22 April 2013

Tuliskan nikmat kamu

Imam masjid nabawi akan hadir ke uia. saya tak nak terlepas peluang. lepas habis studio terus bergegas ke masjid.tapi hari ni studio habis lewat.cepat2 hantar projektor dan terus melangkah ke masjid. usai solat asar  merebahkan badan di masjid. sedar-sedar dah terlelap.Allahuakbar! iftar! untuk iftar kali ini team usrah kami yg incharge. kain telekung terus dilipat.penat dari studio belum hilang. memang perlu muhasabah diri semula. masih banyak yg perlu diimprove. secara jujurnya,hari ini terasa 'down' sedikit. mendengarkan 'tazkirah' tafsir surah al fatihah dr ummu td,terasa terkena betul2 pd diri. ummu kata, "tuliskan nikmat-nikmat yang Allah dah beri pada kita..".. "bandingkan dengan perkara-perkara yang kita tak suka,mana lgi banyak?" Allahu Allah. benarlah bila berjumpa akhawat,ada saje kata-kata yang sering mengingatkan dan mendekatkan diri pada Allah. dan hari ini,terasa down kerana ujian yang kecil. kenapa? apa selama ni Allah tak selalu meletakkan aku menjadi yg terbaik? itu nikmat. kerna Allah cabut sedikit nikmat yang super kecil ini,aku perlu down?? hm.

"..fatin..Allah uji "sedikit" ni..sebab...
























Allah sayang kamu"
230413|uia



18 April 2013

yang selalu memendam
















Seringkali aku terfikir, adakah seorang yang 'pendam'nya diri ini, bermaksud hati ini sanggup bertahan dan bersabar? atau mungkin juga kerna,aku mudah melupakan. seringkali terjadi situasi di mana aku ingin meluahkan dan mengatakan sesuatu,tp akhirnya aku pendam.




Allah knows what is in ur heart.
well,ini bukan tak memendam,cuma berkata-kata dalam hati... 
dengan Tuhan

indah
itu
sabar.



:)











16 April 2013

ber'hijrah'lah

Hari ini,seharian di bilik. menghabiskan waktu dengan kerja dan sebahagiannya untuk tidur,sedar-sedar cahaya matahari terik masuk lurus ke kamar.hanya terhalang sedikit pada celahan-celahan bingkai tingkap. subhanallah,panas sungguh cuaca hari ini. namun, ku kuatkan juga langkah untuk terus menapak ke studio,mengambil barang-barang yang tertinggal.

Untuk kali ini, aku pindahkan semula pc ku di bilik. lebih mudah untuk buat kerja pada bila-bila masa yang ku inginkan.pendek kata lebih mudah untuk merehatkan tubuh yang penat.

.......

Dan saya decide untuk terus ke tasik belakang mahallah. Lebih dikenali sebagai female sport complex. dengan berbekalkan satu naskah buku yang baru je dibeli dengan kepingan kupon terakhir. alhamdulillah. bersedirian bertemankan 'alam'. dan ada ketenangan di situ. kadang-kadang untuk menghilangkan 'bosan' pada satu-satu kerja atau tempat, ber'hijrah'lah sedikit. mencari suasana dan persekitaran baru,inshaAllah ada semangat dan kekuatan baru di situ :)

......

untuk usia yang telah pun mencapai 24 tahun,alhamdulilah. semoga Allah memberkati usia ini. dengan bertambahnya usia,semoga bertambah juga amalan,inshaAllah. dan untuk hari ini,semoga kekuatan semakin bertambah dengan azam dan semangat yang mungkin sama,cuma belum tercapai. inshaAllah,hanya perlu teruskan berdoa,usaha dan tawakal.

fi hifzillah

07 April 2013

nafas sedalamnya



Lama sudah tak menulis. Mungkin kerna rasa sibuk yang tak tahu mahu letak ke mana. Mujur lah ada waktu sibuk. Sehingga tiada ruang untuk maksiat. Tapi,kerna terlalu penat,jadi khuatir al-Qur'an menjadi jauh. Mujur masih ada surah yang masih terlekat, itu sebagai penguat. Astaghfirullah

Letih.

kadang, menjadi terlebih berehat. sebab.. letih.
Begini agaknya rasa penat dalam 'berfikir' ?
Memikirkan masa depan. menyusun dan merancang untuk yg terbaik.

"Madam... saya rasa saya dah give up dalam field ni.."
"Whyy?? i thought u have no problem..? u're gifted fatin.."

Itulah. Manusia melihat aku mampu. "sempurna" pada pandangan mata mereka. Tapi,hanya aku yang tahu aku. Ada... sesuatu... yang aku rasakan,aku mahu berhenti. Aku perlukan motivasi. Nafas sedalamnya.Tangan ku terus menggapai handphone di hujung katil. Menghantar satu message kepada pensyarah ku, 

".. mdm,i would like to meet u today after jumaah if u're free n sorry if i'm disturbing you"... 
"fatin,i'm on leave today.can you please come to my room on monday? 
around 8.15am before we start our class?" ..

" ok.sure mdm,inshaAllah. tqvm"..
" no problem,take care"

...




Aku berlari ke bilik pensyarah. Terlewat 5 minit. Jam tangan terhenti. Handphone kehabisan credit.Allahurabbi.. terus aku menekan butang *100# -- SOS top up. Saya mohon maaf pada pensyarah. Mujur terlewat 5 minit. Waktu terhenti. Kami mengadakan pertemuan..yang aku rasakan kata-kata beliau mampu memotivasikan aku. Nafas sedalamnya. Banyak yang beliau kongsikan. Yang mampu,hanya menahan air mata.

Termotivasi. Dr Nurhayati terlalu banyak membantu. She brings me up.high! 

...

Memang.. hidup selalu perlukan motivasi. Supaya tak mudah jatuh rebah dan tersungkur dengan rasa lemah.Masa depan, urusan dan ketentuanNYa. kita merancang, dan lakukan apa yang terbaik pada apa yang sedang dilalui hari ini. Lakukan. Just Do it! You will know then, Allah akan buka kan jalan untuk kita. Itu kata-kata yang tersemat dalam ingatan ku. Yang paling menyentuh hati sewaktu berjumpa madam.

...

Sepetang bersama Kim teman korean ku di kulliyyah. Jarang kami dapat berkomunikasi, bercerita hal masa depan. 

"so fatin, what is ur plan after this?"
"u mean after graduated?"

"yaa.."
"hurm.. maybe.. further my study. i've planned to apply for UK scholarship..
inshaAllah pray for me for that.."

"study??aargggh.... i can't!!"
"why? so u plan to practice after this?"

"yaa.. study is hard.. i wanna practice!"
"in korea??"

"hurm... i plan to work there.. but .."
"but what? u should have experience in malaysia first then go back to ur hometown"

"yaaa...that's much better i guess"
"so kim,all the best for ur future"

"u too fatin! nice talking to you!
you know what.. 
good girl will get what they want"

"am i....?"
"yes u're"


Nafas sedalamnya. again
Ya Allah. Permudahkan perjalanan ku ini.

perkenankan Ya Rabb.

#masadepan
Yakin pada aturanNya
He knows what is the best for me.



InshaAllah.




Even when you can’t find words to explain what you’re going through, Allah knows. Turn to him.
(via abdulbary)

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.