27 October 2011

aku umat akhir zaman


perlu ada yang selalu mengingatkan,
menegur, dan
memberi nasihat.


baru terasa diri banyak dosa.
baru terasa lemahnya iman.

kalau asyik rasa diri tu betul.

sampai bila-bila pun kita tidak akan sedar
yang kita banyak dosa.


terlalu lemah.
terlalu leka.

dunia ini.

akhir zaman ini.


godaan,
segala macam "bahaya"

bermula saat pertama aku melangkah keluar.


fitnah dunia yang terlalu berleluasa.

hati dan iman yang lemah.
terlalu mudah goyah.
aku di antaranya.

tarbiyyah,
dapat membina benteng yang nipis dalam diri.
aku masih merangkak.

ketinggalan.

sesat.

mundar mandir.


belum istiqamah.

aku masih jahil
tentang ilmu agama.
masih terlalu banyak ruang kosong yang perlu diisi.


aku masih belajar.

belajar merangkak
dalam keramaian yang sudah bisa berlari.

dua 'dunia' ini berbeza.

aku diantara nya.


namun hatiku tetap berbisik "aku mahu syurga itu"

No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.