28 January 2011

cuti yang seminggu


alhamdulillah,cuti mid sem dah bermula.menunjukkan,sikiiiiit lagi dah nak berakhir sem ni.oyeah!haha..sounds 'teruk'.mcm malas belajar jer.eh bukan2..sma sekali tidak,inshaAllah,tp rasa mcm perlu sgt2 release tension bila belajar..haha.ape lah,baru belajar....ish3

cuti seminggu.mcm lama.tapi sebenarnya.TAK.6 assignment dalam masa seminggu,then,agak2 tinggal berapa jam untuk bersuka ria?ehem...haha.tp x pe,positifkan diri.so,agak2 masa lapang yang sampai tak taw nak buat apa tu,so isi lah dengan assignment ye.ok fatin?

so,esok bertolak ke johor.teman abang bersama tunang nya...oh abang!cepatlah kahwin... :) eheh..then,siapkan kerja studio.hari rabu patah semula ke uia,consult lect.then free!nak buat apa buat lah.assignment pastikan siap dulu.faham!!erghhhh!fatin kne kuat!!kuat!


26 January 2011

DnT

saya baru selesai meeting ntuk DnT.(da'wah dan tarbiyyah).alhamdulillah,walaupun x semua hadir,tapi,perbincangan tetap rancak berjalan.antara agenda yang dibincangkan ialah, aktiviti sempena maulidur rasul yang bakal tiba nanti.bagaimana nak menarik pelajar untuk turut serta dalam pgram maulidur.ini antara yang tersenarai dalam almanac archimic.

second thing is about our kulliyyah musolla.erm...banyak perkara perlu diupgrade since peljar engineering turut solat di situ.dan alhamdulillah,bahagian lelaki seperti yang diberitahu memang mereka sentiasa solat berjemaah.ada sahaja imam yang menunggu turn kata president.e..perempuan mcm mana pulak?erm..the problem is,perempuan tak nampak pergerakan lelaki,that's why,ktrg x tahu pergerakan imam.dan,untuk perempuan jadi imam kat belakang,nt bacaan mungkin akan kedengaran.maka nya,jarang sekali sisters solat berjemaah.so,solution nya,wall antara sisters n brothers akan ditukarkan kepada tirai biasa.ini sekdar rancangan yang akan di utarakan kepada DDSA kemudian.

dan,usrah untuk staff dan students.seperti biasa memang diperuntukkan masa untuk usrah setiap jumaat sebelum bermula kuliah.dan,dean meminta untuk diadakan usrah staff bergabung dengan students.akibat kekangan masa dan nak kumpulkan semua keluarga kaed mungkin memakan masa,maka kami cadangkan untuk mengadakan usrah ruti 10 -15 min sebelum zuhur di musolla.maka siapa yang berkesempatan,boleh join dan ia bukan compulsory inshaAllah.

agenda yang ketiga,memandangkan dean suggestkan untuk imarahkan surau,so,kami bercadang nak lantik imam untuk mengazankan setiap kali masuk waktu zuhur dan asar.disebabkan azan dimasjid tak kedengaran di setiap ruang di kaed.dan digalkkan semua warga kaed solat berjemaah sekali.dan inshaAllah akan diusahakan untuk azan kedengaran di setiap pelusuk kuliyyah.

yang terakhir,tentang aktiviti DnT.kata president,dia x nak pgram dan aktiviti sekadar terpampang di paper work,tp biarlah kerja da'wah ini berterusan.istiqamah.inshaAllah akan diusahakan.jadi,kepada warga KAED yang amat disayangi,sma2 lah kita menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

wallahualam.
sesungguhnya,apa yang baik itu datang nya dari Allahwink

senyum!

tangan nya menggenggam erat tangan saya,.."ok fatin.."saya sekdar senyum.."aha..."....naqibah saya mula bertanya,..."sepanjang minggu ni...fatin ada solat jemaah x..?".."alhamdulillah......"..."erm..fatin ade buat solat dhuha?baca mathurat setiap pagi atau petang?..."..."alhamdulillah...."...."mengaji sehari berapa muka ftin baca..?"...."erm...ade buat puasa sunat x?.."...

setiap kali usrah,pasti ade mutabaah 'amal.dalam seminggu,berapa banyak ibadah yang kita dah lakukan.bukan buat semata kerana disoal,tp ikhlaskan diri kerana Nya.alhamdulillah,kdg2 sempat,kdg2 'melencong' jugak.but,semua ni demi kebaikan diri sendiri.bukan untuk sesiapa punsmilekan?hehe

alhamdulillah,tamat sudah penglibatan saya dalam src.walau tak banyak sgt menyumbang,dan boleh dikira dengn jari rasanya,tp saya dapat sesuatu yang sgt ternilai bila mana bergiat dalam persatuan,dsb.alhamdulillah,nikmat yang Allah berikan pada saya,yang belum tentu dirasai oleh orang lain.

"kadang-kadang kan...fatin terasa mcm....ermm..nak jadi orang 'normal' la..."
"kan senang kalau xde pape tugas,jawatan...atau...x payah fikir psal benda lain..tumpu pada pelajaran je....hehe..."razz

sambil bertanya,mata saya memandang wajah2 perwakilan pelajar di atas stage sewaktu membentangkan agenda dalam annual grand meeting src.terdetik dalam hati,andai mereke boleh,kenapa saya tak boleh?sesungguhnya,tugasan,amanah dan tanggungjawab mereka lebih besar dan berat berbanding saya,yang hanya sekadar vice dalam dakwah n tarbiyyah kuliyyah.Allahuakbar!malunya.redface

tapi takpe,jadikan mereke inspirasi kita.hidup ni,perlu belajar untuk memberi.dan sudah tentunya bila mula terlibat dalam persatuan sebegini,masa kita dah tak sama seperti masa orang lain.cuma satu je yang saya cuba tanamkan dalam diri,saya perlu kuat dan sentiasa positif.ahah..taw x,saya ada tabiat baru,dan saya rasa ia satu terapi yang mudah dan comel.ntah kenapa sejak saya asyik rasa x semangat,fikiran lost...sejak saat tu,saya suka melukis smiley :)...pada setiap penghujung kata2..sma ada negative mahupun positif.maknanya,walau sesusah mana pun cabaran tu...atau semudah mana pun sesuatu perkara tu,senyum.wink

senyum itu penawar.eheh

saya rasa seronok dan terasa bertuah bekerja bersama src 2010/11..banyak pendedahan yang saya dapat.banyak pengalaman yang terkumpul.dan...saya lebih terdedah kepada kehidupan dan realiti sebenar dalm universiti.hah...saya sekadar mampu tersenyum.ini satu anugerah.sungguh.ia tak ternilai.ntah apa yang dirasakan sekrang,tapi saya rasa ade kekuatan yang dtg dalam diri.sesuatu yang menggembirakan hati saya.ia cukup sempurna.razz

terima kasih ya Allah.wink

22 January 2011

fatin kan dah besar!

Bismillah

Hah..dah lama rasanya tak menulis kat sini.mcm biasa prtghan sem yang tersangat2 sibuk.apa2 pun ini antara nikmat yang Allah beri.bila sibuk,hati akan terdetik untuk mengingati Allah,saat yang sangat sedikit terasa begitu bermakna bila bersama Allah.

Semester ni dan semester depan kemungkinan akan sedikit sibuk.dan kelainannya semakin terasa apabila join society kuliyyah.dean baru,dan dah tentunya inginkan pembaharuan.alhamdulillah,niat dan pembaharuan yang ingin dilakukan amat baik pada pandangan saya.dan dean baru ni,sgt perihatin pada pengamatan saya.terasa mudah untuk berkongsi masalah dsb.untuk pembaharuan yang akan datang,dean berhajat untuk mengukuhkan silaturrahim sesama staff dan students.di samping mengimarahkan lagi surau kuliyyah kami,dan ingin menjadikan kulliyyah kami happening.hmm..mcm mana tu?jadi,kami mainboard ini lah yang akan menjadi medium dan penghubung kepada members of society untuk merealisasikan cadangan2 dean.

Nampak mcm mudah,tetapi,nak merealisasikan sesuatu tu bukannya mudah.maka,mulai saat ini komitmen sepenuhnya harus diberikan.dan sebagai pelajar sudah tentunya pelajaran paling utama.ooh,saya kene yakin saya mampu lakukan nya.kalau orang lain percaya saya boleh buat,kenapa saya harus ragu2 dengan kemampuan diri sendiri?

Semester demi semester saya menolak tawaran untuk join archimic.kulliyyah society.selalu saje dgr khabar2 society ni sgt sukar untuk di handle.akhirnya,atas pujukan rakan saya,saya terima.pada mulanya sgt berat nak terima.saya terasa terbeban sedikit.lebih2 lagi bila di cadangkan nama untuk secretary,seterusnya head pub n pro….saya rasa..mcm takut sgt kalau dapat undian ramai.saya pejam mata.baca doa dalam hati,..”ya Allah Kau berilah apa yang terbaik untuk ku…berikan aku sesuatu yang akan mampu untuk aku laksanakan…ameen ya Rabb..”…saya buka mata,Alhamdulillah,undian tak mencukupi untuk menandingi calon lain.happy-

Selesai meeting..”kenapa kamu nda mau jadi…?aku yakin kamu boleh..”….”ahah…tp fatin tak mampu nak handle nt...sadeeq sendiri yang ckp,kalau ade rasa ragu2 tak payah jadi..hhehe”

Akhirnya,saya jadi deputy head untuk biro dakwah and tarbiyyah.juga jawatan yang amat amat berat.oh fatin!tak de amanah yang senang..mujur tahu menilai tanggungjawab.sungguh,bila join mana2 organisasi,saya belum pernah terfikir bekerja semata2 untuk sijil atau pointer.tapi,saya selalu niat kan dalam diri,”aku menjadi wakil kawan-kawan ku untuk bawa sesuatu yang baik…aku sebagai medium untuk beri maklumat pada mereka…”..dan selain belajar untuk bergaul dalam masyarakat,ia melatih saya untuk pandai menguruskan masa,menyelesaikan masalah,belajar berkomunikasi,berkongsi idea..dan banyak perkara yang saya tahu.sekurang-kurang nya ada satu pengalaman berharga masa zaman-zaman belajar nih..

Sungguh.memang berat.dengan masa yang terhad.komitmen pula terbahagi kepada 5.

pertama,hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.walau sibuk mcm mna sekalipun,mengaji harus jangan tinggal.solat harus jaga.amalan sunat juga kalau boleh top up2 lah sket…

dan yang kedua,keluarga,jangan pernah terpisah dr perjalanan kehidupan sebagai pelajar…doa ibu sangat2 mustajab.mohon selalu di doakan untuk kelancaran dalam segala apa yang dilakukan,sekurang-kurang nya doa ibu itu dah cukup menenangkan hati.walau apa cara sekalipun yang bakal Allah aturkan untuk dipermudahkan urusan kita,rasakan ia.

yang ketiga,komitmen terhadap pelajaran.assignment,walau mcm mana sekalipun,usahakan untuk siapkan…belajar…kalau boleh jangan ponteng kelas…hmm…kdg2 teroverslept jugak…ok,cuba elakkan utk masa masa akan dtg..dan kne score dalam subjek,well perform.

keempat,komitmen terhadap society.kne sentiasa on time saat perlu hadir meeting.alert dgn tugasan yang diberi.buat to-do-list apa yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat dsb.beri kerjasama dalam apa jua kerja dan tugasan yang diamanahkan…

dan yang kelima,usrah.makanan rohani yang kalau boleh, elak untuk ponteng.hehe.walaupun pernah terponteng sekali…huhu….at least sentiasa update isi-isi usrah yang tak dpt hadir…hmm..what else?

Dan yang lain2 tu mcm biasa lah…belajar positifkan diri.belajar menghargai orang2 sekeliling.beri kekuatan saat mereka lemah.sebab…bila kita beri kekuatan pada orang lain,walau diri kita sendiri belum mampu mengatasinya,percayalah ia juga satu terapi untuk beri kekuatan pada kita.

Saat saya jalan sorang2 pulang ke mahallah..setiap langkah saya terifikir…apa yang aku dah buat untuk hari ini?apa yang dah aku belajar hari ini?ada tak jaga hati orang lain?ada terkasar bahasa ke?beri salam pada lecturer tak bila berselisih?adakah saya dah lemparkan senyuman pada orang2 yang saya jumpa?adkah saya ada terabai sesuatu?lupa untuk menjaga hati orang lain?adakah saya menggunakan akal saya sebaiknya untk berfikir sesuatu yang baik?adakah gurauan aku td melampau?......etc

Saya terfikir jugak,mampu ke saya bawa sem ni…?saya cakap pada diri…

“fatin kan dah besar….dah kne pandai uruskan masa..selesaikan masalah sendiri…kne kuat.taw!”wink

18 January 2011

saya ada Allah :)


"..bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu... tenanglah dengan jani-janji syurga. ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman,yakinlah, bahawa cinta yang lebih 'besar' sedang menguji cinta yang lebih kecil...."-dr. Pahrol


bukan mudah nak hadapi ujian.dan bukan mudah nak harungi langkah satu per satu..hari demi hari..bila hati kotor dan mula tercemar dengan rasa sakit hati,mudah membenci,perasaan riak..perasaan malas...memberontak....Allahuakbar...

sesuatu perlu dilakukan..

walau terdetik sedikit pun.istighfar lah..istighfar sedalam mungkin.hari-hari yang berlalu tanpa apa-apa perubahan ke arah yang lebih baik,terasa rugi.yang dah berlalu,hanya tinggal sejarah,dan untuk hari ini kita perlu buat sesuatu demi masa depan.sungguh.

...

cinta 'kecil' datang lagi.saya sedang diuji lagi.bila jiwa mulai kosong.terlalu mengejar kesibukan duniawi.bila niat entah ke mana...sungguh.syaitan itu suka menggoda.menghasut dan terus menghasut.madsaya tak suka.saya takut tewas!

tapi tak.

saya cuba muhasabbah diri semula.kumpul kekuatan semula.saya akan cuba untuk yang terbaik.andai masalah sekecil ini belum bisa diharungi..mcm mana bila dah semakin dewasa dan semakin banyak cabaran...

sentiasa tadah kan tangan.mohon dan yakinlah dengan janji Allah.jika kita bersabar dengan ujian yang diberi NYa..inshaAllah,syurga ganjarannya.winkkita ada Allah...segala2 nya datang dari Nya..kita milikNya...dan apa yang kita miliki semua milikNya...

yakin dan terus yakin dengan kuasa DOA!

.....ambil yang jernih



Salam fatin,maaf semalam x sempat nak reply message fatin. Fatin kenapa ni?..jgn down..fatin kan kuat…kenapa amek serius apa yang lecturer ckp..?die just provoke fatin supaya fatin conscious. Kita manusia memang sentiasa diuji dgn semangat.lagi2 time blaja ni..jgn sekali kali kalah dengan perasaan sendiri..semua tu nak psycho kita je.bile kita down,bnyk keje kita x jalan.focus hilang,hati tak tenang…jgn biarkan ia berterusan…jadi kan apa yg lecturer kamu ckp 2 sbg suntikan untuk kita sedar di mana kita sekarang.jika jauh dr landasan cuba cari jalan untuk teruskan perjalanan.banyak lakukan solat malam fatin..inshaAllah,cas bateri iman kita yang paling maximum di situ.andai perlu menangis luahkan ketika berhadapan dengan NYa…

Dia Maha Mendengar,dan kunci ketenangan dan ketabahan ada di situ…walau kita banyak keje,bnyk minta kepadaNya agar Dia bagi kesempatan untuk kita menunaikan segala tanggungjawab dan amanah yang diberi.kesempatan itu datang dr Allah.Dia yang mengizinkan.andai x berkesempatan mungkin silap kita lupa mohon dan berharap kepadaNya..sehebat mana pun kita andai tiada keizinan dariNya,tidak akan merubah apa-apa.

Fatin,syibi pun mengalami situasi yang sama.untuk berada di tahun 3 skrg,setiap sem macam2 berlaku.kdg rasa mcam nak study leave punada.dgn workload yg mungkin x sma dgn orang lain.lecturer kalau bidang kita,kebiasaannya mmg begitu.kata-kata di bibir mereka itu mmg pedih,tp percaya lah dia sekadar nak menyedarkan kita dr lena…bagi kita sentap,kalau tak,kita asyik dibuai mimpi,tp percayalah ,mereka bukan nak buat kita down sebenarnya….mereka nak sentap kita je…sbgai pelajar yang sedang menuntut ilmu dgn dia,sentiasalah bersangka baik.sebab nabi kata,orang yang kita perlu bagi hormat selepas ibu bapa adalah..guru.berkat tu dr dia.walau hati kita terguris sebanyak mana pun oleh mereka,jangan sekali-kali bersangka buruk,bagi feedback x baik pada mereka.even hanya dalam hati..walau pun zahir x nampak,elakkan involve bila orang bercakap,atau meluahkan ketidakpuasan hati tentang lecturer..walaupun susah.sebab…penawarnya di situ.kalau kita join sekali,ibarat kita telah mengurangkan molekul2 penawar tu..untuk rebirth kita punya semangat…

lecturer juga manusia biasa..x terlepas dr kelemahan dan kesilapan…tapi,siapa kita untuk menghukum mereka…apa bila hakikat hierarchy kehidupan guru di atas.kita sebagai pelajar,kene akur sebab kita skrg di petak dimana kita sebagai penuntut ilmu Allah.dan…kita harus kembali pada apa yang Allah tetapkan..berkat itu bukan la satu objek yang boleh dlihat dengan mata kasar,tetapi ia satu rahmat yang akan muncul bila kita perlukan.masanya adalah rahsia Ilahi….dan janji Allah sifatnya pasti.

So,sabar dengan ujian..syib menyampaikan berdasarkan pengalaman dan juga kata-kata semangat dr semua kita dari dalam ketidak tentuan,dan yang paling penting ilham dr Allah…kita sama2 bantu fatin..rahmat Allah itu datang dalam pelbagai medium..be strong kechikJ

Syibi hanya kongsikan apa yang diilhamkan,Allah bagi jalan dalam pelbagai cara…berkat doa family,kawan2,and fatin sendiri jugak…hehe,fatin jangan fikir sangat ye.ujian kita hanya ksekecil ini kalau nak dibandingkan dengan orang lain.contoh terdekat kita,tengok orang sekeliling kita sendiri.am extend sebab operation.ujian dia lagi besar…tapi die still amek sem ni..semangat pada dia boleh kita amek sebagai kayu ukur tahap kesyukuran kita.kesihatan tu nikmat paling tinggi yang Allah bagi…anggaplah kata-kata lecturer tu usikan je..kalau kata-kata lecturer 2 menjadi bahan bakar terhadap diri,guna la ia untuk memasakkan diri..jangan sampai ia membakar diri.think positive ya my dear fatin…syibi pun banyak belajar dr penulisan fatin…give and take..

Syibi,

13rd January ‘10

Uia,gombak

13 January 2011

kelas semalam



"ustazah nak tny kamu semua secara jujur,siapa yang sudah punya calon?"

semua senyap.diam.tersengeh2 malu.


"kalau belum ada untuk yang lelaki ustazah boleh carikan,kalau yang perempuan,suami ustazah boleh carikan.."

nada ustazah dalam lenggok2 bahasa arab.lembut.tersenyum.




parenting management class
9.00 pm,wednesday

ustzah ajarkan doa untuk dapat pasangan yang baik.
"rabbana hab lana min azawajina wa min zurriyatina qurrata a'yun.........."

lagi satu doa,
dalam surah al-Qasas:24
(doa yang pernah dibacakan nabi musa)

ustazah pesan suruh amalkan dr skrgwink

skdar perkongsian.
ustazah kata,kalau nak dpt pasangan yang baik,kita pun kenalah baik.aiwah!







12 January 2011

jangan patah semangat


Aha.sebenarnya diri ini seakan patah semangat.hampir setengah semester berlalu,tapi hati masih kurang semangat belajar.kenapa ya?hmm,ada sebab2 tertentunya.tapi ntah kenapa terlalu memikirkan hal-hal ini.yang sepatutnya tumpuan seorang pelajar hanya demi mendapatkan ilmu dan bukan ‘siapa’ yang menyampaikannya.benarlah ada pepatah mengatakan,jangan dilihat pada siapa yang berkata,tetapi lihatlah pada kata-katanya.

Bila terlalu dipandang,terlalu diharap,sekali tersalah langkah,semudah itu kita diukur.huh.manusia.ini lumrah.ya,perkataan yang sekadar menyedapkan hati.padahal sangat perit nak terima dan laluinya.kalau dulu, kata ini yang keluar,”this is not you fatin!”…semester ni..”kalau you x boleh bawak,you drop je subject ni”…aha,mulut saya tersenyum sinis.air mata hampir tumpah.tapi tidak!saya takkan mudah mengalah.saya akan buktikan siapa saya satu hari nt!

Hati seorang pelajar yang lemah semngatnya benar2 inginkan satu suntikan!biar ia pedih buat seketika,tapi untuk kebaikan pada masa akan datang.semua orang mempunyai masa depan,memikirkan masa depan.drop subject yang 6 credit ni…memakan masa setahun.bukan satu semester.bukan seminggu atau dua.bukan dua atau tiga bulan.

“you ade masalah ke?...ada prob dgn boyfriend?”hah.saya tersentap.”tak.bukan.xde kene mengena”…saya jawab direct.ini bukan main-main.ini soal masa depan seorang pelajar.huh.siapa dia untuk menentukan masa depan saya?siapa dia untuk menilai saya berdasarkan hasil kerja semata?kalau berjaya dalam pelajaran tp dalam keadaan emosi,rohani yang x stabil…?proses belajar takkan jadi enjoy,takkan jadi mudah.terkongkong.sempit.

Apa salahnya memberikan kata semangat pada seorang pelajar yang sesekali terjatuh.selagi boleh bangun,hulurkan lah tangan.susah sangat ke nak menggembirakan hati manusia lain?astaghfirullah…hari demi hari memang terasa bertambah2 dosa.terasa terlalu banyak meluahkan rasa ketidakpuasan hati.kenapa ni??(buat diri,muhasabah diri semula.saat ini lah syaitan mula menggoda dan terus menghasut diri andai iman itu lemah dan kemarahan yang menguasai…kenapa mcm ni…)saya sedih dengan diri sendiri.-terlalu emosi

”ya Allah,andai ini ujian yang Engkau berikan untukku,mohon berikan aku kekuatan dan semangat,jadikan ia pembakar semangat untuk aku terus cemerlang…permudahkanlah ya Allah..permudahknlah ya Allah..permudahkan…..ameen”

Saya dah tak nak menangis. Cukup lah. Saya mula berfikiran positif.saya ambil wudhuk dan duduk sebentar.membaca ma’thurat.amalkan doa-doa harian.agar mudah urusan.agar dibersihkan hati.agar berlapang dada…agar dijauhkan sifat bermalas-malasan.saya cuba bangkit semula.

saya fikir,dalam hidup ni kita ade jatuh dan bangun kita.semua orang pun mcm tu.kan?Cuma bila kita terasa lemah,terasa seperti hanya kita saje yang sedang melaluinya.rupa-rupanya tidak,kita tidak keseorangan.masih ramai lagi diuji dengan ujian yang berbagai-bagai..mungkin lebih dahsyat dr kita.tp ingat ,Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih dan Penyayang,Dia takkan membebani kita dengan sesuatu yang kita x mampu menanggungnya…jadi,harungilah setiap detik,setiap saat ujian yang tiba dengan hati yang tenang dan berlapang dada.

Saya perlu usaha lebih.saya perlu korbankan lebih masa. Saya perlu buktikan saya mampu buat yang terbaik.saya banyak membaca,menelaah…dan memahami setiap patah kata.bila kita senang hati,kita positif dengan Allah,lihat,Allah permudahkan semua urusan kita…perjalanan harian kita lancar…teman-teman yang kita sayangi tiba-tiba datang dan ingat kita…mereka yang tak putus beri kata semangat..mereka yang banyak membantu..terima kasih ya Allah,terima kasih kawan-kawan…terima kasih ibu buat doanya yang tak pernah putus.

Buat diri,percayalah…bila Allah ambil yang ini,Allah pasti akan gantikan sesuatu dengan yang lebih baik!

inshaAllah.setiap sesuatu yang berlaku itu,ada hikmah disebaliknya.

(perangsang saya-“kalau ‘dia’ berjaya,saya pun nak berjaya mcm ‘dia’)

Hehe…yoshhh!!wink

09 January 2011

us


“hello.assalamualaikum ibu,kakak ni”

“waalaikumussalam”


“ibu,sihat?adik-adik dah tdo ke..?”

“Alhamdulillah..ibu tgh isi buku rekod anak-anak murid ni…aah dah tdo dah semua”


“kakak dah bayar yuran belum?ibu dah masukkan duit belanja untuk satu sem ni skali taw..”

“ala bu…belum lagi.x sempat la bu.ada masa senggang je siapkan assignment…minggu ni memang sibuk dengan presentation nya lagi”


“takpe lah..siapkan mana yang perlu disiapkan dulu.jangan berhutang lama-lama..bayar cepat2”

“ok..inshaAllah minggu depan kakak cuba bayar…terima kasih ibu”


“minggu ni nak balik x…?”

“x kot bu..lagipun ummi salwan ajak dtg rumah sabtu ni..inshaAllah minggu depan..lagipun wani ajak balik sekali.”


“aa bagus lah,lagipun ibu nak buat kenduri tahlil sket kat rumah..ajak orang-orang surau”

“oyeke..haa..ok lah tu…inshaAllah kalau tak de pape kakak balik..”


“ok..belajar rajin2.jangan tidur lewat2.makan jaga..nt kirim salwan kat ummi salwan”

“ok..inshaAllah”


Bz.hehe.semestinya(tapi letak ke tepi dulu).selagi bergelar manusia,takkan lari dari perkataan sibuk.bz bz pun masih ingat ibu,adik2..abang..alhamdulillah masih ada mereka untuk melepaskan lelah masa belajar.walaupun ayah dah lama pergi.kekuatan tu masih ada inshaAllah.sesekali terubat juga rindu bila saya ‘menulis’ pada ayah.walaupun ayah takde di sisi untuk mendengar,tapi Allah tu Maha Mendengar kan?.rintihan hambaNya yang ‘kecil’ ini.huhu..subhanallah…semua ni nikmat yang Allah berikan.nikmat kasih sayang,nikmat disayangi.indah bukan?bila disayangi?

Allahuakbar

“fatin kat mana?”

“ada kat bilik…baru je habis kelas.kenapa salwan?”


“fatin,ummi ajak dtg rumah.bila-bila fatin free lah..kalau bz next time pun boleh”

“oyeke.huhu…rindunya.dah lama x pergi rumah salwan…hujung minggu ni inshaAllah boleh.huhu.bz tu bila-bila pun bz”


“ok!nt ftn ckp la bila ftn free ok!”

“okey.inshaAllah”

“fatin..salwan lewat sket ye..family suhail dtg pulak..”

“oyeke..takpe2…take ur tym.fatin pn nak basuh baju2 dlu..kemas bilik…”


“ok..fatin study2 la dlu..”

“aiyay kapten!dun worry lah…take ur time”


“ok.nt salwan nak gerak salwan bgtaw ftn k”

“ok”

“fatin!!”

“salwan!!!”


“haa..rindunya.dah lama kita x jumpa kan?”

“tu lah…mahallah dekat2 je pun x berselisih..”


“eh..mak sihat?”

“hahahaha……alhamdulillah..”


“ha..kak lis buat nasi ayam taw..ftn makan kat rumah salwan eh..”

“laa…yekee..susah2 je..siapa ada kat rumah?”

“semua perempuan jer…mak n kakak salwan.ime kat matrik banting”

“ow..dah matrik da..waa…lama dah rasanya tak jumpa family salwan”


Oh.itu trademark kitorang.’mak sihat?’huhu.salwan rumate saya masa kat foundation uia,pj.kami serasi bersama.salwan sangat sangat baik orangnya.begitu juga keluarganya.lepas makan kat rumah salwan kami pergi wangsa walk.jalan2 .salwan belanja aiskrim n muffin.huhu.oh ye,sempat saya singgah popular beli kan hadiah ntuk bday rumate saya.kami berkongsi cerita,luangkan masa bersama,then balik uia.

“fatin!lupa nak bekalkan nasi ntuk rumate fatin!!”

“eh xpe lah salwan.takkan nak patah balik..”


“ala..jom la balik rumah kejap..”

“xpe…lagipun rumate ftn da mkn lepas balik kelas parenting td”


“xpe lah.salwan belikan muffin eh..”

“ok..ikut salwan “


“salwan,seronok sgt hari ni..even sekejap”

“salwan pun seronok.terima kasih banyk fatin”


Tak pernah saya terfikir,dalam hidup ni saya dikurniakan kawan yang baik-baik.yang penuh rasa kasih dan sayang nya pada yang lain.saya dapat rasakan yang itu.selesa bila bersama.tak pernah berkira.macam ada banyak yang ingin dikongsikan.macam terasa tak terbeban bila mana sedia membantu.seolah tak ada yang cacat cela.apa yang diharapkan,semoga ukhuwwah ini kekal hingga selamanya.hingga ke syurga…ameen3

Tak pernah berjanji untuk menjadi sahabat karib.tapi hati..hati ini terpaut padanya.hidup seolah-olah terasa sempurna.begitu sempurna!andai ada sahabat sepertinya.teman-teman saya dr latar belakang yang berbeza-beza,tp sungguh,kami punya impian yang sama.naluri yang sama.andai ada yang merindu,hati yang satu lagi akan juga merindu.indah kan?subhanallah!biggrin



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.