Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

21 May 2012

cuisine






voila! huh. quite a long time jugak tak update psal masak-memasak ni kan? takde resipi yang nak di share atau... something new. sebab bnyk habis kan masa di uia. study punye psal.. and... eventhough exam quite soooon! sempat lagi balik rumah. nak dapat....em,restu and 'aura' dari ibu and baby...hehe. plus, nak upgrade skill memasak jugak. dah lama tak masuk dapur... berseorangan dan memikir idea kreatif untuk menambah kesedapan masakan... ngeh3.hm. 

quick-update di dapur
till next-time!
inshaAllah

chef nadia


19 January 2012

suka


"kakak,ibu ada belikan susu...ibu taw kakak suka minum susu kan?"
"hehe.terima kasih ibu.."


"fatin,kita ni...kita dah ada kat bawah.."
"aqlely dah sampai..? sekejap yea fatin turun skrg.."

"nih..kita bawakkan fatin cornflakes,kita taw fatin suka makan ni kan?"
"eehh...haaa!mana taw? huhu.terima kasih!"


"fatin! aku ada bawakkan makanan fav ko...meh la dtg bilik aku.."
"sekrang? okey..okey..kejap..kejap!"


"nih...cik intan bagi coklat...dalam peti sejuk tu.banyak..."
"woaahh..bu banyak nya?"

"dia baru balik dr london...itu kan coklat2 yang kakak suka?"
"yehehe..."


...

"fatin,kalau kau jadi lelaki kan?.."
"aha.."

"erm.prempuan mcm mana yang ko cari or..suka la?"
"aku?"

"aah.."
"hmmm...mungkin aku suka perempuan yg nampak simple,tp sebenarnya dia tough,pandai,matang,aktif....macam...sekali pandang...ada terlalu banyak benda yang aku nak tahu tentang orang tu..."

"oohh.."

...

"saya tahu awak suka melukis...knape...awak tak jual je drawing2 awak?"
"erm..sebab...drawing yang pertama tu la yang paling bernilai bagi saya..hehe"


"fatin,fatin suka maen watercolor kan?"
"aah.."

"boleh ajar kan?"
"inshaAllah"


percaya tak? banyak perkara yang kita suka tapi kita tak sedar, sampailah sampai satu masa orang lain sedar apa yang kita suka, dan kita mula menghargai. kadang-kadang barulah kita sedar akan minat, kesukaan dan kecenderungan kita di mana.

bila dihargai . dipuji.. itu bermakna ada sesuatu tentang diri kita yang kita perlu belajar menghargai kerana tak semua orang miliki apa yang kita miliki, dan kita mungkin tak punyai apa yang mereka ada.

saya cuba, untuk manfaatkan apa yang ada pada diri.
saya akan cuba hargai mereka yang tahu makanan kegemaran saya.
saya akan cuba kasihi mereka yang kasihi saya.
saya akan cuba berkawan dengan mereka yang ingin mengenali saya.
saya akan cuba.
dan cuba
sedaya mampu saya.

saya cuba.
inshaAllah !


11 November 2011

naga




mid break ni, keje nye makan je. mrgreen hihi. ibu kata, kat rumah ni la nak mkn puas2. n ika pulak post kat fb, "kak fatin!!balik ni kne joging every evening!! ika dah mok...." haha. know what it means? lalalala....:face42: agak2 nak terasa tak? a.ah(geleng kepala)

haha. ape2 pun, amalkan makanan yang sihat dan seimbang.
mulakan dengan bismillah, dan akhirinya dengan alhamdulillah.

wallahualam
till next time inshaAllah!wink


10 November 2011

telur separa bungkus mid break

cuti mid break.(sedang berlangsung sekarang)
berbaki : 3 hari lagee

haha! sebab apa namanya telur separa bungkus? sebab 'baju' nye sendat sgt. so isi die "mcm" tak muat kat dalam tu...razz bila cuti2 mcm ni, tugas memasak tghari adalah tugas saya. dan selalu nya kakak ipar akan masak satu lauk sebelum kakak pegi keje. terbaek!wink

hm,kalau rajen kol 11 dah ready2. klu mls, agak2 ibu nak blik keje, baru melangkah ke dapur.haha.

anak dara la sangat.

part yang paling mencabar, bila kne fikir "hari ni nak masak apa?". ibu hanya kata, ada ikan sekian..sekian..dalam peti sejuk...ada...itu...ini...then, fikr sendiri lah kdg2 tu nk masak apa. aik. macm master chef lah pulak. dreaming!


bila hari2 nk kne fikir, nk masak apa? terlintas kat kepala,erm..selalu kat hostel order apa yea? ha! dpt idea dr situ. dlu saya suka order telur bungkus. tp bila nak jimat2 duit. saya makan nasi "kosong" je lah. xde side menu. so, bila dah lma teringin, keluar lah idea nak masak telur bungkus.ni menu ketiga for lunch. so bedal je lah, apa2 bhn mentah yg ada kat dapur, kita modified sket2..asal sma color, sma rasa...jalan!

haa..daging korban ada lagi.chanteeeeeeeeeeeek!

ahahahah..ah..ah

dan terhasil lah telur separa bungkus mid break!
sedap x sedap, kita sambung cerita esok ye.mrgreen


yang penting ibu kata, sebelum buat apa2 mulakan dengan bismillah dan selawat inshaAllah berkaaaaat!:57:


wallahualam
till next time,inshaAllah!


err..sebarang tempahan boleh terus hubungi....question

08 December 2010

Hati yang baik,datangnya dari makanan yang baik


Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang sangat nyata bagi kamu. (al-Baqarah : 168).


“abang…sedapnya jam strawberry ni…adik nak bleh?”

“nak ke?amek lah…”

Tanpa ragu2,saya terus capai botol jam strawberry.masukkannya ke dalam troli.hanya tinggal satu.

“buat dr mana tu..?”

“ntah la…dr arab..”

“ada halal x tu..?”

“hm…?erm..x..”

Dalam hati,di perbuat dr Negara arab..err..x halal ke?atau sekadar tak ada logo halal?disebabkan ragu-ragu,saya batalkan niat untuk beli.

“xpe lah..nt kita cari yang lain..”,pujuk abang

****

“ammar!...is this yours..?”

Mulut saya sekadar tergerak menunjukkan isyarat.hanya suara halus kedengaran.ammar berdiri agak jauh di depan kaunter.saya sedang alihkan barang satu per satu di atas kaunter bayaran.terlihat satu pek biskut.bungkusannya tak seperti biskut yang biasa dibeli.

“aah…knape kak?”

“xde tanda halal lah dik…kita change?”

“o..owh..orait2..”

Nasib ammar mudah faham.bimbang die merajuk x dpat apa yang dia mahukan.alhamdulillah.masing-masing dah faham dan jelas dengan betapa penting nya halal pada makanan.

Bukan sekadar makanan je yang kita harus ambil berat.abang saya dah latih saya untuk memilih barangan keperluan asas seperti barangan mandian,pencuci muka dan sebagainya yang mempunyai tanda halal.pada mulanya,teguran abang terasa agak ‘leceh’..ini x boleh,itu tak boleh.tapi,kita kene faham,lambakan barangan buatan yang ntah dari mana,syarikat yang mementingkan pemilihan ramuan nya yang halal atau tidak..semuanya harus dititik beratkan.

Makanan bila dah masuk dalam badan akan jadi darah daging kita.jika baik makanan itu maka baiklah keseluruhan isinya.makanan yang halal juga ada kaitannya dengan perangai dan tingkah laku manusia.

"Faktor lain yang menjurus kepada aspek penting dalam mengambil makanan yang halal juga bersangkut-paut dengan pembentukan kesempurnaan iman. Iman amat berkait rapat dengan hati atau jiwa. Sekiranya sesuap makanan itu tidak halal ia memberi kesan langsung terhadap peningkatan iman dan takwa seseorang itu kepada Allah. Jika hatinya dicemari dengan unsur-unsur yang boleh melemahkan keimanan dan keyakinan yang menjadi dasar kehidupan umat Islam"
[dipetik dari sini]


Skrg semuanya tak jadi masalah.sebelum sesuatu produk itu dibeli,saya selalu membelek label halal.membaca ramuan yang ada gelatin haiwan mahupun tidak.dan lebih elok kita beli sesuatu barangan yang dikeluarkan oleh syarikat muslim yang benar2 kita yakini.usul periksa dahulu sesuatu barang itu jika kita ingin membelinya.

Sekadar peringatan dan pesanan.




apple pie




bismillah

alhamdulillah,sisa-sisa cuti yang berbaki ni,sempat lagi mencuba satu resepi..'apple pie'...hmm..rasanya dah lama tak post resepi dalam blog ni.so,hari ini..sementara tgh rajin nak berkongsi resepi,saya upload kan gambar proses membuat pie. :) enjoy!





1.mula-mula,adunkan tepung gandum dalam setengah kilo,bersama mentega + air sedikit kemudian uli nya sampai jadi doh.then,ratakan letakkan kiub-kiub lemak pastry atas nya.kemudian kita perlu uli lagi.

2.then,lipat adunan sambil ratakan,ikut arah jam...buat banyak kali sekurang2nya 3/4 kali.sampai lemak pastry td sebati dengan doh tepung td.

3.hasilnya,kita akan nampak adunan tadi jadi mcm ni..ade layer die..so,nt bila bakar,pie ni akan jadi banyak layer...sebaik-baik nya biarkan adunan dalam peti sejuk seberapa lama yang boleh..

4.ratakan nya dalam bekas yang sesuai untuk dibakar .dengan menggunakan sudu garfu cucuk kan lapisan bawah pie ni.then,boleh teruskan masukkan isinya.lapisan buah epal fresh ataupun boleh dpt kan di mana-mana kedai kek.bancuh dalam 3 sudu air gula,x terlalu cair...tuangkan ke atas hirirsan-hirisan epal itu td.

5.untuk lapisan atas..terpulanglah nak letak atau tak..atau..nak hias ikut citarasa sendiri.:)then,ntuk menarik lagi..sapukan kuning telur di atasnya.

6.voila!sebelum bakar jadi mcm ni.bakar selama lebih kurang 30 minit.gne api bawah dlu,then bakar sekali lagi..gne apai atas pulak.selamat mencuba!!

7.alhamdulillah,ini hasilnya

08 September 2010

lebih terjamin!



berbuka di rumah,kebersihan dan kehalalannya lebih terjamin!



dah lama saya tak berkongsi resipi kat blog kan?hehemrgreen...actually masa balik hari tu mcm2 yang saya dah cuba.tapi kdg2 ada juga yg juadah 'tunjuk'.huhu..mcm ketupat palas,my favourite.hari tu sempat pulang ke kampung,negeri sembilan.berkesempatan bergotong royong membersihkan pusara ayah..kat kampung mcm biasa nenek akan buat kuih karipap n buah melaka..mudah je nak buatnya.cumanya selera orang negeri 9 ni lain sedikit.agak pedas sedikit..tp layan je,lepas tu teguk la air banyak2...hehe

bezanya raya tahun ni,kami sekeluarga x sempat nak buat kuih rayaneutral dan selalunya kuih favourite ibu dan arwah ayah ialah tat nenas...kami pernah buat bisnes kecil-kecilan atas permintaan beberapa orang teman ibu dan ayah.jam nenasnya kami buat sendiri,mudah je parut beberapa biji nenas dan tambah gula + sedikit air.tanpa bahan pengawet.kacau2 kat atas dapur,sampai die menggelegak mcm gunung berapi.serius kalau terkena tgn bleh melecur.huhu..pengalaman...dan adunan tat tu mcm tat biasa.tepung gandum,mentega,telur n gula pasir dan uli sampai sebati..



ehm..saya tak tahu nak kongsikan resipi yang mana satu...ilham menulis tentang tat nenas ini dtg dengan sendirinya.sungguh mengingatkan memori saya buat kuih bersama ayah dulu..mcm mana susahnya nak dapatkan duit,bertungkus lumus dan bersusah payah...apa yang penting,bila sesuatu masakan tu kita yang buat sendiri di rumah...kebersihan dan kehalalannya lebih terjamin...inshaAllah..wink

01 July 2009

cempedak ku...


Nak taw..hari tu,mengidam sgt nak mkn buah cempedak atau cempedak goreng.wlupun skrg musim durian,tp,tetap teringin nk mkn cempedak.nak dijadikan cerita,satu hari ibu beli la buah cempedak.baru2 ni je..hmm..mahal jugak sekilo.lg mhl dr durian..then,ptg2 tu aku pn goreng la cempedak nih..mlgnya isi buah nya x lah bnyk sgt.x pelah,asal ada.syukur2..hehe..selesai menggoreng…tibe2… ”ting,tong!!” ..loceng rumah berbunyi…cik intan dtg..

Ok,so agak2 nya apa yg terjadi ngn cempedak yg baru ku goreng..?haha..dh jadi hidgn tetamu.ok,yg tu xpe lagi…then ibu hidg pulak ntuk anak murid ibu yg baru selesai belajar..dan…bile cik intan nak balik,ibu bungkus kan lagi cempedak goreng tu ntuk anak2 dia kat rumah….sambil2 menggoreng aku diam x terkata..bile semua tetamu dh balik…akhirnya aku berbicara dgn ibu..

“ibu…sebenanrnya buah cempedak tu isinya x bnyk…”:woooh:

******

Haha…x pelah.ibu memuliakan tetamu.lgpn cik intan tu pemurah orgnya..dan cempedak ni klu di goreng berbau satu rumah!hahaha...so,berkongsi lah kami adik beradik dgn hidgn yg tinggal…lepas gian mkn cempedak goreng,jadi laah~…ngahaha…



26 April 2009

::pudding caramel::


hm..hr ahad hr tu ktrg sambut hari jadi sprti yg telah dijanjikan ntuk adikku muhammad ammar.buat jamuan makan2 sket.ajak teman2 rapat ammar.hmm hampir 20 lebih jgk org yg dtg.haha.seronok je die.kite pulak seronok tgk bdk2 kecik ni mkn.n layan mereka.loyar buruk belaka.haha.si ammar pg tu ade training bola.si abg,wafiy pulak ade koko.so,ibu n kakak la yg bertungkus lumus di dapur.wlupon majlis mula 5.30pm,tp kami prepare awal supaya boleh berehat lebih awal.hehe.tempah kek,muffin,mknn2 ringan sket yg xde msg.n bnde2 lain kami msk sendiri.antara menu sampingan nye ialah pudding caramel.

senang je rupenye nk buat pudding caramel.bile2 masa free boleh buat.30 min boleh siap.hehe
ok,mule2 kite masukkan 5 biji telur,satu tin susu + air (sama kuantiti dgn susu pekat manis td),n tepung jagung.kemudian kisar je die sampai sebati.sekjap je,jgn sampai terlalu berbuih.then,dlm satu bekas,panskan 2 sudu gula pasir.tp jgn sampi hangus.agak2 dh perang,pdm kn api.bile gule td dh mengeras,tuangkan adunan td.pastu kukus selama lebih kurg 20 min.then,nk nmpk lg menarik,terbalikkan pudding td lepas siap dikukus,voila!boleh hidang n sedia dimakan.selamat mencuba.wink

03 April 2009

nadia's pizza.....

seperti biasa..ni lah kerja ku kat rumah..dah janji ngn ibu,nak buat pizza.actually,smlm dh buat 1..tp...mcm x cukup...haha.maybe sbb buat tym sume org tgh lapar...n hr ni buat lg.berbekalkan bhn2 yg ade kat rumah,peti sejuk ku selongkar sekali lg....ngahahapika21 kite tengok ape yg ade..n sori lg skali,sbb kamera dh xde,so gmbar kurg jelas sbb gne hp jer~ pika17 ok,kire2 sume bhn dh 'cukup'...so,first skali aku akn ajr buat roti die dlu.

arrow ok,first skali,korg gaulkan yis dgn air,then + susu pekat manis.agak2 yis dh larut,tuang tepung gandum+garam secubit+minyak masak satu sudu.then,korg uli2 tepung tu,sampaila jadi 1 doh~

arrowok,sekarg,doh dah siap.biarkan tepung tu naik.tp jgn lma sgt.smpi 1 thp die akn kecut semula.then kite buat isi pizza ni plak.

arrowcara die snang je..mula2 tumis bwng merah 1 biji,n bwg putih beberapa ulas...ske hati korg lah.hehe.bile bau dh naik...then,tuangkan sardin...ntuk satu hdgn pizza,setengah tin sardin pn dh ckup kot.

arrowsementara tu,korg potong daun origano halus2..x yah halus sgt pn x pe...lebih kurg dlm 5-6 helai daun..(tanam sendiri daun origano kat belakang umah je)n potong cendawan butang...boleh beli yg dh siap dipotong dlm tin.then,masukkan daun origano td..agak2 sardeen tu dh sebati ngn bwg yg ditumis td,korg masukkan cendawan td...n nak sedap lg..bleh + sos cili life...

arrowok skrg,inti pizza dh siap..so,doh td mgkin dh jd 'tembam' haha...then,ulikan die jd rata ntuk tapak pizza nih.after dat,cucuk2 kat tpk pizza ni gne sudu garfu...(sbb ape?dh lupe..kne tny ibu blik)...then,sma ada gne tomato puri atau sos cili,korg ratakan ats roti pizza itu td.then letak inti die.nk sedap,letak tomato and capsicum at the top.selain menambahkan nilai aesthetic dlm masakan.ia menjadikan makann anda lebih berkhasiat!...

arrowlast skali,mesti sume org dh taw,cheese bnde yg plg penting dlm masakan pizza.so,taburkan je cheese.hurm,td aku gne parmesan cheese...ade lg sket dlm peti ais..haha..tp,klu xde,org besenye akan gantikan dgn mayonis...hurm..sedap jgk...pika26so...

selamat mencuba!
(oh ye,jgn lupe bkr dlm oven selama lebih kurg 30 min)

nak nikmat lagi..buatlah jus strawberi..huhu....n mkn bersama pizza yg baru dimasak td!selamat menjamu selera....wink




maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.