22 November 2011

kawan.




kawan,
adakalanya tempat kita gelak bersama
kongsi suka
kongsi duka.

kawan,
adakalanya tempat...
kita berkongsi rahsia
kongsi masalah
kongsi rasa hati

kawan,
adakalanya memberi peringatan pada kita
di kala kita alpa
di kala kita lupa

kawan,
adakalanya hadir di kala kita senang
juga di kala susah..

kawan,
adakalanya sanggup bergadai nyawa
sanggup bergadai harta
apa sahaja

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)




tapi
..
jadilah kawan,
yang apabila kita memandangnya
yang apabila kita dipandang
membuatkan kita sama
ingat Allah.



"Kawan pendamping yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya..."



:95::21::94::22::96::133::67:

"Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya."



ibu kata, kawan yang baik itu rezeki.wink
wallahualam.
till next time,insha-Allah!


tutti-frutti
celebrate
end of presentation.

gombak.









No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.