11 December 2012

bila kita diuji



"saat diri diuji baru tahu kekuatan diri"


mencari masa untuk menulis
#injured 





08 December 2012

aku akhawat

hari yang berlalu kini
tak seperti hari-hari lalu

yang kini
aku seorang akhawat
yang jalannya tertunduk
jemari kecilnya erat menggenggam tasbih
waktu lapang nya terisi dengan al-Quran
dan bicaranya penuh dengan zikir.

terkadang,
persekitarannya menguji
merubah
melupakan siapa dia
lebih kuat dia diuji
lebih dekat dia dengan taubat
Allah Maha Tahu
dia sedang bermujahadah.

kerna dia seorang akhwat
tutur bicara nya sopan
gerak gerinya penuh kematangan
inteleknya cuba dipertingkatkan
 
di tahu
die harus menjadi qudwah
kemudian berdakwah.


20 November 2012

yang dikhuatirkan.

"bila lihat semula, yang perlu dikhuatirkan adalah masalah umat itu. tak perlu dibahaskan lg isu-isu hudud. settle kan masalah "hati" umat dlu. tarbiyyah dan dakwah pd mereka. sebab skrg kita dah berada semula di zaman jahilyyah kita harus bermula semula..dari bawah."

-bulatan cinta



"we don't need structures, building! but we need to work with the HEART!"
-the muslim heroes


kesimpulannya, harus bermula pada yang paling dekat dan hampir dengan kita. hati. apa yang dikhuatirkan akhawat dan ikhwah, bilangan naqib dan naqibah yang qawwiy untuk next semester, semakin ramai yang graduate. statistic menunjukkan yang adik-adik yang tinggal perlukan lebih nuqaba'. 

"ana tak mahu jadi seperti UTM. mereka terpaksa bermula semula dr bawah.. akibat keluarnya naqib-naqib yang kuat.."

-bulatan cinta

secara jujur. saya terdiam. malah, tak pernah terifkir sampai ke tahap sini. bila diimbas kembali, ana cuma, anak usrah yang duduk di sudut sambil baca Qur'an tergagap. jiwa ana lah tu yang memberontak pergi usrah akibat terpaksa. ana pandang serong terhadap naqibah ana. rupanya, pembentukan dan perjalanan ini sangat payah. berstrategi. ana bayangkan sekdar saje2. sekadar amar maaruf nahi munkar, rupanya ia lebih dari itu. maratib 'amal adalah matlamat yang sangat jelas, kenapa hal ini perlu dikhuatirkan.



sekarang, saya tahu.


al - Quds.
















suatu hari nanti,
"Salahuddin" akan kembali.
bebaskan bumi Al Quds ini.








































kamus hidup & prinsip #teguh








Dear Future Husband.


I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Qur'an in your right hand and the Sunnah in your left. I hear you’re worth the wait, so I’ll wait In shaa’Allah.

My heart belongs to Allah SWT and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only trough Him. What I’m trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for for the journey. I know I am 

Alhamdulilah.
#tumblr


...



entah lah.kadang terfikir, terlalu banyak prinsip dan pegangan yang dipegang. tp, pada situasi tertentu, prinsip itu lah  yang sebenarnya meneguhkan peribadi. terkadang antara kehendak iman dan nafsu. yang mana satu?

manusia, harus punya pegangan, prinsip hidup supaya tak mudah goyah pada ujian dan tentangan dari manusia lain.untuk apa yang terjadi pada hari lalu, mengajar aku bahawa andai pegangan kita kuat, semudahnya manusia berputus asa pada kita.dan biidznillah.

untuk kamus hidup:
tiada perkataan pakwe atau makwe
couple dan yang berkaitan dengannya.

untuk pegangan hidup:
tiada hubungan selagi belum bernikah
saya tak menonton wayang; dan
berpegang pd "man are leaders".










keep going

aku mahu jadi penerus.

ana ingat ana sorang je stress week ni. sebenarnya kita semua mengalami rasa yang sama. cuma berada pada situasi dan tempat yang berbeza. dalam penat-penat, sakit, stress, banyak workload, masih kuat nak melanglah berjumpa akhawat. entah kenapa, terkadang bila jumpe rasa terREcharge semula.

kuasa Allah.

saya juga mahukan 'rasa' itu pada anak-anak usrah. usrah yang terkesan, ialah bila ada perubahan pada anak usrah even sedikit. in shaa Allah. cuma, malam itu. membuat aku terfikir pd sesuatu. tentang masa depan yang nantinya mcm mana?

"ana sedih sebenarnya.."
"kenapa..?"
(semua bertanya)

"sahabat baik ana, dia nak tarik diri dari usrah"
"ooohhh..."

(masing-masing dalam nada kecewa)

seorang bertanya,
"suami nya ikhwah ke?"
"erm... tak."

skrg saya tahu kenapa pentingnya dan perlu nya sefikrah dalam 'memilih'. untuk meneruskan kerja-kerja nabi (dakwah). dan semoga yang hadir ini juga seorang ikhwah. 


ameen.


18 November 2012

kakak naqibah

bismillah

sebenarnya terdetik dalam hati untuk hasilkan post ni sempena hari lahir anak usrah saya. hampir sebulan lebih saya menjadi naqibah dalam sebuah usrah yang bulatan nya sederhana besar. Allahu Allah...dengan izinNya, sahabat-sahabat usrah ini adalah pemberian Allah, lalu mencantumkan hati-hati ini untuk bersama dalam "sisterhood" .

"apa kita nak namakan usrah kita ni? duduk2 mak limah?..hehe"
"alaaa...K.G. nyeee.. kita bubuh nama english sket lah.."

K.G= kampung

dan akhirnya, terbentuk lah satu bulatan yang hingga ke hari ini, i can't believe that i am a naqibah. yang tanggungjawab nya subhanallah amatlah besar. apa yang menguatkan adalah kesungguhan mereka untuk mengadakan usrah tiap2 minggu. mereka datang, mereka mahukan.

kisah saya berlainan dengan mereka mereka yang dahulunya mencari anak usrah dan menjalani dakwah fardhiyah. untuk membentuk satu bulatan yang lengkap. bersungguh memujuk dan memanggil anak-anak usrah. kecewa bila ada yang tak dtg tanpa khabar. hari ini, saya tak melaluinya. sebaliknya terjadi. mereka yang selalu bertanya bila nak buat usrah. gulp! (kadang-kadang saya tak bersedia dengan bahan-bahan yang baik) tapi, selalu je Allah ada bg ilham last2 minute. tsumma alhamdulillah

dan, bulatan tu sekarang makin besar. dalam majlis nuqaba' yang mengumpulkan semua naqibah. mereka kata, "terlalu ramai yang mahukan usrah, kita kekurangan naqibah". yang kelakarnya, sesiapa yang from kaed. they will ask me, "err.fatin knal ni? boleh masuk under fatin?...  .. " "hmm.. " (boleh atau tak boleh, saya boleh kan aje... tp takut tak tercater). anak usrah yg dlm senarai hampir 12 orang. saya bimbang tak dapat focus pd yang ramai. tp disebabkan kami kekurangan naqibah, saya cuba dlu.

masih ingat lg. untuk bentuk satu bulatan ni, memakan masa hampir 3 tahun. dalam studio, hanya saya yang join usrah. berjalan sendiri, pergi ke masjid pada waktu2 tertentu. kemudian sambung semula kerja di studio. dan apa-apa discussion yang saya skip, mereka dah alert, fatin sedang berusrah. tapi bukan mcm tu saje. dr dulu saya mengimpikan untuk kawan-kawan studio turut sama dalam jalan ni. dalam doa, pada qudwah, dan juga DF pada kawan-kawan yang rapat... akhirnya Allah makbulkan doa. alhamdulllah, sebelum berakhirnya sesi pembelajaran di uia, Allah sempatkan lagi untuk saya bernafas meneruskan jalan ni.

now,
i'm truly a naqibah. everyday..dalam pekerjaan, perbuatan. they always said to me when something which is not good happen "kakak naqibaaaaahhh.... tengok (si pulan) ni..." haha. kdg2 terasa kelakar. but maybe that's the way diorang nak berubah n bertegur dalam cara bergurau. honestly, everytime terdengar ini, hati saya tersentuh. ada yang dah mula pakai stoking..berubah sedikti demi sedikit.. alhamdulillah, biidznillah. Allah gerakkan hati-hati mereka. cause who knows, one day they will be better than me!







16 November 2012

never judge people.

dalam minggu-minggu yang berlalu ni, seakan ada satu benda yang aku belajar. tentang jiwa dan manusia. entah didikan apa yang aku dan mereka lalui. betul, everything begins with tarbiyyah. tanpa didikan yang baik, jiwa-jiwa ini akan sakit.

first. saya belajar untuk jangan sekali-kali menyalahkan manusia lain bila kita melakukan kesilapan. never put the blame on others. especially org yang lebih tua dr kita. ada cara dan adab ntuk kita jaga perasaan orang lain. think before act. mungkin kita sakit sedikit, tp percayalah setiap kesilapan tu boleh dibaiki dan dikutip hikmahnya dari situ. usaha. untuk. perbaiki.

betul lah, kadang-kadang untuk menyelamatkan diri sendiri, kita always salahkan orang lain. but, kesannya akan nampak buruk. it's better untuk admit. accept it. and open your heart for better future.


boleh?
 

13 November 2012

simpankan


ada cita-cita yang saya angankan dalam hati.
ada cita-cita yang bakal mengikut jejak seorang mujahid.
yang terbaik itu,
pilihan Allah.


doa
usaha

tawakal


moga Allah permudahkan perjalanan kita





hijrah




untuk hijrah kali ini
aku mahu semahunya menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya
 


10 November 2012

untuk hari ini.





"terlalu banyak yang ingin di persembahkan
namun tak cukup dengan sekadar kata-kata untuk dituliskan
pada masa yang sedikit dan tak pernah terasa cukup"


sesungguhnya tanggungjawab itu lebih banyak drpd masa


doakan yang terbaik
untuk saya dan kita.


































31 October 2012

sebelum mengenalimu.. dan setelah itu.


sebelum mengenalimu aku tak pernah "kenal" kamu.

entah kenapa

akhir-akhir ni terasa routine hidup agak sedikit berubah. keinginan, kehendak yang dahulunya cuma ingin berubah, tp sekarang ingin lebih berilmu untuk dipraktikkan pada masa hadapan. setiap pengalaman, perbuatan, perjalanan, seakan memberi gambaran tentang masa depan.

mungkin pada ketidakmatangan dlu, kita rasakan seperti terpaksa. hari ini, kita lakukan kerna kita benar-benar perlu lakukan.


22 October 2012

sesuai ikut masa dan keadaan


Ini lecturer saya masa saya tahun satu di uia. saya godek2 folder lama, terjumpa gambar ni waktu exhibition dlu. dia banyak memberi kepercayaan dan sumber inspirasi pada diri saya. dari first year lagi dia tahu potensi yg ada pada saya, yang kadang2 saya sendiri kurang yakin dengan diri sendiri. tapi atas kepercayaan beliau, saya menjadi yakin yang sebenarnya saya 'mungkin' mampu.

dan sekarang, dah tahun akhir. betapa cepat masa berlalu. n he still remember me as his student. kadang-kadang masih teringat kata-kata bro. ardi. dari gaya dia menyampaikan dan memberi tugas seolah yakin dengan kemampuan kita. sehingga menjadilah diri saya yang hari ini, yang terkadang sikit-sikit lebih yakin dengan potensi yang ada pada diri.


ingat lagi masa kami bertungkus lumus collect income untuk overseas trip. bro siapkan kertas kerja untuk talk bersama wardina n izwan azir, n my name was put as the programme manager. hanya Tuhan yang tahu betapa terasa berat nya memikul tanggungjawab tu. pada usia yang masih mentah. masih menyesuaikan diri untuk berpijak di alam universiti. kadang terfikir, apa yang bro nilai pada diri saya sehingga dia betul-betul yakin saya mampu pegang posisi tu? Allahurabbi


until now, kdg2 terasa sebab motivation orang sekeliling, kita beroleh kejayaan yang disusuli dengan doa kawan2 soleh solehah yang tak pernah putus. hari ini, saya semakin berpijak di bumi yang nyata. banyak perkara yang tak tersangkakan, rupanya Allah bagi sesuai pada masa dan keadaan nya.



saya semakin percaya pada sesuatu, 

  • motivasi dan kepercayaan itu mampu merubah potensi dan keyakinan kita. 
  • antara sebab kenapa ibu bapa menghalang dulu nya, kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk kita dan bukan mengongkong kita.
  • berkawan dengan kawan-kawan yang soleh solehah boleh menjadi sumber kecemerlangan melalui doa-doa yang mereka kirimkan.
  • dan hubungan baik sesama manusia, menjadi kan mereka redha dengan kehidupan yang kita jalani.berperasangka baik sesama manusia takkan merugikan kita, malah menambah nilai positif dlm diri.
  • dan banyakkan memberi daripada hanya menerima,percayalah kita takkan rugi.

maka,
lepas melalui semua ni, giliran kita pula untuk memotivasikan orang lain. masa kita pula untuk mendidik anak-anak dengan penuh hikmah. tanggungjawab kita pula untuk menyampaikan kebaikan pada orang lain. dan hari-hari mendoakan kejayaan seluruh umat Islam.

inshaAllah,ameen
moga dapat praktikkan.

nadia
catatan mid-break

17 October 2012

.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hanya Insan Biasa,
Bersama pensel tumpul,
Seutuhnya menulis,
Semahunya diasah,
Seperlunya pemadam disisi.
 
 
penulis buta
 

am i strong enough?

 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”


saya pun manusia biasa. 


pernah jatuh, bangun, jatuh dan menangis di sepanjang 'perjalanan'. siapa kata orang yang 'kelihatan' sempurna tak pernah gagal? terduduk dan tak pernah merasakan payah dalam hidup? saya pun pernah menjadi manusia lasak. jatuh berulang kali, itu biasa. zaman kecil itu lah yang membentuk kita, pada keberanian itu untuk tetap teguh, cekal menghadapi kesukaran. tapi, bila berulang-ulang kali kita menghadapi ujian, pernah tak sesekali kita kecewa dan rasa putus asa? 

hampir- cuma, Allah tak suka pada hambaNya yang berputus asa.
saya berhenti mengeluh, beristighfar lebih baik. dan pergantungan yang sebaik-baiknya hanya pada Allah.


am I strong enough?
yes. cause Allah is always beside me


dahulunya studiomates, kini usrahmates.

Bismillah.

Dahulu aku sekadar duduk-duduk mendengar. cuba untuk memahamkan dan menempatkan dalam suasana tarbiyyah yang berlainan. naqibah ku silih berganti. ada.. yang masuk dengan peribadi, ada yang terasa jauh dari hati. tak memahami. itu yang kurasakan.

kehidupan yang terlalu sibuk sebagai design student. pelajaran yang semakin hari semakin baik. akhirnya, aku memilih usrah sebagai support system. seimbangkan hidup dunia dan ukhrawi, itu definisi kejayaan bagi ku. tak sempurna jika seekor burung patah sebelah sayapnya. begitu juga kehidupan, harus seimbang. dan, harus menjadi seperti pokok yang punya akar yang kuat, daun yang rimbun untuk berteduh, serta buah yang boleh beri manfaat pada manusia.

kini, sesuatu yang tak pernah aku fikirkan dan terlintas untuk... memberi pula. bagaimana sistem ini boleh mendidik dan mentarbiyyah seorang individu muslim, dari "kosong" hatinya kepada seorang murabbi, yang inshaAllah pasti hebat (untuk agama) suatu hari nanti. dari memahamkan jiwa yang kosong pada sebuah usrah, yang.. hanya duduk sebentar, beriman sejenak. makan-makan dan berbual ttg hal agama dan isu semasa, akhirnya aku menjadi salah satu dari beribu-ribu malah mungkin berjuta rantaian-rantaian yang menyambung jalan dakwah ini. satu yang membuat kan hati tersentuh, usrah ini adalah sunnah nabi.

...

16.10.12

hari ni baru selesai presentation. sungguh tak bersedia untuk bawa pengisian dalam usrah. tapi, mana mungkin seorang naqibah buat alasan ni untuk bertangguh. seorang daie harus tersusun urusannya. trip dari singapore yang masih belum hilang letih, tp, atas semangat anak-anak usrah, aku teruskan juga.

dahulu nya, mereka adalah junior dan studiomates ku, kini mereka adalah anak-anak usrah

mereka lah yang selalu memberi semangat. atas ingin berubah dan menjadi yang terbaik. dan, siapa tahu, suatu hari nanti mereka akan jadi lebih baik dari aku. perubahan harus bermula dari bila2 masa sahaja. memang benarlah hidayah itu harus dicari, ia takkan datang tanpa kita tak berusaha untuk mendekati kebaikan dan orang-orang baik. secara jujurnya, kami untung dapat berpijak di bumi uia ini. walau berbaki setahun, tak mustahil tarbiyyah yang sesingkat ini boleh mengubah mereka menjadi daie pada masyarakat luar satu saat nanti! inshaAllah

kerana aku terlalu mentah untuk jadi naqibah dan bawa usrah, naqibah ku menjadi tempat rujukan terbaik. aku bertanya pada kak sumayyah,"kak sumayyah, lepas perjumpaan pertama usrah, bertaaruf, ftn nak tnya pendapat kak sumayyah nak bawak apa pulak untuk next usrah?" kak sumayyah reply, " fatin tanya lah adik2 tentang matlamat hidup.." terus  selak notes2 lama. search dalam internet dan kebetulan terjumpa sebuah website design2 poster islamic. edit dalam photoshop, then tinggalkan ruang kosong untuk mereka menulis matlamat mereka.

dan sungguh, saat mereka berkongsi dan menulis di atasnya, bila mendengar dan membaca satu per satu, hati benar2 tersentuh. seperti ada hentakan kuat pada hati. Allahurabbi, sungguh mereka punya roh dan ciri-ciri seorang bakal murabbi. keinginan, dan kehendak mereka semua untuk mencapai keredhaan Allah.

"kak fatin, bila kak fatin buat ni?? terharu kitaaa...."
"haa... adalah ! ;) "



Ya Allah, terima kasih untuk takdir yang Engkau nukilkan buat kami. kukuhkan ikatan ini, satu kan hati-hati kami pada jalan Mu. kuatkan lah hati-hati ini untuk tetap teguh pada syariat Mu. pimpinlah hati kami dari jauh terpesong dr Mu. ameen



nadia

07 October 2012

dunia luar.


"fatin, rasa lain la dengan dunia luar..kosong.."
"knape..?"

"x sama mcm dalam uia.."
"hmm, itulah cabaran dunia luar. tp, kita kena letakkan kita dalam posisi yang terbaik, anggap org sekeliling kita sebagai mad'u"

"ye lah kan.."
"be positive dgn semua orang even kita tahu orang sekeliling kita teruk.dsb.."

"mcm mana nak positif..tak boleh laa..hmm"
"boleh, anggap semua orang ada potensi untuk ditarbiyyah..just be yourself, jadi qudwah terbaik! but don't be too skema..huhu.."

"fatin...aku rasa teruk la..."
"kenapa pulak?"

"kalau nak pg tmpat keje..naik train yg sma..mesti ktrg perasan ade lelaki2 hensem..cute...pastu usha2.."
"serius?heyy... istighfar bnyk2.. hm, mcm mana ye. fikir mcm ni je... ko nak ke bakal suami ko buat mcm tu? usha2 pmpuan lain?"

"haaa!! aah la kannn... mesti la tak nak! ya Allah fatin, thanks sgt sedarkan aku.."
"hmm..bukannya apa.. mungkin kita tak rasa bnde tu salah..sebab bukan suka pun, just cuci2 mata kan?"

"haah...arghh"
"tp, kita dah ditarbiyyah kat uia, takkan dekat luar kita nak ikut rentak dunia skrg?"

"kalau tak kita siapa lagi?"

"ye lahh..."

 "mcm mana ftn jaga pandangan fatin yea..?"
"hmm.. aku biasa2 je.. dekat luar kaed mmg tunduk 90 darjah..haha...tp dlm kaed, sebab ramai kenalan, so jalan biasa je lah.. nnt kawan2 yg kita knal tu, perlu bertegur sape, sebagai tanda kenal n hormat sbg kawan..apa2 pun tengok niat... "

"satu masa dlu, sebenarnya, aku pernah terfikir nak berpurdah... semangat n dah berazam... but then, fikir2 balik.. aku lebih selesa dgn character aku yg mcm ni. lebih mudah untuk berdakwah.. sempoi n senang nak sampaikan..even.....ilmu tak berapa nak cukup... tp akhlak yang baik tu penting... yang buat semua orang rasa selesa dgn kita..."
"hmm.."

"just be yourself"
"aku tak boleh nak jd mcm ko..."

"tak..tak... setiap orang ability die berbeza. prinsip aku, doa banyak2..even dalm situasi kecil"
"mashaAllah fatin..."

"tak ***.. aku biasa je. aku fikir, dalam biasa2 ni, jika kita buat amalan yg luar biasa, org lebih tersentuh.. mcm ..'ohh...mak cik ni sempoi je.. tp dhuha tak pernah tinggal...'...'sis ni cool je...tp tegas dgn lelaki'... aku nak kita jd org yg mcm ni... erm.. aku cerita ni, bukan nak 'show off''.. just nak share... tghri td, ak singgah bank muamalat kejap, ramai sgt orang. hr ni kan hari jumaat, sunat baca surah al-kahfi, kebetulan bawak al-Qur'an dalam beg, so, sambil tunggu tu... baca lah.. alhamdulillah, tak rasa segan pun, atau perasaan riak tak terdetik pun... cuma niatkan dalam hati, kita nak bawak 'trend' tu dlm masyarakat. tp imej kita biasa2 je kan? aku pki skirt jeans je td"
"fuh!..alhamdulillah..subhanallah... aku harap aku kuat mcm ko... pg2 dlm train pun, aku selalu bawa n baca ma;thurat"

"see! boleh pun..takpe...kita skit2, lama2 konsisten inshaAllah"
"aku cuba... tolong bg aku kekuatan ftn..ada pape talk ajak lah aku..."

"inshaAllah... aku selalu gerak sorang2 je... tkut orang lain penat"
"eh tak..takpe...tolong bg aku semangat fatin"

"inshaAllah, ada pape bgtaw je. ingat kita ni dai'e"
"inshaAllah...huh..lega sket rasa..."

"huhu... selalu ingat, jd yg terbaik, untuk dpt pendamping yg baik jugak, n just be urself"
"ameen3...inshaAllah,selamat pergi seminar BM esok!"

"yea, thank you...bye!"
"okay bye fatin...assalamualaikum.."

"wslm wrt.."


Baitul Muslim.


panggilan, message menderu-deru masuk ke inbox. ada beberapa miss call. 6 oct 2012, hari kawan2 architecture saya convo, QS jugak. ada yang kol awal-awal minta saya ambilkan gambar mereka. tapi, disebabkan saya perlu datang satu seminar, saya tak dapat sambut hari konvokasi. saya pegang dalam hati, "sabarlah wahai hati, mungkin kamu 'terlepas' yang itu, tapi yang ini lebih baik untuk kamu"

saya silent kan hp, dan letakkan dalam salah satu compartment beg.akhirnya, kami bertolak ke bangunan telekom dewan kristal. it was "seminar baitul muslim". saya dah beritahu ibu untuk ke sini. so, minggu ni masih tak dapat peluang ntuk balik rumah. subhanallah, sungguh saya rindu ibu dan keluarga. tp, saya kuatkan hati, seusia muda ni, sementara masih sihat saya perlukan berkorban sikit untuk pungut ilmu sebanyak mungkin, sebelum usia mencapai tua. jadi, saya perbanyakkan kol ibu dr minggu ke minggu untuk bertanya kan khabar dan melepaskan rindu.

alhamdulillah, the seminar was great. pengisian yang sangat bermanfaat. dalam bait-bait kata ustaz pahrol, saya boleh hafal certain words. sebab dah selalu baca blog, n penulisan ustaz pahrol n dgr melalui corong-corong radio dan televisyen. tapi, nak praktikkan, saya perlu didik hati dr sekrang. dan alhamdulillah juga, ada pengisisan yang terjawab seribu soalan yang bermain dlm hati. semoga this is the right time untuk cari ilmu sebelum tersalah langkah dr awal. ustaz pahrol kata,

"bagaimana muqaddimah, begitulah bagaimana natijahnya"

dan, kawan saya juga selalu pesan dan ingatkan,

"a good beginning must end with a good ending"

message masuk lg ke dalam inbox lagi. kali ni membincangkan trip singapore untuk khamis depan. "kak fatin, untuk kurangkan budget, kak fatin setuju tak kalau kita sewa apartment. tp dua orang lelaki tu duduk sekali lah..nak tanya pendapat kak fatin"- saya reply, "hm..pendapat kak fatin, takpe biar mahal sket asalkan bab-bab tu terjaga. faham kan? lagipun, kita takde orang tua, n kita bermalam untuk beberapa hari"- "okay, kita faham, thanks kak fatin..kita pun rasa apa yg kak fatin rasa.."- saya reply, "wallahualam, kak fatin rasa itu yang terbaik"

selesai seminar, message masuk inbox. "akak, bantu kita bina sabar. bantu kita kekal sabar. tenang hati. yakinkan kita janji Allah itu pasti"- Allahurabbi. dengan kekuatan mata menahan mengantuk dan keletihan yang amat sangat, saya sedaya upaya memberi semangat pada junior saya yang comel ni. rupanya, dalam pada kta lihat dia 'happy go lucky' and kdg2 hyper, ada jugak rasa lemahnya. semoga Allah mudahkan urusan dia.

apa yang menenangkan hati, insan yang sedang melengkapkan tulang rusuknya, memang seorang yang baik agamanya. inshaAllah. apa yang ustaz sampaikan, itulah yang sedang si dia praktikkan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. semoga kita terus menjaga, untuk membina ahli-ahli syurga kelak.

ameen.

"sesungguhnya, aku menuntut ilmu untuk menambah nilai dalam diri, supaya bila aku berkahwin nanti, aku akan membawa nilai itu buat ahli-ahli syurga(permata hati) kita"


wallahualam

*semoga ada kelapangan dan dipermudahkan urusannya untuk ke BM2.0 "aku terima nikahnya..."
dalam ruangan komen dan cadangan, saya cadangkan diadakan pula seminar mendidik anak-anak, 'tarbiyyatul aulad' :) semoga cadangan saya dipertimbangkan. inshaAllah!



01 October 2012

pesan umamah pada puterinya

” Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”
Kata-kata di atas merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.
Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar..

1- Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

2- Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu..
Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur itu yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego. Tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Maka, berlembutlah.

4- Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.
Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.

5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

6- Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.

7- Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

8- Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

9- Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe.Hihi..

10- Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.
Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana menghambakan hidupnya hanya untuk suaminya.

Demikianlah 10 petua daripada Umamah untuk anaknya yang boleh kita jadikan panduan untuk menjadi isteri solehah.

Allahu..


"im..boleh fatin tanya sesuatu... betul ke...      . . .."
"aah... im pernah tanya, tapi dia tak nafikan..which means...ye lah tu.."

"ermh..mcm mana ye fatin nak bagitaw.. tp..fatin sampaikan ni, fatin serius ye.."
"aha... cakap lah fatin.."

"kalau ada yang bertanya, bagitaw dia, fatin dah ada yang punya.."
"eh..betul ke ni fatin?!"

"inshaAllah, im doakan lah. kalau boleh fatin tak nak war-war kan.. tp memandang kan fatin tak nak ada orang yang mengharap, if ada peluang, im tolong sampaikan ye.."
"inshaAllah, im faham.. im doakan yang terbaik untuk kawan-kawan im..fatin doakan im skali ye.. im je yang xde lagi..."

"eh..jangan mcm tu im, doa banyak2..inshaAllah one day, at the right place, at the right time..sampai lah jodoh im..ameen "
"ameen...!"





30 September 2012

because i'm KAEDians



"Ya Allah ngantuk nye akak...huuu..x qawiyy nyer..heh!"
"akak...ktrg baru tengah membincangkan psal akak.."

"ha?bincang apa?.."
"akak kan KAED, akak x busy ke?"

"ahah... knape tanya..mesti lah busy...every week ada presentation...tp nak buat mcm mana, kalau diikutkan busy tu, memang akak tak ke mana...lagipun, belum tentu akak akan isi masa-masa akak dengan kerja aje... so, akak pilih la ntuk dtg sini.. "

"wooahh... bagusnya.."
"takde lah, akak fikir bila diorang minta akak jadi naqibah... akak kne tambah ilmu jugak.sebab akak rasa akak tak mampu.. dengan cara mcm ni, dpt la tambah keyakinan akak ntuk bawak usrah... kwn2 akak dah tny bila nak mula .."



daurah muayyid- qaidah sulbah
masjid asy-syakirin,gombak


#inshaAllah, mulakan dengan niat untukNya!
thisissunnah

29 September 2012

hadiah masa depan.

I want to take photographs of my sons so that they will be able to feel something when they grow up. These photos will be like gifts to my family in the future. - via@tumblr



Subhanallah!


sangat2 tersentuh saat membaca ayat-ayat di atas. saya juga punya impian menjadi ibu seperti dia. sebab dalam setiap gambar tercatat 1001 memori yang mungkin kita terlupakan. pada gambar itu ternukil nya sebuah cerita perubahan. pengalaman yang tak mungkin terulang lagi!

moga Allah kurniakan umur dan kesihatan yang berpanjanganuntuk punya zuriat sendiri, dan lihat mereka terus membesar musleh!
perkenankan Ya Rabb!




26 September 2012

doa itu penguat kita


bila dah bergelar isteri, bicara nya berubah. bukan seperti remajanya dia dulu. tanggungjawab nya bukan seperti kita-kita. tumpuan nya jauh berbeza daripada kita. ada banyak hati yang perlu dijaga. hati suami. keluarga semakin bertambah, dan perlu banyak belajar tentang semua itu.

kita yang masih keanak-anakan adakalanya berbicara tentang masa depan yang belum pasti. bercita-cita itu ini, mengidamkan yang indah, tapi kita masih di sini. apa yang menguatkan, ialah doa. walau sepasang hati mengharap di satukan, Allah lah yang Maha Kuasa menyatukan. walau masih belum punya mahupun bertemu pasangan, ingatlah takdir Allah itu Maha Indah! bersabar, dan pasti suatu masa nanti ia akan hadir menyerikan hidup kita.

seorang demi seorang teman mendirikan masjid. gembira bila mendengar berita gembira mereka bakal disatukan. bermacam-macam kisah bermulanya detik perkenalan. ada kisah nya senang sekali, ada juga yang berliku.rata-rata akhirnya semua bertemu jodoh bila benar-benar tiba masanya. dan mereka adalah antara sahabat-sahabat yang sangat-sangat menjaga 'hati'. sabar dalam penantian bertemu jodoh.

secara jujurnya, saya juga ingin begitu. menjaga hati sebaiknya, mohon doa dari sahabat-sahabat yang solehah. mohon doa dari kedua orang tua. ingin mencontohi yang terbaik. tidak tergesa-gesa dan memudahkan kedua-dua belah pihak. mohon Allah permudahkan dan satukan hati kita pada ikatan yang sah dan pada jalan cerita yang baik.

teruskan berdoa.
saya setia menunggu mu di sini,
namu mu ku selitkan dalam tahajjud ku.

love,
me 


“Allah, jadikan setiap harap agar tak berlebihan, agar setiap rasa selalu dalam kadarnya, agar tiap cita tetap terbingkai dalam niatnya..”- via@tumblr




bila berbicara soal politik,perlu



ibu selalu pesan, kakak jangan obvious sangat psal politik dalam kampus. ibu x nak anak ibu jadi mcm pelajar-pelajar lain. saya pegang nasihat ibu, tp since blog ni dah private, saya kira saya dah bebas menulis. untuk 'generasi' yang bakal saya bentuk suatu hari nanti. agar mereka faham politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

hakikatnya, ramai pelajar lantang bersuara sekrang. tak kira dalam kelompok kecil atau besar. dalam kelas, usrah, atau di meja makan. pensyarah, tukang sapu atau pelajar.  tudung pendek , labuh atau berkopiah.semua mereka dah celik. minda mereka lebih terbuka, mereka tahu dan pandai membezakan pemimpin mana yang seharusnya mentadbir negara. dan saya sedih pada mereka yang masih tenggelam dalam janji-janji manis serta disogok dengan berbagai-bagai perkara dari segi material. kami student, tahu apa yang sedang kami lalui.

even, dalam realiti alam kerjaya kami juga, politik masih membusuk untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak yang terlalu rakus. tanya saja arkitek landskap terkenal negara, fikiran yang sama, pengalaman yang lebih hebat telah membuktikan. even dalam lecture2 pun, kesedaran ini telah disuntik dalam diri kami. moga yang belum celik terus berfikir apa yang terbaik. jangan biarkan yang zalim terus menguasai dunia.kita tak mahu yang itu.

saya tak pandai bercakap tentang politik. tp saya selalu ambil tahu hal-hal semasa. selalu diingatkan jangan ambil cerita/berita pada sebelah pihak, maka saya mengkaji berita dari seluruh persepsi, dari ilmuwan-ilmuwan dan ulama' yang bersuara dan mengeluarkan pendapat ttg ini, malah dalam perbualan seharian, selalu menjadi topik bualan. mahasiswa skrg semakin berani, bersahaja dalam memberi pendapat, kerana mereka tahu hak mereka.

uia, sebuah universiti yang saya kira ditakuti menjadi sarang membiak manusia2 yang ingin ISLAM membangun. ya, kami dapat bezakan calon2 yang sepatutnya menjadi pemimpin dan calon yang 'tangkap' muat. tak perlu sebarkan berita atau berkempen, kami tahu menilai. ramai yang semakin mengambil tahu, sebab kami melihat, kami menilai dan kami mahukan ISLAM.

dan sememangnya kita perlu mengambil tahu. kalau bukan kita yang termasuk dalam rantaian2 yang membangunkan ISLAM, siapa lagi?bukan jemaah yang mempengaruhi keputusan, bukan kawan-kawan yang mengaburi mata, bukan disebabkan pensyarah yang berkongsi isu semasa, bukan sebab bahan2 internet video dan sebagainya yang menguatkan hati untuk memilih siapa, tp...


didikan ibu ayah dari kecil yang mendidik hati saya untuk memilih. kini, tugas kita untuk menyedarkan kawan-kawan kita untuk turun mengundi, tak kira PRK atau PRU. kebenaran yang tidak tersusun akan dijatuhkan oleh kebatilan yang tersusun, ingat kata-kata ustaz pahrol. sekarang, tugas kita untuk persiapkan diri kita, dengan ilmu dan alert dengan isu-isu semasa yang bukan hanya merangkumi subjek yang kita ambil tapi hal dunia juga. ia adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

wallahualam
PRK uia kali ni mendesak hati untuk mencoretkan sesuatu.

kotak suara


"okay fatin, perkenalkan diri.."

"bismillah,
nama fatin nadia rusli...errm...dari kaed, majoring landscape architecture,
tahun 4 semester 2, mahallah asma...n....asal selangor,lagi apa ye? haa..binatang yang ditakuti, kucing and lipas...huhu... buah-buahan kegemaran...erm...semua lah rasanya hehe"
"umur!!..umur!!?"

"hah?! umur?erm....teka?hehe... umur akak 23 dah"
"haaa....status?!..status akak..?!"

"alamak! status?....eheh...rahsia"

- - -

"so fatin,
lepas ni boleh mulakan usrah?"
*gulp...

"err... fatin.. x bersedia..hehe...inshaAllah2"
"fatin mesti boleh"

- - -

"kak fatin, bila nak mula usrah ye?"
"ktrg nak kak fatin... malu laa dengan orang lain.."

"hmm... nnt kak fatin tgk dlu mcm mana...
kalau kita buat dengan junior nak tak?"

"ehh...boleh!boleh!"


- - -

 "kak fatin free?futsal jom!"
"jom! nnt jumpe junior first year ajak diorang skali"

- - -

"fatinnnn!! ya Allah...kat sini lagi ke?"
"haah2...!! kita lagi satu sem inshaAllah. sem ni n lagi satu...doakan!"

"fatin..rindunya...ya Allah!lama tak jumpe kan?"
"itulah..haha... ika, ni kawan sek ren agama kak fatin.."

"ohyeke..."

"haha...dlu fatin ni......"
"haaa.... kita taw kita nakal !!"

"ye..dlu kak fatin suka buli anak ustaz, kak fatin anti-lelaki...teruknyaaaa..haha...astaghfirullah"
"ya Allah kak fatin! serius?"

"hmm.. tp k ftn rasa semua orang lalui masa tu..haha!"
"betul2..."

- - -

"fatin! ya Allah, saya nak tegur td..dr gaya jalan mcm awak..tp nampak lain sket?"
"dayah! haa..apa yang lain nya?"

"entah nampak mcm awak dh matang sket..haha"
"haha..dayah ni...ye ye je..eh dayah sihat?"


"alhamdulillah...haa fatin,minta maaf la saya kol awak tym awak demam hr tu.. tengok drawing awak kat gallery terus rasa rindu kat awak.."
"laa...takpe la dayah, ftn lg suka dayah kol..ftn pun rindu sgt2 taw..itulah ftn tak berapa sihat awal sem hr tu... "

"skrg ok dah ke?"
"hehe..alhamdulillah..."

"study mcm mana dayah? okay?"
"boleh la ftn... saya baru 2nd year taw...haaa..."

"alaa..takpe la dayah... perlahan2 belajar.. Allah aturkan semua ni yang terbaik ntuk dayah, buat yang terbaik taw"
"thanks fatin, inshaAllah doakan saya taw..."

- - -

"kak fatin! keciknya lahai....kalau form 5 pun saya percaya.."
"haaaa...sedihnya..knape kecik sgt?"

"laaa...akak comel sgt..."
"haha..ye la awak ni... eh dah lama ke start program ni?"

"belum lagi, baru je... ramai akhawat yang register tak sampai lagi"
"ohh..nasib baik... akak ingat2 lupa nak ke econs ni... redah je semua kulliyyah.."

"haha.. dr asma jauh tu..."
"takpe, exercise pagi-pagi... keluar awal sket.. tu yg ingat dah lambat,
akak jalan-jalan ikut instinct je...hehe.."

- - -

"fatiiiinnnn... semangat nya tengok ftn pun join jugaaakk!!"
"eheh..kak mast ni... ftn ingat ahli usrah kita takde yg join... ftn pun redah je lah.."

"laa..kak mast ingat xde yg pergi..."
"ftn kan komiti.tp tulah meeting asyik x dpt pergi... ftn bgtaw syaimaa nak jd ajk multimedia...tolong jd photographer.."

"wuaaahh..."
 "heh kak mast niiii..."

- - -

"wani..haha..semalam aku nangis... rasa tak boleh nak bawak final year ni... rasa nak study leave pun ada..tp pujuk hati..heh!bru first stage pun dah down ke? aku tak nak putus asaa... tp...hmmm.."
"fatin.... mungkin kau dah biasa kat atas, sesekali terjatuh, rasa down..."

"mungkin... Allah nak bg aku rasa kat bawah..mana tau satu hr nnti, bila ada anak-anak usrah yang rasa down, kita boleh share apa yang kita rasa n motivate diorng kan?"
"haah..betul fatin! mcm tu lah... fatin taw, aku tgk pencapaian kau, aku jealous sgt... semua orang mesti nak jd mcm kau... tp ye lah... rezki orang lain2 kan..."

"astaghfirullah... ye ke wani... mungkin lah... bila kita ada kat bawah baru kita tahu apa perasaan orang yang sma dgn kita kan? subhanallah.. rasa berat sgt ujian ni..."
"inshaAllah fatin mampu... Allah rindu kat tangisan kau tu...hehe.."

"mungkin.... Allahuakbar..."
"dah-dah! berusaha fatin! buat yang terbaik...aku doakan kau.."

"wani pun, praktikal elok2 yeah.."

 - - -

"kak fatin..nnt bile2 kak fatin nak pegi talk kat masjid ke...bgtaw lah kita ye...hehe.teringin nak jalan malam2 ke masjid... dah final year ni.. "
"ya Allah..inshaAllah boleh sgt2... sorry la... kak fatin tak ajak pun korang... selalu k ftn loner je.. redah sendiri2 pastu jumpe la kawan baru kat sna.."

"ya Allah ftn, ktrg nak sgt2.. tp kdg2 xde masa..."
"itulah , kalau kak fatin nak ajak korang fikir dua kali...huhu.. teruknya kak fatin...inshaAllah lepas ni kak fatin ajak ye... dah lama kak fatin teringin nak kita satu studio sma2 pegi program mcm ni.. huhuuu..."

"thanks kak fatin! takpe, kak fatin ajak je.. nnt kita nak pegi, kita pegi sma2"
(subhanallah, Allah perkenankan keinginan ku selama ni, untuk teman-teman studio sma2 berada pd jalan tarbiyyah ni..even dah tahun akhir..moga satu hari nnt mereka menjadi landscape architect yang punya fikrah yang baik. pasti! biizdnillah)

- - -

"fatin..akak tak faham la awak sebenarnya.."
"ha? x faham mcm mana?"

"ye lah..."
"hmm..fatin x sma mcm kak shidah,
kak shidah nampak keras, tp dalam hati ade taman...huhu
fatin, nampak je lembut..tp ftn tough sebenarnya..heh! hahaha..."

"ye la tu... akak teringin nak jd feminin mcm ftn...."
"erkk..kak mast...pleaseeee laaahhhhh"
 



*sengaja saya catatkan perbualan dengan teman di sini. andai satu hari nanti jasad saya tiada lagi di bumi uia ini, saya akan terkenang kembali jalan cerita dan kisah hidup di universiti ini. sungguh, suasana, penghuninya, takkan pernah ada di tempat lain. dan cerita yang Allah aturkan ini, bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup. satu di antaranya adalah tarbiyyah di taman ilmu dan budi ini. (garden of knowledge and virtue)


mahallah asma,iium
hujan pagi turun membasahi bumi uia

23 September 2012

akademi murabbi

jalan dakwah ni panjang,sangat panjang.
tapi ia menuju pada kemenangan yang hakiki, abadi



"best atau tak best, kita tetap perlu jadi murabbi!"

*gulp

Best ke jadi murabbi? 

Hari ni, menghadirkan diri ke program AM(akademi murabbi) yang bertempat di kulliyyah of economics. phew- jauh jugak dari mahallah, but, keluar pagi-pagi, jalan dengan rileks, ambil masa, lihat uia yang tanpa manusia = sunyi amat! heh. demi mencari ilmu, dan persediaan untuk jadi seorang naqibah inshaAllah, saya korbankan masa lapang saya untuk menghadiri program ni. mohon Allah permudahkan kerja-kerja lain selepas ni.ameen

Best sebab :-
  • kita melaksanakan tugasan yang diwarisi Rasulullah s.a.w
  • pahala mengalir bagai sungai yang tak putus sehingga hari kiamat
  • mendapat ramai sahabat yang bagus-bagus (soleh)
  • meningkatkan keyakinan diri ( bila menyampaikan)
  • meningkatkan kemahiran diri (communication, management etc.)
  • persediaan ke arah kehidupan yang 'satu lagi' :) (muwajih tersenyum)

kehidupan yang satu lagi, kehidupan alam berumah tangga nanti. masa tu lah kita perlu gunakan skill kita mentarbiyyah anak-anak kita sepertimana anak-anak usrah kita. kepelbagaian sikap pada anak-anak usrah kita, nanti kita akan aplikasikan pada anak-anak kita. sebab setiap anak itu sifatnya berbeza-beza. sebenarnya, tarbiyyah ini juga mematangkan kita. usrah adalah tempat yang terbaik untuk jadi ibu bapa yang terbaik.

Ciri-ciri murabbi yang sukses?
  • menguasai asas-asas Islam dengan baik
  • memiliki asas-asas akhlak Islam dengan baik
  • memiliki kualiti yang lebih tinggi dari mutarabbi
  • mampu mentransformasikan apa-apa yang dimiliki
  • mampu memimpin
  • mampu memutabaah
  • mampu mentaqyim(penilaian)
  • mampu membina hubungan emosi

"kerana setiap peribadi yang hebat pasti punyai seorang murabbi"

murabbi melaksanakan proses tarbiyyah dengan tujuan untuk 3 perkara iaitu melahirkan 'abid, dai'e dan khalifah. kata syeikh Abdullah al-Adal "tidak dapat tidak setiap akh mesti menjadi seorang murabbi" - tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi murabbi, tetapi perlu kita berusaha memurabbikan diri kita. *pheww...mendalam.



catatan akademimurabbi
SLOT 1- Langkah bermula!(kak sumayyah)
SLOT 2- Sang murabbi (akhi marwan)
SLOT 3- Bulatan Gembira Kita 
SLOT 4- Ada apa dengan BG? (ustaz mazrul)


so, apa rasa sekarang? tahap mana semangat antum?ikhwah? akhawat?
"super sayya..."

*hehe



ceritaku pada ayah



Saat-sata begini, ingin sekali aku duduk bersama ayah dan berkongsi cerita kedewasaan ku. betapa dewasanya aku kini, dari saat ayah pergi dulu. catatan yang lama sudah terbiar, bukan bererti aku melupakan ayah, tapi saat aku bahagia, saat aku jatuh, sebenarnya hati terlalu merindu ayah.

Ingin sekali aku berkongsi cerita dengan ayah tentang dia. dia yang merupakan satu anugerah buat puteri ayah ini. satu hadiah dari Allah untuk aku selami dan mengenali nya. saat kaki ku melangkah pergi meninggalkan pusara ayah, dalam diam aku membisikkan namanya.  "semoga ayah dengar...." ingin sekali aku kenalkan dia pada ayah. supaya ayah juga dapat menilai keikhlasan dan kesungguhan nya untuk mengambil dan menjaga puteri ayah ini.

ayah, kakak berharap dapat seorang 'ayah' yang juga seperti ayah. kakak dah lama tak sebut panggilan 'ayah' pada sosok tubuh seorang lelaki yang juga sefikrah dengan ayah. semoga dengan pertemuan yang telah aturkan ini, harapan dan doa ibu terkabul. yang juga ingin dia seperti ayah. dapat menjaga kakak dengan baik.

masa terlalu cepat berlalu.



22 September 2012

"futsal petang ni please?"

"kak fatin tengah buat apa? jadi tak futsal petang ni?"
"erk.kak ftn tgh makan... dah ade team ke?"

"alah...kita main kita2 je lah..."
"orait..budak2 ni ade presentation isnin.."

"tulah...okay ika pg studio jap amek bola.. kat tempat kak fatin ye?"
"haah..okay, after siap2 kak fatin turun.."


*sem ni memang bawak baju skit je, then, pakai je lah apa yang ada.

alhamdulillah cuaca pun baik. hari ni turun riadhah. disebabkan first week demam, then second week dah boleh aktif sket. unfortunately, tak semua dapat turun. then, main je lah kita-kita.




female sport complex,iium
kita-kita pun 'fun' jugak.


bersangka-baik.


Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.- ustaz pahrol

alhamdulillah-bila kita diuji



Alhamdulillah for whatever Allah has given to us. Dia kawan saya dari matrik lagi. kami satu studio sampai sekarang, alhamdulillah. banyak perkara yang kami lalui..dan...sekarang dah final year. seems like 'susahnya' belajar tak sama macam dlu. Allahurabbi...permudahkan urusan kami.

Hari ini usrah pertama kami berlangsung. Rindu sangat pada usrah bila hampir 3 bulan praktikal, terasa dahaga kan jiwa yang ditarbiyyah. tapi, kak sumayyah kata, bila kita ditarbiyyah, kita dicampak ke mana-mana pun, kita mampu untuk mentarbiyyah. dan tarbiyyah itu 'mengajar' kita tanpa kita sedar sebenarnya.

Banyak perkara dalam diri yang telah mengalami perubahan. even, belum cukup baik tapi harus sentiasa berniat untuk jadi yang terbaik. itulah keinginan semua orang. tadi, kak sumayyah tanya, kalau orang tanya kita apa khabar iman kita hari ini? kita nak jawab apa?hmm.

Macam mana nak tahu tahap iman kita? 

Lihat bila kita diuji, apa respon kita? mengeluh atau masih mampu mengucap alhamdulillah?bagaimana tawakkal kita pada Allah? cara menujunya terletak pada ibadah kita pada Allah. dalam....lima kali sehari kita solat, berapa kali kita khusyuk dalam solat? Allahuakbar. tersentak-

"Bila kita diuji, jangan cepat mengeluh", pesan kak sumayyah

Sebenarnya, untuk sem ni, naqibah bulatan cinta kami telah bertukar. kak sumayyah jadi naqibah kami. entah kenapa, rasa sedih..tapi teruja pada masa yang sama. kak sumayyah adalah seorang daie yang sgt saya kagumi. hanya mengenalinya dari jauh, dari gaya penyampaiannya dalam mukhayyam lantas terasa teringin ingin mengenali dengan lebih rapat pada sosok tubuh ini. dan, hari ini, malam ini, Allah takdirkan kak sumayyah untuk jadi naqibah kami. subhanallah! Allah beri sekadar lebih untuk mengenali. Kak sumayyah berkongsi banyak cerita pada anak-anak usrah nya. dan sungguh, kisahnya sangat menjadi penguat dan sumber inspirasi pada diri.

Bila...

Allah datangkan ujian yang melemahkan, Allah gantikan sesuatu dengan 'hadiah' yang sangat istimewa.... menjadikan lebih jatuh hati pada bulatan cinta.


"apa khabar semua hari ni?"

"penat.."
"sakit perut.."
"sedihh..."


Saya tahu kak sumayyah graduate new zealand. dia memang hebat dari zaman persekolahan. tp, kak sumayyah kata, tarbiyyah lah yang banyak 'mengajar' tanpa dia sedar. 

"...naqibah mak akak masa kat US dlu, nak dtg usrah yang sejam, ambil masa 5 jam pergi n 5 jam balik... tp dia selalu pesan pada anak-anak usrah dia, apa yang menguatkannya, dia berpegang pada firman Allah ( Surah al Baqarah ayat 208) 'masuklah Islam secara keseluruhannya', dan ingatlah lima perkara sebelum lima perkara...   ...sekarang, anak-anak usrahnya dah jadi daie yang hebat2.... ..lihatlah kekuatan dakwah... ... pada setiap naqibah itu, kita akan lihat sifat yang berbeza-beza.. .. ada yang garang, sangat menepati masa, ada yang sangat2 pemurah... .. kitalah qudwah itu... .. anak-anak usrah akan contohi kita, tiru gaya kita, cara percakapan kita... apa yang dia lihat yang terbaik, itu lah yang akan dia contohi... .."

Malam tu, saya share apa yang dah saya lalui seharian dengan kak sumayyah n teman usrah. saya penat. fikiran saya agak serabut sem ni. trying to be good enough for the first stage of design thesis studio for the first proposal, but then.. terasa mcm... 'gagal'.  i lost something. atau... i'm not good enough in delivering and convincing my idea. something missing...atau....i need to change my topic of interest. * saya kurang pergantungan pada Allah agaknya. terlalu busy dengan benda-benda lain. atau.. hilang concentration on... mana satu priority.atau mood belajar belum masuk sepenuhnya.heh

"kak sumayyah... fatin rasa... mcm down sket hari ni. lepas maghrib td, ftn mengaji, cuba tenangkan diri.. akhirnya fatin menangis... memang, bila kita diuji, kita tak nak mengeluh... ibu selalu pesan, takde orang yang perfect, ada jatuh,ada bangun.. tp bila kita tengah lalui ujian tu... terasa mcm.. hmm.... 

sebnarnya kak sumayyah, dr first year... smpi 2nd-3rd year... alhamdulillah... ftn perform dlm study..ada lah jugak stuck2.. but then,bila ada something yang buat kita down... fatin akan terfikir...'eh layak ke aku dpt DL selama ni..' rasa mcm lost sgt2... ...tp ftn taw, at the end, mesti ada something yang Allah bagi.."


kak sumayyah dengar cerita saya. kadang-kadang cerita yang dikongsikan masa kita jatuh, boleh jadi inspirasi pada orang lain, yang bukan selamanya kita di atas. dan bukan selamanya orang yang kita kagumi, tak pernah melalui masa susah. bukan semua cerita yang tertulis akan nampak indah semuanya. ada masanya, kita perlu merasa berada di bawah. hidup ni mcm roda, kata kak sumayyah.kak sumayyah cerita kan pahit manis nya belajar di malaysia sampailah ke nwe zealand. sungguh, dengan berkongsi pengalaman yang beri motivasi, mampu menaikkan semula semangat. bahawa ada orang lain juga yang Allah uji, lagi hebat ujiannya dr kita.

saya suka bila kak sumayyah kongsikan:-

"dlu, masa akak asyik jatuh je dalam subjek ni... akak selalu mengadu kat ayah akak... pastu ayah akak cakap..' Allah nak bagi kita rasa apa yang orang lain rasa apabila berada di bawah...' masa tu..baru lah akak refleks diri. akhirnya, bila final akak lulus dan antara best student n pelajar malaysia muslim yang terpilih... fatin, gagal tu sifatnya sementara je..hidup ni mcm roda. sekarang baru first stage kan? alah... boleh punyer! inilah namanya belajar, kalau dah pandai tak delah kita kat sini..."

Banyak lagi yang kak sumayyah kongsikan. Alhamdulillah bila senang. Alhamdulillah bila diuji.terasa kne 'refresh' sekjap. esok kebetulan ada program tepi sungai. hopefully dpt tenangkan diri sekejap,then continue on my research. moga Allah kurniakan ilham, kesenangan dan kemudahan dalam menghadam ilmu.

*Preparation untuk akademi murabbi. moga Allah beri kesempatan untuk pergi.kemudahan dan kelapangan masa untuk terus berada dalam dunia mencari ilmu, tarbiyyah dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. buat masa ni, ini keutamaan nya.akan bertambah lagi kelak. dan inshaAllah, bila niat kerana Nya, semua benda akan jadi mudah. tetaplah pada jalan Allah.inshaAllah

Kawan-kawan yang baik itu rezki. jagalah silaturrahim. cari lah kenalan seberapa ramai di bumi uia ini. semoga ukhuwwah ni, kekal hingga ke syurga. ameen



Fatin,
Jatuh bangun tu perkara biasa dalam hidup. teruskan bersemangat dalam belajar!




mahallah asma'
22nd September 2012


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.