15 November 2010

as the time passed by


Ketahuilah setiap detik yang berlalu akan dihitung dihadapan Allah .Firman Allah bermaksud :" Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu mengenai kenikmatan yang kamu megah-megahkan didunia ." (Surah Al Takatsur ayat 8 ) . Rasulullah besabda bermaksud : tidak akan melangkah dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya empat perkara : Usianya untuk apa dia habiskan masa mudanya,Bagaimana ia habiskan hartanya darimana ia dapat dan pada jalan apa dikeluarkan , Serta ilmunya apa yang dilakukan dengannya ." Hadis riwayat Al Bazzar dan Thabarani.


Oleh: Mujahid Fathi Yakan

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya,

Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.


Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata.Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak.Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah.Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Maka tidaklah kamu memahaminya.”- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya.Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran)diarahkan kepada Jalan Allah SWT.


Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:

1. Mengetahui matlamat hidup.Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat:ayat 56

2. Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalahsedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”- Surah Ali ‘Imran: ayat 185

4. Mengetahui benar-benar akan hakikat Dinal-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5. Mengetahui hakikat jahiliyyah,iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Disamping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahamiJahiliyyah barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum,ia terselamat dari tipu daya mereka.”





No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.