28 May 2011

i can be tough | i can be strong



Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

hingga kita terduduk dan menangis,
peritnya terasa tetapi ketahuilah,
dan renungilah dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah – langkah yang tersasar,
Semoga Tabah dan tetapkan IMAN.
Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam,
Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur,
Tanpa dihiasi mimpi indah.
tapi….
jangan biarkan hatimu sunyi, tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL – QURAN….







"ye lah fatin....no one's perfect....."

"hmmmm...."
saya tarik nafas panjang







merenung jauh. melihat orang memancing di tasik uia. entah bila ikan nak kne umpan? dari permukaan air, kelihatan seperti banyak ikan. saya terfikir... bumi Allah ni luas. masih 'banyak' lagi di luar sana. pilihan bukan terhad pada 'satu' je.

huh....hampir saje air mata ini mengalir. mulanya, saya fikir, saya terlalu 'jauh' untuknya. saya rasa masih banyak yang saya perlu perbaiki, bersihkan hati. banyak lagi perubahan yang saya perlu buat untuk memenangi hatinya.

tapi,saya rasa, saya silap.silap sangat2. sungguh. hari ini, 'seakan ada satu petunjuk'. saya selalu fikir untuk mengejar kesempurnaan. saya nak semuanya baik ttg agama. tapi adakah saya silap? saya dah meletakkan niat pada yang salah. saya rasa, saya lakukan ini bukan kerana -Nya, tp mungkin kerana dia. saya silap.

belum terlambat lagi untuk saya berpatah balik. pergi kepada diri saya yang dulu. ya,diri saya yang dulu. di mana hati saya masih bersih. masih belum ada sedikit kekotoran. sungguh. kadang-kadang saya rasa 'lost', sebab.........saya dah letakkan matlamat pada tempat yang salah.

ya, pada mulanya....mungkin ia sebagai satu suntikan. tapi....saya dapat rasakan, bila sesuatu tu BUKAN kerana Allah, kita akan rasa tak senang. seperti mengaharapkan sesuatu yang nampak pada zahirnya supaya kita berterusan mempertingkatkan amal. uhh!!saya silap!










astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...mad










manusia yang lemah lagi hina seperti saya, memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. usia saya dah 22 tahun skrg. dah mcm2 yg saya belajar. tp, itu belum cukup lagi. belum cukup untuk betul-betul memperbaiki diri...untuk...betul-betul melatih diri mengenal 'ikhlas'. mengenal semuanya!


...

pertemuan hari ini, sungguh, 'mengajar' saya sesuatu. walau pahit untuk ditelan. tapi saya yakin. manusia bukan lah sesiapa, ia makhluk hidup seperti kita juga. tapi Allah, Dia kekal. cintaNya hakiki. Allah takkan pernah mengecewakan hambaNya. Dia akan selalu berada bersama kita. setiap masa dan setiap ketika. Allahuakbar!



berdosakah aku ya Allah?rolleyes



saya menyesal sungguh2. atas apa yang dah saya lalui. saya fikir ini mungkin cara yang terbaik. tapi, saya lupa untuk selidik sedalam-dalamnya. adakah hati saya cukup bersih untuk menilai? saya tewas dengan nafsu, sehingga saya membiarkan cinta makhluk mendahului cinta-Nya...astaghfirullah.saya bukan lah sesiapa. saya mengaku saya silap kali ini, memang patut cepat2 disedarkan. saya malu. malu pada Nya.







...


terima kasih sahabat lamaku kerana menyedarkan aku

pada mulanya , saya rasa terlalu pedih untuk terima. tapi, saya muhasabah semula dan mujahadah semula, mungkin Allah 'takdir'kan hari ini, untuk saya ber'fikir'. untuk saya merenung semula. dan 'ini' lah yang terdetik di hati......."saya dah mendahulukan cinta lain selain cintaNya"redface








ampuni aku ya Allah...


fatin, jangan bersedih. setiap apa yang terjadi ada hikmah tersembunyi. ujian yang Allah berikan, itu tandanya Dia masih sayang kan kita. Dia takkan pernah biarkan kita terus berselimut dengan dosa.....mujahadah, perjalanannya pahit, tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah.




sense of 'the end'


ustaz kata, kita harus pupuk dalam diri kita "sense of the end". lakukan sesuatu kerana kita percaya adanya hari akhirat. kata ustaz, ramai je org di luar sna buat perkara jahat masih 'terlepas'...masih disanjung tinggi...masih mendapat sanjungan orang ramai....tetapi mengapa org yang selalu melakukan kebaikan ditindas? memang benar dunia tak pernah adil. tetapi, bagi sesiapa yang mempercayai adanya hari akhirat, dia takkan pernah melakukan sesuatu itu dengan mengharap balasan dari manusia lain, kerana dia yakin, di akhirat kelak, Allah akan beri balasan mahupun ganjaran yang setimpal!

wallahualam



hanya sedikit yang dapat dikongsikan. hari ini, saya dah belajar sesuatu. setiap apa yang diperdengarkan di telinga ini...ada kesinambungannya. dan sungguh! saya rasa Allah itu ada bersama hamba2 Nya....
razz buat diri, semoga terus kuat!



tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganNya....wink
saya harus buka buku baru.mulakan semua nya!dari mula.inshaAllah!






it's better for me to avoid him for awhile
the end


No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.