29 May 2011

professional mukmin : training II



saya suka duduk dalam kelompok mereka yang cintakan agama. yang bila duduk bersama, hati-hati ini akan selalu ditarbiyyah. seolah terasa lapang dada, terasa seperti berada di bawah sayap para malaikat. hari semalam, biarkan ia terus berlalu, wink dan, hari ini, bermula dari bangun pagi, saya dah tanamkan azam, saya nak mula berubah. dan saya cuba.saya nak belajar melupakan 'dia'. saya lihat cermin dan terus tersenyum!

hari ni saya berpakaian kemas. saya memilih satu set warna baju yang ceria. seawal 7.30 pg saya dah melangkah keluar bilik. kemas bilik, buka tingkap, selak langsir dan sengaja membiarkan sedikit cahaya masuk tatkala saya tiada di bilik.smile hari ini nak jumpe sahabat2 baru. yang saya belum pernah kenal dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang sma kulliyyah dgn saya. tapi percayalah, di mana2 saje bumi uia ni saya pijak, saya pasti akan bertemu dengan kenalan saya.huhu...teringat seorang teman pernah berkata..."ish....dia ni famous betul la!"

haha.mcm2. hmm..alhamdulillah program professional mukmin : training II td berakhir dengan baik. saya suka. dan saya sangat suka. siapa tak teruja dan tertarik mendengar seorang ustaz berbicara di hadapan yang selama ini penulisan beliau sekdar menjadi bahan bacaan saya, tapi kali ini beliau benar2 memberi kan ilmunya secara live.subhanallah!

setiap bait kata yang keluar dr bibirnya mampu menggetar kan hati saya. yang masih dan sgt2 perlu pada kata2 semangat. beliau ialah dr Pahrol Juoi..dan, sudah tentunya sesiapa yang pernah membaca "nota hati seorang lelaki" atau..majalah solusi akan biasa mendengar nama beliau.

beliau sangat rendah diri orang nya. bersederhana dan sangat tenang. dr gaya penyampaiaannya, beliau sangat berilmu. beliau banyak pengalaman. saya yakin, apa sahaja yang beliau sampaikan, datangnya dari hati. dari pengalaman yang beliau dah kutip sehingga ummurnya mencecah 50 tahun. dan kini beliau berkongsi dengan pelajar2 uia, bagaimana untuk menjadi professional mukmin.

saya rasa bangga menjadi pelajar uia. masyarakat luar memandang tinggi dan meletakkan harapan yang tinggi, sehingga ada perbandingan antara keluaran pelajar universiti biasa dan uia. kerana apa, kerana adanya "Islamic"..memang pada awalnya saya rasa uia biasa pada pandangan saya. bila mendgr cerita2 teman dari university lain. saya rasa uia istimewa. istimewanya uia terletak pada sistem dan sukatan pelajaran nya. memang lah tak semua kelihatan Islamic, sejak uia dibuka untuk semua jenis sekolah dan aliran. tapi pada pandangan saya, ia bukanlah masalah utama dan pengaruh2 yang tak baik dibawa masuk, kerana saya percaya dengan aktifnya persatuan2 agama dan dakwah dalam uia, mereka yang dari sekolah biasa ini kadang2 lebih berpeluang dan lebih terarah kepada agama. mereka mungkin tiada pendedahan dulu, mereka mungkin tidak dibiasakan dulu, tapi bila mula memasuki uia, sahabat2 yang baik sgt penting. dan mereka ini mula berubah.

ustaz kata, kami ni dah dapat pendidikan yang tinggi, dan dah ditarbiyyah dengan baik. sebagai student, kita perlu cerdik dan perlu baik akhlak. itulah kelainan kita. "AKU NAK JADI ORANG YANG ADA KEPAKARAN, DAN TINGGI KEIMANAN!"...ustaz berkata dengan nada yang agak tegas tetapi masih lembut. hati saya tergetar. saya merenung diri sendiri (mampukah aku menjadi seorang arkitek landskap seumpama itu..?) kata ustaz, "jadilah engineer,tetapi biarlah engineer yang tinggi tahap keimanannya, bukan sekadar tahu ttg membina jambatan, kekuatan sesuatu struktur, tetapi mampu menjadi murabbi! faham ttg manusia!faham ttg sifat manusia.mampu berdakwah!" subhanallah..Allahuakbar.


"faham maksud saya..?"
soalan yang ustaz pahrol suka gunakan.saya tersenyum tiap kali mendengarkan nya....tanda saya faham dan mengangguk




bersambung...





2 comments:

  1. jeles! ^___^

    waiting for the next.
    (:

    ReplyDelete
  2. jeles? :P

    heehee...sptutnya ftn yg jeles ngn umy...^_^ umy lebih bnyk pendedahan than me.huhu...

    inshaAllah akan sambung lg..but not tonight cause i'm not feeling well T_T

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.