04 January 2011

realiti

Hembusan angin sangat kuat malam ni.saya gagahkan diri untuk melangkah sendirian ke centre.hajat hati nak print assignment ntuk esok.unfortunately,kedai print di kuliyyah saya tutup.dah lama x pergi waktu malam.saya pun lupa waktu operasinya.kedai ini lah yang sesak dengan student engineering and architecture bila tiba hari submission.huhu.

Kerja banyak.ya semakin banyak.bertimbun rasanya.tapi semuanya terserah pada diri sendiri bagaimana mahu mengaturnya agar semuanya nampak mudah.lancar dengan izinNya.setiap kesusahan ini harus disusuli dengan doa dan tawakkal.untuk kebaikan diri juga.kalau asyik mengeluh,sampai bila pun kerja x siap.dalam sehari,saya cuba peruntukkan waktu tidur yang sekejap pada belah siang.untuk mengumpulkan tenaga supaya boleh bekerja untuk malamnya sikit.

Macam biasa,bila dah masuk society,kne betul-betul pandai bahagi masa.agar amanah dan tanggungjawab yang diberi tak terabai walau sedikit pun.begitu juga dengan pelajaran.itu yang utama.dan dakwah juga penting,ia bukan kedua.maka kesemua ini harus selari dan bergerak seiringan.bukan mudah kan?

Dan bila tiba waktu submission saya lah orang yang paling gelabah.kalau x siap apa yang mahu direspon pada lecturer?saya cuba buat sehabis baik.hanya kekuatan yang Allah berikan dan ilham yang tak pernah putus membantu saya dalam melayari setiap kesusahan yang dilalui bila bergelar pelajar.bila dah dewasa,benda lain pula yang perlu difokuskan.mungkin situasinya berbeza,tapi bijaksana dalam menanganinya,itu lah keunikannya nt.bila dah biasa menangani situasi-situasi payah dalam hidup,ia akan jadi lumrah dan biasa.inshaAllah semua ini akan ada hikmahnya.

Bukan masalah diri sendiri sahaja.masalah-masalah lain juga timbul.bila berhadapan dengan manusia.ada segelintir nya yang sukar kita tangani.bukan nak kata mereka salah,atau ada kekurangan d mana-mana tapi,kadang-kadang situasi ini sangat menguji kesabaran.jika mahu diungkit,seolah-olah hilang semua keihklasan dalam melakukan kerja nt.kita harus belajar menerima,inilah realitinya.bersabar dan jika berpeluang kita harus tegur dengan cara berhikmah.tapi ia memakan masa.sungguh,kerna saya bukan lah seorang yang mudah meluahkan.saya suka pendam.inshaAllah jika ada masa yang sesuai,saya akan cuba ikhtiarkan untuk belajar menasihati.supaya tidak berlaku perkara yang sama nt.

Dan bila buntu..

Design tergendala.sungguh.bukan mudah nak mengeluarkan ilham.ia bukan fakta,yang tercatat di mana-mana kitab.ia lahir dari pemikiran yang kreatif.dari angan-angan yang indah.dari hati yang tulus.mungkin saya terlalu inginkan ‘sesuatu’ dalam design kali ini.jadi fikiran saya terbeban sedikit.stuck buat sementara.dan setiap gerak geri saya,saya akan mohon Allah kurniakan ilham.tidak kiralah dalam pembaringan saya,sewaktu berjalan atau mungkin akan hadir dalam mimpi.wallahualam.cuma saya ingin buat sesuatu yang terbaik “sekali lagi”.

Apa pun,saya sangat mengharapkan saya dapat jadi “seseorang” semester ini.saya dapat jadi yang lebih baik.bukan untuk sesiapa.tapi sememangnya tujuan kita hidup ini adalah untuk mencari dan terus mencari ilmu.moga semuanya bermanfaat pada masa ini,saat ini dan juga pada masa akan datang.ameen.inshaAllah.

So,buat diri.moga kuat selalu.percayalah pada diri.ganbatte!!

Aktiviti minggu ini:

Selasa

  • · class till 7pm
  • · interview session
  • · meeting studio

Rabu

  • · quiz CAD
  • · siapkan assignment/essay
  • · interview session
  • · meeting overseas trip
  • · parenting and management class/presentation

khamis

  • · siapkan assignment/final touch essay
  • · quiz resource planning/cover 2 chapter
  • · design concept/development. Progress
  • · usrah/tasmi’ doa rabitah+surah bayyinah

jumaat

  • · studio 9am-5pm
  • · meeting src/tribune
sabtu
  • · perancangan-umi salwan ajak datang rumahwink
  • · assignment to be done/tbd

No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.