Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw:
“Barang siapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah swt.” (riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)
"fatin...jom pergi kursus kahwin?"(soalan ni sering ditanya kawan2 walaupun saya masih di tahun satu)
"bila tu?..x nak lah. belum bersedia la...lagipun awal lagi""sabtu ni.kat masjid uia je...ok,klu x nak xpe"since drpd foundation uia di pj , bleh dikatakan terlalu banyak forum atau ceramah2 yang membicarakan tentang
cinta remaja. dan, sememangnya uia sgt menggalakkan pernikahan dalam waktu belajar demi mengelakkan perkara yang tak diingini. dan uia juga akan beri elaun rm1000 untuk pelajarnya yang mahu bernikah.
teringat saya pada satu sesi forum. saya tak ingat nama penceramah tersebut. tapi beliau bertanya, siapa yang memang dah bersedia untuk berkahwin sila berdiri! waktu tu, kami semua duduk bersila dalam dewan utama,sementara ahli panel duduk di atas stage. dan ternyata ade seorang pelajar lelaki yang sgt berani terus berdiri setelah soalan diajukan! kami semua terkejut. kagum pun ada. berani sungguh lelaki itu. hatinya sgt jujur. tanpa ada rasa ragu2 dengan tindakannya.
fikir saya, dia mungkin dah bersedia.

ramai dalam kalangan teman-teman saya yang berkahwin awal walaupun selepas tamat persekolahan dan sekrang dah pun dikurniakan cahaya mata. seronok melihat teman-teman bahagia.tapi bagi saya sendiri,terlalu awal. saya masih terlalu kurang ilmu.

dan saya tak pernah pun terfikir mahu berkahwin awal waktu itu.
tapi sekarang."rasa mcm nak kahwin awal jee......."
detik hati saya.kalau kahwin awal , fikir saya. lebih mudah untuk kita jaga diri. ada suami di sisi. maka takde mana2 lelaki yang akan ganggu kita. terasa lebih selamat.dan bila dah berpunya.
full stop. lelaki lain akan faham dan takkan cuba mendekati kita lagi.
saya tak tahu fenomena apa yang sering terjadi sejak kebelakangan ni. kepada lelaki di luar sna, hormati lah wanita dan peliharalah pandangan anda.

selalu kita dengar wanita haruslah menjaga pandangan, tapi sebenarnya Allah telah memerintahkan lelaki dahulu untuk menundukkan pandangan dalam surah an Nur ayat 30-
"katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
dan ayat seterusnya baru lah Allah menegaskan tentang menjaga pandangan untuk wanita.
[sma2 lah kita menjaga pandangan.ok?] bagi saya, dan perkongsian cerita teman2 saya yang lain, kami sangat tak selesa bila ade lelaki yang memandang. cukup sekdar memandang pun menyebabkan kami tak selesa, apatah lagi mengeluarkan suara atau bunyi2 yang kurang enak didengar. saya mungkin tak tahu apa yang lelaki fikirkan. mungkin sekdar ingin menarik perhatian dsb. tapi bagi seorang perempuan, perkara2 sebegini memang sangat2 merimaskan.
kami gelarkan mereka ini orang
"gila".
saya percaya, dalam usia lingkungan 20-an ini masing2 sedang mencari. maka tak hairanlah akan berlaku perkara sebegini. tapi bagi kami, perempuan, kami mahu dihormati.

cukup dengan sekdar memandang, membuat kan kami
kurang selesa. mungkin inilah salah satu sebab mengapa Islam meletakkan guideline sedemikian.
"orang gila"ya. memang kami gelarkan orang gila. sebab kadang2 lelaki ini tak faham bahasa.sekali orang berkata 'tak nak', mereka masih mengganggu dengan apa cara sekalipun. apabila melibatkan sms dan sebagainya, lagi lah merimaskan. mcm2 cara digunakan tapi masih tak faham. sampaikan tak tahu nak gne kan bahasa apa lagi.

maka, saya terus berdiam dan berdiam...ignore dan terus ignore.
saya mcm jadi orang yang tak berperasaan sekejap.haha.tapi terpaksalah. psycho betul!

tapi bila fikir balik mcm kelakar pun ade. hmm...mcm2 .haha. kami tergelak bersama.
...
apa2 pun. selalu lah berdoa pada Allah agar dipelihara diri ini. dipelihara hati ini sebaik-baiknya. pelihara akhlak dsb. jangan terlalu cepat nak kahwin.

banyak lagi perkara yang saya perlu settle kan.
pertama:
saya harus perbaiki dulu hubungan saya dengan Allah SWT. Dia lah yang memberi cinta. Dia lah yang mengurniakan rasa 'cinta'. ye kan?
kedua:
saya harus perbaiki hubungan saya dengan keluarga saya, teman-teman rapat saya dan orang2 di sekeliling saya. pelihara silaturrahim sebaik2nya!
ketiga:
saya harus habiskan belajar dulu. saya ada matlamat dan impian saya sendiri! jadi saya kene tunaikan dulu permintaan hati saya!!
keempat:
saya harus periksa dulu, adakah solat saya cukup dan berkualiti? kalau kita ingin meminta jodoh bukan main minta cepat2..tapi kalau solat dilengah2kan...hmm..tak nak mcm tu!ok?jaga juga amalan2 lain. biar sedikit tp istiqamah.inshaAllah!
kelima:
saya harus luruskan niat.sucikan hati bahwa saya ingin menikah kerana ingin mengikuti sunah Rasul dan mengharap redha Allah.
"Pernikahan itu menyempurnakan separuh dari agama"
----------------------------------------------------------------------------
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang...…
”(Ar-Ruum: 21)
----------------------------------------------------------------------------
wallahualam
tiba-tiba saya rasa ....saya dah
ready nak pergi kursus kahwin.
anyone? who wants to go with me?
