14 October 2011

appreciate


tiba-tiba terasa malam ni nak menaip tentang persahabatan. persahabatan yang unik. hadirnya bukan kita minta. mulut tak pernah berbicara, "kita jadi kawan baik ya.." emm..macam zaman sekolah rendah dulu. tapi erti persahabatan "seorang dewasa" ini, datang nya sendiri, dari hati. :t: ya. hati.

bila kita berkawan, kita akan bersungguh-sungguh menjaga hati kawan kita. kita akan usahakan sesuatu yang akan selalu membahagiakannya. kita akan selalu ada atau meng'ada' kan demi sahabat kita yang satu ini. begitu juga kawan kita ini, tak pernah berkira, walau tenaga, wang mahupun masa. pendek kata, bila berkawan kita jarang sekali mahu 'berkira'. mcm tu ke sahabat baik? :64:

dulu-dulu. masa zaman comot2 dulu. mrgreen kalau...kawan baik tu, maknanya perlu ada bersama selalu. perlu berkongsi cerita selalu. makan bersama. main bersama. bila kita berpaling, yang seorang pasti merajuk. dan kita akan cakap " kita bukan sahabat baik lagi".:58:

kawan sekarang pun... sensitif jugak. tapi, caranya berbeza. mungkin kita makin jarang bertemu. makin banyak menjauh. dan semakin sepi dan terus menyepi. itu tandanya, kemungkinan persahabatan kita, ada 'something wrong'.redface maka, dalam situasi sebegini, cepat2 lah bermaafan. sama ada kita atau dia yang salah, salah seorang harus mulakan dahulu.
kenapa?:55:

sebab, saya selalu ingatkan diri. dalam dunia ni, kita tak boleh sendiri. kita akan tetap bergantung pada orang sekeliling kita. dan orang pertama yang akan terlintas di fikiran tentunya sahabat yang paling akrab bila kita berjauhan dengan keluarga. dan, bila kita ada ramai sahabat, lebih mudah untuk kita berhubung...erm,mcm talian hayat.

tp harus diingat, kawan ni, bukan kita cari waktu kita susah aje. waktu mereka susah, kita juga harus prihatin dan ambil berat. orang kata, "give & take". :79: dan, kita pula, jangan lah terlalu bergantung pula pada kawan kita jika kita masih mampu untuk berdikari.

alhamdulillah.

saya ada sahabat-sahabat yang sangat baik. :72: dan di sini Allah takdirkan kami bertemu. di taman ilmu dan budi. berkawan bukan atas apa-apa dasar, tetapi atas keserasian yang timbul. bila terpanggil untuk mengenal antara satu sma lain. dan..pada setiap pertemuan, Allah aturkannya dengan cara yang berbeza. unik!:a2: subhanallah..

kadang kala, bukan kerana hari "istimewa":43: ada juga buah tangan yang dihulur. tidak kira apa jua jenis buah tangan murah atau mahal, hand made atau sebagainya, mereka tak segan untuk terus memberi. kadang-kadang sahabat yang baik ini, tak terbalas budi mereka satu per satu. moga Allah terus merahmati mereka di atas kebaikan nya.

dan, bilik saya, di sini, di uia ini... seringkali menjadi ruang berkumpul. berkongsi cerita. makan bersama . belajar malah tidur bersama. pintu bilik ini terbuka luas untuk mereka.:53: adakalanya diri ini terfikir, dan..terasa bersalah di hati, sebab..kadang kala tak sempat membalas kunjungan. tp yang pasti, mereka tidak pernah mengharapkan balasan! inshaAllah..wink

buat sahabat yang dicintai, mohon maaf andai diri ini ada salah silap yang tak disedari dan disengajakan. mungkin ada kata-kata atau gurauan yang terkasar. mungkin terkecil kan hati. mungkin juga kadang kala, diri ini hanya berfungsi sebagai pendengar dan tak mampu memberi nasihat dan kata semangat.

terima kasih untuk masa-masa yang diluangkan bersama. berkongsi suka dan duka sepanjang kita menuntut di uia. moga selepas kita grad nt, hubungan persahbatan ini akan terus berkekalan ke akhir nya. inshaAllah

wallahualam..

:o:
nadia rusli
mahallah asma
iium,gombak.
1:09a.m



terima kasih ya Allah, untuk segalanya!
:86:


3 comments:

  1. hihi..
    what ever you wrote on ur b blog will always have this feeling.. like fatin is rally awesome..
    not only in the eye of human also our creator..
    miss u dear..

    ReplyDelete
  2. huhu...inshaAllah ameen...may ur words come true lia :) miss u more...! rasanye sebelum lia grad, kita kne jumpe2 n mkn2 somewhere in uia :) amacam?

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.