setelah Ramadhan berlalu
adakah aku masih setia meluangkan waktu
bertandang ke rumah Allah
untuk solat berjamaah?
Adakah dalam kesibukan ku nanti,
Aku masih mampu melafazkan kalimah-kalimah
suci Al Quran sejak berlalunya Ramadhan?
Adakah nanti di tengahnya malam,
aku masih sanggup berpisah daripada empuknya tilam
untuk bertahajjud?
Andai ini ramadhan ku yang terakhir,
Adakah sudah cukup amal-amal ibadah ku?
Ramadhan
Madrasah yang penuh dengan pendidikan,
tarbiyyah dari Ilahi buat mereka yang memahami,
melihat kelebihan Ramadhan dengan mata hati
Ternyata untuk istiqamah
bukan sesuatu yang mudah,
tetapi tidak mustahil
sampai saatnya,
Ramadhan pasti berlalu meninggalkan kita
sayu dan sedih di hati
Berlalunya Ramadhan
ibarat kekasih yang pergi buat sementara waktu
Ianya pasti dirindui...![]()
Riwayat daripada Jabir r.a : Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Menjelang akhir malam Ramadhan, maka menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana akan berlalunya Ramadhan, maka berlalulah fadhilatnya. Ini merupakan musibah bagi umatku". Ditanya orang, "Apakah musibah itu, ya Raulullah?". Jawab Rasulullah s.a.w, "Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur terkecuali, maka apakah musibat yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?".
No comments:
Post a Comment