09 February 2011

silence is a girl's loudest cry


hmm,seronok bila dapat menaip.biggrinrasa mcm melepaskan separuh dari penat lelah yang membebankan fikiran.ya.kadang2.dari mula menapak ke uia,saat itu lah masa semakin bernilai.sangat berharga.setiap langkah,setiap tarikan nafas,nilainya sangat besar.subhanallah.alhamdulillah.masih lagi ditempatkan di sini.

walau masih banyak ujian dan dugaan yang masih belum dilalui.tiba-tiba hati terasa sangat tenang.sangat mudah nak melepasi setiap dari ujian itu.dan sungguh!ia amat berhasil.walau terkadang 'sakit',tp hati sentiasa yakin,di syurga kelak,Allah akan berikan ganjaran yang lebih baik.

"i don't want to talk about her anymore"
"please.."

"ok...ok...last...last..."

"no..no..please..."
"apa kata,mulai saat ni...kita think positive.positive!"

"ok"

"good.remind me too"

"tp,mcm mana kalau nak luahkan perasaan?"
"don't mention his/her name.."

"alright..."



silence is a girl's loudest cry.


oh no.tak nak menangis lagi.one is enough.heh.you have to be strong no matter what.hidup ni bagaikan satu pelayaran.laut takkan selalunya tenang.angin takkan selalunya sepoi-sepoi.adakalanya kita perlu meredah ombak yang besar.dan...adakalanya kita perlu bertahan dengan angin yang kuat.senang ke?

inshaAllah mudah.bila kita lapangkan dada,bersihkan hati.sma ada berfikir positif ttg org lain,atau...ada buangkan perasaan cemburu sesama sendiri.kita buangkan dulu.saya cuba fikirkan,itu,pemberian Allah padanya.Allah berhak memilih sesiapa sahaja untuk Dia beri nikmat dsb.dan cabaran yang paling sukar bagi saya ialah menahan dari rasa tak 'puas hati' dgn orang lain.

ahah.mungkin itu normal bagi saya.sentiasa saja perlu berhadapan dgn orang sebgitu.tp akhirnya,saya akur.saya belajar untuk bersihkan hati.dan mula bersangka baik dengan semua.dan sungguh.hati menjadi tenang.

saat ini lah,terasa kelapangan di dada.walau sesibuk mana pun,dan masa untuk berehat sangat lah sikit,saya selalu berdoa dalam hati,sambil melelapkan mata "ya Allah,semoga tidur yang sekejap ini dapat menghilangkan lelah untuk hari ini.."....sambil makan,.."ya Allah,semoga makanan yang aku makan ini,cukup untuk meberikan aku tenaga untuk aku bekerja hari ini.."...saat berjalan..."ya Allah,semoga langkah ku ini terhindar dr sebarang kemlangan dan aku sempat menuju ke tempat yang ingin ku tuju,agar aku menepati masa"...

begitulah caranya saya cuba mendidik hati.andai diikut saje 'lemah semangat' sebelum ni.memang segala apa pun tak berjalan.akhirnya,saya bangkit semula.saya mula muhasabah diri.dan buat masa ni,jalan yang terbaik ialah silence.sedikit demi sedikit,dengan secara tak drastik,saya cuba isolate kan diri.saya cuba menyendiri.dan alhamdulillah,ia berkesan.

bila bersendiri.saya dapat jimatkan masa untuk menguruskan semua kerja yang perlu diselesaikan.hari pertama kuliah,alhamdulillah saya dah beli barang untuk final project(dan inshaAllah,saya berazam untuk lakukan yang terbaik.sekurang-kurang nya saya dapat lakukan 'sesuatu' di tahun 2 saya)smileinshaAllah,mohon doa semua.


8th feb
hari kedua,settle kan overseas trip ntuk schedule + sponsorship kat sna.etc.inshaAllah,doakan juga semoga perjalanan kami ke europe di permudahkan.inshaAllah,jika diizinkan Allah,kami akan berlepas pada 21st april 2011.untuk heritage study.one of our subject untuk graduate.alhamdulillah,kami ada kenalan seorang teman satu studio.pak cik tu dah menjelajah ke 29 buah negara.perkongsian pengalaman yang menarik.dan alhamdulillah,semoga dapat berita gembira darinya.winksemua ni,atas hasil usaha sendiri,selebihnya kami berserah pada Allah.andai diizinkan,inshaAllah.tiada apa yang mustahil.dan pak cik shahir sgt baik,dia belanja kami makan tengahari tu.semoga Allah sahaja yang membalas budinya.dan semoga beliau murah rezeki.inshaAllah.

9th feb
alhamdulillah,dah setlle kan quiz yang tak hadir hr tu.dah jumpa mahallah principle untuk approval poster for our KITE FESTIVAL.n tampal poster ke semua blok.paper work untuk maulidur rasul still under progress.then,nak siapkan sketch,n study for quiz tomorrow.again,moga Allah permudahkan semua urusan.

ya,memang banyak masa diperuntukkan untuk settle kan itu ini.dan saya akur,kadang2 balik bilik dah mula penatredface untuk luangkan masa mengaji.tp saya 'top up' semula untuk hari lain yang saya masih bertenaga.saya rasa inilah kemuncak nya kesibukan saya masa zaman university ni.tp saya cuba ambil positif sidenya.saya nampak,perjalanan hidup ni x sia-sia bila kita buat sesuatu.dan ia akan lebih bermakna bila kita dapat selesaikan nya dengan baik.alhamdulillah.

saya belajar untuk tak mengeluh.saya belajar untuk berkerja dengan pantas.saya belajar untuk seimbangkan pelajaran dan kokurikulum.dan saya belajar,kalau saya A sstudent,saya perlu buktikan nya!

kalau dulu,saya selalu tak yakin pada diri.bila lecturer pernah beritahu saya saat saya down dulu,

"you know fatin?tahap you skrg is A++...come on laa...show to me something!!"


saya tunduk.
menelan air liur barangkali.ini termasuk lecturer ke3 yang pernah beritahu saya.tak.saya bukan nak berbangga dengan pencapaian saya.semua ini rezeki yang Allah beri.saya terus sujud syukur bila pulang ke bilik.saya takut,andai saya terleka sedikit,Allah akan tarik nikmat ini.dan saat itulah saya mula bangkit.

sungguh.saya perlu buktikan sesuatu.zaman ini,mungkin tak ramai yang berjaya,yang kita lihat lengkap sepenuhnya.ya.saya bukan lah sempurna mana.tp tak salah jika kita berazam ke arah itu. berjaya,dalam segala-galanya!(agama,pelajaran,hubungan sesama makhluk...)

saya sedang melatih diri untuk belajar bermasyarakat.belajar bercampul gaul dengan jiran tetangga.itu yang paling hampir.smilebertegur sapa.begitu juga dengan saudara mara.belajar untuk saling bertanya khabar walau sesibuk mana.nanti bila dah besar,andaikata saya menjadi orang yang berjaya,murah rezeki inshaAllah,merekalah orang2 terhampir yang perlu saya ingat.

saya juga sedang belajar untuk beramah mesra.saya suka berkawan.bagi saya'kawan kepada rumate saya,adalah kawan saya juga'...kawan kepada si pulan--si pulan..adalah kawan saya juga...dsb.maka,saya perlu belajar untuk sentiasa murah senyuman,melayan seseorang dengan baik.perlu pandai jaga hati orang lain..

sahsiah juga perlu baik.perlu pandai melatih diri untuk sentiasa ingat.sifat2 mahmudah harus diterapkan dalam diri.banyak sgt yang masih perlu kita ubah.manusia biasa takkan pernah lari dr kesilapan.ye kan?saya pun perlu banyak muhasabah diri.sangat2 perlu.saya selalu leka...redface

pelajaran juga tak boleh abaikan.pendek kata semua kene lengkap.pakej!huhu..pandai bab2 agama..smilehmm..yg ini saya masih belajar lagi.banyak lagi yang saya tak tahu.saya selalu berangan,bestnya kalau jadi pandai macm dlm rancgn 'tanyalah ustaz'...ilmu penuh di dada,so nak buat apa saja ade guide.hmmm...berangan~

apa-apa pun,semua dr kita perlu berusaha ke arah yang terbaik.winkbuktikan orang Islam adalah yang terbaik.seronok kan?bila kita dapat kuasai semua bidang sebenarnya?tp,saya mengajar diri untuk buat sekdar yang termampu.dan belajar untuk tak mengharapkan ganjaran atau balasan apa-apa pun dr makhluk lain.sebab,bila kita mengahrapkan sesuatu,bila kita tak dapat,kita akan kecewa.betul x?

hmmm...rasa mcm dah terlalu panjang menaip.hujan pun dah mula turun kat sini.semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.remember Allah much,that you may be successful!! believe it.

buat diri,semoga semangat terus membara!!
biggrin

4 comments:

  1. betul kak nadia..kdg2 it's better to remain silent.

    ReplyDelete
  2. leila : sy suke semangat awk nadia..sungguh! sy sgt suke baca entry2 awk..moga sy boleh menjadi sekuat awk.. :)

    ReplyDelete
  3. kak nadia kuat!jangan patah semangat tau.sebulan je lagi tinggal. jangan putus asa ye ;D

    ReplyDelete
  4. farhana,
    huhu..ye.tp sumtyms it's quite hurt inside..:) only Allah knows...

    leila,
    alhamdulillah...:) awak pn kne semangat2 selalu...:)
    terima kasih

    farha ,
    huhu..terima kasih...inshaAllah doakan kita sma2 kuat :D

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.