19 January 2012

suka


"kakak,ibu ada belikan susu...ibu taw kakak suka minum susu kan?"
"hehe.terima kasih ibu.."


"fatin,kita ni...kita dah ada kat bawah.."
"aqlely dah sampai..? sekejap yea fatin turun skrg.."

"nih..kita bawakkan fatin cornflakes,kita taw fatin suka makan ni kan?"
"eehh...haaa!mana taw? huhu.terima kasih!"


"fatin! aku ada bawakkan makanan fav ko...meh la dtg bilik aku.."
"sekrang? okey..okey..kejap..kejap!"


"nih...cik intan bagi coklat...dalam peti sejuk tu.banyak..."
"woaahh..bu banyak nya?"

"dia baru balik dr london...itu kan coklat2 yang kakak suka?"
"yehehe..."


...

"fatin,kalau kau jadi lelaki kan?.."
"aha.."

"erm.prempuan mcm mana yang ko cari or..suka la?"
"aku?"

"aah.."
"hmmm...mungkin aku suka perempuan yg nampak simple,tp sebenarnya dia tough,pandai,matang,aktif....macam...sekali pandang...ada terlalu banyak benda yang aku nak tahu tentang orang tu..."

"oohh.."

...

"saya tahu awak suka melukis...knape...awak tak jual je drawing2 awak?"
"erm..sebab...drawing yang pertama tu la yang paling bernilai bagi saya..hehe"


"fatin,fatin suka maen watercolor kan?"
"aah.."

"boleh ajar kan?"
"inshaAllah"


percaya tak? banyak perkara yang kita suka tapi kita tak sedar, sampailah sampai satu masa orang lain sedar apa yang kita suka, dan kita mula menghargai. kadang-kadang barulah kita sedar akan minat, kesukaan dan kecenderungan kita di mana.

bila dihargai . dipuji.. itu bermakna ada sesuatu tentang diri kita yang kita perlu belajar menghargai kerana tak semua orang miliki apa yang kita miliki, dan kita mungkin tak punyai apa yang mereka ada.

saya cuba, untuk manfaatkan apa yang ada pada diri.
saya akan cuba hargai mereka yang tahu makanan kegemaran saya.
saya akan cuba kasihi mereka yang kasihi saya.
saya akan cuba berkawan dengan mereka yang ingin mengenali saya.
saya akan cuba.
dan cuba
sedaya mampu saya.

saya cuba.
inshaAllah !


3 comments:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.