hmm.someone ask me.
"mcm mane akak bergaul dgn lelaki ye..?"
haa..yg tu kne tny bdk laki yg kenal akak lah..haha.* saje bergurau
bila pulang ke tanah air, saya mula di tempatkan berasingan dengan lelaki. walaupun ade beberapa org teman saya yang duduk bersebelahan lelaki. dan dari sekolah rendah, sikap saya memang berbeza di sekolah kebangsaan dan agama. kat sekolah kebangsaan saya biasa2 saje, tapi dekat sekolah agama, saya agak agresif. sebab saya semacam anti lelaki. haha.kelaka bila dikenang balik. sejarah2 terdahulu menyebabkan saya jadi seperti itu. demi mempertahankan diri, saya sgt nakal waktu tu.
bila masuk sekolah menengah lain pulak ceritanya. berlatar belakang kan sekolah agama, saya lebih memahami keperluan bergaul dengan lelaki. mana yang perlu dan sebagainya. lebih2 lagi bnyk program kami diasingkan dengn lelaki, sekadar rakan kelas je yg saya kenal, selebihnya mmg tak kenal. pergaulan dan pandangan kami di jaga. bila bercakap pun tak pernah pandg muka. masing2 tertunduk. yg baik pun bercakap belakang tiang je. huhu.
tapi tu dulu. saya mmg low profile waktu tu. knal bdk laki pun tidak. bila dah hampir berakhir penggal persekolahan, ditakdirkan saya terlibat dalam menghasilkan majalah sekolah. one of my tasks is kne buat page ntuk kelas. and that time mmg kne communicate dgn seorang lelaki ni, he was my classmate. haha. even ngn classmate lelaki pun kami jarang bercakap * boleh pun hidup *
lepas tu, masuk pula alam universiti. pada mulanya saya kurang bercakap. tp bila dah semakin aktif, lebih banyak peluang untuk berkomunikasi. atas urusan kerja belajar dsb. bila ade reunion, makan sma2, bbq, jamuan kelas , organise itu ini, everything perlukan komunikasi. tapi batas2 haruslah dijaga sebaik mungkin. sbg perempuan, kalau kita tegas, mereka pun akan hormat kita
dan, bila di tempat biasa yg tak ramai kenalan, saya sedaya upaya jaga pndgn sebaik mungkin. tp, bila di bangunan kulliyyah kemungkinan mereka2 yg kita kenal ramai, so, mana2 kawan2 lelaki yang saya kenal, seprti teman sekelas,x-classmate, or teman se-society, andai jumpe saya tegur lah. "xde kelas ke...?"...."eh lma x nampak. bz ke..?"..."sihat?pe cite skrg..?"...
just create simple conversation sbgai tanda kenal n pernah jadi satu klasmate dlu/ schoolmate dsb.mcm tu lah. itulah saya.
apa2 pun, sebagai seorang wanita,
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Al-Baqarah : 201)
No comments:
Post a Comment