ada masa
kita berjumpa
berjalan
bergelak ketawa bersama
dan
satu perkara yang aku pelajari
aku "belajar" sesuatu
saat internship ku di bangi
medang
teja landscaping
ikea, iftar, floria
Saya cuma pernah mengenali mereka pada nama. pernah berkunjung ke office sebab abang bekerja di situ. dan, mereka memang awesome! belum mula practical tapi dah disediakan ruang dan tempat untuk saya mula "belajar" di situ.
dan alhamdulillah, internship saya dah selesai. even, dua bulan setengah, tp dalam masa yang singkat tu, boleh dikatakan bnyk ilmu yg dah dapat, dan inshaAllah moga kekal sampai bila-bila dan boleh dikongsikan dengan yang lain buka sem nnt.
saya nak kongsikan perjalanan internship tu berlalu, haha..sebagai manusia biasa, memang terlalu banyak kelemahan dalam diri, saya cuba adapt dengan surrounding office, orang-orang baru, kawan baru + lama. everything seems mcm senang bila di akhir2, tp pada awal minggu tu, honestly saya sangat tertekan, inside.
tapi
saya cuba kuatkan diri. saya yakin, Allah ada dan selalu ada.hampir tiap masa saya tengok gambar teman-teman usrah. mereka lah yang menguatkan.
"walau di mana kita berada, ingat, pandanglah semua orang sebagai mad'u"
ya. tujuan saya bukan sekdar ingin lengkapkan university requirement, belajar sesuatu yang baru, cuba merasai dunia luar, bahkan lebih dr itu. inilah peluang ntuk kita cuba skill kita berdakwah pada orang lain.
"kakak kne tunjukkan contoh yang baik. mana taw sejuk hati orang lain, tertarik pd akhlak kita, nt die tertarik juga untuk berubah ke arah yang baik-baik..." , ibu
ya bu. dan setiap kali saya pulang ke rumah pasti akan cerita pada ibu seorang demi seorang character staff2 di tempat kerja. hari ketiga, saya dah boleh berautoCAD dengan baik. alhamdulillah. duduk under abang, kerja abang sgt detail n abang sgt tegas.
pernah sekali saya hampir menitiskan air mata. pernah rasa tertekan. sensitif sangat masa tu mungkin.huhu.tp, nak dibandingkan dengan kawan2 lain, saya lebih cepat belajar pada first week masuk. kawan practical yang lain pun, banyak sangat2 membantu, tunjuk ajar.. as well as staff yang sedia ada. overall, practical di medangteja alhamdulillah menyeronokkan.
sampai lah, kawan2 uitm menamatkan internship mereka, dan masuk pulak student upm, mcm2 perubahan pada medangteja dan seisi nya. syukur. pada yang tak menunaikan solat, dah mula menjaga waktu solat. pada yang belum menutup aurat, sudah pun mula memakai hijab pada awal ramadhan. rahmat dan kasih sayang Allah itu luas, hidayah Allah itu boleh meresap pada mana2 jiwa yang inginkan dan suka kan pada kebaikan.
"bos dengan fatin lembut je kan bila bercakap?"
"eh?yeke? biasa je? cuma, kdang2 ftn perasan bos tak berapa main eye contact dengan fatin..."
"haaa...nak buat menantu la tuu.."
"huh. mengarut!"
sambil rancak revised drawing, berautoCAD dr pagi sampai ke petang, berborak2 dengan kawan practical yang lain. sebab kami ditempatkan dalam satu bilik. banyak yang dikongsikan. secara jujur, saya sayang puan (bos) saya. entah kenapa, pandangan saya terhadap beliau terasa seperti mahu melihat puan berhijab dan berpakaian lebih sopan. suka bila puan bawak anak2 comel nya ke ofis, kalau lah anak2 ini dicorak kan dan diberi tarbiyyah yang baik, inshaAllah akan membesar dengan baik.
teringat satu hari, usai menunaikan solat asar di ruang solat ofis, anak puan yang kecil itu menegur saya, "eee...cantiknya kakak.." huhu. i guess she loves my telekung, suka agaknya bila melihat perempuan bertelekung. see, agaknya, kalau diberi pendedahan yang lebih baik, inshaAllah sempurna pendidikannya.
"fatin, u ni kan sukeeeee je bagi tazkirah kat i..mcm abang u lah.. hari2 kne dgr ikim.."
eh ? mana ade hari2? otw nak ke tempat kerja je. abang je yang pasang ikim dalam blik dia. hurm, dekat office, saya dilabel sebagai suka bg tazkirah..haha. itu kelakar. mana ade pun, cuma teringat kata pensyarah saya dlu, dalam apa2 perbualan pun, kne selitkan sesuatu yang boleh mengingatkan kita pada Allah, melihat kebesaran Allah etc... dalam sifat mereka yang "gila-gila" and i was in the same 'bakul' like them, apa lagi... bergila2 sambil berdakwah la. sekadar yang boleh dan mengikut rentak yang sesuai pada jiwa2 yang mendengar. subhanallah, mereka pun apa kurang nya, suka juga saling mengingatkan antara satu sma lain. bila teman-teman dan surrounding kita kuat, dan sememangnya kita inginkan kebaikan. kun fayakun!
and now, i've completed my task. azam saya. cita-cita saya.
dan..untuk puan, semoga hidayah itu sampai juga nanti. saya hadiahkan loket untuk puan. hadiah tu pilihan ibu. harapnya, dia selalu ingat saya :) hehe. saya mendoakan semoga puan terus maju, inshaAllah.
till next time! catatan yang serba ringkas ni,
doakan saya sempat menyiapkan report. submission 30hb. august '12
stay cool huh!?
*jangan cool sgt. ingat, Allah kata, buat apa2 kne excellent!
wallahualam