Showing posts with label ilham. Show all posts
Showing posts with label ilham. Show all posts

10 August 2012

mad'u


Allahurabbi, menitis air mata tatkala baca message di tumblr. Terasa...ya Allah, di mana tempatku di sisi Mu? terasa..terlalu jauh sangat, walau berkali-kali cuba untuk mendekati. kadangkala terasa, di mana keikhlasan dalam beramal? riak kah diri ini? kenapa aku di sini? untuk ape aku ke sana?

astaghfirullah.

Jari jemari ini, yang Allah satukan dengan hati, dilhamkan oleh Nya untuk menulis, apa yang sekadar mampu di tafsir oleh akal yang masih cetek ilmunya, dan hati yang mungkin pernah tergores dengan bintik-bintik hitam, yang seringkali cuba dicuci, digilap, namun...pernah juga tersungkur.

kerna



aku juga manusia seperti kalian.

naqibah ku pernah mengatakan, pandanglah setiap orang itu seperti mad'u kita. mad'u  adalah orang yang didakwahkan. kadang terdetik dan terniat dalam hati, aku sampaikan untuk mengajak ke arah kebaikan,namun, tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.




buat adik,

akak pun, sebenarnya masih cuba koreksi diri, masih banyak yang perlu akak perbaiki. salah satu yang menguatkan akak, ialah ukhuwwah dalam berusrah. di situ akan diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal, untuk sentiasa cuba menjaga mutabaah amal, dan selalu mempertingkatkan diri dengan ilmu yang kadang kala kita tak dapat dalam pembelajaran formal.suasana tarbiyyah sebegitu yang menguatkan..kadang2 surrounding kita berubah, kita pula cuba mentarbiyyah kan suasana kita sedaya upaya dengan apa cara..

kekuatan itu, ada...bila mana 'doa rabitah' dibacakan,(itu yang akak dpt rasakan) dan wajah2 sahabat kita yang solehah sentiasa dipancarkan dalam doa. buatkan akak, selalu teringat walau berjauhan dengan mereka. inilah yang dikatakan, ukhuwwah kerana Allah...kita tak pernah berpisah, tp akan bertemu semula di jannah. inshaAllah!



sahabat alam-maya
semoga kita berukhuwwah kerana Allah.



regards
kak fatin 


p/s: bangun tahajjud + berautoCAD #heh
salam ramadhan ke-22


21 May 2012

ukhuwwah fillah


Dulu, seringkali menggunakan istilah "ukhuwwah fillah". sehingga disalah gunakan untuk golongan bercouple yang "konon" nya Islamik. Okay, abaikan, saya bukan nak bercerita ttg bercouple, dah tentu ramai yang membicarakan isu ini dah harapnya dah jelas dan masing2 dah faham dengan baik. Alhamdulillah.

Catatan kali ni, sekadar ingin berkongsi, perubahan yang telah saya lalui, dan bila semakin membesar dan fikiran makin matang serta memahami hidup pada pandangan yang berbeza dan lebih luas, now, saya faham apa itu 'ukhuwwah fillah'.

Kalau dulu, saya faham pada bahasanya saje. bersahabat atau berkawan kerana Allah. Tapi, belum cukup menghayati maksudnya yang "tersirat". Belum menjiwai istilah ini. Mungkin...sebab berlatar belakangkan sekolah agama, jadi... macam terbiasa guna. Sekarang, saya dapat rasakan nya, dan faham sedalam-dalam nya maksud 'ukhuwwah fillah' di sini (hati).

Bila berukhuwwah kerana Allah, demi mencapai redha Allah, pasti kita akan tanam azam untuk bertemu semula di syurga. kata mereka "reunion semula di syurga". Bila selalu disebut2, rasa mcam... kata-kata biasa yang berlalu seperti angin. Tp, sebenarnya kata-kata tu membawa maksud yang sgt mendalam dan ..erm... syahdu bg saya.Saya selalu terfkir, mcm mana kalau reunion nt saya terlewat sampai ke syurga? (nauzubillah)...mcm mana...n macm mna??!.. 

Mcm 2 yang bermain di fikiran saya. dan..saya tertunduk sedih memikirkan. then, saya fikir, sebab tu ada mutabaah amal, cek amalan mingguan sorang2. dr situ kita dpt tahu 'level' amalan kita tahap apa. berbanding sahabt2 yang lain. Tp, belum cukup setakat tu, keikhlasan kita, kesungguhan dan buangkan segala rasa riak tu paling penting bila kita beribadah. Kalau diikutkan, banyaaaak lagi perkara yang perlu diteliti dalam amalan seharian kita. Tak pernah rasa cukup. Allahuakabar!

Dan manisnya nak berjumpa semula di syurga tu sampai rasa sayang pada teman-teman, tak kira dalam usrah mahupun luar, rasa mcam... bila lihat wajah masing-masing, dah ada niat dalam hati, kita nak ajak dia berubah. kalau boleh nak semua sekali berubah! selalu saya berazam mcm tu. Tp... hati selalu rasa tak mampu. rasa.... erm.... ya, susah. sebab kadang2 kita cukup kenal kawan-kawan kita kan? 

"dia ni mmg 'hardcore' punya free hair"
"erm.. family dia mmg mcm tu.."
"dia ni..."
"dia ni....

semua bisikan2 yang bermain dalam hati. Tp, selalu percaya, kalau bukan kita yang menjadi pemangkin untuk mereka berubah, mungkin ada orang lain yang boleh "sentuh" hati mereka. Berkawan, kalau sekadar suka-suka tanpa ada batasan, lelaki atau perempuan, terlalu bersuka ria sampai tak ingat dunia... (harapnya ingat akhirat..hehe) atau sekadar memenuhi kepentingan masing-masing, belum cukup syarat untuk berjumpa di syurga. Lepas ditarbiyyah, saya pandang wajah kawan-kawan, sahabat2 saya dengan penuh harapan. Terdetik di hati berkali-kali, "aku ingin mengajak mereka bersama-sama dalam 'jalan ini'". Mereka kata, semua orang ada potensi.


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman -inteam
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.
Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!- copied


[Kata mereka, "bersahabat biarlah sampai ke syurga" :')]

Love ♥
 
nadia rusli



18 May 2012

being me.

 "erti hidup, pada memberi"

"lepas ni, fatin pegang pulak usrah ni.."
"aa..aaa..hh....tapi...fatin tak mampu.. ilmu fatin sket sgt, bnyk lg ftn kne buat..."
(pendek kata, saya lebih selesa menjadi anak usrah.duduk dan mendengar)

"ana yakin anti boleh. sampai bila pun kita nak ckp kita belum bersedia? sampai masanya nanti, anti akan rasa sendiri perubahannya, percayalah, ana yakin.."

"lepas ni, korang dah kne bahasakan diri ana-anti lah..huhu"

































Allah,
terima kasih kerana berikan aku jari jemari yang mampu menulis dengan baik
dalam menyampaikan apa yang dirasakan terbaik
tulus ikhlas dari hati
dari kesalahan terdahulu yang tak ingin terulang lagi
dari pengalaman yang tak pernah jemu mendidik hati
dari didikan ibu ayah yang penuh kasih sayang
dari senyuman orang sekeliling yang penuh pengharapan
dari kisah mereka yang jahil
dari hati mereka yang kering

sekurangnya aku belajar untuk "menghargai" kelebihan yang ada pada diri
aku sedang belajar untuk syukur dengan setiap nikmat
sesungguhnya aku ini hanyalah perantara
tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Mu


































Allah,
terima kasih untuk tubuh yang kecil ini
sesungguhnya ia mengajar aku untuk merendah diri
mengajar aku untuk tidak takbur
mengajar aku untuk tidak riak
mendidik hati untuk sentiasa tunduk
walau manusia memandang tinggi pada aku
siapalah aku di sisi Mu Ya Allah
namun aku memohon dengan penuh harap
agar Kau letakkan aku dalam kalangan mereka yang Engkau-redhai





































Allah,
terima kasih untuk lisan ku yang lembut
yang bisa menyentuh hati-hati mereka
yang bisa bertutur perkara-perkara yang baik
walau dulunya aku jahil
kini, Kau berikan aku kekuatan untuk sampaikan yang terbaik
































Allah,
terima kasih untuk sebentuk hati yang bersih
yang Kau amanahkan untuk dijaga dengan baik
yang Kau berikan untuk merasa nikmat Iman, Islam dan Ihsan

Allah, terima kasih
untuk segala nikmat yang telah Kau berikan

untuk mereka yang disayangi dan menyayangi,
simpanlah cita-cita untuk bertemu di Syurga





























Allah,
ujian terbesar yang Kau berikan pada ku
dengan mengambil orang yang amat aku sayangi, ayah
mengajar aku untuk lebih tabah berbanding manusia lain
untuk mengajar aku lebih berdikari dr yang lain
mendidik hati supaya berani dan kuat berbanding yang lain

sesungguhnya hanya Engkau yang tahu "kekuatan" di sebalik tubuh kecil ini Ya Allah
syukur Kau kurniakan orang yang amat menyayangi
Kau gantikan dengan kejayaan yang silih berganti
Kau kurniakan aku kesenangan dan kemudahan yang adakalanya tak pernah ku mohon






























Tuhan,
maafkan aku andai aku leka, lalai dan lupa untuk bersyukur
pada setiap hembusan nafas ku
maafkan aku andai aku tersilap langkah dalam ketidakmatangan ku
maafkan andai aku terlupa mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup
untuk meraih cintamu


































Allah,
sesungguhnya aku malu
terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
tp, masih aku rasakan aku yang terbaik.
seringkali aku lemah Ya Allah.
aku terlalu mengikut hawa nafsu sehingga lupa asal tujuan hidup ku
mohon Kau ampunkan dosa ku Ya Allah
yang nampak, yang tidak












dulu , aku pernah jahil.

love, 
nadia



p/s: amanah ini akan ku pegang dan jalankan dengan baik, inshaAllah. mohon diberi bimbingan untuk ana terus istiqamah.


18 April 2012

cinta ku, kerna Allah.




mereka kata, mereka malu



satu masa dulu
aku juga seperti mereka
malu bila buat kebaikan
seolah manusia lihat kita asing
asing!

depan siapa pun
dengan apa pun
di mana pun!

tp kenapa harus ada rasa malu?


aku mula belajar tentang hidup
bila ada rasa berTuhan
malu ku hilang
lenyap

sedikit. sedikit.


sekarang
aku bangga
bila buat kebaikan
manusia di sekeliling kita tersentuh
mereka tertarik pada kebaikan
mereka sedar
hidup ini cuma sementara
kita perlukan "tujuan" yang jelas
kita perlukan matlamat yang terang
kita perlukan jalan yang lurus

dan

untuk itu,
kita perlu bersama
kita perlu bina satu bulatan
yang semakin hari semakin besar
ya
besar!

barulah terukir senyuman
pada mereka yang awal dahulu
berjuang, berkorban, bersungguh
menerangkan jalan mereka-mereka yang sesat
jahil

kawan,

semoga ini pilihan yang terbaik untuk kamu
untuk aku
mereka

aku terharu
kerna engkau punya keinginan untuk berubah
ingatlah,
hidup kita cuma sementara
buka lah hatimu
seluas-luasnya
untuk bersama dengan ku.

kawan,

tegakkanlah Islam dalam hatimu terlebih dahulu
nescaya Islam akan tertega
pada daulah mu
(Hassan al-Hudaibiy)

buat teman ku
maaf andai lidah ini terkelu
untuk sama-sama membawa kamu, kamu dan kamu
ke jalan tarbiyyah ini
aku mahu
aku ingin
aku berhajat
aku berangan

namun,
lidah ku kelu.
di saat kekuatan mulai datang
air mata ku tak henti menitis

di saat
kau hulurkan tangan mu
aku tahu,
Allah itu Maha Pengasih
kerna kasihnya pada kamu
kamu lah insan terpilih

kawan

dakwah dan tarbiyyah itu cinta
ayuh
duduk bersama, dan kita beriman sebentar.


petitenadia





16 April 2012

umur kita,untuk 'apa' dihabiskan?




Bismillah


Hari jumaat lalu. genap umur saya 23. malam yang sukar untuk lelap. terasa seperti esok takkan lagi saya temui. entah kenapa, terasa ajal semakin hampir. alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang medoakan, tak lupa juga doa dan ucapan selamat hari lahir dari ibu dan abang tercinta lagi jauh di mata. ecece... terima kasih semua. secara jujurnya, saya benar-benar terharu..

























"salam,

selamat hari lahir buat kakak yang ke-23.

selamat menempuh alam dewasa.
semoga terus solehah dan punya visi dan misi yang lebih cantik dan jitu!
ibu sayang kakak!"

ibu























entah kenapa. tarikh 13 april 2012 ini terlalu signifikan bagi ku. seolah macam....peningkatan usia kali ini, benar-benar 'merubah' sesuatu dalam hidup. ada satu sentuhan di sudut hati, yang seolah memanggil-manggil untuk....
















ya.
























pergi mukhayyam!
MUDAH'12.




























Allah telah memilih aku untuk pergi majlis ilmu. aku ingin duduk di bawah naungan para malaikat! hati berbisik.setiap masa saya tekan-tekan keypad handset, berulang kali membaca message dr naqibah akan mukhayyam. pergi? tak? pergi? assignment? erm...presentation?! wait. saya nak celebrate usia saya. saya nak mulakan dengan moment yang paling baik!paling cantik! paling indah dalam sejarah permulaan usia saya! boleh kan? wink


akhirnya saya tinggal kan assignment. put aside . jussst for a while. erm. what's next? yeah. packing! telekung, selimut, al-Quran comel, note book, ubat gigi and berus gigi, tuala..etc..etc. done! skrg saya dah ready. a 23 years old girl...no..no...woman...is ready to go for mukhayyam!alone? aah. (nt sampai sana mesti ada kawan punye!) err..dah besar2 ni, kawan mana2 pun boleh buat kawan ..hehe.kan?


belum sampai sana, dah jumpa kawan baru. yang lama pun tak kurangnya,majority ada yang kenal, tp..mcm rmi jugak muka-muka baru. actually, mereka semua junior2. alhamdulillahhhh...junior2 dah terdedah. erm, saya je lewat sket. dah lama terdedah cuma....banyak sgt alasan, dan....masa tu belum rasa "manis" berukhuwwah.(<----alasan jugak ni)


banyak pengisian yang dikongsikan oleh kak sumayyah, bro. aiman, najib, marwan, qiamullail, MAKAN!! mrgreen haha. abaikan.


















Yusul al-Qardhawi kata,








"sebelum beramal, belajarlah berniat.
sebelum berniat, belajarlah untuk ikhlas"





















Mukhayyam kali ni, objektifnya ialah lebih kepada nak menyedarkan kepada kita kepentingan usrah dalam kehidupan seharian kita. serta kefahaman ttg asal usul usrah. sedikit sebanyak dikupaskan ttg sejarah usrah, sejak zaman Rasulullah lagi, dan ia antara salah satu sunnah nabi kita, S.A.W. tazkirah dari bro aiman pulak, mengupas ttg syeikh ahmad yassin. seorang "pemilik kerusi roda yang bergelora jiwanya" . pasti semua dah mengenali beliau. beliau membawa usrah and always tried to make it fun. seorang yang sgt pengasih dan caring terhadap kanak-kanak. dan suka meraikan tetamu.

salah satu objektif pgram juga ialah memberi kefahaman kpd kita ttg apa yang perlu dilaksanakan dalam usrah, dan mmberi penekanan ttg apa yang perlu dicapai dalam usrah. selain mengeratkan ukhuwwah kami untuk menjadi satu kekuatan jamai'e, memantapkan dan menyempurnakan kefahaman amal jamaie dan yg terakhir, meminimakan keciciran dalam dakwah.



tarbiyyah = pendidikan+pembentukan




kepentingan tarbiyah, "kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah melalui tarbiyyah Individu". tarbiyyah ini merupakan pembangunan aspek2 peribadi menuju kesempurnaan (sedikit demi sedikit) dari satu keadaan kepda keadaan yang lebih baik. razz

ayat kak sumayyah yang plg terkesan masa slot ni, masa kak sumayyah ckp,


"Rasulullah boleh bersama-sama ajak sahabat dalam tarbiyah, tp..kenapa sahabat2 kita skrg tak nak ikut kita sama-sama dalam tarbiyyah? sedangkan kita berkongsi segala masalah, rahsia....dgn dia.. . ."


Allahurabbi. saya tersentap! bukan mudah kn nak mengajak orang ke arah kebaikan?hurm (muhasabah)



















dan... . .
























USRAH adalah mekanisme terbaik tarbiyah :h:















kata mereka,


















USRAH itu CINTA



dalam usrah ada iman + taqwa, ukhuwwah + kasih sayang
kita duduk bersama, dan beriman sebentar! wink:f:


3 rukun USRAH :

:84:Ta'aruf : perkenalan (tahu) peribadi
:83:Tafahum : memahami
:82:Takaful : kebajikan ahli

nak kenal dengan seseorang atau ahli usrah, kita perlu "hidup" dengan dia. bermusafir antara salah satu cara kita dapat mengenali ahli2 usrah. kata kak sumayyah, "contohnya...bila kita keluar dengan ahli usrah kita, bila kita tengok diorang drive waktu jalan jam..mcm mana cara mereka berdepan? ada yang mengurangkan tekanan dengan membaca al-Quran....mcm2...maki hamun ke? dr situ kita boleh lihat tahap kesabarannya....dan mcm2 lagi...."






Peranan kita?

so, apa peranan kita sebagai pemuda?

pemuda adalah asset kepada ummah. Yusuf al-Qardhawi kata, "Generasi muda bagaikan mentari, yang sedang berada di tengah-tengah langit dunia pada awal pagi". seorang pemuda perlulah beriman, semangat, dan menjaga amalan-amalan nya.



"tegakkanlah Islam dalam hati mu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak pada Daulah mu".

Hassan al-Hudaibiy




dan harus diingat, kita perlulah bermanfaat kepada orang lain.contribute untuk Islam! apa saja skill yang kita ada, sumbangkan!" pertolongan Allah akan datang kalau kita buat segala usaha dan berkorban segalanya" (Muhammad:7) 'aslih nafsak wad'u ghairak'







akhirnya, kami berpisah. sementara. sebabnya, ada rezki boleh jumpa di uia lagi! hehe. lepas ni, masing-masing nak tumpukan pada assignment, exam. fuhhh.. qawwiy betul diorang. esok pagi nak exam, masih mampu menyumbang untuk Islam! smgt saya dtg dr smgt mereka. pengorbanan masa saya dipelajari dr mereka. saya cuba untuk memperhabiskan masa saya sebaiknya.


be the best in everyhthing! buktikan, bahawasanya, walau kita berkorban masa untuk ini, pelajaran tak akan pernah tinggal. ingat, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita. doa, doa dan doa! Don't underestimate the 'power' of doa!

wallahualam






















tarbiyyah sampai mati





07 April 2012

pain makes people change.



alhamdulillah.


hajat tercapai. dapat berkumpul bersama akhawat. surah al-mulk menutup tirai malam yang siang harinya tadi penuh dengan pancaroba, ketegangan, keletihan, kecelaruan, kesedihan, kekeliruan...heh

duniawi. erm.

semua merehatkan tubuh yang lelah. ada yang masih bertemankan cahaya malap menyiapkan assignment. ada yang sudah lena menanti sepertiga malam esok hari. dan, saya di sini, masih memikirkan apa yang telah melanda diri siang td.

Allahuakbar. penat? aah. saya mula berfikir. bila kakak di sebelah saya dah lelap, juga sahabat baik saya di sebelah kanan. hm.


sebenarnya, apa yang menyebabkan diri ini terbeban?
oh ya.

"..akhirnya aku ketemu jawapan yang selama ini aku cari. ianya kerna, aku takut pada manusia. ya manusia. kerna terlalu memikirkan. sedangkan sepatutnya aku perlu lebih takut pada Allah, harus lebih meletakkan kepercayaan pada Allah. dan menyerahkan segala-galanya pada Allah.."

*apa yang memberi kita kekuatan ialah, solat yang khusyuk. amalan-amalan sunat yang berterusan. dan solat tahajjud. - tazkirah subuh pagi tadi, kak mun ajarkan tentang rendahkan hati dan diri di hadapan Allah. - saya tengah belajar. untuk selalu dan cuba merendahkan hati di hadapan Allah. cuba sedaya upaya untuk khusyuk dalam solat. yang bagi saya , inilah antara cabaran setiap hari yang lebih penting untuk diperbaiki.

mata saya terlelap. 3 kali terjaga dari tidur. ah..jam masih awal. saya tidur semula. malam terasa makin sejuk. ada yang dah berselubung berselimut. sejuk sangat barangkali. saya dikejutkan. jam lima. ambil wudhuk, kami tahajjud bersama. kali ni 2 baris saf. alhamdulillah.

'kesakitan' semalam benar-benar merubah diri. senyuman mereka benar-benar mengubat hati. keperihatinan mereka membuat tersentuh hati. dan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi, merebahkan diri untuk sujud lagi. Allahuakbar.

rasa apa yang Kau berikan pada ku?

..

pengakhiran pertemuan kami, disudahi dengan ma'thurat dan tazkirah. dan, 'bertebaranlah' masing-masing dengan urusan mereka.

"nak balik dah ke..?"
"aah, ana nak pergi airport. kakak ana dah balik malaysia. back for good..hehe"

..

"balik dah?"
"aah..lepas ni nak pegi canopy walk kat frim.."

..

"balik naik apa..?"
"balik dgn kak...diorang nak study islamic finance kat rumah akak.."

..


"ok, ana balik dulu.."
"ok,jumpa lagi.."


bagi kita. seolah macam, kita punya beribu urusan ingin dilakukan. oh tak sempat itu, tak sempat ini. tp bg mereka, pengisian jiwa, makanan rohani, itu lebih utama. selebihnya, urusan duniawi kita, moga Allah permudahkan jalan nya.

Yang membuatkan kita jadi Terbaik adalah dengan mengakrabkan diri dengan keheningan jiwa dan memperbanyakkan Sujud.


Jagalah Allah, dan Allah akan menjagaMu.



petitenadia
mahallah asma,iium




29 March 2012

mid break






"inilah mid
'break' tahun 3 saya. sekadar duduk di bilik, pergi library, siapkan research, makan petang-petang bawah pokok. haha wink cute kan? and bukak cuti ni, mulalah first paper english writing . exam ntuk pertama kalinya sem ni. so wish me luck!

sementara yang lain tengah bercuti bersama keluarga, pulang ke kampung halaman, saya masih disini, menjalani rutin2 harian. cuba ntuk memberi semangat untuk diri sendiri. dan...saya tahu orang lain pun tengah struggle.

buat teman-teman yang sedang bercuti. manfaatkan masa bercuti bersama keluarga. dan jangan lupa assignment2 yang diberi mrgreen hehe. so buat diri yang sedang keseorangan di bilik selama 4 hari berlalu ini, semoga terus kuat bermujahadah, dan dapat buat yang terbaik untuk diri dan keluarga. lillahi ta'ala!"

yosh!!










sendirian.
iium gombak.



with love:t:
nadia.

ibu, kawan-kawan, doakan saya ye.

26 March 2012

tentang












di situ ada impian. cita-cita. harapan. :n:
lakaran sebuah lukisan di atas kanvas kehidupan.


SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!wink



17 February 2012

cerita bulatan gembira


bismillah
cerita kali ni sekadar perkongsian pengalaman. wink ia tentang...

":21:" gembira

familiar tak?rasanya mesti ramai yang dah familiar kan? dengan istilah 'bulatan gembira'? since ada pertandingan video OSEM yang pada pandangan saya sangat berjaya untuk membawa kita ke jalan tarbiyyah dan dakwah yang ohsem!

saya pun ada bulatan gembira. i think most of us ada 'bulatan gembira' masing2 kan? apa pun namanya, apa pun panggilannya, matlamat nya tetap sama.




dulu, andai mahu disebut sebagai 'usrah' bimbang orang fikir yang bukan-bukan. harus underground. senyap-senyap. lalu ditukar nama, "erm...kita nak namakan apa ya untuk 'group' kita ni?" dia lah naqibah pertama saya. saya tak faham, saya belum kenal, apa itu usrah yang sebenarnya. mungkin sekadar discussion biasa. tp sebenarnya ia lebih drpd discussion 'biasa'. ia osem. :e:(awesome)

mereka nampak kita berhimpun, berkumpul. tetapi mereka tidak tahu kita sebenarnya sedang membina semula Islam dalam hati kita



saya join , saya skip. ikut suka hati saya,sampai lah saya benar2 jatuh cinta. cinta pertama bila saya mula perform di cenfos uia. alhamdulillah saya berjaya dalam setiap subjek dengan cemerlang, dan Allah gerakkan hati saya. "kalau berjaya sekadar dalam pelajaran, bagi ku ia masih belum dikira berjaya. ada sesuatu yang kurang. aku harus cari 'sesuatu' yang buatkan aku tak lupa pada Yang Maha Memberi segala nikmat, kejayaan dalam hidup"

"ya. usrah! hidup berjemaah. bila hidup 'bersama' , akan ada yang saling mengingatkan antara satu sama lain" kawan ini, bezanya, bila kita pandang wajah mereka, hati kita akan ingat Allah. pernah terasa mcm tu tak?

Alhamdulillah, Allah buka kan hati saya. akhirnya beberapa orang teman rapat saya pun mula join usrah. malah sekarang, mereka pula yang semakin aktif. wink bila masuk main campus, saya lost a lil bit. but alhamdulillah, Allah pertemukan semula saya dengan bulatan gembira yang 'hampir' terputus. i'm glad to see them again! :67: but now, nama nya dah jadi 'bulatan cinta'.

dan semakin lama, semakin seronok dan semakin rindu. usrah, bukan untuk mereka yang 'alim-alim' je. so far di uia ni, semua 'cool' je. mcm2 background. but they love Islam and they keep searching and gain the knowledge. awesome tak? hehe. mungkin mereka menanti ada sinar 'hidayah'. ecece...but honestly, pada pandangan saya, bulatan gembira ini sudah diterima masyarakat.

dalam pelbagai cara, bentuk , pendekatan, masyarakat kita sudah mula sedar. kita lihat lah yang positive, yang negative mohon dijauhkan dan dijadikan pengajaran, dan semoga hati mereka terbuka untuk sedar dan kembali ke pangkal jalan. rasanya, tak perlu lah saya sebutkan satu per satu gejala sosial yang berlaku pada teman-teman sebaya kita. nauzubillah. sebenarnya terlalu banyak contoh-contoh remaja yang bagus. cuma apa yang ditonjolkan di kaca televisyen, semua remaja yang bermasalah. yang bagus, semuanya golongan ustaz-ustaz dalam lingkungan usia "lebih" dr kategori belia.



masa arwah ayah further study di france, pun hidup berusrah. malah, masa ayah kenal ibu, ayah pun ajak ibu join usrah. even bila balik kampung, embah(nenek dalam istilah orang jawa) pun masih berusrah. mcm sweet tgk golongan tua pun berusrah.wink dalam kulliyyah kami pulak, setiap khamis mesti ada usrah untuk staff n students. dan usrah ada dalam pelbagai cara pendekatan. bila-bila. dimana-mana.(moga darah yang mengalir dalam tubuh ku ini adalah darah mereka yang cintakan usrah, moga ia terus mengalir dan mengalir)

saya jahil dalam banyak perkara. sebab itu saya menuntut. even skrg, dah berada di tahun 3, masih terasa terlalu kurang. hati masih kering. diri masih leka dan lalai. terasa diri terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Allah, terasa tak layak jika nak dibandingkan dengan teman seusrah. dan. bila terasa diri banyak kelemahan , kekurangan dari segi material, pangkat dsb, inilah masanya untuk kita lihat orang yang lebih bawah / kurang drpd kita. tp, jika kita rasa kita dah hebat dalam ilmu agama dsb, kita kena banyak travel, bercampur dalam masyarakat agar kita tahu sebenarnya masih banyak ilmu yang perlu dituntut.

saya cintakan usrah, kerana di situ hati saya dibentuk, indah kan?










semester ni, berlainan sedikit dr sem sebelum2 ni. kali ni, kami kne bnyk buat research sebab kena hasilkan topical study n seminar paper for the next UMRAN 2012. satu seminar under subjek wajib kulliyyah. its gonna be tough. yea. tough. mcm nak amek master or ph D kne hasilkan paper / thesis. tp stage ktrg ni, tak lah sehebat tu. doakan lah yea dipermudahkan sepanjang nak buat research ni, n moga Allah ilhamkan sumber-sumber research dgn mudah.smile

so, masing-masing akan ada supervisors masing2. dan...smile sungguh tak sangka supervisors saya pun berbulatan gembira. awesome! dengan izinNya, article kami tertinggal di bilik pensyarah kami. saya berpatah balik untuk ambil. bila masuk semula ke bilik beliau, subhanallah! mereka sedang ber'bulatan gembira' bersama anak-anak usrah nya yang juga merupakan students kulliyyah kami.wink hati saya sayu. perasaan saya, hanya Dia yang tahu. but honestly, i'm happy.:57:

Allah satukan hati kami.




"kami pun ada 'projek' jugak..." , pensyarah
"haha...haaa...saya taw..." , saya

"eh, mcm mana awak taw?"
"saya pun berbulatan gembira jugak wink"






she's not even a lecturer, but she's a naqibah.
she's totally awesome!
subhanallah!!!




doa favorite.

'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."



:57:wallahualam
iium, gombak
17022012




-Allah mohon Kau berikan ku kekuatan untuk terus berada di jalan-Mu-



14 February 2012

someday,it will.


takeashortbreak.:80: kejap.

celaru,serabut. tak. tapi.tersusun.teratur.
jangan biarkan kecelaruan tu terus menyelubungi diri. tapi, biarkan ia tersusun. saya bahagi kan semua subject for this semester. then, tampal dekat board. tampal segala tugasan mengikut subject. refer table calendar untuk tahu specific date. fuh!


to-do-list:

seminar paper
week1-2
[literature review : background | history | issues | obejctive ]

submission : friday 170212

landscape seminar
week1-2
themes | website design (proposal)

meeting : thursday 160212

head of promotion & sponsorship
week1-2
design website | pamphlet | flyers | posters etc.
collect address
call bro. Sharel | RMO (link website)

week 3-4
post to companies
promotion settle


English
week1-2
print out materials
individual theme for research

discussion : thursday 160212


Landscape management
essay assignment

submission : tuesday 280212



:80: okey. time's up!
let's continue my work!!


:face42:
maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.