26 November 2010

Dari hati seorang yang bergelar ‘kakak’

Bismillah

Dah lama rasanya tak berblog dan menulis di sini.disebabkan kekangan masa dan badan yang x berapa sihat,so,jarang lah dapat on9.Allah telah menguji kesabaran saya,dan..saya terasa sangat teruji.lebih2 lagi bila bergelar seorang kakak yang dikurniakan dua orang adik lelaki.jarak usia kami ialah 6 tahun dan 9 tahun dengan yang bongsu menjadikan saya seorang kakak yang mempunyai tanggungjawab yang besar.

Mereka bukan lah nakal.alhamdulillah,baik-baik belaka.dan…biasalah dalam usia yang ingin meningkat remaja,masing2 mempunyai kerenah tersendiri.dan,sebagai seorang kakak yang terlalu menyayangi adik-adiknya,tentulah saya mahukan yang terbaik buat adik2 saya.tanggungjawab kakak mungkin berbeza drpda seorang ibu,tetapi peranan yang dimainkan harus seperti mendidik seorang anak.tutur kata yang baik perlu dijaga,teguran harus berhikmah,harus pandai menjaga hati,dsb.

Sungguh.bukan mudah menjadi seorang kakak.kadang2 ibu meletakkan sepenuh kepercayaannya kepadaku untuk menasihati adik2.berbeza dengan dahulu,di mana ibu akan menyuruh saya diam bila ibu sedang menasihati mereka.begitu teliti sekali ibu menangani anak2nya.saya lihat bagaimana ibu membesarkan adik2.bukan pilih kasih,tetapi harus adil kerana setiap anak itu,sifat nya berbeza walau banyak persamaan.

****

“wafiy…ammar…dah pegi mandi siap2..!!”

“okey!roger that!!”

“cepat!kat surau dah mengaji tu…nanti dah azan baru nak pegi mandi!”

“ok..ok”

Itu lah adik2.bila disuruh,cepat aje ‘ok’nya.tapi,pergerakannya kaku.sibuk menghadap comp berjam-jam.saya boleh katakan mereka dah jadi mangsa kepada dunia ‘game’.saya tak tahu mcm mana nak bagi kesedaran yang terbaik buat mereka.ibu bercadang nak hantar adik2 ke program tahfiz cuti sekolah ni.teringat masa abang tingkatan 3,ibu dan ayah menghantar abang ke kampung baru.program tahfiz di sana.sepanjang cuti sekolah.harapan ibu ayah nak anak2 sekolah tahfiz tak kesampaian,jadi mereka mengambil peluang bila cuti sekolah bermula.abang berjubah putih,berserban kemas…round2 klcc..masjid india..dan..bermacam2 kenalan dari latar belakang berbeza..semua abang kongsikan dengan kami.

“dah masuk waktu..cepat trun..pergi surau!!”

“ya..ya..”

“wafiy,ammar kalau nak pahala lebih kenalah solat berjemaah…kalau boleh kakak x nak lah bersuruh lagi…kalau suruh wafiy ,kata ammar.kalau suruh ammar kata wafiy….kalau sayang diri sendiri,adik pegi je..jangan berkira..”

Cakap sekali.mungkin dalam sehari je berkesan.perlu diingatkan berkali-kali.yang kecil masih boleh dinasihati,yang besar sket tu,kne cari masa yang sesuai.nak memberontak pun memberontak lah,asalkan kakak dah lepas tanggungjawab untuk nasihat adik-adik.”ayah cari rumah depan surau,untuk kita senang pergi ke surau,sayanglah kalau tak pergi.orang lain tu jalan kaki jauh2 lagi nak ke surau.”…”jangan samakan kakak dengan korang,kakak perempuan..nanti berselisih dengan lelaki2…..”hmm..mesti ayah gembira kalau tengok anak-anaknya rajin ke surau.anak-anak yang soleh lah yang akan membahagiakan ibu dan ayah..

****

“wafiy,dah…pukul 10 dah.uruskan diri dulu…game tu stop!”

“ya..”

“kakak ckp stop..stop!basuh kain kat bawah tu…”

“ya..sabar lah..”

“dah tak sabar dah ni…dr semalam lagi menahan sabar.tutup comp tu!”

Dengan keadaan tak puas hati.adik saya yang satu ini tutup comp.terus dia pergi mandi,dan uruskan pakain sehingga lah menyidainya di jemuran.kalau suruh yang sorang ni,yang sorang lagi pun harus diberi tugas.kalau tak,nanti masing2 akan berkira.otak saya ligat memikirkan,tugas apa yang nak diberi pada yang bongsu.tugas nya kecil tapi banyak sket.yang mudah2 tapi jangka masanya sama seprti abangnya.supaya masing2 dalam mode sedang bekerja.

Sebagai anak,memang ibu takkan suruh kita buat kerja rumah melainkan ibu keluar bekerja atau ibu dah penat seharian menguruskan rumah.maka,kita sebagai anak,harus pandai berdikari,menolong apa yang patut.kalau boleh jangan sampai di suruh.pakaian yang dipakai sehari-harian,yang ibu basuh selama ni,itu juga merupakan pakaian kita.dah la ibu yang belikan..takkan basuh pun kita tak terbuat.rumah,tempat tinggal bersama,harus sma2 kemaskan.makan,pinggan mangkuk harus dicuci bersama.bila waktu makan,harus trun awal ntuk sama2 menghidang.selagi ada daya,tolonglah ibu ayah kita.

“beban ibu berat.ibu lah ibu,dan ibu lah ayah kita.segala tugas ayah dulu,ibu kne ambil alih..maknanya tugas ibu berlipat kali ganda.sebagai anak,kita kne sentiasa ringankan tulang.tolong ibu apa yang patut.game pun game jugak,tugas kita pun tugas jugak,tapi,jangan lah nak jadi raja atau permaisuri kat rumah ni.kita,sebagai satu keluarga,harus saling bantu membantu…dan bila buat kerja jangan asyik nak berkira…kita kne sayang ibu kita..jangan sampai disuruh”

Bila meluahkan pada ibu,air mata saya,mengalir tanpa dipinta.saya terasa kasihan dengan ibu.apa lagi yang dapat saya bantu.selagi saya masih belum bergelar isteri yang nantinya akan beralih ketaatan saya terhadap suami.terasa berat untuk biarkan ibu sendirian bekerja.apa yang saya inginkan nanti,semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dan Allah berikan kemudahan untuk saya mendapatkan pekerjaan yang halal yang nantinya dapat sedikit sebanyak beri kesenangan pada ibu tercinta.

****

“kakak suka bila tengok adik-adik kakak berkopiah,berpakaian cantik ke surau..kan seronok kalau tak payah disuruh? : ) “

Saya faham.dalam usia sebegini,mereka masih dalam proses nak memahami ‘erti hidup’.saya dulu pun mcm tu jugak.saya pula membesar dengan abang.beza usia kami 3 tahun.berkira bila bekerja,itu perkara biasa.bergaduh pun biasa.ketagihan bermain game pun,biasa.malas sembahyang…degil..tak suka dengar nasihat.mcm2 yang dah saya lalui masa zaman kanak-kanak saya.dan,bila kita semakin dewasa,kita semakin memahami erti hidup.sensitiviti semakin bertambah.dah ada common sense.semakin memahami kasih sayang,tanggungjawab,amanah,hormat,ikhlas,dosa,pahala..dan dah pandai persiapkan ‘bekal’ untuk di bawa pulang ke ‘kampung’(akhirat)…..wallahualam.

:Dari hati seorang kakak

6 comments:

  1. hehe...teringt sy masa kecik dulu...tp sygnya, sy xder sorg kakak yg nak membimbing sy...hehe

    ReplyDelete
  2. hey farhan,lma dah x cntact..^_^
    hhuhu..setiap org berbeza..masa tak dapat berpatah balik,jadi,selagi ada umur ni, saya cuba buat yang terbaik ntuk adik2 saya^_^

    ReplyDelete
  3. huhu, masing2 cbuk exam..btol2...walaupun sy xder kakak atau abang tp sy ada 6 adik nk dijaga...tp seb baik adik no2 pmpn..dierla yg byk menjaga...^.^...

    ReplyDelete
  4. huhu..haih mengharap yang pompuan jugak..=P..
    waah..ramainya adik..saya respect anak lelaki sulung..tanggungjawab nya besar..kan?

    yup.dah nak start kuliah kan?cmne result?huhu

    ReplyDelete
  5. huhu....besar ker? tp adik2 dh besar skang jd kurgla beban..kalo x dulu suma keje sy yg kene wat...haha...result? alhamdulillah, better than last sem...^.^..

    ReplyDelete
  6. huhu..besar la jugak..biasala tu..

    alhamdulillah..cngrats!

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.