
rukun berjemaah
suka saya kongsikan satu perkara yang ustaz terangkan kepada kami tentang "duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol". ustaz membuat perbandingan dengan struktur bangunan.
"ingat lagi tak saya kata ilmu seperti apa?"...."seperti air"
"okey,dalam bangunan ni..apa yang mengukuhkan strukturnya?"..."batu bata"
"tapi apa yang ada pada lapisan terluar..? cat kan?"
"kita nampak tak bata di dalam?"..."tak"
"apa yang mencantumkan semua bata?simen kan? dan apa yang berperanan?tentulah air..kan?"
"tapi..kita nampak tak air?"...."tak"
"dan...sifat air itu lembut kan?"
"begitu juga badan kita...siapa yang bekerja paling banyak?"..."jantung.."
"tapi ada jantung kita keluar..?"
"apa akan jadi kalau jantung kita keluar?...apa akan jadi kalau bata2 ini semua keluar?"
ustaz membuatkan semua berfikir. sungguh perumpamaan ustaz sungguh mendalam. lihat ye, jantung kita plg kuat bekerja, tapi ada kita nampak dia dari luar?dan simen yang mencantumkan semua menjadi sebuah bangunan, ada kita nampak dia keluar?
begitu jugalah manusia. bila kita bekerja, duduk dalam posisi kita dan berperanan lah dengan baik. sebaik baiknya! tanpa perlu menonjol. kerana apa? "GOD SEE". ok, ade satu kisah ttg ini, anda semua pasti kenal michaelangelo. seorang pelukis terkenal sebuah gereja di zaman rome. sepanjang beberapa tahun dia menghabiskan masanya untuk membuat sebuah lukisan di atas syiling bangunan. lukisan nya terlalu detail, sehingga dia perlu mendongak memandang ke atas hampir setiap hari.sampai satu masa, matanya menjadi kabur. itulah dia, berkorban demi agamanya.
dan tercatat dalam sebuah buku, ramai orang yang mempertikaikan, "kenapa beliau melukis sehingga terlalu detail! padahal orang di bawah bukan boleh melihat sehingga ke lukisan yang terlalu terperinci dan kecil..." .."lalu apa jawapan beliau....?" ,ustaz bertanya. kami semua diam. kata ustaz.." michaelangelo menjawab...."GOD SEE!"..." begitulah seharusnya kita, bekerja, menjadi pemimpin, bukan demi mengejar nama dan kemasyhuran tetapi kerana Allah,agama,rakyat,masyarakat.
"jangan bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita tidak berharga....faham maksud saya?"
rukun berjemaah:
1. rela & terbuka menghadapi perbezaan,perbezaan ini fitrah
(berbeza pandangan tak salah, tetapi 'sikap' kita dalam berbeza pandangan itu yang salah)
2.duduk di posisi masing-masing dan berperanan dengan baik tanpa menonjol
3.jangan ada takbur yang merendah kan diri orang lain
(nabi tak pernah menggunakan panggilan 'pengikut' untuk orang bawahannya, tetapi nabi menggunakan perkataan 'sahabat'....cuba fikirkan,indah bukan?)
4.mesti lembut hati
(dalam bangunan ada satu benda yang kita x nampak, yang menyatukan semua,iaitu air...dan sifat air itu lembut)
5.manfaatkan persamaan, uruskan perbezaan
6.God-centered
(tawhidic-mencari keredhaan Allah.sebagai contoh kalau bergaduh,takkan lebih dr 3 hari dan mudah berdamai.tetapi kalau bekerja kerana harta dan pangkat, bergaduh selama2 nya pun tak ambil kesah)-berkaitan dengan 'ego'. sebab apa ego? sebab dia rasa dia yang paling besar -> siapa lebih besar? -> ALLAH SWT <- leburkan ego dengan Tawhid
mata adalah jendela bagi hati
zaman dahulu sewaktu rasulullah menyampaikan sesuatu di hadapan, orang akan berkata "aku rasa rasulullah pandang aku paling banyak tadi"....masing2 berasa begitu. kerana apa? kerana rasulullah sewaktu baginda berbicara baginda akan memandang ke setiap wajah pendengarnya satu per satu. lantas mereka merasakan rasulullah memandang mereka paling banyak!
kata ustaz lagi, "mata adalah jendela bagi hati". dan eye contact sgt penting dalam berkomunikasi. ada 3 unsur komunikasi, word, intonasi, dan body languange. "berapa percent untuk setiap satu?"....masing2 menjawab dengan percentage yang berbeza2. lalu jawab ustaz, dalam sebuah buku yang ustaz baca,(saya tak ingat buku apa,tetapi seorang penulis barat)..katanya, word hanya memainkan peranan 7%, intonasi 30% dan body language 63%. kata ustaz, kita boleh belajar tapi kalau kita ikhlas Allah akan tolong kita. maknanya semua orang boleh belajar cara berkomunikasi dengan baik, tetapi andai ucapan kita ikhlas, Allah pasti bantu kita untuk berikan yg terbaik dalam pengucapan kita sebagai pemimpin.
kepimpinan adalah influence. "good influence". Rasulullah adalah seorang yang dipercayai. "dipercayai lebih bahagia daripada dicintai"."walk your talk"."manusia lebih percaya dengan mata berbanding telinga. "kita boleh menyayangi tanpa memimpin,tetapi kita tak boleh memimpin tanpa menyayangi"..."boleh faham maksud saya?"
zaman sekarang,
R(rules)+R(regulation)-R(relationship)=R(rebellion)
kepimpinan Rasulullah,
komunikasi(dakwah/ziarah) -> pengiktirafan -> pengaruh (5R)[right/relationship/result(mendatangkan hasil kepimpinan)/reproduction(pemimpin yang melahrkan pemimpin)/respect]
"sifat guru yang baik sentiasa mahukan anak muridnya berjaya daripadanya"
bersambung...
bestnye ustaz nadia!ayat dia mendalam kot..buat terfikir sejenak..btw professional training ni subjek belajar ke?
ReplyDeleteustaz dr pahrol mohd juoi yang sampaikan.trainer untuk program ni anjuran student ilmu wahyu kat uia..saje join isi masa lapang :) dia bukan subjek tp satu program yang berperingkat.kulliyah ni ade misi dan visi diorang...:) saje bercampur dgn budak kulliyyah lain,cr kenalan baru and ilmu baru!
ReplyDeletekak nadia.. program ni selalu ada tak?kalau nak join macam mane ye?
ReplyDeletedie ada tiga kali training je.akak baru taw bila ade training yg kedua ni...mungkin ade training yg ke3 long sem nt.ape2 akak akan update k?biasanye just message je nama committe yg kat poster tu.
ReplyDeleteokie, tq kak nadia =)
ReplyDelete