pertama kali menjejakkan kaki di heathrow airport,terasa mcm blur2 sket.maklumlah sampai sana malam.sama perasaannya macam kali pertama sampai di syria dlu.angin yang sama,sejuk yang sama.cuma di london saya berbekalkan baju yang agak tebal sket berbanding sewaktu berada di syria dlu.
subuh di london sekitar jam 4.15 pagi. waktu siang yang panjang, malam yang pendek.memang seronok berajalan.lepas breakfast sekitar jam 8pagi,baru kami memulakan perjalanan.sambil memandang ke luar tingkap bas, sambil telinga peka dan cuba menangkap setiap bait-bait kata dari mulut miss lisa.slanga bahasa inggeris nya yang agak berbeza, kadang2 sukar nak menangkap.haha
bas yang selesa.pemandu pertama yang sgt sporting. suka ambil gambar untuk kami. orang nya smart, handsome. fikir saya, dia seorang pemandu yang berhemah. london tak seperti di malaysia.setiap penumpang bas harus memakai tali pinggang keledar. kalau tak, polis akan saman 200pound. 1 pound = rm5. hmm..so,agak2 bape bnyk duit melayang?haha.so nak x nak, orang malaysia yang sgt malas pakai tali pinggang mcm saya terpaksa lah pakai. terasa mcm baby yang di letak atas kerusi baby dalam kereta n sukar untuk bergerak. -_-"
mata puas memandang ke seluruh kota london.jakun?aha..tipu la kalau tak terpegun. keindahan kotanya,senibinanya.dan yang paling utama..saya sukakan tempat di mana air menjadi tumpuan utama.sungai.
pagi yang agak sejuk.suasana yang agak berkabus. saya dapat rasakan angin sejuk london. mata menatap jauh ke london bridge. miss lisa kata, bertuah kalau sesiapa dapat tgk london bridge terbuka sewaktu kapal nak lalu di bawahnya...ermm...menarik jugak.bukan setakat jambatan itu saje yg menarik perhatian,even landscape di sekitarnya juga menarik.
big ben dari dekat.
on the way ke buckhingham palace, kami melalui sebuah park.sgt cantik.almaklumlah musim bunga, maka banyak lah bunga2 berwarna warni di taman ni.seekor tupai berjaya menarik perhatian saya dari terus ralit dengan bunga-bunga di taman.
hmm,beginilah suasananya di taman2 di sekitar kota london. orang berkulit putih ni memang suka berjemur. mereka memang suka berbaring dan bersantai di bwah cahaya matahari. kata miss lisa, kalau kulit diorang tan, itu bermakna mereka berharta dan berkulit sihat. sebab mereka ada masa terluang untuk berjemur sepanjang hari. dari sini, saya rasa bersyukur dilahirkan sebagai orang malaysia, yang mempunyai warna kulit yang cantik
setibanya di buckingham palace, kami terkejut melihat begitu ramai orang. menanti bagaikan ada satu perarakan besar di istana.rupa-rupanya, ia satu uapacara betukar guard. pernah tgk kan guard yang duduk di atas kuda?sambil orang ramai bergilir-gilir untuk bergambar di hadapan mereka?haha..yang tu lah.sungguh tak sangka,bertukar guard pun ade etikanya.
next.kita akan ke little venice pula
awk :).. sy suka gmbr terakhir awk kt post ne :).. bleh x sy share ;)? like it!!!
ReplyDelete