28 November 2011

ujian hati 2.0


“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha melihat.” (Al-Furqan: 20)




sukar kan nak hasilkan satu keputusan yang melibatkan masa depan? bukan mudah nak menafsir hati budi seseorang. di sebalik kebaikan itu, aku bimbang, ada maksud tersirat di penghujungnya. aku. masih aku. tetap teguh menunggu. jawapan yang ku pasti apa pun ia, adalah yang terbaik buat ku.

namun, dalam liku-liku menunggu sebuah jawapan, ujian hati melanda lagi. saat ini, aku menjadi lemah. keliru. dan sejujurnya, aku masih mengharap. menunggu. dalam usia sebegini, aku masih tak pandai mencorak masa depan ku. aku masih keliru.

mungkin, aku takut untuk buat keputusan ku sendiri. aku. takut untuk berhadapan dengan situasi yang melibatkan hati. apa pun ia, dari mana pun hadirnya, perasaan ku tetap sama. aku seperti pokok yang ditiup angin, cuba sedaya upaya untuk tak rebah dipukul angin. sekadar menahan dan terus menahan dengan ujian.

ya. pernah satu ketika aku berani. tapi, itu cuma sekali . entah aura apa yang membuat kan aku jadi seperti itu. mungkin kerana ikut kata hati. lantas, berani itu, seperti debu yang berterbangan.

mereka, teman-teman ku. beritahukan aku, apa yang harus aku lakukan? kalau menunggu terlalu lama, buat saja keputusannya. istikharah lah. buat pilihan betul-betul. redface dan. bila susah nak buat keputusan. aku. biarkannya tergantung. kemudian, meneruskan perjalanan kehidupan ku seperti biasa sebagai seorang pelajar.

sehingga, episod ujian hati 2.0 ini berakhir. dan aku. akan kembali normal.mungkin, ramai orang boleh melepasi ujian berbentuk fizikal, namun sejatinya ujian yang lebih berat adalah ujian dan godaan ‘hati’.



"people cry not because they're weak,it's because they've been strong for too long"

3 comments:

  1. sabar...ade insan lbih hebat ujiannya dr awk...:)
    kalau boleh, istikharah la..
    insyaAllah...

    mgkin ade org yg lbih baik Allah dh tkdirkn untuk awk..
    tp mmg btul,kdg2 kenyataan mcm tu mmg sukar untuk kite trime..
    sbb awk dh btahan untuk msa yg lma..
    apa2 pn, mohon yg terbaik ya?
    BIG girls dun cry^-^

    ReplyDelete
  2. http://pemaniskata.blogspot.com/2011/11/mana-satu-pilihan-hati-orang-yang.html#axzz1exSWaXQl

    :)

    ReplyDelete
  3. betul. bila ujian menimpa diri kita, terasa kita lah yang paling diuji!inshaAllah :) i won't cry for a 'small ujian'.

    thanks :) & anonymous.
    a very inspiring writing about pilihan hati.
    tq.

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.