Rasa ‘cinta’ itu dtg dengan sendirinya.memang saya ‘tahan’ untuk jangka masa yang agak lama.tapi kenapa hati saya susah terbuka untuk yang lain?saya baru sedar.
“yong..pesan kat nana,jangan jual mahal sgt”
Ya,kalau sebelum ni mahu kenalkan saya dengan seorang cikgu,sekarang dengan bakal doctor pulak.hm…saya menarik nafas panjang.terkedu membaca message dr mak cik tersayang.dengan tenang saya membalas,
“nana dah ada pilihan hati…”
Sungguh ke kamu dah ada pilihan hati?erm..dalam hati dah ada,tapi...saya belum pasti jika dia sebenar-benarnya ‘jodoh’ saya.Cuma,buat masa ni,saya simpan sedalam-dalamnya.hanya yang berhak mengetahui sahaja tahu tentangnya.tapi,bukan ‘dia’.kata teman saya,umy, “perasaan sama juga seperti aurat,harus dijaga sebaik-baiknya..”
“semoga dapat jodoh yang sempurna..”
Bisik embah ke telinga ku.ya Allah…kenapa semuanya sibuk membincangkan soal jodoh?dah tiba masa nya ke?erm…bagi saya,focus utama saya buat masa ini adalah tugas saya sebagai anak dan pelajar.soal hati?ya..terkadang memang akan timbul.tapi saya letakkannya di hujung bibir sekadar dalam doa.saya letakkan nya jauh di sudut hati.andai tiba masanya nt,saat nya nt,maka akan terungkailah segalanya.inshaAllah..
Tak berusaha ke? sementara tgh belajar ni?hmm..saya dah usaha.tapi cukup sekadar mengenali fikrah agama dan akhlaknya,hubungan dengan keluarga,pensyarah dan teman-temannya.selebihnya saya serahkan pada Allah.andai dia jodohnya,mungkin air mata saya akan mengalir tanpa saya sedar.andai sebaliknya,mungkin Allah ada aturan yang lebih baik buat saya.wallahualam..
[Andai ingin jodoh yang ‘sempurna’,persiapkan dirimu dahulu.tapi ingat,jangan dicari pada kesempurnaan,tapi carilah kelebihannya.]
“kalau boleh,jangan kita yang lafazkan dahulu…”
Ibu pernah berpesan padaku.saya pegang kata-kata ibu sampai hari ini.ibu tahu siapa dia.secara tak sengaja.bukan saya nak berahsia dr ibu,tapi..saya masih malu nak berkongsi dengan ibu.”dia tahu tak na suka kan dia..?”…”tak ibu..kan dulu ibu pernah pesan jangan beritahu…so kakak tahan je lah sampai skrg..”…”ada gambarnya?meh ibu nak tgk skrg..”….”tak de ibu,kakak tak simpan gambarnya..”…ibu doakan je untuk kakak .
“waah.. kagum la dgn fatin..mcm mane fatin boleh tabah ek?”
Aha…siapa kata saya tabah?erm..mungkin setiap org nilaiannya berbeza-beza..ya,normal lah ada rasa cinta.dan tak normal kalau tiada rasa cinta pada berlawanan jantina.cumanya,rasa cinta itu harus disalurkan pada jalan yang betul,dengan cara yang betul.barulah ending dia best!cerita Hindustan?korea?jepun?melayu?lagi lah…semua tak boleh pakai.tak boleh membimbing…sememangnya bercinta,couple memang manis..segala-galanya indah.mungkin?tapi….mengikut pengalaman saya dan pemerhatian saya apabila melihat teman-teman,belum saat dinikahkan lagi dah bertukar pasangan.satu je pesan saya,jangan jadi murah.
Jangan mudah percaya pada lelaki yang sering menaburkan kata-kata manis yang berbunga-bunga.lelaki mcm tu sepatutnya menyimpan ayat-ayat cinta nya buat isteri nya yang sah SAHAJA.bukan sewenang-wenangnya menabur kata-kata manis.mudahnya beginilah,andai ada lelaki yang sebegitu,sememangnya dia bukanlah lelaki yang baik.lupakan sahaja.abaikan dan jgn dilayan.istighfar banyak2.
Dan selalu lah fikir macam ni.diri kita ni,hanya untuk suami kita sahaja.bukan untuk siapa2.selain Allah dan mahram kita.maka,peliharalah ia sebaik-baiknya.set kan mind mcm tu.inshaAllah berkesan.huhu
“nak tahu rahsia nak jadi tabah…?”
Sentiasalah yakin Allah akan beri yang terbaik buat kita.sepanjang kita memohon agar dikurniakan jodoh kita dengannya,sentiasa lah berdoa agar diri kita dan dirinya sama-sama menjadi soleh dan solehah.agar sama-sama dapat membimbing bakal-bakal zuriat kita kelak.agar murah rezeki.sama-sama menjadi pelajar yang cemerlang.baik akhlaknya.mendapat pekerjaan yang baik kelak agar dapat memberi kemudahan pada kita memberi pendidikan yang baik pada anak-anak,pemakanan yang sihat,dapat hulurkan duit pada ibu ayah kita..dapat rumah yang selesa untuk beribadah,menolong yang susah..dsb.di samping mendoakan ibu bapa kita dan keluarga.seelok-eloknya disebutkan nama penuhnya.
Ya,terkadang tak dinafikan,air mata ini pernah tumpah kerana ujian hati ini.saya pun manusia biasa jugak.tak setabah mana.sesungguhnya ujian ini teramatlah berat.sebab itu,ganjarannya syahid andai kita tak sempat melafazkan nya sebelum kita menghembuskan nafas terakhir.tapi percayalah..dan renungkan semula,kenapa kita yang dipilih Allah untuk melalui ujian seberat ini?pasti ada hikmah di sebaliknya..
“laa..balik-balik teman sekolah lama….tak ada org lain ke?”
Ada je.Cuma pada dia ada satu “VALUE” yang tak ada pada yang lain.erm..mungkin saya tak nampak pada yang lain.kadang-kadang persamaan membuatkan hati seakan terpaut.dan….seringkali hati ini beristighfar semula.kerana dia belum tentu lagi menjadi suami kita.jangan terlalu ‘excited’.bersederhana dalam menangani perasaan.terkadang juga pemikiran kami seakan sama,apa yang difikirkan saya,itulah yang difikirkannya.tapi selalu sahaja saya mengalah,menahan dari berkata dahulu.dan…kebiasaannya, apa yang ingin dikatakannya itu,memang sedang bermain di benak fikiranku.dan,rahsia itu,hanya Allah yang tahu.
Saat ini seolah-olah saya sedang bermain ‘puzzle’.masih banyak sisa yang berbaki.sampai bila lah agaknya ‘puzzle’ ini akan selesai?hati ini….sebenarnya,tak sabar ingin melihat hasil gabungan pecahan-pecahan yang masih belum tercantum…andai ianya selesai tercantum kesemuanya…apa agaknya ‘ganjaran’ daripada Allah itu?
“nasihat buat diri yang lemah dan selalu alpa..”
Wahai hati,andai ujian ini lebih mendekatkan dirimu pada pencipta mu,Allah yang Maha Pengasih,terimalah ia dengan redha.semoga baik-baik sahaja di dalam jasad ku ini.InshaAllah,mata,telinga,tangan dan kaki akan kujaga sebaik mungkin agar tiada bintik hitam di hati.^_^wahai diri,sentiasa lah ingat siapa yang menciptakan dirimu?siapa yang menciptakan pasanganmu..Dia dah menjanjikan yang terbaik buatmu andai kamu orang yang terbaik.buat masa sekarang,beri tumpuan pada tanggungjawab yang lebih hampir pada mu.sebagai seorang pelajar,fokuskan pada pelajaran mu.mantapkan diri dengan ilmu.semoga segala apa yang kamu pelajari,akan lebih mendekatkan diri mu dengan Penciptamu.bekalkan dirimu dengan ilmu,dan akhlak yang terpuji.gembira kan orang yang paling hampir denganmu..jaga hubungan dengan mereka,barulah kamu layak mengukir kisah ‘cinta’ yang baru………semoga bertemu dengan pasangan hidup yang kamu dambakan selama ini…. ….ameen~
salam ftn.
ReplyDeleteumy fhm apa yg ftn rasa.
sgt fhm. :)
sumtym, ada juga kan bisikan2 syaitan yg minta kita luahkan jgk?
ada juga masa dan ketika kita rs sgt lemah dan penat menahan rasa itu.
ada jgk saat kita rs tak kuat lg.
ada jgk saat kita rs takut dia bkn milik kita.
apapun jua, truskan brdoa.
mengadu tnpa jemu.
terus yakin dan yakin.
"semoga Allah lembutkan hati, sejukkan hati dan bukakan hati si dia jika Allah rasa dia adalah terbaik buat diriku. sekiranya dia tidak baik,dengan kuasaMu ya Allah jadikanlah ia baik utk diriku. amin"
mg kita adlh wanita2 yg Allah plihara ksuciannya.
baik dr fizikal, akhlak dan juga rasa hati.
Allahhu Allah..
doakan umy slalu, ftn.. :)
umy jugak mahu tabah.
^_^..umy.terima kasih sbb hadir sewaktu ftn sgt memerlukan seorang teman untuk berkongsi...
ReplyDeleteapa yang umy ckp semuanya betul.sgt2 betul.ya..kdg2 terasa lemah..tapi kene sentiasa beringat.kene sgt2 kuat...=)
ameen.inshaAllah umy..sma2 doakan.semoga umy tabah juga.^_^
salam.
ReplyDeleteberkongsi cerita tentang isi hati..
tak mudah,,
tapi semoga dengan perkongsian ni, ramai yang dapat manfaat darinya :)
usia junuun macam skrg ni, mmg ini yang Allah uji.
perasaan suka.
tapi dalam setiap ujian, pasti Allah dah sediakan jalan.
dan jalan untuk kita adalah dengan memenuhkan ruang rongga hidup kita dengan nama Dia.
jangan tertipu dengan bisikan syaitan.
yep, muge fatin terpelihara n dapat memelihara diri dan yang lain :)
hati oh hati~
hehe.
nak ucap walaupun dah lambat,
salam Eid Mubarak!
taqabbalallahuminnawaminkum :D
wallahua'lam
wslm syaimaa'..
ReplyDeletehhuhu^_^
happy eid buat syaimaa' juga..
terima kasih untuk kata-kata yang penuh inspirasi syaimaa'^_^huhu..fatin x berapa pandai nak menulis.sekadar perkongsian biasa-biasa shj...ilmu x semantap syaimaa'..teruskan mbimbing fatin=)
atiqa,
ReplyDeletesenyum?tandanya?=)
tq fatin untuk post ni.berkesan di hati.(:
ReplyDeletefidah...=)
ReplyDeletesama2..huhhu