"H belajar lah al-Quran, dlu ayah kamu masa jadi imam sedap bacaannya...jadilah mcm ayah.."
"pak cik kenal ayah saya?"
"pak cik pernah jumpe dia sekali je... masa pak cik blum pindah ke sini.."
"ohyeke...mcm mane pak cik dgr bacaan ayah saya?"
"penduduk kat sini pernah cerita pada pak cik, sedap bacaan ayah kamu..rugi kalau kamu tak mengaji..pak cik teringin nak dengar bacaan dia"
"dlu, masa pak cik dtg sini..pak cik tgh cari rumah kawan pak cik, kebetulan ayah kamu kenal dengan kawan pak cik, terus dia bawak pak cik ke rumah kawan pak cik. ayah kamu orang nya ramah sgt..baik orgnya..pak cik tak pernah lupa. itu pertama kali pak cik jumpa dia..
tak lama lepas tu, pak cik pindah sini. pak cik mencari-cari balik ayah kamu. tp pak cik tak ingat namanya. seingat pak cik, rumahnya depan surau..2 tahun pak cik mencari. sampailah pak cik dapat berita...
"cikgu Rusli? orangnya dah arwah dah... 2 tahun lepas.."
berjujuran air mata pak cik. subhanallah..tp cerita ttg kebaikan ayah kamu tak pernah terhenti.
Subuh itu, air mata terus mengalir." Itu ayah... yg disebut itu, ayah ku"
...
Hari pertama Ramadhan, ketika bacaan tahlil, nama pertama yang disebut, nama ayah. Andai ada sahaja bacaan tahlil, pasti ada sahaja teman-teman ayah yang akan sedekahkan bacaan tahlil buat ayah. Rupanya, walau dah bertahun ayah 'pergi' tapi... ingatan mereka terhadap ayah tak pernah pudar. Ramadhan pertama, air mata ini terus mengalir.
"kawan-kawan ayah, bila terkenang semula ayah...pasti mereka sebut.... "Allah...cikgu Rusli" pastu diorang mesti sebak. kalau boleh, ibu nak anak-anak ibu ikut jejak ayah. ikut mana yg baik..", ibu
catatan Ramadhan #7
till next-time inshaAllah!

bertuah ayah fatin dapat anak baik2 semua, semoga ayah fatin ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dan jangan putus berdoa untuk dia :)
ReplyDeletealhamdulillah azam :) inshaAllah ameen3
ReplyDelete