21 May 2012

ukhuwwah fillah


Dulu, seringkali menggunakan istilah "ukhuwwah fillah". sehingga disalah gunakan untuk golongan bercouple yang "konon" nya Islamik. Okay, abaikan, saya bukan nak bercerita ttg bercouple, dah tentu ramai yang membicarakan isu ini dah harapnya dah jelas dan masing2 dah faham dengan baik. Alhamdulillah.

Catatan kali ni, sekadar ingin berkongsi, perubahan yang telah saya lalui, dan bila semakin membesar dan fikiran makin matang serta memahami hidup pada pandangan yang berbeza dan lebih luas, now, saya faham apa itu 'ukhuwwah fillah'.

Kalau dulu, saya faham pada bahasanya saje. bersahabat atau berkawan kerana Allah. Tapi, belum cukup menghayati maksudnya yang "tersirat". Belum menjiwai istilah ini. Mungkin...sebab berlatar belakangkan sekolah agama, jadi... macam terbiasa guna. Sekarang, saya dapat rasakan nya, dan faham sedalam-dalam nya maksud 'ukhuwwah fillah' di sini (hati).

Bila berukhuwwah kerana Allah, demi mencapai redha Allah, pasti kita akan tanam azam untuk bertemu semula di syurga. kata mereka "reunion semula di syurga". Bila selalu disebut2, rasa mcam... kata-kata biasa yang berlalu seperti angin. Tp, sebenarnya kata-kata tu membawa maksud yang sgt mendalam dan ..erm... syahdu bg saya.Saya selalu terfkir, mcm mana kalau reunion nt saya terlewat sampai ke syurga? (nauzubillah)...mcm mana...n macm mna??!.. 

Mcm 2 yang bermain di fikiran saya. dan..saya tertunduk sedih memikirkan. then, saya fikir, sebab tu ada mutabaah amal, cek amalan mingguan sorang2. dr situ kita dpt tahu 'level' amalan kita tahap apa. berbanding sahabt2 yang lain. Tp, belum cukup setakat tu, keikhlasan kita, kesungguhan dan buangkan segala rasa riak tu paling penting bila kita beribadah. Kalau diikutkan, banyaaaak lagi perkara yang perlu diteliti dalam amalan seharian kita. Tak pernah rasa cukup. Allahuakabar!

Dan manisnya nak berjumpa semula di syurga tu sampai rasa sayang pada teman-teman, tak kira dalam usrah mahupun luar, rasa mcam... bila lihat wajah masing-masing, dah ada niat dalam hati, kita nak ajak dia berubah. kalau boleh nak semua sekali berubah! selalu saya berazam mcm tu. Tp... hati selalu rasa tak mampu. rasa.... erm.... ya, susah. sebab kadang2 kita cukup kenal kawan-kawan kita kan? 

"dia ni mmg 'hardcore' punya free hair"
"erm.. family dia mmg mcm tu.."
"dia ni..."
"dia ni....

semua bisikan2 yang bermain dalam hati. Tp, selalu percaya, kalau bukan kita yang menjadi pemangkin untuk mereka berubah, mungkin ada orang lain yang boleh "sentuh" hati mereka. Berkawan, kalau sekadar suka-suka tanpa ada batasan, lelaki atau perempuan, terlalu bersuka ria sampai tak ingat dunia... (harapnya ingat akhirat..hehe) atau sekadar memenuhi kepentingan masing-masing, belum cukup syarat untuk berjumpa di syurga. Lepas ditarbiyyah, saya pandang wajah kawan-kawan, sahabat2 saya dengan penuh harapan. Terdetik di hati berkali-kali, "aku ingin mengajak mereka bersama-sama dalam 'jalan ini'". Mereka kata, semua orang ada potensi.


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman -inteam
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.
Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!- copied


[Kata mereka, "bersahabat biarlah sampai ke syurga" :')]

Love ♥
 
nadia rusli



No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.