04 February 2011

kerana 'sayang'




".....bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”






tersentuh hati saat membaca.itulah bait-bait kata yang dipetik dari blog ummu husna.razz saya sering mengikiuti hasil penulisannya."mencari dan terus mencari CINTA ILAHI"..indah bukan,andai itu matlamat hidup?maka lorong2 yang disediakan untuk kita jalani tiap2 hari pasti berlandaskan iman.

...........

sungguh.terkadang sesuatu yang tak baik itu sangat suka kita lakukan.adakalanya kita dah cukup tahu,dah cukup faham.ini salah,ini betul.tapi,mengapa kita masih melakukannya?saya bukan terlalu sempurna untuk membicarakan ttg ini.cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman yang mungkin juga pernah di lalui teman2 di luar sana.

mungkin...kita rasakan.."oh yang ini x ape..masih menutup aurat"...secara tak langsung kita upload gambar2 kita ,walaupun kita rasakan gambar kita sudah tertutup dengan sempurna (jika nak dibandingkan dengan orang2 lain)...tp tak pernahkah terdetik dalam hati kita,perasaan malu andai ditatap?

alhamdulillah..kehadiran teman-teman yang sering mengingatkan.yang tak pernah jemu memberi nasihat dan teguran.secara jujurnya,terdetik rasa bersalah dalam hati.saya tahu,nak menegur bukan sesuatu yang mudah.perlu berhikmah.perlu benar2 memahami siapa teman yang bakal kita beri teguran.mungkin memakan masa.dan dalam pada itu akan sentiasa timbulnya gundah dan gelisah dalam hati selagi mana teguran itu belum disampaikan.

secara jujurnya,sepanjang hidup ini,saya sentiasa dapat rasakan kasih sayang yang tulus dr teman-teman.tidak kira lah sebaya,lebih tua bahkan lebih muda.ada saje di antara mereka yang memberi nasihat dan teguran andai diri alpa dan leka dalam bergelumang dengan dosa.astaghfirullah.adakalanya,kita mudah sangat terpengaruh dengan persekitaran.itu memang benar.dan,terkadang saya dapat rasakan yang itu.

bila cuba mendekatkan diri dengan masjid,program2 agama andai ada masa terluang dan bila difikir semula.hati menjadi tenang bila mana kita duduk bersama mereka.secara tak langsung,kita dapat mengukur sejauh mana 'tahap' kita dengan mereka.dari segi ilmu,akhlak,pemakaian,tutur kata,adab dsb. selepas itu,kita cuba muhasabah diri semula dan mula memperbaiki diri hari demi hari.

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mau bertaubat.”
(H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

semua orang inginkan syurga.betul x?winkjadi,bila kita dah tahu kebenarannya,cuba lah kita perbaiki diri.ini pesanan dan peringatan buat diri sendiri juga.andai saya terlupa wahai teman-teman sekalian,ingatkanlah.kita manusia,x pernah lari dr kesilapan,dr melakukan dosa-dosa sma ada sedar mahupun tidak.

belajar lah dari kesalahan masa lalu.ambil iktibar dari keslahan itu.mungkin juga bila kita pernah melakukan sesuatu kesalahan,kita lebih menghayati dan memahami...mengapa dan kenapa sesuatu itu diharamkan.wallahu'alam

bila kita sayang dan kasihkan seseorang, kita akan tergerak untuk menasihatinya andai mereka melakukan kesilapan.kerana sudah tentunya kita inginkan yang terbaik untuk mereka.maka kasihilah dan tanamkan rasa sayang terhadap orang di sekeliling kita.sayang kerana Allah.bukan 'sayang' dalam erti kata,kita bimbang nak tegur,takut hatinya terguris,kita tak sampai hati nak mengizinkan sesuatu,bimbang keinginannya tak tercapai...dan..kita tak kesampaian nak kejut orang yang kita sayang,bimbang lenanya terganggu....wallahu'alam




“ Ya Allah berilah aku petunjuk-Mu kepada akhlak yang mulia yang tidak ada seorang pun yang akan memberi petunjuk kepada akhlak yang mulia tersebut selain Engkau, dan palingkanlah dariku akhlak yang buruk, tidak ada seorang pun yang dapat memalingkannya dariku selain Engkau “

(Diriwayatkan oleh Muslim didlaam Kitab Shalat al-Musafirin wa Qashruha, bab. Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan du’auhu bil-lail).


No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.