28 February 2013

Hadiah buat ibu dari ayah




Mungkin bukan indahnya tulisan ayah yang membuatkan ibu jatuh hati
Tapi kerana kecintaan pada agamanya yang membuatkan ibu tertaut
pada kenalan yang penuh Islami.

Indah bukan?
"permulaan  yang baik, juga untuk perjalanan dan pengakhiraan yang baik dan penuh keberkatan"






And i know, ayah sgt "sweet".
Melalui bahan bacaan dan catatan ayah,
aku masih bisa "bertaaruf" sama ayah walau ayah telah lama pergi meninggalkan.

Kerna itu, bagiku, catatan2 dan dokumen2 adalah sangat penting
sebagai peninggalan di saat kita tiada lagi di muka bumi.
Dan ayah,
Terima kasih buat ini,hadiah yang tidak ternilai
peninggalan "ilmu" yang ayah pelajari, hadamkan, dan praktikkan dalam membesarkan kami.
Allahu Allah


#mengimpikan rumah tangga Islami
perkenankan.



Terbang tinggi





Even this week tersangat lah stress dengan workload, tapi rasanya saya dah 'gelak' terlalu banyak. Bila bro suruh angkat tangan dan cakap "boboboi kuasa 3!", kami semua terdiam. bukan tak semangat tapi, EH! dah final year..erk. that's funny. "kuat lagi!..kuat lagi!"

Saya tahu dan sedar, intention bro, lectrer saya untuk menyedarkan kami dan menaikkan semangat, tp..untuk laungkan tu..erm. Then,bila teringat balik memang geli hati. Bro zainul tarik board yang tergantung gambar2 polaroid kami, masa kami mengadakan trip ke luar negara. Kata nya, apa beza gambar ni dengan sekarang? kami jawab, senyuman?

Entah kenapa, semester ni terasa sgt pack masa. Erm,mungkin tu namanya "final year". Mohon Allah permudahkan dan lancarkan semua nya inshaAllah..ameen


Fatin,
terbang tinggi lagi!


24 February 2013

Last friday

Saya sisir rambut ke depan and cut it off. That was last week. 



Cuba simpan rambut panjang for almost 1 year, satu peperangan dalam diri yang amat dahsyat. Yang mengenali saya, akan tahu, i loved rambut pendek. When i'm stressed with all the things happened in my life, i'll cut my hair. But, this time, ibu betul2 tak bagi. Arwah ayah dulu pun sebenarnya tak bagi, but i refused. Well, sebenarnya, i really3 missed my ayah :(

Last friday, my lecturer asked me, did i called my dad? before the presentation day? erm. saya tersentak. "ayah?"  i don't have father.(monolog dalam hati) then i answered him, "emak".. "yes i did"

erm.that moment makes me realised that, sometimes i forgot about him. life changes and i need to move on. but, actually dad is the one who really2 inspired me in kerja-kerja daawah. ayah sgt bg semangat even he's not around anymore. that's why, when thinking about 'someone' that i meet in my life, makes me reminds of ayah, as ibu always say, "semoga dia jadi pengganti ayah". 

But when ibu talked about ayah, i'll just listening and couldn't respond to her. sebak agaknya. Then ibu mcm speak to herself.(maaf ibu) I know her soooo much. she's very strong. seorang ibu yg sgt kuat. Just imagine, i never see her tears. But me?emh..

Itulah kekuatan ibu, dan semangat ayah yang aku pelajari.
 Dan,

aku, harus juga kuat seperti mereka :)
inshaAllah

Ya Allah, perkenankan doa kedua ibu bapa ku.
Al-fatihah buat ayah,
Rusli bin Harun




Biar kelelahan itu penat mengejar mu

Kadang-kadang pernah aku terfikir, untuk terasa penat dalam jalan ini. astaghfirullah. memang iman ku setipis kulit bawang untuk dibandingkan dengan manusia2 yang lebih gagah. Terkadang, aku mengeluh tanpa aku sedar. Untuk ucapkan kata penat itu, adalah sesuatu yang memalukan bagi seorang daie.

Aku akur,tugas menjadi naqibah bukan sesuatu yang mudah. Ia mendidik jiwa, bukan mencipta benda. Kadang, aku lelah. Untuk membentuk jiwa, diri sendiri harus terlebih dahulu dibentuk dan dididik. Dan, hal ini memerlukan mujahadah yg sgt kuat. Teringat kata seorang kawan,

"aku nak jadi baik, tp.. x nak baik sgt"

Tersentak hati ini seketika. Mungkin, inikah juga yang aku rasakan? susah menjadi baik?Ah! teringat sewaktu daurah, soalan yang selalu ditanya, adalah ..syaitan paling suka ganggu siapa? siapa yang lagi kuat ujiannya? siapa yg kerap diuji? untuk apa kita diciptakan? apa tugas kita? ..

Lidah ku kelu. siapa aku? siapa aku ya Allah?

Manusia seperti aku yang tak sempurna. Yang baru belajar merangkak dalam jalan ini.Yang baru berjinak-jinak mengenal 'akhawat'. yang... masih terlalu panjang jalan yang perlu aku susuri. Ahh.. aku benci perasaan 'terasa' terbeban! Selalu saje aku menafikan.. tapi sebenarnya aku lelah, lelah ya Allah.

Sampai satu titik. aku tertulis 'noktah'.

Aku benci diri yang palsu. Lebih benci jahiliyah yang lalu. 
Tanya sendiri pada hati! mana satu yang kau mahu?
Dunia yang sementara,atau
syurga yang kau pinta-pinta dalam doa mu??

Futur! 
tolong pergi jauh tinggalkan aku
240213





18 February 2013

mencari himmah


















“If you see that your heart is becoming hard and your body is becoming weak and your provision is decreasing, know that you are involved in that which doesn’t concern you.” 
— Malik ibn Dinar 

14 February 2013

UK dan aussie

"kak sumayyah, fatin dah bincang dengan pensyarah fatin.masa dia ajak keluar lunch, dia... suggestkan ftn further study kat UK atau aussie..bukan uia. Terus teringat kak sumayyah ckp jom blaja kat UK!"

"kat australia? sama mcm mat luthfi?"


"Ehh..sma? knape kak sumay? dia.. ikut usrah kita ke?"
"yup. awal-awal dlu..sama dengan anwar hadi.."

"iye? laa..adik anwar hadi junior landscape fatin.."
"yekee.."


...

so fatin?
what's next? 



. entah la. cita-cita tu tinggi sangat kan?
ibu dah pesan, kalau  boleh buat di uia je.
ikutkan hati, dah berkeluarga baru berhajat ke sna.
ada yang menjaga. tapi..


Allah,
permudahkan perjalanan usiaku.

lillah.

12 February 2013

Ini kisah cintaku

Hari itu, adalah hari kedua aku bertemu dengannya. Berlainan dengan kisah cinta manusia lain, kisah ku ini ditemani dengan ibu dan abang yang selalu di sisi. Jika dikira-kira, kami baru mengenal hampir beberapa bulan. Belum genap setahun. Perbualan kami sangat lah sedikit, namun, pernah juga terdetik di hati, "cukup kah semua ini untuk sekadar mengenali nya?"

Seringkali ku andaikan kata hati ini adalah bisikan dari syaitan. Iya, kalau diikutkan hati yang bernafsu, ingin sahaja aku berkongsi semuanya! semuanya tentang hari-hari yang aku lalui. Tentang perkembangan dan kejayaan demi kejayaan yang aku kecapi. Bertanyakan khabar,emh.. macam-macam. Tp,bila namanya mujahadah, "mengapa aku perlu tewas dengan semua ini?"

Getaran yang menyentuh hati, mengatakan "ahh..ini salah!" - fatwa hati ku kira. aku cuba elakkan sebaik mungkin. buang jauh-jauh kerna takut kan


dosa.


Apa kau kira aku tak teringin punya pasangan yang bahagia? ya, naluri seorang wanita sememangnya ingin disayangi,dicintai. Tapi, bukan itu (couple) caranya. Keindahan itu, yakinkan aku bila bernikah itu, adalah kebahagiaan yang sgt hakiki. 

Kita,adalah golongan yang ditarbiyyah. Kerna kebergantungan tinggi pd Allah, Allah meletakkan keyakinan dan kepercayaan pada pasangan kita. Pernah rasakan? Bila kerna Allah, semua yang berlaku adalah hikmah dan hadiah dari Allah. Amazing kan? 

Pertemuan itu, aku cuba menjadi 'biasa' seperti hari-hari biasa. Tp, sukar. Hati ku tetap berdebar. Entah kenapa. Sambil berbicara, aku berselindung di sebalik ibu. Kebanyakan bicara nya, di sambut ibu dan bukan aku. Iya, terlalu banyak yang ingin dibicarakan, tapi..

biarlah ia tersimpan,
sampai satu masa nanti
jika panjang usia ku,
kita boleh bertaaruf lebih jauh
dan bertukar-tukar cerita tentang kehidupan ku
dan kamu

yang masih banyak belum kita selami.





Akan hadir satu hari
kisah 'cinta' itu terukir
selepas pernikahan.


 

 

Pernah kah?



"akak,akak pernah bercinta?i mean...err..couple?"
"eheh..knape...tibe-tibe bertanya psal ni..?"

"oh,xde saje tnya. ye lah,umur-umur mcm nii..mesti dah ade kan kak?"
"hm.. mungkin"

"sebab,saya takde pulak dengar cerita ttg akak."
"inshaAllah. doakan yg terbaik,untuk kita. sama-sama"

...

Sejujurnya. memang saya tak pernah bercouple. cuma,pernah simpan perasaan suka dalam hati. cukup setakat itu rasanya. Kalau berbicara soal hati dan cinta pada insan yang bernama adam, saya pernah kongsikan dalam catatan-catatan terdahulu. ia tentang.. prinsip dan pegangan hidup dan bagaimana saya mencari kekuatan di saat hati benar-benar teruji.

Alhamdulillah.
Allah masih jaga kesucian hati itu sampai saat ini. Memelihara dengan prinsip yang utuh. Memang perlukan mujahadah yang kuat. Teman-teman yang selalu mengingatkan. Dalam pencarian mencari jodoh dan meneka-neka serta tertanya-tanya dalam hati.."mungkin kah dia jodoh ku?"

Itu,usia-usia seperti kita kan? ustazah akan berkata, mulalah berdoa dari sekarang. Kita pun berdoa dan berusaha. Tumpukan pada study dulu, kita pun bersungguh-sungguh study untuk sampai ke universiti. Di situ, kata mereka, kita akan jumpa jodoh kita. Mungkin ya, mungkin tak. tp kebanyakannya, inshaAllah pasti ada yang terjumpa. 

Indah bukan aturan Allah?
Kita selalu merancang, Allah juga merancang sesuatu yang lebih indah untuk kita.
and indeed, Allah's plan is better than our dreams.

"berangan lah setinggi mana.. terpengaruh dengan cerita korea? movie best2? eheh.. boleh, tp after kahwin lah! Islam ada gariskan panduan-panduannya,tinggal nak dengar dan patuh. susah ke? tak kan? malah lebih indah!sangat indah..percayalah.."

amaran: jangan tengok movie/cerita yang lagha

soal hati,
terjawab



09 February 2013

Bertemu ibunya.


Alhamdulillah,dengan izinNya.

hari ini.
bertemu ibu nya.

InshaAllah,semoga pertemuan ini membuka ruang untuk mengenal lebih jauh susuk tubuh yang telah melahirkan insan yang ku kenali ini. Entah kenapa, telah lama menyimpan hajat untuk bertemu ibunya sejak pertama kali mengenalinya. Teringat satu masa dulu, bila kawan-kawan bertanya tentang 'mencari pasangan', saya selalu gambarkan ingin mengenali ibunya sebelum mengenali si dia dengan lebih jauh. Tapi, Allah itu Maha Mengetahui, dan Dia Pengatur terbaik. Dengan kesabaran dan doa yang selalu menguatkan hari-hari, pertemuan hari ini membuatkan hati terasa sangat tenang. Moga disusuli dengan khabar gembira satu saat nanti.

Ya Allah, terima kasih untuk 'pertemuan' ini. Moga Engkau satukan hati-hati kami pada waktu dan masa yang tepat dan terbaik untuk kami,keluarga,sanak-saudara dan sahabat handai kami. Berikan kekuatan untuk kami terus bermujahadah menjaga hati-hati kami. Terima kasih untuk anugerah dan hadiah "tarbiyah" yang Engkau letakkan pada ruh-ruh kami.

09022013
 you wish
i wish.


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.