19 November 2011

'langkah' ayah.


Andai ayah masih ada saat ini, waktu.. dan ketika ini, satu yang ingin ku tanya pada ayah, bagaimana usrah itu berlangsung? jemaah apa yang ayah ikuti dulu?

Saya lihat susunan kitab-kitab lama ayah. Tak tersentuh. habuk menebal. di rak lama yang tersusun kemas buku-buku lama tinggalan ayah. antaranya, ada kitab lama ttg fiqh wanita yang tertulis di dalam nya hadiah ayah buat ibu. smile susunannya masih sama. sejak ayah pergi dulu.

ingin sekali aku bertanya pada ayah, apakah sama kitab-kitab yang kita rujuk?

ayah 'pergi' terlalu awal. tanpa pernah ku tahu. tanpa pernah ku kenal. tanpa pernah ku cinta. apa itu usrah. aku dihantar ke sekolah agama. tanpa ku rela. tidak sperti adik beradikku yang lain. yang cuma, sekolah harian biasa di kelas khas.

di sini, aku dibentuk, dididik, ditarbiyyah. tapi. masih... aku samar-samar tentang apa itu usrah.

sekadar tarbiyyah?

hari ini, aku berjaya menghadirkan diri ke daurah. walau hanya sekerat hari. tapi, hari ini, aku mula kenal, belajar dan memahami bahawa usrah itu berperingkat, dan bukan terhenti setakat ini.

jika dulu.usrah adalah sekadar tempat untuk aku recharge iman, melepaskan lelah dengan urusannya dunia, berkongsi dan sekadar menambah ilmu tentang agama. tapi, rupanya, ia lebih luas dari itu. kita semua adalah daie. di sini, aku diajar, dididik, dibentuk supaya boleh berdakwah. dan skop dakwah itu sesungguhnya amatlah luas. kata ustaz, yang baru pulang dari UK menghabiskan master dalam finance, mantap hadith dan hafalan al-Qur'annya, kita lakukan ini bukan demi jemaah, tapi kerana Islam,Allah.

harus abroad. meluas.


satu masa dulu, ibu pernah beritahu pada ku, ayah pernah mengIslamkan anak muridnya. lalu menyembunyi di rumah kami kerana takut pada keluarga nya sewaktu kami menetap di sabah. ayah juga pernah membuka sekolah untuk anak-anak belajar agama.

adakah...

kekuatan ayah itu lahirnya dari kehidupan berjemaah? setahu aku, ayah berpendidikan orang putih. bukan basic agama. ayah further study di kota perancis, yang cukup terkenal dengan seks bebasnya. tapi, dr mana ayah mendapat tarbiyyah seumpama itu?

lalu, aku terfikir, aku ingin mengikut 'langkah ayah' . mungkin, aku sebenarnya belum cukup mengenali ayah. terlalu banyak kisah ayah yang perlu aku kagumi dan contohi. ayah adalah seorang murabbi yang hebat! kerana ayah 'mencari'. dan, bukan menunggu.

sebagai pengganti ayah, aku ingin mencari pasangan hidup yang juga menjalani kehidupan berusrah.suatu hari nanti...pasti.wink insha-Allah

"someday i will find my prince, but my dad will always be my King!"

semoga langkah-langkah ku menjejak langkah ayah diberkati dan dipermudahkan Allah s.w.t. doakan.:60:




wallahualam.


10 comments:

  1. semoga bertemu psgn yg juga berusrah..=D

    ReplyDelete
  2. hehe. ihshaAllah ada akh untukmu kak!


    tarbiyah adalah segala-galanya.

    di medan usrah kit repair mana kurangnya.

    di ruangan daurah kita bincangkan topiknya.

    err.

    semoga Allah memperutuh pengangan kita kepadaNya.
    bila yang kita harap dan beri untukNya.

    ;')

    ReplyDelete
  3. ameenah! hehe
    inshaAllah.ameen3!!

    terima kasih kawan lama.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.