatku di sisi Mu? terasa..terlalu jauh sangat, walau berkali-kali cuba untuk mendekati. kadangkala terasa, di mana keikhlasan dalam beramal? riak kah diri ini? kenapa aku di sini? untuk ape aku ke sana?

astaghfirullah.

Jari jemari ini, yang Allah satukan dengan hati, dilhamkan oleh Nya untuk menulis, apa yang sekadar mampu di tafsir oleh akal yang masih cetek ilmunya, dan hati yang mungkin pernah tergores dengan bintik-bintik hitam, yang seringkali cuba dicuci, digilap, namun...pernah juga tersungkur.

kerna



aku juga manusia seperti kalian.

naqibah ku pernah mengatakan, pandanglah setiap orang itu seperti mad'u kita. mad'u  adalah orang yang didakwahkan. kadang terdetik dan terniat dalam hati, aku sampaikan untuk mengajak ke arah kebaikan,namun, tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.




buat adik,

akak pun, sebenarnya masih cuba koreksi diri, masih banyak yang perlu akak perbaiki. salah satu yang menguatkan akak, ialah ukhuwwah dalam berusrah. di situ akan diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal, untuk sentiasa cuba menjaga mutabaah amal, dan selalu mempertingkatkan diri dengan ilmu yang kadang kala kita tak dapat dalam pembelajaran formal.suasana tarbiyyah sebegitu yang menguatkan..kadang2 surrounding kita berubah, kita pula cuba mentarbiyyah kan suasana kita sedaya upaya dengan apa cara..

kekuatan itu, ada...bila mana 'doa rabitah' dibacakan,(itu yang akak dpt rasakan) dan wajah2 sahabat kita yang solehah sentiasa dipancarkan dalam doa. buatkan akak, selalu teringat walau berjauhan dengan mereka. inilah yang dikatakan, ukhuwwah kerana Allah...kita tak pernah berpisah, tp akan bertemu semula di jannah. inshaAllah!



sahabat alam-maya
semoga kita berukhuwwah kerana Allah.



regards
kak fatin 


p/s: bangun tahajjud + berautoCAD #heh
salam ramadhan ke-22


22 May 2012

sampai masanya nanti


“I closed my mouth and spoke to you in a hundred silent ways.” 
[rumi] 


Yang tak pernah mengenali. Yang tak pernah ada rasa cinta. Yang tak pernah ada rasa rindu. Lantas, Allah hadirkan semua rasa itu dalam waktu yang silih berganti. Allah ajarkan aku untuk menjaga hati. Menerima seadanya dan bersabar dengan ujian. Kata ibu, anggap saja semua ni sebagai cabaran-cabaran dalam usia ku. 

Sampai masanya nanti, aku ingin keluarga yang dibangun menjadi keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Aku juga menginginkan keluarga yang menjadi teladan bagi keluarga di kanan kiri hingga mempengaruhi masyarakat menjadi Islami.“Wanita itu dinikahi karena empat hal : karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, (jika tidak) maka celakalah kamu”. (HR. Jamaah kecuali Tirmidzi)

Harmony tidak selalu harus sama; seperti nada yang berbeda namun ketika dipadukan menghasilkan musik yang merdu, atau dua warna membentuk gradasi yang indah.-BeDa

Adapun cinta yang lebih dalam, ia akan berkembang sejalan dengan hari-hari yang dilalui bersama oleh keduanya kelak. Jika hadits Istri Qais mengajarkan ketiadaan rasa suka bisa menyiksa jiwa dan mengakhiri ikatan rumah tangga, sesungguhnya pernikahan memerlukan modal awal kimia jiwa itu; sebagai tunas cinta yang akan menjulang mengangkasa. "Jauh sebelum cinta menjelma menjadi pertemuan dua fisik,"  "ia terlebih dahulu bertaut di alam jiwa. Jika ada pertemuan fisik yang tidak didahului oleh pertemuan jiwa itu bukanlah cinta." - Anis Matta

Mendapatkan gelaran “bidadari” karena keimanannya, ikuti kisah Ummu Ruman - memperistri Bidadari

Wanita-wanita luar biasa. Merekalah yang mampu mendidik putra-putrinya untuk berjihad membela agama. Merekalah yang akan menanamkan semangat berislam dan memperjuangkannya ke dalam jiwa buah hatinya.

catatan yang penuh azam dan harapan.
perkenankan impian ku Ya Rabb
























21 May 2012

ukhuwwah fillah


Dulu, seringkali menggunakan istilah "ukhuwwah fillah". sehingga disalah gunakan untuk golongan bercouple yang "konon" nya Islamik. Okay, abaikan, saya bukan nak bercerita ttg bercouple, dah tentu ramai yang membicarakan isu ini dah harapnya dah jelas dan masing2 dah faham dengan baik. Alhamdulillah.

Catatan kali ni, sekadar ingin berkongsi, perubahan yang telah saya lalui, dan bila semakin membesar dan fikiran makin matang serta memahami hidup pada pandangan yang berbeza dan lebih luas, now, saya faham apa itu 'ukhuwwah fillah'.

Kalau dulu, saya faham pada bahasanya saje. bersahabat atau berkawan kerana Allah. Tapi, belum cukup menghayati maksudnya yang "tersirat". Belum menjiwai istilah ini. Mungkin...sebab berlatar belakangkan sekolah agama, jadi... macam terbiasa guna. Sekarang, saya dapat rasakan nya, dan faham sedalam-dalam nya maksud 'ukhuwwah fillah' di sini (hati).

Bila berukhuwwah kerana Allah, demi mencapai redha Allah, pasti kita akan tanam azam untuk bertemu semula di syurga. kata mereka "reunion semula di syurga". Bila selalu disebut2, rasa mcam... kata-kata biasa yang berlalu seperti angin. Tp, sebenarnya kata-kata tu membawa maksud yang sgt mendalam dan ..erm... syahdu bg saya.Saya selalu terfkir, mcm mana kalau reunion nt saya terlewat sampai ke syurga? (nauzubillah)...mcm mana...n macm mna??!.. 

Mcm 2 yang bermain di fikiran saya. dan..saya tertunduk sedih memikirkan. then, saya fikir, sebab tu ada mutabaah amal, cek amalan mingguan sorang2. dr situ kita dpt tahu 'level' amalan kita tahap apa. berbanding sahabt2 yang lain. Tp, belum cukup setakat tu, keikhlasan kita, kesungguhan dan buangkan segala rasa riak tu paling penting bila kita beribadah. Kalau diikutkan, banyaaaak lagi perkara yang perlu diteliti dalam amalan seharian kita. Tak pernah rasa cukup. Allahuakabar!

Dan manisnya nak berjumpa semula di syurga tu sampai rasa sayang pada teman-teman, tak kira dalam usrah mahupun luar, rasa mcam... bila lihat wajah masing-masing, dah ada niat dalam hati, kita nak ajak dia berubah. kalau boleh nak semua sekali berubah! selalu saya berazam mcm tu. Tp... hati selalu rasa tak mampu. rasa.... erm.... ya, susah. sebab kadang2 kita cukup kenal kawan-kawan kita kan? 

"dia ni mmg 'hardcore' punya free hair"
"erm.. family dia mmg mcm tu.."
"dia ni..."
"dia ni....

semua bisikan2 yang bermain dalam hati. Tp, selalu percaya, kalau bukan kita yang menjadi pemangkin untuk mereka berubah, mungkin ada orang lain yang boleh "sentuh" hati mereka. Berkawan, kalau sekadar suka-suka tanpa ada batasan, lelaki atau perempuan, terlalu bersuka ria sampai tak ingat dunia... (harapnya ingat akhirat..hehe) atau sekadar memenuhi kepentingan masing-masing, belum cukup syarat untuk berjumpa di syurga. Lepas ditarbiyyah, saya pandang wajah kawan-kawan, sahabat2 saya dengan penuh harapan. Terdetik di hati berkali-kali, "aku ingin mengajak mereka bersama-sama dalam 'jalan ini'". Mereka kata, semua orang ada potensi.


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman -inteam
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.
Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!- copied


[Kata mereka, "bersahabat biarlah sampai ke syurga" :')]

Love ♥
 
nadia rusli



10 March 2012

saya.awak.kita






pernah tak, sekali sekala dalam hidup ni kita terlalu cepat menilai orang pada pandangan pertama kita? pernah tak terdetik di hati kita..." subhanallah....cantik nya wanita ini, untung sesiapa yang memilki nya..?"....."bergaya nya lelaki ni, siapa yang bakal menjadi isteri dia pasti bahagia..."
kadang-kadang kita pernah jumpa dengan orang yang nampak sgt berkarisma. nampak sangat sopan santun. nampak sangat kemas penampilannya. boleh kata, everything's perfect on him/her. teringin nak jadi macam tu. nak juga jadi mcam dia.:g:

pernah tak, kita cuba kenal betul2 orang yang macam tu? adakah tanggapan kita pada pertama kali kita memandang sama seperti kita dah kenal lama? dan...sekrang, adakah sama? adakah kita ingin jadi seperti mereka lagi?

sesetengah orang, mungkin mereka nampak berkarisma. sangat tekun bersociety. nampak aktif, tp, adakalnya pelajaran entah ke mana. kehadiran ke kelas pun, tak konsisten. ada orang pulak, sgt rajin ke kelas, sgt pandai, tp tak mahu bersosial. kehidupan aku,hal aku. hal orang lain tidak diambil peduli. setengah orang pulak, sgt pandai,baik. rajin. tekun. kemas. menghormati dan menghargai orang lain. cuba untuk memenuhi dan mengambil hati semua pihak, tp nilaian pertama manusia yang belum benar2 kenal, ternyata sekali bukan seperti itu.

manusia , pastinya berbeza. warna rambut mungkin sama. tp hati kita lain-lain. kan best, kalau apa yang boleh dinilai pada raut wajah, itu lah yang tergambar pada character nya? mungkin juga ini menunjukkan Allah itu Maha Adil. raut wajah yang cantik sempurna, belum tentu hatinya baik sempurna. dan hati yang baik, belum tentu memilki wajah yang cantik rupawan. tp, percayalah, hati yang baik akan tetap terpancar pada wajah. wink

saya nak berkongsi sesuatu, untuk saya, awak dan kita semua. mungkin kita boleh bina sifat yang baik dalam diri kita. supaya apa yang dinilai manusia pada zahir, tp batinnya dalam keadaan baik.:h:






Tips to becoming a stronger Muslim : source


  1. Accept that Allah (God) exists and that his attributes are beyond our imagination.
  2. Pray sincerely.
  3. Pray in the middle of the night.
  4. Recite His name every time.
  5. Be grateful for everything you have, be it spiritual, mental, or physical.
  6. Protect your chastity.
  7. Keep to your promises.
  8. Respect the opinion of others.
  9. Fast for the right reasons.
  10. Never lie.
  11. Be good to your family
  12. Struggle towards good will.
  13. Practice felicity towards everything.
  14. Be gracious towards your parents.
  15. Don’t sough over your loved one’s death.
  16. Never waste your time on useless things.
  17. Try a lot to seek out knowledge, even if it is to be in your enemy’s hands.
  18. Always think right.
  19. Keep your body, clothes, housewares, and everything you own clean.
  20. Always help the poor and orphans by any means possible.
  21. Repent if you have committed a sin every time.

Just a few general tips on becoming a stronger Muslim. In my opinion, Islam is really a way of life, not just a religion. It’s the life of peace. When researching Islam, always pick your sources wisely because there are many that mislead people into believing false claims in Islam.


biar kita cantik dalaman dan luaran. dan biarlah apa pun nilaian manusia, nilaian Allah tetap paling satu! kita pun kenalah nilai diri kita satu per satu, banyakkan bercampur dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik akhlak nya.dengan golongan dewasa yang bnyk pengalaman dan matang fikirannya. tak salah jika kita memerhati dan mencontohi mana yang baik. dalam hidup kita, pasti ada dalam kalangan teman-teman rapat yang kita kagumi kan? rapat lah dengan mereka, bentuk diri anda dan ubah lah ke arah yang lebih baik. wink inshaAllah anda pun akan jd seperti mereka, malah mungkin lebih baik.siapa tahu?

untuk saya,awak dan kita. jom sama-sama baiki diri. demi kesejahteraan umat. untuk sama-sama kita hidup berlandaskan nilai-nilai Islam, supaya tiada yang tersakiti. tiada yang tertipu. tiada yang tertindas. tiada yang didiskriminasi. kita semua sama. yang lain cuma hati kita. dan keikhlasan kita dalam membina hidup, berdepan dengan manusia.

jadilah diri kita sendiri.





mencari sumber inspirasi :90:
membaiki diri
mencari cinta hakiki.

uiam.gombak

12 February 2012

takdir hari ini


Firman Allah SWT bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al Ankabut: 2)

Huraian Ayat:

  1. Bukan mudah sebenarnya untuk kita mendapat nikmat syurga :86:Allah SWT di akhirat kelak dengan hanya mengisytiharkan keimanan melalui bibir dan mulut sahaja. Allah SWT semestinya akan menguji keimanan setiap hambanya untuk mengetahui sejauh mana kualiti keimanan itu. Keimanan ini harus dibuktikan melalui ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melakukan dengan anggota badan
  2. Dalam kita memperjuangkan muamalah Islam khususnya aspek pengurusan risiko ini, semestinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran- cabaran ini boleh datang dari luar atau dalaman diri kita sendiri. Sengaja Allah SWT menurunkan cabaran-cabaran ini sebagai ujian untuk mengenalpasti siapa yang akan terus iltizam dan istiqamah dalam perjuangan ini. Hal ini merupakan proses penapisan secara langsung dari Allah SWT untuk mengetahui siapa yang benar-benar beriman kepadaNya.
  3. Allah SWT menjelaskan bahawa cara untuk berhadapan dengan ujian ini adalah dengan meminta pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Firman Allah SWT; “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)
  4. Terdapat tiga jenis kesabaran yang perlu ada pada setiap Muslim iaitu:
    a) Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah
    b) Sabar daripada melakukan maksiat kepadaNya
    c) Sabar atas segala takdir kesusahan dan ujian yang menimpa
  5. Justeru, segala masalah dan cabaran yang kita hadapi, anggaplah ia merupakan ujian dari Allah SWT. InsyaAllah, dengan kesabaran yang jitu, perancangan yang baik dan kesatuan yang mantap akan membuahkan penyelesaian dan jalan keluar dari masalah-masalah yang dihadapi. Semoga kita menjadi hambaNya yang sabar.
sumber





kadangkala dalam hidup ni, kita tak tahu apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. kita tak tahu apa takdir kita hari ini, dan untuk hari-hari yang seterusnya. mungkin kita boleh berharap dan bergantung, tapi. bukan pada manusia.

seringkali bila kita diuji, kita terasa seperti hari kita sudah tak bererti lagi. hidup kita seperti tak bermakna lagi. jarang sekali kita teringat kan Allah bila kita bahagia gembira. tp seringkali kita ingat kan Nya bila kita mula kecewa, hampa, sesak, sesat, tiada hala. at least, kita masih ada rasa berTuhan. sebab itu bila kita diuji, sebenarnya...Allah masih sayangkan kita. masih ada peluang untuk kita 'kembali' ke pangkal jalan.

sebab itu, solat jangan sesekali tinggal. even jahat mcm mana sekali pun kita ni (nauzubillah).




kadangkala, bila kita terlalu gembira, bahagia. itu juga mungkin salah satu bentuk ujian. yang....mungkin kita lebih tak sedar. bila Allah beri kita sesuatu, yang...mungkin 'hadiah' dalam hidup kita. berupa sesuatu yang paling kita suka. tp percayalah, di situ ada ujian 'tersirat' yang mungkin membuatkan kita leka dan hanyut.

sebab itu, mulakan apa2 pun dengan menyebut dan memuji nama Allah. berselawat ke atas Baginda...supaya langkah kita lebih terarah.



saya mengaku sendiri. adakalanya banyak perkara dalam hidup yang ....kita lupa Allah. kadang kala, nak memulakan sesuatu dgn bismillah pun, kerap terlupa. terlalu dahaga sebagai contoh, kita terus meneguk air. tanpa peduli 'dari mana' air itu datang jika bukan dari-Nya. tanpa izinNya, apa pun takkan berlaku. perkara yang kecil, tp jika kita nilai semula, hidup ni hanyalah pinjaman, sementara.

sebab itu bila kita diuji, ujian itu akan 'berakhir' juga. sebab....hidup kita cuma sementara. dan selagi kesudahan nya bukan kegembiraan. ia bukanlah penutup segala musibah. terpulang pada kita untuk merungkai satu-per-satu hikmah yang tersirat.

maka 'gembira' lah yang akan kita temui.:60:



p/: saya sedang diuji dengan rasa .... lost.neutral
hmmm. Ya Allah.mohon Kau berikan aku petunjuk.:135:

mahallah asma,
iium.gombak.


Sometimes Allah SWT takes everything from you so that you may turn to Him, and sometimes Allah SWT places certain people who let you down in your life to teach you that you should never depend on anyone but Him. Allah SWT will never let you down.






25 October 2011

dhuha




"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.



:86:

13 August 2011

al-kauthar

bismillah

hm.:face40:alhamdulillah dah masuk 13 ramadhan. masih bersemangat? inshaAllah masih, dan harap2nya begitulah. kalau tak bersemangat pun fikirkan yang masihkah ada ramadhan lagi untu kita pada tahun hadapan? maka, ramadhan kali ini, buat yang terbaik!

em. kenapa al-kauthar? huhu. sebenarnya al-kauthar ialah nama sebuah surau yang terletak berdekatan dgn rumah. boleh dikatakan, surau ni adalah 'landmark' untuk ke rumah kami. dan alhamdulillah, saya yakin, surau ini merupakan penyatuan penduduk taman.

sejak saya berpindah, surau ini masih belum dibina. hanya sebuah bangunan tumpang kecil. begitu juga fasa2 lain yang hanya sekadar menyewa sebuah rumah kecil. begitu tersentuh sekali hati bila melihatkan semangat kejiranan yang betul2 inginkan surrounding yang mengutamakan solat berjemaah.

teringat pesan ibu, "dah besar nt, susah mcm mana pun, kakak kne carikan tempat tinggal yang baik untuk anak-anak,supaya persekitarannya baik..dpt pengaruh yang baik2...":53:

semalam, pertama kali saya ke surau menaiki kereta.:50: haha. bila surau hari2 lalu, maka jalan kaki je lah kan.nak naik kereta pun tak berbaloi.saje je,abang ajak berterawikh di surau fasa lain. nak dgr bacaan budak tahfiz katanya, n dekat sna cepat skit hbis. em, mmg betul pun. dlm jam 10 mlm solat terawikh selesai. bezanya cuma, takde bacaan tahlil dan tazkirah di antara sela 4 rakaat terawikh. dan makmumnya juga agak ramai. alhamdulillah.mlm ke 12 masih rmi.

terdetik di hati. saya beruntung. di surau al kauthar , masih ramai yg dpt bacakan tahlil bersama since imam mengambil waktu awal2 untuk sma2 membaca kan tahlil buat arwah. berbeza dgn suaru td, usai solat terawikh bru dibacakan tahlil, maka, tak rami lah orang yang turut serta disebabkan ramai yang pulang lebih awal dan terus menjamah makanan.

bila tiada tazkirah, rasa mcm tak best plak xde pengisian di bulan ramadhan. kata ibu, kadang2 ada penduduk yang minta supaya tidak mengadakan tazkirah bagi mempercepatkan waktu solat terawikh. mashaAllah. neutral sementara di tempat kami, ustaz akan mengambil masa 10-15 min untuk menyampaikan tazkirah. seronok jugak walaupun mengantuk2 sket:face76:.at least ada sesuatu yang kita dapat mlm tu. tapi, kat surau ni mmg tiap subuh ade kulliyyah subuh. alhamdulillah, ade saje pgram mengimarahkan surau.

sejak arwah ayah menjadi pengerusi surau, mmg ada insan2 tertentu yang tidak diketahui identitinya sering memasukkan duit dengan jumlah yang besar ke dalam akaun surau. alhamdulillah, masih ada insan yang senang dan berjaya, dan hatinya masih terpaut pada rumah Allah.wink alhamdulillah.

kata imam surau, jemaah surau ni 'mewah', nak apa, ckp aje. skrg , berbeza berbanding dlu, kalau nak sedekah mknn, just sedekah duit je, dan tulis menu, maka surau akan sediakan mknn tersebut, maka, x perlu penduduk susah payah bwk bekas etc. melainkan ingin bawa juadah kecil2 an biggrin memudahkan dan masih mengikut selera. alhamdulillah!

dan bukan setakat aktiviti kerohanian, surau al kauthar juga kerap mengadakan BBQ, majlis makan2, masak bersama, pesta durian..dan macm2 lagi mengikut mereka yang suka menyumbang dan bersedekah. at certain point, saya rasa sgt bersyukur berada dalam jemaah yang terpaut hatinya pada surau. dan yang menariknya, sepanjang bulan ramdhan ini, kaum lelaki yang masak mrgreen mungkin kaum2 ibu sibuk menyediakan juadah di rumah.huhu

saya tertarik dengan cara kaum muslimah di sini. selalunya mlm jumaat akan ada bacaan tahlil. dan selalunya akan ada yang sedekahkan makanan. mungkin dlm kuantiti yg bnyk ,mungkin tidak. apa yang menarik bg saya, kanak2 didahulukan. ibu2 akan agihkan mknn ntuk kanak2 dahulu. kemudian di asingkan nya bg lelaki, kemudian barulah ibu2 menjamahnya. :t:

sesetengah tempat, mereka merasakan kanak2 ini tidak perlu diutamakan, tetapi sebenarnya mereka lah generasi akan dtg, yg akan memenuhkan saf2 hadapan, yang bakal menggantikan generasi2 lama ini. maka mereka perlu diberi layanan sebaiknya supaya mereka tertarik untuk ke surau. pada peringkat umur sebegini, tak hairanlah jika mereka tertarik kerana maknn, tp lma kelamaan hati mereka akan terpaut pada tempat yg bernama 'surau'.:57:

wallahualam.
apa yang baik kita jadikan contoh, kelemahan semua kita perbaiki.wink

30 May 2011

professional mukmin : training II


rukun berjemaah


suka saya kongsikan satu perkara yang ustaz terangkan kepada kami tentang "duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol". ustaz membuat perbandingan dengan struktur bangunan.

"ingat lagi tak saya kata ilmu seperti apa?"...."seperti air"
"okey,dalam bangunan ni..apa yang mengukuhkan strukturnya?"..."batu bata"
"tapi apa yang ada pada lapisan terluar..? cat kan?"
"kita nampak tak bata di dalam?"..."tak"
"apa yang mencantumkan semua bata?simen kan? dan apa yang berperanan?tentulah air..kan?"
"tapi..kita nampak tak air?"...."tak"
"dan...sifat air itu lembut kan?"


"begitu juga badan kita...siapa yang bekerja paling banyak?"..."jantung.."
"tapi ada jantung kita keluar..?"

"apa akan jadi kalau jantung kita keluar?...apa akan jadi kalau bata2 ini semua keluar?"


ustaz membuatkan semua berfikir. sungguh perumpamaan ustaz sungguh mendalam. lihat ye, jantung kita plg kuat bekerja, tapi ada kita nampak dia dari luar?dan simen yang mencantumkan semua menjadi sebuah bangunan, ada kita nampak dia keluar?

begitu jugalah manusia. bila kita bekerja, duduk dalam posisi kita dan berperanan lah dengan baik. sebaik baiknya! tanpa perlu menonjol. kerana apa? "GOD SEE". ok, ade satu kisah ttg ini, anda semua pasti kenal michaelangelo. seorang pelukis terkenal sebuah gereja di zaman rome. sepanjang beberapa tahun dia menghabiskan masanya untuk membuat sebuah lukisan di atas syiling bangunan. lukisan nya terlalu detail, sehingga dia perlu mendongak memandang ke atas hampir setiap hari.sampai satu masa, matanya menjadi kabur. itulah dia, berkorban demi agamanya.

dan tercatat dalam sebuah buku, ramai orang yang mempertikaikan, "kenapa beliau melukis sehingga terlalu detail! padahal orang di bawah bukan boleh melihat sehingga ke lukisan yang terlalu terperinci dan kecil..." .."lalu apa jawapan beliau....?" ,ustaz bertanya. kami semua diam. kata ustaz.." michaelangelo menjawab...."GOD SEE!"..." begitulah seharusnya kita, bekerja, menjadi pemimpin, bukan demi mengejar nama dan kemasyhuran tetapi kerana Allah,agama,rakyat,masyarakat.


"jangan bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita tidak berharga....faham maksud saya?"


rukun berjemaah:

1. rela & terbuka menghadapi perbezaan,perbezaan ini fitrah
(berbeza pandangan tak salah, tetapi 'sikap' kita dalam berbeza pandangan itu yang salah)

2.duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol
3.jangan ada takbur yang merendah kan diri orang lain
(nabi tak pernah menggunakan panggilan 'pengikut' untuk orang bawahannya, tetapi nabi menggunakan perkataan 'sahabat'....cuba fikirkan,indah bukan?)

4.mesti lembut hati
(dalam bangunan ada satu benda yang kita x nampak, yang menyatukan semua,iaitu air...dan sifat air itu lembut)

5.manfaatkan persamaan, uruskan perbezaan
6.God-centered
(tawhidic-mencari keredhaan Allah.sebagai contoh kalau bergaduh,takkan lebih dr 3 hari dan mudah berdamai.tetapi kalau bekerja kerana harta dan pangkat, bergaduh selama2 nya pun tak ambil kesah)-berkaitan dengan 'ego'. sebab apa ego? sebab dia rasa dia yang paling besar -> siapa lebih besar? -> ALLAH SWT <- leburkan ego dengan Tawhidwink


mata adalah jendela bagi hati

zaman dahulu sewaktu rasulullah menyampaikan sesuatu di hadapan, orang akan berkata "aku rasa rasulullah pandang aku paling banyak tadi"....masing2 berasa begitu. kerana apa? kerana rasulullah sewaktu baginda berbicara baginda akan memandang ke setiap wajah pendengarnya satu per satu. lantas mereka merasakan rasulullah memandang mereka paling banyak!wink


kata ustaz lagi, "mata adalah jendela bagi hati". dan eye contact sgt penting dalam berkomunikasi. ada 3 unsur komunikasi, word, intonasi, dan body languange. "berapa percent untuk setiap satu?"....masing2 menjawab dengan percentage yang berbeza2. lalu jawab ustaz, dalam sebuah buku yang ustaz baca,(saya tak ingat buku apa,tetapi seorang penulis barat)..katanya, word hanya memainkan peranan 7%, intonasi 30% dan body language 63%. kata ustaz, kita boleh belajar tapi kalau kita ikhlas Allah akan tolong kita. maknanya semua orang boleh belajar cara berkomunikasi dengan baik, tetapi andai ucapan kita ikhlas, Allah pasti bantu kita untuk berikan yg terbaik dalam pengucapan kita sebagai pemimpin.

kepimpinan adalah influence. "good influence". Rasulullah adalah seorang yang dipercayai. "dipercayai lebih bahagia daripada dicintai"."walk your talk"."manusia lebih percaya dengan mata berbanding telinga. "kita boleh menyayangi tanpa memimpin,tetapi kita tak boleh memimpin tanpa menyayangi"..."boleh faham maksud saya?"


zaman sekarang,

R(rules)+R(regulation)-R(relationship)=R(rebellion)

kepimpinan Rasulullah,

komunikasi(dakwah/ziarah) -> pengiktirafan -> pengaruh (5R)[right/relationship/result(mendatangkan hasil kepimpinan)/reproduction(pemimpin yang melahrkan pemimpin)/respect]




"sifat guru yang baik sentiasa mahukan anak muridnya berjaya daripadanya"


bersambung...


professional mukmin : training II



penjenamaan semula

tanya ustaz, "kenapa perlu letak 'professional' ...?"..."bukan kah mukmin itu sememangnya professional?.." ..."haa...sebab, kita nak sesuaikan dengan keadaan semasa...kenapa harus ada 'protaz'?...(professional ustaz)...seorang ustaz seharusnya professional...tak perlu letak dah word professional ni....tapi disebabkan nak sesuaikan dengan zaman sekarang ini,zaman yang manusia menggunakan bahasa yang tinggi sesuai mengikut peredaran zaman, maka ia dijenamakan semula...supaya masyarakat tertarik dan memandang tinggi...oh! mukmin professional!"

leaders are learners

kata ustaz, "when we stop leading we stop learning" dan budaya seorang pemimpin adalah suka membaca. "today reader,tomorrow leader"...ustaz mmg ske gunakan kata-kata sebegini. saya suka.wink kata ustaz lagi...siapa kita hari ini ditentukan oleh dua perkara : 1. dengan siapa kita bergaul 2. buku apa yang kita baca orang yang berjaya akan mengahsilkan 'result' dan orang yang gagal akan menghasilkan 'reason'. ustaz kata, kita semua warga akhirat, kita datang dari syurga dan kita nak balik semula ke sana...maka sebab itulah kita perlu buat yang terbaik untuk masuk ke dalam syurga.


ilmu seperti air

"ingat ini, saya ulang semula...ilmu itu seperti air,dan sifat air itu sentiasa mengalir, dan akan terus mengalir dari tempat yang tinggi ke?....rendah.....dan bertakung di tempat yang paling rendah, maka begitu jugalah manusia...bila kita berilmu, kita haruslah menjadi orang yang selalu merendah diri.be humble!tawadhu'!"...



kelemahan Islam sekarang

"Islam dari segi ilmiyah memang cantik! tetapi dari segi 'amaliyah dah ada sedikit kekotoran" content (/) tetapi container (X)....content itu adalah wahyu,al-Qur'an...tetapi container nye ialah pendekatan kita, professional nya kita. inilah kelemahan Islam sekarang. berapa ramai orang yang ditarbiyyah, tetapi berapa ramai orang yang didakwah? kamu harus ingat, tarbiyyah dan dakwah itu berbeza. dakwah itu ialah kita datang kepada masyarakat, dan kita menasihati mereka dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.sebagai contoh kita trun ke chow kit, dan kita berdakwah pada mereka.." "...harus diingat, buat apa yang kita mampu sahaja, sebab Allah akan tolong apa yang kita tak mampu"



jiwa khalifah

"sebagai hamba Allah kita perlu jadi baik, sebagai sesama manusia kita perlu beri kebaikan (khalifatul fil 'ardh) sebagai pemimpin kita perlu rapat dengan manusia untuk tahu masalah, dan kita perlu rapat dengan Allah untuk selesai masalah. sebagai student, kita perlu cerdik dan baik akhlak.." tambah ustaz lagi.


masalah budaya

sebenarnya part ni ustaz ade tunjukkan graph dan quadrant. di quadrant yang pertama adalah 'buruk kelakuan,dan pekerjaan'...(maksudnya di sini kelakuan itu digambarkan akhlak kita,hubungan kita dengan Pencipta(perilaku kita: ikhlas/syukur/amanah/jujur/beradab), dan pekerjaan itu lebih kepada hasil kerja kita(cekap/berkesan/produktif/berkualiti). di quadrant yang pertama ini, ustaz bertanya, "kenapa jadi seperti ini..?"...jawapannya ialah masalah budaya.budaya ini ialah apabila sesuatu amalan ini telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat kita. sebagai contoh nya, 'rasuah'. ustaz menceritakan ada satu tempat yang ustaz pergi dan rakannya di saman, dan terus dia memberi wang kepada polis tersebut,lalu ustaz bertanya..."kenapa kamu beri rasuah pada polis itu?"....rakannya menjawab.."itu bukan rasuah, itu sedekah"..."lalu,mengapa kamu tak bersedekah sahaja sepanjang perjalanan kita tadi?" begitulah bila rasuah itu menjadi perkara biasa(budaya) dalam kalangan masyarakat.dan banyak lagi contoh lain yang ustaz berikan.

lagi satu contoh, tentang budaya bercouple yang dah sinonim dalam kalangan remaja dan masyarakat kita hari ini. sehingga kan orang yang tidak bercouple merasakan dirinya bakal menjadi andartu dan dikatakan tiada yang mahukan dirinya.siapalah yang nakkan nya. lihat? pemikiran seperti ini mula timbul dalam diri anak2 muda kini. kerana, couple itu bukan dilihat sebagai satu kesilapan lagi, tetapi sebagai satu budaya yang diterima umum. (sesuatu yang 'salah' tetapi menjadi 'betul' dalam sesebuah masyarakat.sehinggakan yang betul itu dirasakan salah)

dengar baik2 ya. hari ini, jangan ingat kita hidup dalam keadaan selesa. jangan ingat kita boleh terus leka dengan perkara2 seperti ini. kita harus ada ilmu,harus ada kepakaran, harus pandai menjadi pemimpin!murabbi! harus menjadi mukmin professional! apa aje yang negara kita ada?kita pakar dari segi apa? kita bukan bumi anbiya'.kita hanyalah sebuah negara kecil.

memang kita lihat sekarang negara2 arab diserang. jangan ingat malaysia TAK AKAN diserang! jangan FIKIR kita selamat. lihat negara baghdad! negeri mereka merupakan pusat cendiakawan!melahirkan ramai ulama'!bumi mereka bumi anbiya'! mereka bukan tak berilmu! mereka ada segalanya...tetapi mengapa mereka juga diserang? dulu, mereka juga fikir seperti kita.

kita selalu berada dalam keadaan selesa. terbiasa bergelumang dengan dosa2. di sekeliling kita! kita sekadar membiarkan saje. tiada dakwah! kita masih belum sedar. kita selalu lalai dan leka...hati saya tergetar mendengar ustaz berkata..."dulu,mereka juga berfikir seperti kita" (tak mungkin kita diserang) "jangan ingat macm tu...." ustaz tegaskan lagi sekali.

selain kita belajar dari kemenangan (salahuddin al ayubi) kita juga harus belajar dari kekalahan (qataluki ya baghdad:video)maka mulai sekrang kita perlu bina "culture builder". kita perlu ubah dr akar umbi. ustaz ada menulisnya secara terperinci dalam buku nya 'genta rasa'




bersambung..




nantikan training III inshaAllah long sem nantiwink
moga-moga diberikan kelapangan oleh Allah SWT






26 March 2011

bagi saya, lelaki itu baik bila...


anonymous:
mcm mane nk taw lelaki tu baik?

nadiarusli:
mcmmana nk taw lelaki tu baik?hehe...ni killer question ni^_^...hmm,kalau yg biasa2 kita dengr semestinya lelaki yg baik itu penampilannya dijaga,akhlaknya terpelihara,berbudi bahasa, rajin ke surau, mungkin?....dan mcm2 lagi....

1.
bagi saya,hmm..(mungkin corak pemikiran kita berbeza?atau...mungkin kita terfikir bnde yg sma?...huhu...saya tak pasti anonymous ni lelaki atau perempuan...:) bagi saya lelaki yang baik tu bila nak tahu dia baik atau tak, ia datang dengan sendirinya dari mata terus ke hati.(bukan bermaksud pandangan dr mata-ke-mata).dari pemerhatian kita..dia akan ada satu rasa 'senang' dalam hati apabila melihat,berbicara,atau bekerjasama dengannya...pendek kata kita berasa senang bila kita lakukan sesuatu bersama atas kefahaman yang kukuh ttg agama...(mcm batas2 pergaulan..etc). bila kita lakukan sesuatu berkumpulan ia akan sentiasa terdetik untuk mengingatkan kita ttg Allah.

tak perlu bersuara tetapi cukup sekadar dengan melihat perbuatan yang disenangi. sbgai contoh, situasi bila mana kita bekerja dgn lelaki yg 'baik' kita akan lebih senang,mungkin sebab masing2 dah faham adab2 dan batas2 dalam bermuamalah antara yang bukan mahram,maka,sma2 akan menjaga.dia tahu bila mana perlu berteman dsb. sebab lelaki yang baik, takkan dia sanggup berdua-duaan dgn perempuan bila bekerja dsb. ini mungkin dalam bab bekerja belum termasuk aktiviti2 lain.so pandai2 lah menilai ^_^

bagi saya,lelaki yg baik tu takkan keluar dgn perempuan berdua-duan dan takkan create situasi yang membawa fitnah. maknanya dia pandai mengawal nafsu,dan membeza kan mana yang betul,dan mana yang salah. pandangan, jarak , bersentuhan semua tu dia akan jaga dengan baik dan lelaki itu seharusnya tegas dgn perempuan yg terlalu mudah menggoda dan menggedik.


2.
bagi saya, lelaki yang baik ni dia sangat mengutamakan hal agama dalam percakapan sehariannya. di samping perbuatan yang dia lakukan(tp yg ni antara dia dgn Allah) kita mungkin x nampak,dan tak boleh menilai sejauh mana kesungguhannya dan keikhlasannya beribadah. cuma ,mungkin kita boleh mula merisik (spy) drpd sahabat dan teman-temannya.atau mungkin drpd pensyarahnya...ahli keluarganya mungkin? :) hehe..pandai-pandai lah...

dia mesti pandai dan berhikmah dalam memperjuangkan Islam dan berda'wah menyebarkan agama Allah.mungkin dia aktif dalam usrah sbg contoh. sebab nanti bila dah mula nak mengemudi sebuah keluarga, ketua keluarga yg akan dirujuk. so kebanyakan benda seseorang ayah perlu 'master'..sebaik2nya untuk mendidik dan mengasuh anak2 dan isteri dgn jalan yang diredhai :) mesti kita nak cium bau syurga kan? jadi suami yg baik itu teramatlah penting untuk membimbing kita ke sana..inshaAllah ameen!

3.
Budi bahasanya,gentlemen, hormatnya pada wanita, tak pernah membebankan perempuan...sebolehnya dia akan mengetuai sesuatu.dia tahu amanahnya sbg pemimpin.sebab itu, dalam apa2 persatuan pun,atau organise any event, saya lebih suka lelaki yang 'lead'. lelaki seharusnya diberi penghormatan sbg ketua. dan bila kita dah jadi isteri nt pun,apa2 keputusan mesti husband yg buat kan? so, lelaki yg baik itu harus ada ciri2 sbg pemimpin yg baik.

dan kita sbg perempuan,harus memberi dorongan dan semangat pada mereka.sbg contoh yg plg simple,mengikut pengalaman sndiri,apabila kita masuk lif,lelaki yg baik pasti akan akan mendahulukan perempuan. bila nampak perempuan dalam kesusahan dia akan cepat2 membantu tanpa teragak2...dan mcm2 situasi lg yg kita boleh perhatikan..dan mesti terdetik kat hati kita kan? "baiknya lelaki ni..." ^_^


4.
lelaki yg bermasyarakat.bagi saya , saya suka lelaki yg pandai bergaul dlm komunitinya yg terdiri dr pelbagai peringkat umur.pandai melayan org tua,kanak2..mak cik2 di sekitar kawasannya...dsb. sebabnya, secara tak langsung ia akan memupuk rasa hormat, budi bahasa..kenal jiran-jirannya, ahli keluarganya. rajin menziarahi kenalan2nya, keluarga berhampiran dsb. dan yang paling penting, dia sangat2 mendahulukan keluarganya dalam apa2 jua situasi pun.


hmm...mungkin ada banyaaaak lagi.huhu.itu depends kepada bagaimana cara kita menilai.atau bagaimana cara kita di didik oleh ibu bapa kita. so kita pun mesti mngharapkan lelaki yg baik itu sebgitu.kan? that's why dr fadzilah kamsah pernah ckp, biasanya calon suami atau isteri yg kita pilih ni, mostly akan menyerupai rupa, wajah, sikap, atau perangai abang/ ayah kita...wallahualam

dan org kata bukan mudah untuk jumpa lelaki yg baik zaman skrg ni...huhu...erm,mungkin ya mungkin tak.cuma,apa2 yg saya tulis di atas ni,ini lah apa yg diasuh oleh kedua ibu bapa saya. abang saya juga :) dan,kita buat kebaikan ni, adalah untuk manusia tapi kerana Tuhan.



ikhlaskan hati,hiasi peribadi inshaAllah anda akan berjumpa dengan lelaki yang baik hati ^_^



wallhualam,sekdar perkongsian.
boleh tambah,boleh betulkan mana yg silap :)

04 February 2011

kerana 'sayang'




".....bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”






tersentuh hati saat membaca.itulah bait-bait kata yang dipetik dari blog ummu husna.razz saya sering mengikiuti hasil penulisannya."mencari dan terus mencari CINTA ILAHI"..indah bukan,andai itu matlamat hidup?maka lorong2 yang disediakan untuk kita jalani tiap2 hari pasti berlandaskan iman.

...........

sungguh.terkadang sesuatu yang tak baik itu sangat suka kita lakukan.adakalanya kita dah cukup tahu,dah cukup faham.ini salah,ini betul.tapi,mengapa kita masih melakukannya?saya bukan terlalu sempurna untuk membicarakan ttg ini.cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman yang mungkin juga pernah di lalui teman2 di luar sana.

mungkin...kita rasakan.."oh yang ini x ape..masih menutup aurat"...secara tak langsung kita upload gambar2 kita ,walaupun kita rasakan gambar kita sudah tertutup dengan sempurna (jika nak dibandingkan dengan orang2 lain)...tp tak pernahkah terdetik dalam hati kita,perasaan malu andai ditatap?

alhamdulillah..kehadiran teman-teman yang sering mengingatkan.yang tak pernah jemu memberi nasihat dan teguran.secara jujurnya,terdetik rasa bersalah dalam hati.saya tahu,nak menegur bukan sesuatu yang mudah.perlu berhikmah.perlu benar2 memahami siapa teman yang bakal kita beri teguran.mungkin memakan masa.dan dalam pada itu akan sentiasa timbulnya gundah dan gelisah dalam hati selagi mana teguran itu belum disampaikan.

secara jujurnya,sepanjang hidup ini,saya sentiasa dapat rasakan kasih sayang yang tulus dr teman-teman.tidak kira lah sebaya,lebih tua bahkan lebih muda.ada saje di antara mereka yang memberi nasihat dan teguran andai diri alpa dan leka dalam bergelumang dengan dosa.astaghfirullah.adakalanya,kita mudah sangat terpengaruh dengan persekitaran.itu memang benar.dan,terkadang saya dapat rasakan yang itu.

bila cuba mendekatkan diri dengan masjid,program2 agama andai ada masa terluang dan bila difikir semula.hati menjadi tenang bila mana kita duduk bersama mereka.secara tak langsung,kita dapat mengukur sejauh mana 'tahap' kita dengan mereka.dari segi ilmu,akhlak,pemakaian,tutur kata,adab dsb. selepas itu,kita cuba muhasabah diri semula dan mula memperbaiki diri hari demi hari.

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mau bertaubat.”
(H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

semua orang inginkan syurga.betul x?winkjadi,bila kita dah tahu kebenarannya,cuba lah kita perbaiki diri.ini pesanan dan peringatan buat diri sendiri juga.andai saya terlupa wahai teman-teman sekalian,ingatkanlah.kita manusia,x pernah lari dr kesilapan,dr melakukan dosa-dosa sma ada sedar mahupun tidak.

belajar lah dari kesalahan masa lalu.ambil iktibar dari keslahan itu.mungkin juga bila kita pernah melakukan sesuatu kesalahan,kita lebih menghayati dan memahami...mengapa dan kenapa sesuatu itu diharamkan.wallahu'alam

bila kita sayang dan kasihkan seseorang, kita akan tergerak untuk menasihatinya andai mereka melakukan kesilapan.kerana sudah tentunya kita inginkan yang terbaik untuk mereka.maka kasihilah dan tanamkan rasa sayang terhadap orang di sekeliling kita.sayang kerana Allah.bukan 'sayang' dalam erti kata,kita bimbang nak tegur,takut hatinya terguris,kita tak sampai hati nak mengizinkan sesuatu,bimbang keinginannya tak tercapai...dan..kita tak kesampaian nak kejut orang yang kita sayang,bimbang lenanya terganggu....wallahu'alam




“ Ya Allah berilah aku petunjuk-Mu kepada akhlak yang mulia yang tidak ada seorang pun yang akan memberi petunjuk kepada akhlak yang mulia tersebut selain Engkau, dan palingkanlah dariku akhlak yang buruk, tidak ada seorang pun yang dapat memalingkannya dariku selain Engkau “

(Diriwayatkan oleh Muslim didlaam Kitab Shalat al-Musafirin wa Qashruha, bab. Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan du’auhu bil-lail).


13 January 2011

kelas semalam



"ustazah nak tny kamu semua secara jujur,siapa yang sudah punya calon?"

semua senyap.diam.tersengeh2 malu.


"kalau belum ada untuk yang lelaki ustazah boleh carikan,kalau yang perempuan,suami ustazah boleh carikan.."

nada ustazah dalam lenggok2 bahasa arab.lembut.tersenyum.




parenting management class
9.00 pm,wednesday

ustzah ajarkan doa untuk dapat pasangan yang baik.
"rabbana hab lana min azawajina wa min zurriyatina qurrata a'yun.........."

lagi satu doa,
dalam surah al-Qasas:24
(doa yang pernah dibacakan nabi musa)

ustazah pesan suruh amalkan dr skrgwink

skdar perkongsian.
ustazah kata,kalau nak dpt pasangan yang baik,kita pun kenalah baik.aiwah!







08 January 2011

oh dunia!kenapa...




dah lama saya tak makan dengan rumate.sem ni memang berbeza dgn sem sebelum ni.masing-masing sibuk dengan kelas,assignment,mid term.saya tidur awal malam tadi.tiba-tiba terjaga.jam baru pukul 9 lebih.tiba-tiba perut terasa lapar.saya cuci muka,sarung sweater dan terus turun beli makanan.smilekak fara kirim sekali.

alhamdulillah,dapat kami makan bersama malam td.walupun teha tak de,site visit di melaka.dila pulak,pak cik nya meninggal,dia belum pulang dari sarawak.satu per satu berita kematian saya terima,berita sudah yang ketiga.3 orang pak cik kepada sahabat2 saya ini pergi meninggal kan orang yang disayangi.sama-sama kita sedekahkan al fatiha.


---
"kak fara..kak fara taw x.ftn kagum tgk orang yang walaupun biasa-biasa je.(x menutup aurat dsb..)tp solat tak pernah tinggal.rajin solat duha...bla...bla...bla...."

"kakak kak fara ckp,ye lah..mmg dia solat semua...tp kalau x menutup aurat dsb,mesti ade something wrong dalam solat dia...tu antara dia dengan Allah lah kan..sebab kan ada satu hadith ni...(kak fara bacakan dalam bahasa arab)...sesungguhnya solat itu mencegah kita dari kemungkaran...kalau dia masih tak penuhi tuntutan agama,x ikut syariat...mcm mana solat dia?hmm,cuba ftn fikir"
"betul jugak.pastu selalu org ckp..ala pakai tudung,perangai lebih kurang je.."

"mcm ni,kak fara buat perumpamaan ye.cuba fatin bayangkan epal yang dibungkus elok dengan x.mana yang fatin akan pilih?.."
"mestila yang berbalut cantik..!"wink

"ha sama jugak mcm perempuan ni.yang bertudung tu lebih elok.dalam nya kita tak tahu..sekurang-kurangnya dia dah penuhi tuntutan agama untuk menutup aurat.sikap dan perangai tu general.ada jugak yang free hair perangai mcm ni mcm ni..."
"hurm.betul jugak"
---


"kak fara rasa la nasi goreng ni..."
"fatin pun, nak rasa ,amek je la..."


---
"kak fara taw...ftn dah familiar dgn KL.x psal2...kan fatin tak suka KL...crowded sgt.skrg..hmmmm!"

"haha....jalan tar je blum pg kan..?haha"
"erm..ye laa...ye laaa."sad

"tp kan kak fara...betul,ftn mmg x dpt bayangkan..rupa-rupanya KL tu bukan setakat tmpat shopping je kan?kawan ftn cite..kat lorong sekian-sekian..ada perempuan2..yang...(faham2 sendiri lah).."
"laa..ftn x taw ke?biasa lah ftn...dah kat situ bnyk pub...orang clubbing semua kat situ...kalau malam huish...fatin pernah pegi malam2?"
"pernah"(tp duluuuu)

"tp serius kak fara,ftn x tahu kalau realitinya mcm tu.."
"susah nak ckp ftn....tgk pemimpin lah.."

"buat sakit hati je kak farah...lagi2 org yang anjurkan IFF tu.."
---


(saya selalu terkecuali kalau kawan-kawan cerita isu yang berat mcm category 18sx ke atas.sebabnya diorang kata,"tak pe lah..ftn x perlu tahu..".then,mcm ni lah jadi nya.memang bila saya tahu,semakin terasa pahit nak ditelan.terasa mcm nak duduk kat dunia lain...yang mana betul2 mengamalkan Islam sepenuhnya...ohh...dunia!kenapa????)

kenapa susah sgt nak terima realiti?



---

"kak fara,kita ni skrg kira berjihad kan?sbb kita sdg menuntut ilmu..."
"aah.."

"tp kak fara..kenapa kita tak dapat duit zakat?"
"tu lah sepatutnya kita belajar ni semua percuma"

(oh.masa usrah hari tu baru tadabbur ayat.ttg orang2 yang layak mendapat zakat.fakir-miskin-amil-muallaf-dan yang berjihad di jalan Allah)

"pastu,nak apply zakat pun kene interview dulu...tgk pendapatan ibu bapa.."
"memang la ibu bapa ada pendapatan sekian-sekian..tp duit tu bukan ntuk kita belajar je...nak kne settle kan bnda lain jugak..."

"susah kan dunia skrg?"
"tu lah..."

"fatin yakin ramai orang-orang kaya akan infaqkan harta diorang kalau memang duit tu disalurkan untuk pelajar yang sdg menuntut ilmu....semua orang nak pahala kan?"
"tu...tgk pemimpin lah...kita tak boleh buat apa...setakat demonstrasi..kne sembur .halau-halau...bagi meorandum..surat...bla...bla...pastu,tunggu 10 20 tahun...x settle 2"

"hmmm..."
"corrupt"

esok dekat akhirat.pemimpin ini akan disoal.nauzubillah,beratnya tanggungawab pemimpin.neutral


"jom basuh tgn?"

...




31 December 2010

purpose of life




minta maaf.seperti yang dijanjikan saya nak kongsikan pengisian talk yang disampaikan oleh prof dato'dr sidek baba.tp setakat ni je yang sempat saya rakamkan hari itu.maaf.agak sibuk kebelakangan ni.winkagak terlewat nak convert kan video ni dari hp.so,enjoy dan fahami setiap patah kata dari beliau.

24 December 2010

my wednesday

“salam J fatin,wani ,balkis…ni k mursyidah.iAllah will be ur new naqibah for this sem…so..u guys free mlm ni?aftr maghrib?cdgnya nak buat usrah…is it ok with u…?”

“ha..fatin,boleh x masuk archimic?betul2 xde orang dh ni…..

……so,mlm ni ade meeting ye..kol 9.30pm..”

“fatin,cmne ?mlm ni jadi x pg talk?pkul 8 eh?cnfirm rmi org nt..”

“eh..kelas tourism hari rabu taw…kol 4.15 smpi kol 7mlm…tp mlm tu ade parenting so kita terus gerak dr kaed laa..”

….

Allahuakbar…Allahuakabar..(dalam diam saya agak “mengeluh”)

Sambil jalan ambil udara luar saya tarik nafas dalam-dalam.hembus sambil beristghfar.andai sekuat ini ujiannya untuk semester ni,mohon Allah betul-betul kuatkan hati yang letaknya dalam tubuh yang sangat kerdil ini.subhanallah!

Saya bgtaw kak mursyidah saya plan nk ke talk mlm td.kemudian,date usrah kami ditukar.alhamdulillah.

Saya memang sgt2 teringin nak pergi talk ‘the purpose of life”..disampaikan oleh seorang yang sangat2 saya kagumi,dari penulisannya dalam majalah solusi,blog beliau sehinggalah dengar ceramah motivasi nya di radio ikim,pagi-pagi..itulah rutin saya skrg.seronok!sungguh.beliau lah Prof Dato’ Dr. Sidek Baba.latar belakangnya,pemikirannya dan gaya nya yang sederhana sangat2 suka untuk saya contohi.motivasi pagi di ikim sangat memberi semngat untuk saya memulakan hari.dan Alhamdulillah,takdir Allah malam ini untuk saya berjumpa secara ‘live’ dengan beliau.

Saya plan nk duduk sekejap dgr talk then ke kaed pulak ntuk ke meeting.tp hati terasa berat.benar2 berbelah bagi.saya resah seketika.mohon pandngan kawan yang sma pergi.katanya,cuba tny kawan saya ni..dan terangkan kondisi saya yang sebnar.akhirnya Alhamdulillah dengan izin Allah..saya masih di situ mendengarkan kuliah ilmu.

“azam..apa isi meeting mlm ni?”

“xde apa sgt..bncang baju ntuk agm next Monday..”

“oyeke…err..klu x pg?bleh ke?tp amanah ek?hmm..ftn syg la nk tgglkn talk ni..tp klu azam nk ftn dtg jgk bgtaw..”

“xpe talk tu lg pnting.stay je.nnti sy bgtaw..”

“azam thank yooooooooooooouuuuuuuuuuu!!”

“xpe..:)”

Ya Allah,sangat berharap andai ini pilihan yang tepat.sebenarnya saya tak berapa suka bila diberi amanah,join dalam sesuatu society,then,saya skip meeting or late dlm apa2 gathering etc.but,saya benar2 sayang untuk tinggalkan majlis ilmu ni.mujur azam kata xpe..lgpun ni meeting x rasmi,so saya minta excuse,kali ni saje.inshaAllah.


to be continued-

(inshaAllah ada kesempatan saya akan cuba kongsikan pengisian talk)

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.