06 January 2011

dia,kawan


Saya betul-betul nak menulis malam ni.jari jemari halus yang sepatutnya menaip essay 3000patah perkataan,untuk dihantar esok,tapi,saya gunakannya untuk mengisi ruang blog ini.saya baru habis kelas parenting management.alhamdulillah,dah selesai semuanya.lepas ni x perlu fikirkan lagi tentang presentation untuk kelas ni.walaupun ia wajib,setiap pelajar perlu ambil subjek ini,tp ustazah selalu tekankan,niat perlulah sentiasa betul.bukan kerana compulsory tp betul-betul ingin kan ilmu.

Saya sukakan slide yang simple.x terlalu banyak perkataan.selebihnya,mulut yang akan berbicara.ada patah perkataan yang terkeluar ‘bahasa melayu’.takpe.ustazah kata ok.smileasalkan ia dtg dr hati.yup.saya terasa puas untuk bahagian saya malam ni.ilmu yang sedikit dapat dr usrah,dan majlis2 ilmu saya kongsikan buat yang lain.mana yang terlintas saya terus keluarkan.tapi,terasa malu tiba-tiba menyapa hati ini.ya,ia isu yang ‘berat’ dan ‘hangat’bagi saya.tentang perkahwinan,dan saya ambil sub topic perkenalan sebelum kahwin…dan…bagaimana mencapai keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.sungguh.bila ia keluar dr hati.telinga-telinga yang mendengar,mata-mata yang memandang akan mudah terpaut.dan secara tak langsung,eye contact saya dengan kawan-kawan terjalin.selesai present saya rasa mcm ada satu kepuasan.apa yang saya harapkan pada diri saya untuk dapatkan tarbiyyah yang terbaik,begitu juga yang saya harapkan untuk kawan-kawan saya.inshaAllah.moga apa yang disampaikan terserap dalam hati-hati mereka.amin.

Selesai semuanya.

Saya singgah di kiosk.beli aiskrim.tanpa ada keinginan nak makan pun.entah kenapa ais krim berkon yang dicapai.drumstick.saya tak hirau psal harga,tp bila dah sampai ke tahap ‘ais krim’ itu tandanya saya betul-betul stress!tertekan.

Bukan sebab kerja.mungkin yang itu saya boleh selesaikan.tapi hati ni tiba-tiba rasa sedih.sedih dengan kerenah manusia.manusia yang seperti tak ada hati dan perasaan.sungguh kejam kalau saya katakan begitu.kerana Allah telah ciptakan manusia itu mempunyai hati dan perasaan.cuma bagaimana kita menangani nya shja berbeza.

Saya baca bolg teman saya,umy.tertarik dengan sepotong hadith yang juga pernah saya postkan di facebook.sangat tersentuh.

"Seorang mukmin yang bergaul dengan banyak orang dan sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak pernah bergaul dengan orang banyak dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan."
(HR. Ahmad)

Ya.sabar kata kunci utama.tapi sejauh mana kesabaran saya itu diukur?adakah kalau kita sabar,seperti kita ‘terlalu’ baik dengan manusia.kita mudah dipijak.cukup la.saya tak mahu berbicara dengannya.saya cuba mengelaknya sejauh mungkin.kalau bersuara,seolah kita mengarah.kalau tak bersuara,dia tak mahu ambil tahu.saya tak sabar nak habiskan kerja kumpulan.sungguh.saya menangis.menangis sendirian.tanpa ada teman yang tahu.sebab saya tak mahu kawan lain juga lemah.tp kata dur,nangis tak bererti kita lemah.

Saya nangis sebab saya gagal sebagai seorang kawan.saya dah tak mampu nak melayani nya dengan baik.cukup lah dengan ‘keterpaksaan’ saya dalam melayaninya selama ni demi mengharapkan perubahan padanya.saya rasa dah tak terdaya.sebab itu lah saya jauhkan diri dan berdiam diri.itu lebih baik rasanya untuk sekarang.korban kan diri untuk menjaga hati seorang ‘kawan’ yang tak pernah cuba untuk menjaga hati yang lain.mashaAllah.semoga Allah bukakan hatinya,untuk jadi manusia yang ‘berhati’.

P/s: sebab itu saya tak berapa suka berkawan dengan orang yang bercinta(x berlandaskan Islam).bila ada masalah yang menimpa.effect pada teman-teman lain.and it hurts me a lot!seriously.lebih-lebih lagi yang x professional dalam menanganinya.tanpa ada pengetahuan keluarga.nauzubillah.saya tak suka yang ini,juga untuk zuriat dan keturunan saya nanti.minta jauh ya Allah.

Saya kena sayang kawan saya.begitu saya mengharapkan kasih sayang dari kawan-kawan saya.bila kita memberi,kita juga akan diberi.anggaplah ‘kawan’ yang satu ini,satu ujian buat diri.untuk mendapatkan kasih sayang dari kawan-kawan yang lain.jangan kerna yang ‘satu’ ini.hati ini dah tak mahu berbahagi kasih sayang buat yang lain.belajar lah memahami kerenah manusia.dan paling penting belajar menangani nya.

Erm,ini yang saya tak tahu.sungguh.saya dah cuba banyak cara.Mcm mana ye..?

5 comments:

  1. my dear fatin nadia. :D
    siapa kita untuk mengubah sifat posisi hidup seseorang jika itu jalan yang di pilih...Rasulullah sendiri pun tak mampu membetulkan posisi bapa saudaranya untuk memeluk Islam walupun sudah pelbagai usaha di lakukan.namun kita ada senjata yang Allah bekal kan kepada setiap mukmin.berdoa la penuh keikhlasan.Moga doa itu bisa menghadirkan tautan hati dalam persahabatn.Hanya tautan hati dari Allah akan membuatkan sesorang memilih jalan yang benar apabila rasional bertemu dengan iman.Jangan pernah berputus asa mendoakan kebaikan ke atas sahabat2 kita.mereka seperti saudara kita sendiri.even adik bradik kita berperilaku yang tidak elok sekali pun..dan kita sgt tidak suka..jgn sesekali berpaling dari menyayangi dan menasihatinya. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membolak balik kan hati manusia.Kunci kesabaran itu bukan ada pada semua orang.berusaha lah untuk memilikinya..kerana sabar mendefinasikan tahap keimanan..Sama2 lah kita doa agar setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat petunujk dari Allah..kerana kita hidup dalam masyarakat..x boleh lari.mcm fatin sebut dalam hadith tu..
    "Seorang mukmin yang bergaul dengan banyak orang dan sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak pernah bergaul dengan orang banyak dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan."
    (HR. Ahmad)
    anggaplah ia sebagai satu vaksin yang mengimun kan sytem kesabaran fatin untuk masa hadapan..walaupun sakit atau pahit..insyaAllah... menghasilkan agen pertahanan diri untuk lebih sabar.
    TQ fatin kerana kongsikan hadith tu.. =)

    ReplyDelete
  2. dear syibi
    =)sama-sama
    huhu..terharu baca comment syibi.oops..bukan komen tapi kata-kata inspirasi dan nasihat dr seorang teman...betul kata syibi,kita hdiup dalam masyarakat..mmg kene hadapi situasi mcm ni...semua ni lumrah...

    tulah,doa paling penting...dan bila kita mendoakan kebaikan untuk org lain..Allah akan beri ganjaran pada kita atas apa yang kita pohonkan...

    ya syibi,sgt pahit nak lalui semua ni..sakit sgt..tp dgn adanya kawan mcm syibi,hati terasa tenang semula..

    sayang syibi!!T_T

    ReplyDelete
  3. sayang fatin jugak. =)
    semoga ukhuwah islamiyah antara kita bisa menghasilkan untaian tasbih yang tiada penghujung nya..bisa juga menhgeret kita jauh dari jalan kebinasaan...walau kita bukan selalu create direct conversation..but this medium was like speak out to ourselves delivering the message beyond the writing.. ~
    yeah.kechik!! =p

    ReplyDelete
  4. huhu..ameen3!!
    erk?kechik??hhuhu..
    yeah!!

    ReplyDelete
  5. lame tak jenguk blog fatin....nice entry as usual...terpegun dengan hadith tu...lebih baik bergaul n sabar dgn perangai....

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.