Showing posts with label bulatan cinta. Show all posts
Showing posts with label bulatan cinta. Show all posts

23 April 2012

bulatan cinta kita




semalam kami berbulatan cinta di KL Fest.

Awak tahu, sebelum ni, saya tak pernah kenal mereka. cuma pernah lihat dari jauh. ye lah, satu uia, satu mahallah (kolej kediaman) berselisih tu...normal kan? dan satu hari, Allah pertemukan kami saya kagum dengan mereka. punya identiti, kekuatan dan kelebihan tersendiri. sedikit pun saya tak nampak kelemahan mereka bila....ukhuwwah itu dijalinkan kerana Allah SWT.

duduk bersama mereka di jalan tarbiyyah dan dakwah ini sangat awesome! ada yang mengingatkan kita tentang mutabaah amal kita. ada yang membuatkan kita rasa tercabar dalam mempertingkatkan amalan dan ilmu kita. dan yang paling penting, usaha-usaha kita semua untuk menyampaikan pada orang lain.

kami, punya cerita dan kisah yang berbeza. bagaimana kami mengenal usrah. bagaimana susah payah nya belajar agama di sekolah masing2. ada yang berlatar belakangkan sekolah teknik, sekolah harian biasa, tapi, hidayah tak pernah mengira siapa, apa dan dimana. 


dan takdir ini.
telah mempertemukan kita. 
moga-moga ukhuwwah kita kekal hingga ke Syurga -Nya!



reunion kembali di syurga ye!
till next-time inshaAllah!


love,
nadia



Salaaams ♥
Jazakumullahukhayrankatheera korangsss.. eheh.
Fabulous evening we had alhamdulillaah :D
Kekalkan momentum dengan meningkatkan/istiqamah dengan amal fardi kita.
Jangan lupa maafkan kesalahan orang before tidur, supaya esok pagi kita bangun penuh ceria dan bersemangat!
... Dan usaha untuk bangun solat dua rakaat (taktik bangun qiam mcm cik Aini kita sebut hehe)
Semoga esok lebih baaaaaaaaaaaik dari hari ni!!!
SEMANGKA! ^__^v
love,
syaimaa 


Thanks pada semua BC, adek beradek n naqibah(mak..heihei :P) Best amat td!alhamdulillah..moga petemuan kita jadi kekuatan kita untuk esok lusa and selamanya! inshaAllah :)

love,
kak mast
 



"What person can be the best friend?" 
"He who helps 
you remember Allah (SWT), and reminds you when you forget Him"

Prophet Mohammad (pbuh)

18 April 2012

cinta ku, kerna Allah.




mereka kata, mereka malu



satu masa dulu
aku juga seperti mereka
malu bila buat kebaikan
seolah manusia lihat kita asing
asing!

depan siapa pun
dengan apa pun
di mana pun!

tp kenapa harus ada rasa malu?


aku mula belajar tentang hidup
bila ada rasa berTuhan
malu ku hilang
lenyap

sedikit. sedikit.


sekarang
aku bangga
bila buat kebaikan
manusia di sekeliling kita tersentuh
mereka tertarik pada kebaikan
mereka sedar
hidup ini cuma sementara
kita perlukan "tujuan" yang jelas
kita perlukan matlamat yang terang
kita perlukan jalan yang lurus

dan

untuk itu,
kita perlu bersama
kita perlu bina satu bulatan
yang semakin hari semakin besar
ya
besar!

barulah terukir senyuman
pada mereka yang awal dahulu
berjuang, berkorban, bersungguh
menerangkan jalan mereka-mereka yang sesat
jahil

kawan,

semoga ini pilihan yang terbaik untuk kamu
untuk aku
mereka

aku terharu
kerna engkau punya keinginan untuk berubah
ingatlah,
hidup kita cuma sementara
buka lah hatimu
seluas-luasnya
untuk bersama dengan ku.

kawan,

tegakkanlah Islam dalam hatimu terlebih dahulu
nescaya Islam akan tertega
pada daulah mu
(Hassan al-Hudaibiy)

buat teman ku
maaf andai lidah ini terkelu
untuk sama-sama membawa kamu, kamu dan kamu
ke jalan tarbiyyah ini
aku mahu
aku ingin
aku berhajat
aku berangan

namun,
lidah ku kelu.
di saat kekuatan mulai datang
air mata ku tak henti menitis

di saat
kau hulurkan tangan mu
aku tahu,
Allah itu Maha Pengasih
kerna kasihnya pada kamu
kamu lah insan terpilih

kawan

dakwah dan tarbiyyah itu cinta
ayuh
duduk bersama, dan kita beriman sebentar.


petitenadia





16 April 2012

umur kita,untuk 'apa' dihabiskan?




Bismillah


Hari jumaat lalu. genap umur saya 23. malam yang sukar untuk lelap. terasa seperti esok takkan lagi saya temui. entah kenapa, terasa ajal semakin hampir. alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang medoakan, tak lupa juga doa dan ucapan selamat hari lahir dari ibu dan abang tercinta lagi jauh di mata. ecece... terima kasih semua. secara jujurnya, saya benar-benar terharu..

























"salam,

selamat hari lahir buat kakak yang ke-23.

selamat menempuh alam dewasa.
semoga terus solehah dan punya visi dan misi yang lebih cantik dan jitu!
ibu sayang kakak!"

ibu























entah kenapa. tarikh 13 april 2012 ini terlalu signifikan bagi ku. seolah macam....peningkatan usia kali ini, benar-benar 'merubah' sesuatu dalam hidup. ada satu sentuhan di sudut hati, yang seolah memanggil-manggil untuk....
















ya.
























pergi mukhayyam!
MUDAH'12.




























Allah telah memilih aku untuk pergi majlis ilmu. aku ingin duduk di bawah naungan para malaikat! hati berbisik.setiap masa saya tekan-tekan keypad handset, berulang kali membaca message dr naqibah akan mukhayyam. pergi? tak? pergi? assignment? erm...presentation?! wait. saya nak celebrate usia saya. saya nak mulakan dengan moment yang paling baik!paling cantik! paling indah dalam sejarah permulaan usia saya! boleh kan? wink


akhirnya saya tinggal kan assignment. put aside . jussst for a while. erm. what's next? yeah. packing! telekung, selimut, al-Quran comel, note book, ubat gigi and berus gigi, tuala..etc..etc. done! skrg saya dah ready. a 23 years old girl...no..no...woman...is ready to go for mukhayyam!alone? aah. (nt sampai sana mesti ada kawan punye!) err..dah besar2 ni, kawan mana2 pun boleh buat kawan ..hehe.kan?


belum sampai sana, dah jumpa kawan baru. yang lama pun tak kurangnya,majority ada yang kenal, tp..mcm rmi jugak muka-muka baru. actually, mereka semua junior2. alhamdulillahhhh...junior2 dah terdedah. erm, saya je lewat sket. dah lama terdedah cuma....banyak sgt alasan, dan....masa tu belum rasa "manis" berukhuwwah.(<----alasan jugak ni)


banyak pengisian yang dikongsikan oleh kak sumayyah, bro. aiman, najib, marwan, qiamullail, MAKAN!! mrgreen haha. abaikan.


















Yusul al-Qardhawi kata,








"sebelum beramal, belajarlah berniat.
sebelum berniat, belajarlah untuk ikhlas"





















Mukhayyam kali ni, objektifnya ialah lebih kepada nak menyedarkan kepada kita kepentingan usrah dalam kehidupan seharian kita. serta kefahaman ttg asal usul usrah. sedikit sebanyak dikupaskan ttg sejarah usrah, sejak zaman Rasulullah lagi, dan ia antara salah satu sunnah nabi kita, S.A.W. tazkirah dari bro aiman pulak, mengupas ttg syeikh ahmad yassin. seorang "pemilik kerusi roda yang bergelora jiwanya" . pasti semua dah mengenali beliau. beliau membawa usrah and always tried to make it fun. seorang yang sgt pengasih dan caring terhadap kanak-kanak. dan suka meraikan tetamu.

salah satu objektif pgram juga ialah memberi kefahaman kpd kita ttg apa yang perlu dilaksanakan dalam usrah, dan mmberi penekanan ttg apa yang perlu dicapai dalam usrah. selain mengeratkan ukhuwwah kami untuk menjadi satu kekuatan jamai'e, memantapkan dan menyempurnakan kefahaman amal jamaie dan yg terakhir, meminimakan keciciran dalam dakwah.



tarbiyyah = pendidikan+pembentukan




kepentingan tarbiyah, "kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah melalui tarbiyyah Individu". tarbiyyah ini merupakan pembangunan aspek2 peribadi menuju kesempurnaan (sedikit demi sedikit) dari satu keadaan kepda keadaan yang lebih baik. razz

ayat kak sumayyah yang plg terkesan masa slot ni, masa kak sumayyah ckp,


"Rasulullah boleh bersama-sama ajak sahabat dalam tarbiyah, tp..kenapa sahabat2 kita skrg tak nak ikut kita sama-sama dalam tarbiyyah? sedangkan kita berkongsi segala masalah, rahsia....dgn dia.. . ."


Allahurabbi. saya tersentap! bukan mudah kn nak mengajak orang ke arah kebaikan?hurm (muhasabah)



















dan... . .
























USRAH adalah mekanisme terbaik tarbiyah :h:















kata mereka,


















USRAH itu CINTA



dalam usrah ada iman + taqwa, ukhuwwah + kasih sayang
kita duduk bersama, dan beriman sebentar! wink:f:


3 rukun USRAH :

:84:Ta'aruf : perkenalan (tahu) peribadi
:83:Tafahum : memahami
:82:Takaful : kebajikan ahli

nak kenal dengan seseorang atau ahli usrah, kita perlu "hidup" dengan dia. bermusafir antara salah satu cara kita dapat mengenali ahli2 usrah. kata kak sumayyah, "contohnya...bila kita keluar dengan ahli usrah kita, bila kita tengok diorang drive waktu jalan jam..mcm mana cara mereka berdepan? ada yang mengurangkan tekanan dengan membaca al-Quran....mcm2...maki hamun ke? dr situ kita boleh lihat tahap kesabarannya....dan mcm2 lagi...."






Peranan kita?

so, apa peranan kita sebagai pemuda?

pemuda adalah asset kepada ummah. Yusuf al-Qardhawi kata, "Generasi muda bagaikan mentari, yang sedang berada di tengah-tengah langit dunia pada awal pagi". seorang pemuda perlulah beriman, semangat, dan menjaga amalan-amalan nya.



"tegakkanlah Islam dalam hati mu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak pada Daulah mu".

Hassan al-Hudaibiy




dan harus diingat, kita perlulah bermanfaat kepada orang lain.contribute untuk Islam! apa saja skill yang kita ada, sumbangkan!" pertolongan Allah akan datang kalau kita buat segala usaha dan berkorban segalanya" (Muhammad:7) 'aslih nafsak wad'u ghairak'







akhirnya, kami berpisah. sementara. sebabnya, ada rezki boleh jumpa di uia lagi! hehe. lepas ni, masing-masing nak tumpukan pada assignment, exam. fuhhh.. qawwiy betul diorang. esok pagi nak exam, masih mampu menyumbang untuk Islam! smgt saya dtg dr smgt mereka. pengorbanan masa saya dipelajari dr mereka. saya cuba untuk memperhabiskan masa saya sebaiknya.


be the best in everyhthing! buktikan, bahawasanya, walau kita berkorban masa untuk ini, pelajaran tak akan pernah tinggal. ingat, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita. doa, doa dan doa! Don't underestimate the 'power' of doa!

wallahualam






















tarbiyyah sampai mati





05 March 2012

perubahan


saya selalu mengharapkan bulan akan kelihatan dr jendela bilik saya. sepanjang malam. sengaja saya alihkan kedudukan meja,supaya pagi-pagi saya boleh buka tingkap dan hirup udara segar mcam dulu. masa saya first year. tapi, kedudukan nya dah lain. building orientation dah berubah. pemandangan dulu, tak kan ada lagi.

begitu jugalah hidup kita. sedar tak sedar. banyak perkara dah berubah. hidup kita semakin hari semakin sibuk. penuh dengan aktiviti. penuh dengan cita-cita yang kadang-kadang mungkin tak kesampaian.

apa yang ada pada orang lain, itu yang kita mahukan. apa kelebihan yang ada pada diri sendiri sering tak kelihatan. tp percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. cuma, kita harus ada masa untuk selalu muhasabah.

"hari ni, kita cek mutabaah amal secara lisan lah? okey tak? ana nak tny sorang2...mcm mana dgn mutabaah amal antunna semua...kalau tak tercapai takpe, mungkin kita boleh tengok balik mcm mana...tp, sebaik-baiknya..seboleh-bolehnya biarlah amalan kita semakin meningkat..."

"boleh ana nak tny sorang-sorang, sepanjang sebulan ni...ini dah nak masuk minggu kelima...apa yang antunna dah capai, atau ada perubahan dalam hidup sepanjang berada di uia..?


"boleh tak nak share dulu?":face26:
"boleh.boleh...silakan"


"erm..sebenarnya...


sem ni terasa sangat tough..stress la jugak. tp, ibu pernah ckp, 'susah tu sifatnya sementara'. teringat lagi sem lepas, even cuti2 pun kne siapkan report, bukak sem kalau boleh mcm dah kne bnyk siap..tp, lepas habis sem tu, alhamdulillah, semua rasa ok. tp...Ya Allah, tym nak laksanakan tu..tym nak buat tu...rasa susah sgt..tertekan..tak suka....tp betulah ckp ibu, susah tu sementara. bila dah selesai, mcm takde apa. seronok.

dan...

sem ni lg skali. saya rasa benda yang sama. tp nak tak nak, kita terpaksa lalui. kena hadapi jugak. saya tahu, nt bnda ni after dah settle semua,akan kembali seperti sediakala..tak susah dah. tp kelainannya, ntuk sem ni setiap masa, bila berjalan, nak ke kelas, bila sendirian...selalu berzikir, igt Allah....mmg betul lah...bila ingat Allah...hati tu...tenang sangat. rasa mcm ada angin sejuk masuk dalam hati...subhanallah!

selalu tengok foreigner2 pegang tasbih kan? saya pun buatlah, masukkan tasbih dalam poket, sambil bertasbih memegang butiran2 biji tasbih....bila kita pegang tasbih n tasbih selalu ada dalam poket...automatically lidah kita akan terbasah menyebut dan memuji2 namanya...

ini salah satunya untuk mencari ketenangan dalam setiap kesusahan yang kita lalui, biar dalam sibu-sibuk pun...hati kita masih ingat Allah. biar yg susah susah tu...tak terasa pun...





part yg klaka..bila....lalu sebelah ikhwah...masukkan tgn dlm poket..istighfar banyak2....hehe":face64:




sebenarnya, memang setiap dr kita merasa kan susah. ye kan? setiap yg bergelar pelajar, mmg terasa sgt tough. tp bayangkan kalau kita dah pegang segulung ijazah, berjalan atas pentas yang semua dr kita idam-idamkan....mesti masa tu, kita tak igt dah penat lelah kita. bila mengadu pada manusia, semua ada kisah yang sama. penat belajar...

hmm...nak menuntut ilmu bukan senang kan? belum masuk unsur2 luar lagi. baru fokus pada pelajaran, nak jd excellent, perlukan istiqamah, perlukan kekuatan yg sgt tinggi. maka, mengadulah pada Allah bila kita rasa lelah. fikirkan ada orang yg lebih susah dr kita.:face29:


sem ni memang sibuk. perlu kan skill multi-tasking. nak tak nak, kena harungi. mohon moga Allah mudahkan segala.

ameen



mahallah asma
1:10 a.m

still working on my topical studies.
may Allah ease everything.

inshaAllah.till next time!

"Biar ALLAH menjadi tempat pertama kita tujui sebelum hambaNya yg lain!":135:






maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.