04 September 2010

mid break



Pejam celik sudah pertengahan semester di uia.cuti pun bermula selama dua minggu.bagi uia,cuti seminggu sangat lah lama.maka,homework yang diberi oleh lecturer pun sangatlah banyak.ramadhan pula hanya tinggal beberapa hari,dan tak lama lagi hari raya bakal tiba…


Ramadhan kali ini sangat bermakna.banyak perkara yang mengajar hati ini untuk patuh pada perintahNya,mencapai redha Ilahi.saya tak mahu ramadhan kali ni berlalu dengan sia-sia tanpa ada satu titik perubahan pun dalam diri.Alhamdulillah,walau sukar untuk diri ini berubah,namun saya dah belajar sesuatu darinya.sungguh bermakna.hati ini cepat bolak-baliknya,tetapi kerana ramadhan,cinta dalam hati kecil sesungguhnya milik Allah..dan..saya tinggalkan hal yang duniawi.walau ia berat,walau ia sukar.namun,hati saya sangat yakin dengan pertolongan Allah SWT.Dia sentiasa ada.


Saya mula mengemas.hari ini,buka puasa terakhir dengan teman sebilik.meluangkan masa bercerita.semakin kami bersama,semakin kami mengenali antara satu sama lain.terkadang,terukir kisah yang hampir serupa.barulah kita sedar,bukan kita sahaja yang kehilangan orang tersayang.bukan kita sahaja yang menghadapi kesukaran dalam hidup.wajah sentiasa ceria,senyuman,gelak tawa sentiasa menghiasi peribadi kami,namun di sebalik semua itu,terkadang tersirat seribu nostalgia.tipu kalau x merindu.tipu kalau tak teringat.hanya Allah yang tahu isi hati kami.


Selesai mengemas beg baju.kerja-kerja,buku2 tersusun di dalam beg berasingan.saya mula mengemas rak makanan,buku,air pokok di bekas ku penuhkan..semoga cukup simpanan air selama dua minggu.dan semoga tumbuh daun baru bila tuannya pulang.okeh?^_^habuk di bilik ku lap.lantai ku sapu.tingkap ku tutup.dan bidai kubiarkan terbuka sedikit agar cahaya masih menerangi bilik di kala tiada tuannya.sempurna!


Menyambung tali ukhuwwah


Malam ini abang yang amek.tak seperti selalu.kali ini abang demam.kasihan abang.saya bercadang hendak pulang esok hari,oleh sebab ibu dah berjanji dengan nenek nak berbuka di kampung,maka saya terpaksa pulang malam ni.mujur baju sudah ku basuh dan tersusun kemas di dalam almari, hanya tinggal untuk masukkan dalam beg.kali ini kami beraya di sabak bernam dulu baru lah kampung arwah ayah,negeri Sembilan.seperti biasa setiap tahun pun akan beraya di kedua-duanya.hubungan kami sanak saudara sangat lah rapat.maka,bila x pulang rasa seperti kekurangan.selagi atuk dan nenek masih ada,hargailah saat bersama yang ada.dan buat arwah ayah,walaupun ayah tiada,hubungan silaturrahim dengan teman-teman rapat ayah harus dijaga.dan hari raya pengikat tali ukhuwwah itu.



Cabaran buat diri


Malam yang gelap.hujan rintik-rintik.kereta yang banyak.laju…abang semakin lemah.tak mampu untuk memandu.abang kata tak boleh focus.maka,dengan keyakinan abang,juga diri ku,akhirnya saya mengambil alih tugas abang.cabaran buat diri.hanya doa dan tawakal membasahi lidah.Jika Allah beri kekuatan,tiada apa yang mustahil.jika abang yakin,begitu juga saya.bermula di stesen minyak di cheras,saya mengambil alih tugas abang.pengalaman pertama memandu saat malam.dengan jalan yang sesak.kereta manual nya sangat menguji ingatan saya sewaktu belajar memandu dulu.saya belajar sesuatu malam itu.keyakinan,keberanian harus ada.perlu memikirkan orang lain saat memandu.penunggang motor harus di ambil berat.dan jangan cepat panic bila sesuatu berlaku.terkadang suara abang agak tinggi,terkadang dia akan memujuk balik.tapi saya abaikan,saat belajar dulu,lagi dahsyat.yang penting,kami selamat sampai.alhamdulillah..thanks to Allah..


Ini kali pertama saya memandu di jalan besar.dan suasana malam sangat menyilaukan pandangan…


“tukar gear 5”

“huh?gear 5?tp adik x belajar sampai gear 5 tym blaja dulu…?”


Huhu…kelakar pulak.terasa macm mimpi bila terjaga dr tidur.betul ke semalam sewaktu balik saya yang drive?


Memohon kemaafan


Kepada semua yang mengenali diri ini.saya ingin menyusun sepuluh jari memohon beribu-ribu kemaafan andai diri ini telah banyak membuat silap,menyinggung perasaan sesiapa,terkasar bahasa,terleka dan terlalai dr menjaga hati seorang teman,sma ada yang sedar atau tak,yang kelihatan atau tidak…harap dimaafkan.semoga ukhuwwah yang terjalin kekal sehingga ke akhir hayat…inshaAllah..wallahualam..pesan buat diri dan juga kepada semua…grab lah hari-hari terakhir ramadhan yang tersangat istimewa…mohon segala apa yang dihajati,bertaubat lah sebanyak2 nya kepada Allah.amalkan doa yang dibawah ini..doa yang diajarkan oleh nabi kita,Muhammad SAW….

2 comments:

  1. selamat bercuti n selamat mengejar lailatul qadar=)

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti and selamat hari raya ....kitaorg pn bnyk homework jgk...

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.