30 July 2013

kerna-Mu

Dalam menulis menyiapkan conference paper ni, pernah sesekali terfikir. Well, saya memilih untuk pulang ke rumah awal dan mengambil 'risiko' untuk buat kerja di rumah. Maklumlah bila di rumah, cabaran dan ujian 'kemalasan'nya berbeza. Hm. bila ibu selalu kol hujung minggu bila nak balik, fikirku, pasti ibu ingin saya pulang ke rumah dan berbuka bersama. Maka, saya plan untuk membuat consultation dan settelkan submission kerja sebagai RA seminggu lebih awal.Maka, bolehlah menghabiskan waktu seminggu akhir ramadhan di rumah. Walaupun terpaksa batal kan niat untuk i'tikaf di masjid uia tahun ini, mungkin, luangkan masa dengan ibu pun lebih baik. inshaAllah, dan boleh juga beribadah di rumah atau surau berdekatan.

Sambil-sambil 'cuti' ni, alhamdulillah, dapat luangkan masa juga beramal ibadah dan hampir khatamkan al-Qur'an di rumah. Cuba untuk psycho diri melawan 'keseronokan' di rumah. Kata orang, kalau di rumah mesti futur balik, tp inshaAllah untuk kali ni, dari awal perjalanan lagi dah letakkan al-Qur'an di hati ;) 

Ujian kat rumah dengan si kecil aisyah humaira (anak buah) , kadang-kadang melayan kerenah die yg dah mula membesar, sangat2 menguji kesabaran. Tapi, saya cuba praktis kan untuk selalu positif dan cuba tersenyum melayannya. Ada hikmahnya kenapa abang duduk dengan ibu, sedikit sebanyak dapat melihat perkembangan dan didikan anak buah yang baru sahaja mencecah umur setahun 3 bulan :) bukan mudah untuk melayan si kecil,yang sudah pandai memanjat sofa, senyap2 pergi ke dapur, bila nak solat kne tunggu aisyah selesai sujud dlu di sejadah, kadang-kadang geli hati melihat gelagatnya, bila makan, mashaAllah.. comot, bersepah, u name it!  tapi ibu selalu ingatkan yang anak-anak kecil masih belum berakal, tiap baki makanan aisyah tertumpah, ibu kata biarkan, nnti boleh kemas, tiap kali aisyah di denda oleh ayah atau umminya, ibu akan suruh peluk semula.. indahnya didikan ibu.

Kadang, bila berbuka, si kecil akan datang ke mak ngah nya (saya) jari telunjuk kecil nya menekan-nekan peha saya.. "ni..ni...ni...." *sini,sini... "tas..tashh.." *atas,atas... bila aisyah nak pangku mak ngah nya dan suap makanan, sangat Allah mendidik hati supaya tak gelojoh dengan makanan, suap sedikit di mulut, dan melayan si kecil. kadang, suapan kami bergilir. Entah kenapa dia memilih mak ngah dari umminya untuk makan sewaktu berbuka. Suka melihat gelagat dan keletah aisyah.

...

Waktu sedang menaip kertas conference tadi, saya terfikir, andai sewaktu belajar dikurniakan cahaya mata, dan perlu seimbang kedua-duanya, Allah ajarkan supaya berdoa dan meminta kekuatan dari Nya, " Ya Allah, izinkan aku mencari ilmu kerna Mu,dan izinkan aku juga mentarbiyyah permata hati ku kernaMu.." semoga dapat multitasking. Berbakti pada suami, ibu ayah, anak-anak dan fokus pada pelajaran. Apa yang penting, setiap amal perbuatan kita, niatkan untuk gapai redha Allah swt. InshaAllah, sebab semuanya datang dr Allah, dan Allah lah yang berkuasa atas sesuatu. Hasbunallah wa nikmal wakeel.

ini bukan berangan,
tapi mungkin persediaan.




a-positive-thinker, inshaAllah



28 July 2013

hidup mereka untuk Islam


Ya Rabb, tempatkan kami di syurga Firdausi



Sejujurnya,
Terkadang aku terfikir
adakah jihad ku, selain utusan doa
aku hanya mampu untuk
.
.
.
scroll, like, share dan comments?
(Allahu. moga Allah terima amal yang sedikit ini)
Mungkin, 
aku hanya mahu
sahabat, kawan dan teman-teman ku juga
turut sama perihatin dan peka
dan, mereka juga akan
mendoakan.


Aku juga terfikir,
Bagaimana seorang isteri mampu sekuat
dan setabah itu
dalam menghadapi dugaan
kehilangan suami?
Mungkin,
kerna ganjarannya syurga
dan mereka mungkin pernah berjanji
untuk bertemu kembali di SyurgaNya?
Terkadang,
aku tak perlu melihat jauh.
Cukup sekdar melihat sekelilingku
kehidupan 'akhawat' yang
telah pun bergelar isteri kepada seorang daie
yang penat lelah dan keringatnya
pada dakwah yang utama?
Bukankah kita mendambakan
percutian yang bersenang lenang?
kehidupan yang penuh bahagia
dengan mekahirkan anak-anak
dan hidup2 kita-kita aje?


Bukan itu,
Malah, keindahan nya pasti lebih indah
bila di syurga nanti,
dengarkan kata-kata Zainab al-Ghazali,

 Zainab Al Ghazali:

Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?

Suami:

Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).


Zainab Al Ghazali:

Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:

Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata, 
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….

Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.

Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?

Suami:

Ya.

Zainab Al Ghazali:

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.
Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi
Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.


Dengarkan,
Hidup ini bukan untuk bersenang lenang
Bukan untuk kita-kita aje
tapi,
penyatuan dua jiwa
pastinya perlu pergerakan daawah yang lebih pantas

Boleh bukan?
Ingatkan aku selalu tentang semangat Mujahidah Zainab Al Ghazali

Moga Allah Redha















nadia.rusli
24



24 July 2013

Tasbeeh Camara




air mata luruh bila baca yang ini;
"Ternyata bila dia ikhwah,sma fikrahnya,semuanya terjaga dgn baik,inshaAllah sehingga saat dinikahkan mengikut tempoh masa yg telah dijanjikan. habibah doakan kakak ye."


biidznillah kakak. biidznillah akan sentiasa. walaupun habibah tak tahu entah habibah punya kudrat untuk melihatnya dengan nyata nanti. ah, tapi kalau lihat depan-depan habibah takut nangis pula.sekalipun kita kenal bukanlah dalam suasana yang 'konkrit' seperti bertemu di library, atau menyapa karena tercicir barang atau dalam daurah mahupun jaulah. tapi jujur, habibah pasti akan menangis kalau-kalau setentang mata sama kakak nanti, habibah pasti akan bisu memilih susun-susun kata apa yang sesuai untuk disuarakan.

Habibah
2.22pm | facebook






terima kasih bidadari.







 

21 July 2013

tidak pernah jauh




Kadang aku terfikirkan, aku bukan tuhan untuk mengubah mu. Tapi, yang kuharapkan pada sedikit nukilan itu, bisa membuka mata dan hatimu untuk berubah. Biarlah hati mu tergerak untuk menatap berkali-kali, untuk mengulang bacaan berkali-kali hingga kau bisa menghadamkan. Pergilah, berhijrahlah mencari biah yang baik. Sengaja aku gunakan istilah 'kami' agar kau berusaha mencari. Agar nanti suatu hari nanti, bila kau dah bertemu, kau akan memahami dan cuba mengerti bait-bait kata ku ini. Maaf, memang terkadang aku menangis bila diuji. Namun aku percaya, kisah kita di dunia tak seindah angan-angan untuk hidup selamanya di syurga. Nantikan ganjarannya. 

Pada kamu, ya kamu, moga terbuka hati untuk memaafkan. Moga terbuka hati untuk menyesali segala tingkah lakumu. Berhentilah mengganggu si dia, berhentilah mengganggu diri ku. Apalah sangat kesempurnaan pada manusia yang kau harapkan, sekalipun dirimu dianggap sempurna. Bukan kamu yang berhak mengukur iman manusia, bukan. Tolonglah mengerti, tiada istilah untuk itu.

Puas aku mencari,apa khilafku. Apa sejarah masa lalu ku, hingga aku 'mampu' berdiri seteguh ini menghadapi ujian yang silih berganti. Bukan sekali, bukan sesekali, tapi berkali. Percayalah, manusia yang lalu, yang pernah hadir dan aku kenali, mereka kembali dan meminta maaf pada ku. Syukur untuk itu, kerana tak pernah tertanam rasa kebencian dalam hati. Tapi aku utuh tersenyum mengahrapkan engkau lebih matang. Berhentilah, berhentilah menyakiti yang lain. Biarkan aku menjadi penutupmu dalam perbuatan mu itu.

Ku tahu, takkan Allah biarkan seorang hambaNya berjalan di muka bumi tanpa diuji sehingga bersihnya dirinya dr dosa. Ku tahu, Allah tidak akan sesekali membebani seseorang pada sesuatu yang tidak aku tertanggung memikulnya. Tapi, jauh di sudut hati, semua kisah yang ternukilkan ini menjadikan aku manusia yang sering berfikir. Betapa Allah selalu memegang hati ku. Betapa Allah selalu menjentik hati ini supaya tidak pernah jauh dari NYa.

Engkau tahu cita-cita ku dulu? untuk memiliki seorang insan yang bukan milik siapa-siapa. Yang.. tak pernah menjadi milik yang lain. Maka dengan itu, seusia remaja ku saat semuanya berpasangan, aku jauh sekali dari itu. Ku menahan perasaan suka, perasaan ingin dimiliki dan disayangi. Hingga aku bertahan ke hari ini, supaya aku menjadi wanita 'suci' yang belum pernah menjadi milik sesiapa. Aku bertahan untuk selama yang aku mampu pada perasaan 'ingin memiliki dan dimiliki'. Mengenangkan itu, aku tersenyum sendirian. Apakah Allah makbulkan doaku? Untuk ketidaksempurnaan yang aku miliki, tidak layak sekali untukku mendambakan satu susuk yang sempurna, jauh sekali. Astaghfirullah

Saat kaki ku melangkah, menapak jauh dari kesibukan, mencari kesunyian di tengah malam. Dahi ku tersujud pada lantai bumi. Mengadu pada Dia, yang menciptakan ujian hebat untuk ku. Bila soal hati, ujiannya lebih perit. Kenapa ya Allah?

Cuba untuk mengoreksi diri. Teringat pada pesan ibu, ayah dahulu bagaimana? dan bagaimana ibu menangani ayah. Aku tak setabah ibu. Menggenggam jari jemari dengan penuh utuh, aku cuba bertahan. Ku bisikkan, "dia belum lagi milikku". Belum. Apa dayaku untuk bertindak pada keterbatasan ini? Apa yang harus aku lakukan demi membina baitul muslim dan baitul daawah yang diredhai?? Beginikah perjalanan seorang 'akhawat' yang teruji? Ahh..aku bukan sesiapa, cuma manusia biasa, sama mcm kamu. Cuma, aku cuba menjadi lain,ya 'lain', kerna ingin menjadi kan diriku 'mahal', exclusive di sisi Allah, kerna aku bukan wanita yang mudah dipermainkan, yang mudah disungkurkan dengan cerita-cerita palsu mu itu.

Tetaplah bertahan. Bertahan dengan mehnah duniawi, yang engkau mungkin tahu, takkan pernah berhenti mengejar mu. Doa, untuk kamu kuat menghadapi ujian, bukan meminta pada kurangnya ujian. Wahai jiwa yang merindukan Rabbnya, kembali lah pada fitrah mu. Sibukkanlah dengan segala yang bermanfaat,luputkan ingatan mu pada jalan cerita yang penuh liku-liku. Belajarlah untuk berlapang dada, dan kembalikan senyuman mu. Teruskan mentadabbur alam, perhatikan sesuatu yang lebih hampir pada mu pada saat ini. InshaAllah, yang terbaik untuk mu, wahai bidadari kecil.


Semoga juga menjadi bidadari di Jannah nnt.

Sekalipun engkau merindukan kisah silam mu yang penuh bahagia, percayalah, ujian yang sedang engkau hadapi, bakal Allah hamparkan dengan sesuatu yang indah sebelum matamu terlelap rapat, sebelum hembusan nafasmu terhenti, sebelum engkau menempuh alam selepas ini. Tetap utuh,teguh dan bertahan wahai puteri kecil.



nadia rusli
Ramadhan 11






19 July 2013

when there is a will..

there is a way



Alhamdulillah,jika dihitung-hitung nikmat yang Allah beri,sebenarnya terlalu banyak tanpa kita sedar. Cuma bila dtg ujian, itu yang lebih ketara kita hitung-hitung. kenapa aku?

Dengan izin Nya, ada bakat yang tercipta dari tubuhku. Allah gerakkan akal sebelah kiri dengan kurniaan keseniaan yang lebih tinggi. Allah murahkan rezki untuk memiliki sesuatu yang dapat aku salurkan bakat dan minat. Allah juga tempatkan aku di tempat yang sepatutnya aku perlu berada. Di situ, bakat ku diasah dan disalurkan.

Dengan bakat yang ada, sedikit sebanyak secara tak langsung dapat menambah sumber rezki. Alhamdulillah, sepanjang belajar dalam degree, menjadi freelance dalam watercolor painting. Each drawing saya dibayar dengan certain amount. Continuously, khidmat saya diperlukan. Dan alhamdulillah, duit itu dapat digunakan untuk attend seminar dan sebagainya. Kemudian, rezki datang lagi, bila minat dalam bidang photography semakin dipermudahkan. Banyak jemputan untuk mengambil gambar dalam certain event. Bermula dengan secara volunteer, siapa sangka, semakin ramai yang berminat dengan cara gambar diambil + editing. Kemudian, saya di offer oleh imam Hassan untuk buat shooting jubah keluarannya. Dan alhamdulillah,bayaran dari situ dapat menampung 'kehidupan awal' saya lepas degree sambil dalam perancangan untuk sambung master. Alhamdulillah, semakin bertambah offer buat masa ni. Moga usaha yang sedikit ni, dapat menambahkan sumber rezeki sambil2 buat sesuatu yang diminati.

Mohon doa semua, moga rezki yang diperoleh ini halal dan berkat, inshaAllah






12 July 2013

Bermulalah kisah yang baru

“Karena masa yang paling menyenangkan 
adalah masa dimana ia bisa mengajari kita banyak hal tentang hidup” 
Sani A Ramadani
Hari ini, aku tidak menapak lagi ke masjid. Hujan turun renyai-renyai,setelah 3 Ramadhan. Allahumma soyyiban naafi'a. Entah kenapa bulan ini terasa begitu sunyi. Kalau dulu masih boleh bergantung pada teman-teman yang ramai. Kini, tak lagi. Tapi, Allah gantikan dengan teman-teman yang baru. Makin luaslah empayar dalam bersahabat, dan semakin ramai teman-teman yg akan ku kenali.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah
















ana abdullahi walan yudhi'ani


Saat ayah 'juga' diuji dulu, ibu lah peneman setia dan sumber kekuatan ayah untuk terus memimpin masyarakat taman. Dulu, aku tidak pernah tahu tentang jatuh bangun ayah. Yang ku tahu, hujung minggu ayah pasti menggembirakan kami dengan bawa kami berjalan.

Dan, bila ayah telah kembali ke pangkuan Rabbnya, baru ku tahu, ayah pernah menangis kerana di fitnah. Berat ke ujian ayah tu ibu? Entah. aku tidak pernah memahami kondisi ibu dan ayah dulu. kerna, aku hanya melihat wajah ayah yang selalu tersenyum gembira, tidak pada sisi wajah ayah yang duka. Baru kini ku tahu, ayah seorang yang tabah sebenarnya. Dan,ibu seorang wanita yang setia di sisi ayah.

Teringat kisah baginda, Nabi Muhammad saw. Khadijah yang setia di sisi baginda. menjadi kekuatan nabi saat nabi diuji dengan ujian yang lebih berat. Sehinggalah saat kewafatan Khadijah, nabi terasa sangat kehilangan. Apakah rasanya seperti itu?

Sedang nabi pun diuji.Allahu

Rasulullah bersabda, Sa’ad bin Abi Waqqash berkata,Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, 
 “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cobaannya?”

Nabi Saw menjawab, 
“Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka.
Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras).Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa"

(HR Bukhari)


. . .

Dan, saat ujian itu pula menyapa kehidupan ku, aku tak tahu mahu letakkan kepercayaan pada siapa, melainkan Allah. sering aku bertanya pada Allah, tunjukkan lah aku petunjuk yang benar. Entah kenapa aku semakin takut dengan hidup. Di sini, 'kepercayaan' aku diuji. Sejauh mana kesetiaan ku mampu pergi,itu juga diuji.Belum sempat aku bertanya,sudah ramai yang hadir menjelaskan. Terima kasih Allah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)




Buat insan yang diuji,

Ketahuilah bahawa,
Tidak ada hari tanpa diuji, 
kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. 
Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan, 
akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. 

Hakikatnya, 
apabila kita belum cinta, 
itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, 
tidak disangka, 
tidak dipinta…
 jangan kecewa, 
marah apalagi mencela. 

Tetapi,
tanyakanlah diri, 
apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. 
Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah 
di sebalik segala mehnah (ujian). 
Allah tidak akan menzalimi kita. 
Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita 
menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, 
peganglah prinsip ini untuk bahagia. 
Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW 
dalam apa jua ujian yang melanda… 

“aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!” 
- ana abdullahi walan yudhi'ani

(Ustaz Pahrol Juoi)




p/s: Maafkan fatin andai tidak pandai menjadi penasihat dan sumber kekuatan yg terbaik. InshaAllah doa fatin tak pernah kering dari bibir. Semoga kita sama-sama terus kuat lalui hari-hari.

Ramadhan kareem.

nadiarusli











11 July 2013

my way




“Aku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, 
memberikan pendengaranku dan penglihatanku 
dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. 
Maka Maha Suci Allah, 
Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”


Subhanallah. Rasa dah lama tak menulis. Sibuk mungkin,dengan jadual yang agak 'penuh' tapi alhamdulillah, moga waktu-waktu yang berlalu tak sia-sia. Alhamdulillah,sibuk menguruskan urusan master, graduate dan inshaAllah sedang dalam contract dengan uia sebagai Research Assistant (officially).moga ada keberkatan dalam urusan-urusan kerja. Dan, alhamdulillah, Ramadhan pun bertandang :) dan Allah telah 'sampaikan' aku untuk berada dalam madrasah tarbiyyah ini. Moga berjaya sampai ke fasa terakhir Ramadhan, fasa pengampunan dan 'freedom'. Inshaallah,biidznillah.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sememang nya hidup tak pernah lekang dengan ujian. Untuk memilih dan memutuskan satu keputusan untuk masa hadapan,pastinya bukan sesuatu yang mudah. Namun, walau apa pun, kita lah sebenarnya yang akan melalui hari-hari itu, dan penentuan kejayaan itu, diri kita lah yang akan dinobatkan sebagai orang yang berjaya, inshaAllah.

Sengaja ingin aku nukilkan di sini. Agar suatu hari nanti, saat aku sudah menjejaki ke fasa satu lagi, akan ku kenang, untuk mencapai kejayaan, kita tak dibentang dengan permaidani merah. Well. Salah satu ujian yang tak pernah berhenti dari hidup sampai ke saat dan waktu ini, ialah.. pabila mendengar kata-kata org lain, baik keluarga, pensyarah, kawan-kawan dan banyak latar belakang lagi. Saya percaya, kata-kata manusia lain, boleh jadi pemangkin, boleh jadi semangat untuk terus menapak jauh, dan juga boleh jadi satu 'cabaran' yang agak besar.

Memang.. ibu kata, kita tak boleh mengharapkan kata-kata yang membina semangat kita je dari orang lain, lebih-lebih setiap dari kita punya pandangan yang jauh berbeza. Saya tahu, pengalaman mereka yang menyebabkan mereka menasihati saya dengan cara mereka. Saya hormati pandangan dan nasihat mereka. Bukan nasihat yang tidak baik. Saya faham, mereka semua mempunyai kepercayaan dan mungkin tahu kemampuan saya. 

Alhamdulillah, keluarga sangat menyokong saya sambung master. dan,untuk menghasilkan thesis,bukan sesuatu yang mudah.. lebih-lebih lagi peringkat master. Saya perlu bersedia dari segi mental. Bahkan, physical juga. Tapi, saya sedar, kadang-kadang saya tewas dengan kata-kata seperti, 

" fatin, u buat apa sekarang? owh sambung master? 
good! good! tp sayang..skill you ni sepatutnya you kerja.."

" owh fatin tak jadi pergi UK?
sayang nya, kalau ** boleh pergi
knape fatin x boleh pergi?
kalau i,i bagi lepas je.."


"kalau you sambung master ni,
memang after that orang akan kacau you.
akan cube pengaruhi pemikiran you.
It's up to you untuk decide.."


" I tengok pada skill you,
u should work in a firm.."


"sambung master?
you nak pergi dalam academician?
good. 

tp..
kenapa tak sambung overseas je?"


saya hanya mampu tersenyum.

Dan,masih tersenyum melalui hari-hari. Saya struggle dengan hari-hari yang di lalui untuk masih dan mampu tersenyum. "Fatin, awak kan yang akan lalui hari-hari awak?".... "haah". keep strong. InshaAllah, saya yakin, Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik. Dan,ini jalan ku.


Salam Ramadhan
#Day 2

“Thus, for the one with a purpose, who has a vision and understands their mission, the outlook in this world changes. This dunya (this life) becomes a place of opportunities and a place to accumulate wealth (in the form of good deeds) for the hereafter. Every trial they come across in this world becomes an opportunity to be patient and content. Every blessing they’re given and witness around them becomes a means of being thankful and humble. Every temptation they struggle against they see it for what it is; a mirage meant to deceive and entrap their soul. You see, they strive to keep the dunya in their hands and not their hearts. They have a mission and know the amana (trust) they are carrying—for they are living for His Sake now and they are employed by Allah (swt).”- Ismahan Abdullahi




maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.