23 June 2012

sekian lama.

Bismillah
Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memberi ruang dan nafas yang cukup untuk terus menulis dalam blog ini, walaupun hari demi hari ada sahaja halangan yang menagguhkan jari jemari ini untuk terus menaip, inshaAllah saya akan menulis.. . hingga ke nafas yang terakhir 

Hari demi hari yang berlalu, terlalu banyak perkara berlaku yang mendidik hati ini. sekali sekala terasa rebah, namun sentiasa meyakinkan diri Allah itu sentiasa bersama kita. and ...yes! He is near. Exam, semester tahun 3, research paper, semua kepayahan, kesusahan... akhirnya berakhir. ooh! tak, ujian baru pula tiba. nikmat pun ujian bukan? selagi namanya hidup di dunia, sebagai hamba, memang kita akan sentiasa diuji. sebab itu nak naikkan iman, bukan dengan angan-angan, tp perbuatan dan amal yang berterusan. wallahualam.

Alhamdulillah, result dah pun keluar. baru seminggu berlalu. wahai masa... cepatnya berlalu. walaupun jatuh sedikit, tp kata-kata ibu terasa semua nya ada hikmah. apa yang saya bimbangkan semester lepas, apa yang saya rasakan saya tak mampu hingga terfikir untuk drop subject, akhirnya saya dapat keputusan yang baik. sederhanalah dengan usaha yang diberikan sepanjang semester lalu.

Sekarang, dah 2 minggu masuk practical. Alhamdulillah, walau penat sedikit, tapi banyak yang saya belajar. abang saya jadi supervisor saya. katanya, abang ajar semua ni, penting untuk final year. know what? ini nikmat yang paling berharga sepanjang practical training. yang, mungkin tak dirasai teman-teman lain, jadi, saya berazam, untuk kongsikan ilmu ni selepas tamat practical. setiap dr kami melalui pengalaman yang berbeza. ada yang belajar lebih, ada yang belajar benda lain..apa pun, teruskan belajar dan mendalami ilmu yang bermanfaat. inshaAllah


rindu uia.

Cuti-cuti mcm ni, even dalam waktu practical..entah kenapa, uia sentiasa dirindui. environment, teman-teman, everything!
buatkan hati saya tertaut pada sebuah ma'thurat kecil. buku kumpulan2 doa ni, diberi masa taaruf week, tahun pertama di uia. ingat lagi dulu, saya tak pernah tahu jika bacaan ni bagus diamalkan pada waktu pagi dan petang. sampailah join halaqah anjuran universiti, dan kami perlu menghafal, baru saya tahu fadhilat nya. Alhamdulillah. di bumi uia ni, banyak yang saya pelajari.

Lantas, waktu2 merindukan suasana di uia begini, mathurat dan pengakhiran doa rabitah menjadi pengubat rindu. Allahuakbar. bila Allah tautkan hati-hati kita kerana-Nya, walau di mana kita berada, ukhuwwah ini lah yang menjadi penguat diri kita untuk terus berada dalam dakapanNya, dan berada di jalan yang benar.- iman itu naik dan turun- Kadang-kala, kita bimbang, diri kita hanyut. mutabaah 'amal entah ke mana, kerja pun tak produktif. tp, sekali sekala kita terasa lemah, baru terasa Allah sangat2 merindukan tangisan kita. indahnya nikmat Islam dan iman.


hadiah sebuah buku

ohye :) sebelum bermula praktikal. sebuah sampul comel berbalut kemas sampai di peti surat rumah. subhanallah! rupanya hadiah buku dr seorang teman, kakak. yang sekadar mengenalinya di alam maya. saya teringin nak jumpa akak, one day.. .  inshaAllah. di dalamnya terselit sebuah surat, sebagai permulaan perkenalan kami.

akak,
terima kasih untuk bukunya. sangat suka dan inshaAllah, lepas habiskan buku tu dan hadam betul2, saya akan share dalam blog saya. semoga bermanfaat untuk akak dan semua.


hmm. rasanya sampai sini dulu lah.
inshaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi. cuma sekarang, agak busy.

maklumlah nak pilihan raya-ohoh!


till next-time! inshaAllah

nadia-

4 comments:

  1. orang dah bekerjaya sekarang ;) apa2pun good luck ye fatin!

    ReplyDelete
  2. salam'alayk.

    rindu sangat post fatin.
    setiap kali bukak tak berupdet. :'(

    by the way, all the best, fatin!
    moga Allah permudahkan semuanya.
    XD

    kutip pengalaman banyak-banyak.
    jangan lupa kongsi~

    hehe

    ReplyDelete
  3. Bismillah...
    Baca blog Nadia, terasa ukhwah sesama islam, meresap motivasi Nadia dlm diri ni.
    Sama pendapat dgn sahabat Nadia di atas, buka2 belum update blog **sibuk berpraktikal rupanya, All the best ye**
    Bila kita sedar semua yang kita ada, semua yang kta lalui, sedih gembira, sakit sihat semua nya nikmat, insyaAllah kita lebih tawaddu'
    Semoga kata-kata Nadia dapat beri manfaat untuk semua pembaca :)..
    *dengan izin Allah bila2 masa kita boleh dipertemukan dik*

    ReplyDelete
  4. azam,
    terima kasih banyak :)




    umairah :)
    waalaikumussalam wrt..
    maaflah, dr sehari ke sehari naaaak sgt2 menulis, tp penat bekerja dgn penat belajar lain..huuhu..kerja ni terikat dgn masa.blaja,boleh suka-suka ikut mood.oh!! -_-" hihi

    inshaAllah2!! umy :D
    doakan fatin kuat ye! semoga umy baik2 aje dgn permulaan short sem baru...all the best aidhan!




    kak shida! wink3*
    huhu..aah..bru berpraktikal 3 minggu tp terasa bertahuuunnn lamanyaaa..hew3..maaf ye lama tak update...tp hati kepingin bangat deh nak menulis!

    inshaAllah... :')

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.